Tuesday, April 29, 2008

BLOG TV1 ( RAJA PETRA KAMARUDDIN)

Please click for the above programe :

http://hanief.blogspot.com/2008/04/raja-petra-kamaruddin-blog-rtm1-hasim.html


Go enjoy it.

Saturday, April 26, 2008

UMUR SAPA YANG BERTAMBAH ?

Bila saja ada kematian, kawan ku akan telefon....bila menjawab telefonnya aku dahului dengan ..inna lillah sehingga akhir ayatnya.....selepas itu aku bagitau sidia tu lebih tua atau muda dari kami berdua..........

Kalau lebih tua,kawanku kata elokla yang tua pi dulu.
Kalau lebih muda , aku beritaunya bahawa sepatutnya kita yang pi dulu.....kawanku akan menjawab bahawa yang tua2 dari kami tu masih banyak bilangannya.
Jadi bila yang kami akan mati ? Kita dilarang minta mati,kerana Allah saja yang taunya.Dan mati itu sudah pasti .

Setengah orang takut bersembang tentang mati , memang sapa berani nak mati , kerana sakitnya bila nak mati tu tak terkiranya. Nak pindah ke alam baqa yang kita belum tentu keadaannya....lebih2 lagi persediaannya tak seberapa . Apakah amalan kita tu mengcukupi tahap piawaan Allah ? Semuanya kita taktau.

Apa yang orang kita tau ?
Orang kita tau berpolitik saja.....dan depa taktau politik tu apa ?
Rioh-rendah utara-selatan-timor-barat , sampai tak habis2........... habis usia begitu saja....tak sempat mengenal mati .
Setiap hari kita kekurangan umur..........bukan bertambah umur.

MENGAPA ROGOL YANG TUA ?

Di daerah aku , perkataan 'aku' bukan satu perkataan yang kurang adab . Dulu digunakan secara berleluasa muda dan tua. Kalau perkataan 'aku' itu kurang sopan mengapa kita gunakan bila berdoa kepada Allah. Ya Allah ampunlah dosaku . Ya Allah murahkan rezekiku . Aku pohon pada Mu makbul doa2 aku . Dan sebagainya,dan sebagainya. Jadi aku tetap dengan aku ku . Aku pun tak berasa janggal bila orang lain juga guna 'aku' . Sebutan itu ada kerasaan kejantanan dan ada power ada keberanian . 'Saya' memang bersopan .Ada kehalusan , ada ketertibannya , ada kebertinaannya , ada lembeknya . Dan aku pun kekadangnya ber'saya' juga di kondisi2 tertentu . Tak mau disalah-anggap.

Kalau gitu biarlah aku mewariskan 'aku' supaya aku mudah berbicara . Ia cuma sebutan di luar , yang didalam tak sapa yang tau. Kekadangnya pepat diluar , rencong di dalam. Aku bukan ada tajuk tertentu nak menulis , cuma aku merayau-rayau menulis tak tentu pasal secara random. Apa yang aku jumpa aku kutip , aku tulis . Memang naluri aku begitu . Semasa kecil2 dulu aku suka merayau2 dalam hutan , dalam semak , di Bukit Srengenge , di Banggol Derdap tak tentu pasal dan apabila balik aku dapat membawa berbagai kazanah dari hutan . dengan akarnya , dengan rotannya , dengan buah2annya dengan dedaunan yang pelbagai , yang boleh dibuat ulam,sayur atau kerabunya. Kalau bernasib baik dapat pelanduk kena tahanan jerat atau sekurang2nya burung punai yang aku lastik ( orang Sik panggil terebey) . Nostalgia lama itu cuma tinggal kenangan kerana aku dah tak ada tenaga nak naik bukit . Tapi setiap hari aku mengjengok ke Srengenge yang jelas terlihat dari rumah aku. Aku dapat melihat Srengenge menggamit2 aku , yang aku dapat membalas hanya dengan senyuman aku . Dan aku mengerti bahawa Srengenge memahami keadaan aku. Srengenge pun tak segembira dulu lagi dan Srengenge berasa takut kalau2 ada orang yang akan melondehnya dan merogolnya . Maklumlah zaman sekarang zaman orang ber'balak'. Mereka akan merogol ibu2 tua di Srengenge dan sekaligus membunuh anak2 muda mereka. Selalunya orang merogol yang muda , tapi kini di mana bukit-bukau yang tua2lah yang kerap dirogol.....itulah resmi alam moden . Oleh kerana ada orang datang aku nak berenti merayau2 kali ini , harap jumpa dilain kali pula .
Wassalam.

Friday, April 25, 2008

KOPI O NASI PULUT KUKUIH & TAMBAN KERING

Sejak kecil2 dulu sarapan pagi aku sekeluarga ialah kopi O minum bersama dengan nasi pulut di tabur dengan nyior ( di kukur) dan ikan tamban masin di goreng. Dulu kami banyak tanam padi pulut . Beras pulut padi huma lagi sedap . Dulu padi diketam ,dihirek,dijemor dan kemudian baru ditumbuk dengan mengguna lesong kaki. Aroma nasi pulut dulu dan tamban goreng dulu dah lama hilang . Mustahil nak dapat rasa kembali......Aku suruh Mak wan aku cuba sediakan resepi tersebut pada satu pagi . Kebetulan di pagi itu 2 orang anak muda mai ke rumah aku. Depa dapat merasa kopi O tumbuk,aku beli pulut susu dan ikan tamban masin bersisek.Aku kukur nyior separoh tua..........kami berempat orang balon habis licin.........budak2 tu kata sedap makan makanan orang zaman dulu ..........aku bagi tau depa bahawa zaman dulu sedap semuanya....tak macam la ni .......la ni zaman fasik........zaman kecoh.....depa akui cukup kecoh ( depa beri tau kekecohan politik sekarang ........depa cerita bekas menteri raba pungkur dan sebagainya)......aku dengar saja supaya mereka cerita banyak lagi kerana mereka tak pandai menulis dalam blog....aku rasa puas melayan mereka,kerana mereka perihatin terhadap isu-isu semasa.........
Rasa balik modal jamu depa pulut nyior kukur dan ikan tamban masin bersama kopi O.
Tak rasa terlior ke ?

Wednesday, April 23, 2008

BILA DAH TUA..........

Sedar2 umur dah masok angka 66....macam tak percaya masa begitu cepat bergerak , dan kita bila dah tua tak larat lagi nak merangkak.Semua serba lambat, nak pikiaq pun lambat,bahkan semuanya jadi serba lambat. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT. Kata2 orang tua2 dulu tu berlapek dan beralas. Maksudnya biar umur panjang tapi penuhkan dengan amal kebaikan supaya selamat bila dah gol nanti . Sekarang kita gunakan kata2 tu utk kempen di jalanraya . Tak palah , kita ubah suaikan. Tapi adakah benar kita selamat kalau berlambat dijalanraya ? Kalau lambat melintas ,gol kita dibuatnya. Kalau lambat di lebuhraya , buntut kita dihantam orang dari belakang.....tak pa lah,kita sama2 pikiaq yang mana baik ,yang mana buruk.
Kebelakangan ini seorang demi seorang kawan telah kembali ke rahmatullah . Ada yang lebih muda dari aku . Hari ini Rustam A.Sani anak Ahmad Boestaman meninggal pula . Dia lebih muda dari aku...3 tahun lebih muda. Aku suka membaca tulisan2nya dulu . Tapi akhir2 ni aku banyak membaca di blog . Aku boleh nikmati berbagai ragam tulisan , tak lah streotaip membaca di masa dulu.The Scribe Kadirjasin , Kotastar , Seri-kepayang , ahmadatalib ,rockybru,cina-islam adalah antara beberapa blog yang aku tak pernah miss membaca setiap hari.Yang aku suka akan ku baca berkali2. Macam orang dulu minat filem hindustan , berulangkali masok panggong . Gila punya kerja.
Bercakap pasai gila , semua orang gila........sesama kita kaki blog ni pun gila juga. Tapi kita tafsir gila tu bukan dari sudut hospital bahagia di Tanjung Rambutan. Perspektif kita lain dari yang lain. Politik hari ni pun dah gila . Lepas PRU 12 bermacam2 jenis gila terjelma. Duduk tak rapat , pungkur jadi panas , macam duduk atas bara api. Selagi dunia tak kiamat , macam2 lagi boleh kita tengok. Tapi jaga2 BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.
QULULL-NAFSIN-ZA-IKATULMAUT.

Friday, April 11, 2008

PEMIMPIN HARUS BERJIWA KHADAM


PEMIMPIN HARUS BERJIWA KHADAM

Ramai orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin, malah berebut pula. Tumbuhnya keinginan itu kerana melihat kepada habuan yang bakal diperolehi. Ini dapat dilihat kepada mereka yang telah dan sedang bergelar pemimpin. Bukan sahaja hidup mereka sendiri kaya-raya, malah kadang-kadang keluarga, suku sakat dan kroni mereka turut memperolehi habuan.Bukan sahaja harta kekayaan, banyak lagi keistimewaan lain yang diperolehi dengan mudah. Ini termasuklah populariti, sanjungan privacy dan masa bersantai. Ke mana pergi disambut dan diistimewakan. Seolah-olah bergelar pemimpin itu satu tiket untuk memenuhi keinginan dirinya...Sekiranya kepemimpinan itu diperhitungkan pada aspek lain, umpamanya tanggungjawab, amanah, tugas, beban, dan khidmat nescaya ramai pula yang kecut perut dan menghindarkan diri dari kepimpinan. Andainya rakyat ramai, kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan yang mesti dipenuhi oleh pemimpin, nescaya tiada yang sanggup untuk berebut dan menawarkan diri. Terutamanya apabila memikirkan seluruh tanggungjawab tersebut bakal dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.Siapa yang layak menjadi pemimpin? Iaitu orang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sanggup meletakkan diri seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan sabda baginda maksudnya: �Pemimpin suatu kaum itu adalah khadam bagi mereka (kaumnya).� (Riwayat Abu Naim)Khadam merupakan seorang yang mengabdikan diri, merelakan diri memberi khidmat dan melayani tuan atau majikannya. Khadam sentiasa bersedia memikul beban tugas sehingga majikannya puas hati. Khadam itu sendiri akan merasa puas sekiranya segala khidmatnya sempurna tanpa mengharapkan sebarang balasan, habuan dan penghormatan. Bagi dirinya, cukup sekadar memilik keperluan hidup dan dapat menjamin kelancaran tugasnya tanpa sebarang gangguan. Dalam konteks pemimpin (khadam) maka tuan atau majikannya ialah rakyat ramai!Bagaimana jiwa seorang pemimpin? Iaitu umpama jiwa Saidina Umar Ibnu Khattab apabila beliau berkata: �Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak.�Kalau sekadar seekor kambing yang patah kaki dan tidak dapat mencari makan tentu tiada pemimpin hari yang ambil hirau. Buktinya, rakyat merintih, keluh kesah dan akhirnya merusuh kerana kesukaran hidup, pun tiada pemimpin yang rasa bersalah. Andainya pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat, tentulah sudah dapat dikesan semenjak 30 atau 40 tahun yang lampau dan bertindak mencari penyelesaian. Tentulah tidak ada rakyat yang mati di Selat Melaka kerana bot pancungnya pecah dipukul gelombang.Kemajuan mesti dicapai. Teknologi perlu dicanggihkan. Ekonomi wajar meluncur lebih pesat. Produktiviti perlu ditingkatkan. Untuk apa itu semua? Semuanya sebagai alat yang dapat membantu mentaati Allah SWT. Dan bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan umat. Itu idealismanya. Realitinya pula bagaimana? Mengapa kemajuan semakin tinggi dicapai, ekonomi semakin pesat,teknologi semakin canggih tetapi Allah SWT semakin dilupakan? Hidup semakin tegang, keluh kesah, kusut dan masih ramai yang terbiar tanpa pembelaan. Rakyat terpaksa bangun dan bertindak ganas untuk menyedarkan pemimpin.Marilah kita menoleh sejenak kepada figur-figur contoh. Peribadi kepimpinan yang membayangi peribadi Uswatun Hasanah iaitu Rasulullah SAW. Hasil buah tangan didikan Rasulullah SAW itu maka lahirah Khulafa' Ar Rasyidin.Jangan lagi ada suara sumbang bernada sinis, hendak ikut mereka naik unta, makan tamar dan bersenjatakan pedang.Jangan lupa bahawa mereka adalah orang yang telah berjaya dan termaktub dalam sejarah. Sebahagian mereka telah dijamin memasuki syurga, ertinya Allah SWT telah redha ke atas mereka dan cara mereka. Andainya mereka tidak betul tentulah tiada jaminan Syurga ke atas mereka.
From ikhwantoday

Wednesday, April 9, 2008

SAPA NAK BOIKOT PRODUK BELANDA ?

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall's - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady's Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
_____

PEMILU INDONESIA TAHUN DEPAN

PILIHANRAYA INDONESIA TAHUN DEPAN ( 5 APRIL 2009)

Kita bila nak umum pilihanraya rasa terkemut2 , terkemut2…..suspensenya lebih dari cerita2 seram….masing2 dok teka macam orang gila judi nombor ekor . Tarikhnya dijadikan satu azimat untuk mempertahankan diri . Nampak macam tak dak langsung ‘gentleman’nya kita dalam berpolitik.

Bila SPR Indonesia mengumumkan bahawa pemilu akan diadakan tahun depan (5 April ,2009 ),aku nampak mereka lebih ke depan dengan SPR kita……yang aku nampak cukup cerewet….kita menghadapi bebagai kerja kebudak2an………yang baru lalu kita tengok dengan arahan2 yang menyulitkan para calon……..dengan setemnya ( dan pejabat pula cuti )…dan selepas tu dibatalkan pula……dengan dakwat cap jari,lepas dibatalkan juga ……dengan pengundi hantunya ,dengan undi posnya . Di tempat aku undi posnya berjumlah 1,031 orang , padahal kem di Kota Aur dalam kawasan aku hanya boleh menempatkan 20 orang askar…..sungguh pelek ,tapi benar…….rasa malas nak beleter , macam pemimpin di Afrika dok tipu rakyat kulit hitam………di manakah letaknya kita Negara maju ?................kekadang nampak SPR macam tak professional . Tak dak masaalah nak daftar jadi pengundi , cukup umur 21 tahun otomatik terdaftar. Semua nama ada di Pejabat Pendaftaran . Begitu juga bila mati , otomatik terpadam dalam senarainya……Ini kisah bapa saya yang dah lama meninggal . Dua kali aku adukan bahawa dia dah meninggal baru terpadam…..dalam pilihanraya 2004 dia hidup semula , aku repot sekali lagi kerana takut dia jadi pengundi hantu.Dalam pilihanraya yang berlalu baru namanya gugur.

Marilah kita sama2 pikiaq apakah halatuju kita….nak jadi Afrika kah ? Amerika kah ? Atau nak orang kah-kah-kah-kah pada kita ?

Biarlah ilmu yang ada pada kita boleh menfaatkan kita dan seluruh hamba Allah.

KECOH POLITIK DALAM UMNO

KECOH-POLITIK DALAM UMNO


Dah sebulan pilihanraya ke 12 berlalu , perang dingin antara ahli umno belum nampak boleh selesai dalam sekejip masa…..sesekali melihatnya sebagai pergadohan sibapa dan si emak dalam sebuah keluarga . Si anak langsung terbiar ke hulu ke hilir . Kerja politik di utamakan , walhal membimbing rakyat adalah utama …..lambat boleh selesaikan masalah mereka walaupun mereka semuanya beragama Islam ………Islam boleh selesaikan masaalah….Cuma mereka perlu kembalikan pada Al-Quran dan al-Hadis…..kalau dok biarkan penyakit dalam diri masing-masing menyubur umno akan terkubur sudahnya……..Apakah Islam hadhari yang mereka highlight dulu tak boleh dibuat ubat ………….tengok kempen Islam Hadhari dulu cukup hebat….tapi apa dah jadinya……….nampaknya Islam Hadhari pun akan terkubur juga …….dah habis berjuta duit berkempen nak promote Hadharinya ke seluruh Negara. ………membazir saja ……syaitan cukup gembira kerana mendapat kawan . ….pembaziran adalah ikhwan syaitan .

Bagi kita yang dok tengok tragedy ini berlaku di depan mata terasa termaklum bahawa itulah akibat dari beberapa sifat2 yang jelek……..kita ketepikan sifat2 mahmudah …..kita mudah mempermain2kan perkara agama……..itulah kesudahannya yang kita dapat………ini baru di dunia , bagaimanalah pula di akhirat nanti ? Itu pun kalu percaya pada akhirat……pasai kekadangnya pandai saja bercakap ,tapi ada yang tak percaya.

Buatlah kebaikan kerana semuanya adalah hak Allah , malah diri kita sendiri pun hak Allah……kita tak mempunyai apa-apa….sedarlah dari sekarang , tak ada gunanya bila menyesal di akhirat.

Monday, April 7, 2008

FROM THE AFP NEWS 7th APRIL

MALAYSIA'S DUELLING LEADERS LOCK HORNS OVER POLL LOSSES

KUALA LUMPUR, April 6, 2008 (AFP) - Malaysia's past and present prime ministers on Sunday traded barbs and accusations over responsibility for the ruling party's disastrous performance in the recent general elections.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi accused his predecessor of abusing his influence to destroy the ruling party while former premier Mahathir Mohamad said he will not ease off until Abdullah steps down.
Abdullah said Mahathir's recent attacks against the ruling United Malays National Organisation (UMNO) leadership could destroy the party and weaken the government.
"It can, why not? It can. He says he's powerful, he is undeniably powerful but he is abusing that power," Abdullah told reporters.
"Give us a chance to do our best for the party and the country," he said after addressing a crowd of more than 1,000 UMNO members at the party's headquarters in Kuala Lumpur to explain the dismal election results.
Abdullah has been battling for his political life since disastrous results in March 8 general elections by the UMNO, which leads the Barisan Nasional coalition.
Government ministers and Abdullah supporters have lashed out at Mahathir, accusing him of being responsible for the losses, saying his open criticism of Abdullah was a major factor in voters backing the opposition.
But the feisty 82-year-old veteran politician hit back.
"Vote for him (Abdullah) if you want to destroy UMNO," Mahathir told more than 2,000 cheering UMNO members at a talk in the city's suburbs of Ampang.
"I will stop, honestly, if they (Abdullah and his supporters) will stop doing what is wrong, which has caused UMNO to lose in this election," he said.
Mahathir accused Abdullah of corruption, nepotism and weakness in his administration and said they were reasons voters snubbed the UMNO-led coalition.
"We have never had such a bad election result in our history and we are supposed to support these people who led to the defeat so they can completely destroy the party?" he asked.
Abdullah, however, accused Mahathir of double standards, saying that when the BN won a landslide victory in 2004, it was Mahathir who complained that the government was too powerful and needed a stronger opposition voice.
Abdullah, 68, was Mahathir's handpicked successor when he stepped down in 2003 but has been attacked by the elder statesmen after Abdullah scrapped several of his high-profile projects.