Saturday, October 31, 2009

POPULAR DENGAN MAKHLUK2 DI LANGIT




Semua orang nak jadi terkenai.Popular.Berebut2 di dunia membuat sesuatu.Tak kira apa bahagian.Apa bahagian pun.Walaupun menari.Walaupun menyanyi.Ataupun bergaya dengan fesyen.Ataupun bermain dengan binatang berbisa.Ataupun dengan singa dan harimau sekalipun.Sebutkan lah apa saja.Semuanya di bikin.Di lakukan.Lebih2 lagi sekarang ni lebih cepat popular dan cepat menjadi kaya ialah lapangan sukan.Nak jadi kaya macam Tiger Woods pun boleh.Macam Bechkam pun boleh.Ronaldo pun boleh.Popular macam pemain tennis Nadal pun boleh.Umur 22 tahun dah jadi billionaire.Seronoknya hati.Girangnya perasaan.Semua boleh dapat.Sebutkan saja.Duit banyak.Peminat pun banyak.Yang dengki pun sama banyaknya.


Itu popular di dunia.Jarang2 orang berlumba supaya terkenai di langit.Cuma wali2 Allah yang kita tau terkenai di langit.Ma'laikat2 di langit sentiasa menyanjung mereka.Terkenai mereka sambung menyambung hingga ke akhirat.Posisi mereka di sisi Allah cukup tinggi.Martabat mereka tiada tandingnya dengan bintang2 popular di dunia.Jauh subhanaallah.


Ya Allah,ampunilah dosa2 kami.Biarlah kami tak terkenal di dunia dan kami pun tak mau.Biarlah kami jadi terkenal dengan sekelian makkorobin dan makhluk2 Mu di langit.....amin.

Friday, October 30, 2009

MENCINTAI MAKKAH / MADINAH


Assalamualaikom pembaca setia,

Mesti pandai pilih yang mana intan yang mana batu.Mesti pandai pilih yang mana ori yang mana palsu.Yang mana baik yang mana buruk.Yang mana sejahtera yang mana terok.Yang mana wangi yang mana busuk.Hindar yang tercorot.Jauhi yang karut.Dekati yang nyata.Sebutkan apa saja,gitulah caranya.Kaedahnya.


Tidak ada satu inci pun tanah di bumi ini yang sama berkat dan rahmat selain dari bumi Makkah dan Madinah.Segala bukit bukau dibumi ini,taklah setanding dengan Makkah dan Madinah.Begitu juga segala sungai,lautan,air hujan dan rezeki yang lainnya.Segala emas,perak.Segala petrol.Hanya Makkah dan Madinah saja membawa berkat dan rahmat.Apa ada di sana ? Cuma batu dan pasir.Tiada ada tarikan lain,selain Zamzam,Kaabah,Raudah dan Makam Rasullulah saw.

Di bumi Makkah dan Madinah boleh memperkecaikan kesyirikan ummah.Boleh menghancor luluhkan segala dosa.Mempertingkatkan pahala ke maksimanya.Bumi bertuah,berkat dan membawa banyak rahmat.Jiwa akan tergoncang,memilukan dosa yang dulu,mengghairahkan cita2 murni dan melazatkan iman.

Kalau dibumi ini pun manusia tak boleh insafkan diri,bagaimana pula di bumi selain Makkah dan Madinah ? Manusia sejati diuji di sini sebelum mati.Siapa tak sayang kan Makkah dan Madinah ? Sapa tak rindukan Makkah dan Madinah ? Kalau masih ada yang tak sayang...........silakan check diri,hisab rohani dan hitong2lah selagi sisa umur masih ada,sebelom berhijrah ke lubang kubur.

Thursday, October 29, 2009

HONEYMOON




Ini satu tajuk yang aku sendiri tak tau apa nak ditulis.Ini tajuk untuk orang muda2.Jejari ku kaku tak pandai nak menari2 di keyboard.Masih dok pikiaq apa bendanya aku nak tulis.Tajuk ni tak sepadan dengan orang tua seperti aku.Nanti anak2 ku bila membaca,nanti pikiaq apa orang tua ku sudah berubah perangainya.
Ia bermula begini : Kerana masih terngiang2 di telinga dan juga masih membeliak2 di mata tentang kesyahduan Makkah/Madinah,aku cuba surf blog Hotel Safwah tempat anaknda Azli bekerja di Makkah.Rupa2nya hotel ini ada menawarkan satu pakej untuk sesapa nak berbulan madu di Makkah.Tak pernah aku dengar orang berbulan madu di Makkah.Biasanya depa pi tempat lain.Jadi aku cukup tertarik dengan pakej ini.Dan aku pun ingat lebih baik berhoneymoom di Makkah dari pergi ketempat2 lain.Boleh beribadat dan berdoa di Kaabah,memohon kepada Allah.Memohon kebahagiaan rumahtangga dsbnya.
Gambar2 di atas adalah bilik khas untuk para pengantin.Jadi kalau anak2 kita ada hajat nak berhoneymoom di Makkah,bolehlah contact anaknda Azli.......mungkin boleh dapat diskaun.So orang muda2 its worth a try.Di Makkah dan Madinah ada berbagai : dunia dan akhirat.Allah kurniakan,only if you ask for it.

Wednesday, October 28, 2009

WAR CONFERENCE





'WAR CONFERENCE' ,katakalah apa saja.Persidangan Penjenanyah Perang , sebutlah kalau suka.


Sebenarnya aku bukan minat sangat nak tuleh pasai ni , jiwa-raga ku masih terikat kat Makkah,dan Kaabah tetap menggamit aku.


Hari ini semasa membaca blog Pak Kadir Jassin,aku jadi bengis tak tentu hala.Aku rasa geli hati dengan PPP tersebut.Che Det yang anjurnya.


Ikut Dato' Kadir,ramai yang menitis airmata,kerana Bush dan Blair cukup ganas sebagai 'dogs of war'.Bush dan Blair disytiharkan 'persona non grata' di Malaysia.


Berkatalah satu komennya : sungguh ironis,bukankah che det sudah bersetuju dengan permintaan Bush Senior untuk menyerang Iraq.


Itulah kita ni nampak kuman di seberang lautan,tapi buta melihat gajah di depan hidong.Kalau checkkan diri,kita pun sama dengan dogs of war.Dan kalau melihat peristiwa di DUN Perak hari ini pun,perangai anjing masih terbawa2 dalam diri.

Monday, October 26, 2009

MUSIM HAJI DAH TIBA





Ini gambar anaknda2 dan cucunda2 dari Yanbu,Madinah sedang berbuka puasa di Masjidil Haram ,Ramadhan 1430.


Tahun ni depa akan tunaikan haji.Sudah pastinya haji tamatuk,kerana dah berumrah selepas eid mubarak yang baru lalu.Damnya seekor kambing.Pahala membayar dam pun depa dapat.Tidak satu benda pun rugi bila menunaikan haji.Sepanjang masa mendapat rahmat dan berkat.Yang penting check niat , jangan lari dari niat utamanya......insyaAllah...mabrur.



Sebutlah , apa saja.Lihatlah ,apa saja.Di situ,pasti ada kebesaran Allah.Semua yang di lihat adalah dari pandangan Allah.Setiap yang dipandang dan lihat maupun melalui mimpi,igauan,impian,cita-rasa,budi,kekawan,musuh,celaka dan segala haramjadahnya,renunglah dengan pandangan Allah.Boleh mengintai dari berbagai sudut,tapi janganlah dari pandangan nafsu,lebih2 lagi melalui pandangan syaitan.Biar kita sama2 gomoi dunia dan akhirat dan singkirkan segala debu yang masih melekat.

Absurd sekali penjelajahan ini.Tatkala menjunam,seketika mendatar dan kekadang mengcanggah ke atas.Pastinya dunia tidak selalunya damai.Dan senangnya hanya seketika saja.Sedetik cuma.

Allah,Ya Rabb.

Saturday, October 24, 2009

ON TOP OF THE WORLD




He is on top of the world.
Babu operator sebuah kren (crane) di Burj Dubai,adalah di posisi tertinggi di dunia...819 meter.
Berasal dari India.
Kren itulah rumahnya.Dah berada diatas dah setahun.
Dibayar gaji 30 ribu dirham sebulan.

I dare not.
What about you? Surely you want to say something.

Friday, October 23, 2009

TENGOK TENUNG DAN TILIK



Aku selitkan gambar ni untuk nak refreshkan memoriku semasa buat umrah tempoh hari.Aku ingat sampai mati kerana terpaksa di tolak dalam wheelchair semasa membuat sa'ie.Isteriku tak tau,kerana kami pergi berumrah sendiri2.Aku pergi sendiri ke Tana'im,begitu juga isteriku.
Semasa tawaf aku masih boleh bergagah mengantor langkah,sakit lutut entah menjadi2.Aku menangis sambil berdoa.Aku beristigfar memohon ampun kurnia dari Illahi.Aku boleh complete 7 pusingan,tapi dalam masa yang sikit lama.Lepas sembahyang di belakang Makam Ibrahim,aku henjut2 ke Safa.Mendaki ke Safa dengan segala paksaan.Sakit dah tak tertahan.Beberapa petugas datang menawarkan wheelchair.Aku masih menolak.Memulakan sa'ie tapi kederitaan sakit tak dapat memaksa.Air mata berlinang bertakong di kelopak mata.Petugas diSafa faham rasa sakitnya.Seorang dari mereka menghampiri aku dan hanya meminta SR 40 rial untuk membantuku.Cukup murah harganya.Aku setuju.
Aku rasa reda dari sakit sikit apabila melintasi pusingan 1,2,3,4,5,6 dan bila complete sakit ku seolah2 di kute (ini pelat orang Kedah) buang.Hanya sengal2 sikit2 yang ada.Aku berhenti minum air zamzam (puasa belum lagi bermula) dan membasuh lututku sambil berdoa.Aku selepasnya berjaya balik ke hotel.............begitulah kasihnya Allah pada kita.Tengoklah,tenunglah dan tiliklah......subhanAllah.

Thursday, October 22, 2009

SELURUH URAT NADIKU BERDENYUT






Dua gambaq ni menunjukkan kerja kerja pembersihan di kawasan Masjidil Haram.Di kawasan inilah aku tinggal semasa haji 20 tahun dulu.Cuba nak cari kesan2 lama,tapi dah habeh lintang-pukang.
Mula2 sampai Ramadhan lepas kesini lah aku pergi tengok.9 pagi tapi dah cukup panasnya.Niat hati nak ku panjat ke bukit itu.Ada para jemaah yang pi panjat,dan mungkin depa juga dok nostalgik macam aku.Niat ku tak kesampaian kerana lutut ku masih sengal2,hanya semalam aku berkereta roda semasa sa'ie.Di dataran mesjid aku berdiri merenung lama2 membawa pikiran ku menoleh kebelakang.Terkenang ke masa dulu,hatiku merasa rindu.Tercegak aku di situ entah berapa lama dan aku tak bisa beritau berapa ketikanya.Dari jauh dapat kelihatan Maulid Nabi.Masih kekal tegak di situ.Aku beredar dari satu sudut ke sudut yang lain.Debu2 dari kerja robohan dibawa angin menuju ke kawasan Masjid Kucing dan Mesjid Jin.Aku perasan ada orang memerhatikan aku,ataupun mereka juga menyaksi apa yang ku lihat.Bila lutut terasa lengoh,aku duduk mencangkong dan akhirnya duduk bersila di situ.Aku melihat,aku memandang dan apa yang aku tengok hanya aku sendiri yang boleh mentafsirkannya.Aku pendamkan dalam diri.Aku sematkan dalam sanubari.Meniti dalam setiap uratnadi bersama darah dari hujung kepala ke hujung kaki.Berdenyut2 tanpa henti.

Wednesday, October 21, 2009

KEMUDAHAN MONORAIL D MAKKAH


Lebih dari 5000 pekerja dari China termasok jurutera dan teknician bekerja round the clock menyiapkan Makkah Monorail yang menelan belanja SR 6.5 billion.Dijangka boleh digunakan sepenohnya dalam jangka masa 2 tahun lagi.
Jaraknya 18.1 km dipercayai boleh mengangkut 72,000 jemaah haji dalam sejam di antara Makkah,Mina,Arafah dan Muzdalifah.Terminalnya ialah di Makkah-Taif Road berdekatan dengan Umm Al-Qura universiti.
Jadi sesapa nak tunaikan haji 2 tahun lagi bolehlah merasai kemudahan ini....insyaAllah.

MAULID NABI.....MASJIDIL HARAM AKAN DAPAT IMEJ BARU.










Bangunan Maulid Nabi saw membawa memorinya yang tersendiri.20 tahun dulu aku kerap berada dipersekitaran ini.Tempat tinggalku masa berumrah di musim dingin,tidak jauh dari Maulid Nabi saw.Dan di belakang MN ialah rumah sewa sahabatku Haji Abdul Wahab.Kini aku pun tak tau beliau di mana.Rumah2 disekeliling MN telah diroboh bersih untuk pembinaan baru.Alhamdulillah MN masih tertegak dan memberi rasa lega pada kita semua.


Seingat2 ku di sebelah kiri MN ada 3 batang pokok , cukup memberi perlindongan dari panas mentari.Di bawahnya ada beberapa pangkin untuk tetamu berhenti lelah setelah membuat lawatan MN.Kini semua itu dah tiada.Ku menjejaki laluan ku dulu.Tempat aku enak2 berehat dan tidor juga pada ketika2nya sudah tiada lagi.Aku masih ingat , masa tidor ku itu biarlah Nabi saw hadzir di samping ku.Aku cukup rindu bertemu dengan Nabi saw.Malahan masa Ramadhan yang baru berlalu aku memohon juga impianku.


Kini aku lihat jemaah tak begitu ghairah nak menjejaki kaki ke MN.Tak apa lah,kini MN dapat dilihat dari jauh.Tapi bila bangunan baru terdiri nanti MN akan terlindong dari penglihatan mata.Di masa itu kenalah melangkah semula ke MN.
Gambar di kiri ialah imej Masjidil Haram bila siap.Payung2 akan menutupi Kaabah bila panas,sepertimana kita boleh lihat di Madinah Munawaroh.
wassalam.

RAMADHAN BARU BERLALU



Manik2 iman seperti juga manik2 embun menghiasi cantik setiap bunga dan dedaun di waktu pagi.Jagailah supaya tak hilang lenyap dikerkah kepanasan mentari.Jagailah iman supaya tak dinodai oleh kejurnadaan yang menghimpit hidup.Kemungkinannya tak menentu.Kemungkinan berada di mana2 saja.Jangan mencari kebahagian di atas susah-payah orang lain.Carilah kebahagian dari kesusahan diri sendiri.
Ramadhan baru berlalu,dan haji akan bermula.Satu lagi agenda hidup kita.Jiwa kita tak kan mati.Cita2 kita tak kan gersang.Manik2 luhur mencucuri di Tanah Barakah.LABAIKALAH HUM MALABAIK.

Monday, October 19, 2009

BONDA PUN ADA PUTERI2NYA DI KSA



Ini gambar bonda dan puteri2nya di KSA.Di sebelah kiri Zura ( Ummi Wafa ) dan Jamilah (Kanan).Yang kecil tu Mia.Wafa aktif sikit,lompat sana lari sini tak ada dalam gambar.Dari jendela bilik ini di tingkat 22 boleh tonton jemaah bertawaf di Kaabah.Inilah satu keistemewaan yang Azli hadiahkan untuk kami di malam eid mubarak.Thank you tidak terhingga.Di malam yang penuh syahdu inilah Allah pertemukan kami tanpa dirancang.Rupanya rancangan Allah dah ada ditanganNya.Dah ditentukan masa dan waktunya dan tempatnya.
Dalam sekelip masa mereka terpisah dari ayah,bonda dan Azli.Tapi meninggalkan 1001 kenangan.Kami bertiga terpinga2 kerana belum puas bermesra.Kami bertiga diam membisu di bilik lama Azli 728.Bonda menolong membasoh cawan2 minum sambil memerhati ketupat yang Azli sedang rebus.Itulah juadah yang Azli sediakan untuk ayah bonda untuk hari raya esok....menitis airmata mengingatinya.Ayah ajak Azli makan di luar , dan niat ayah pun Dsaji di tingkat bawah.Azli menolak dengan hormat kerana dia dah order 'chicken mandi'.Ayah malu nak menangis kerana dah tua.Tahan juga supaya suasana nak raya esok tak tercemar.Tak mau rasa sedih.Kan dekat dengan rumah Allah.Ayah,bonda dan Azli perlu gembira kerana saat sebegini dah tak mungkin ujud lagi.Lain kali caranya pun lain pula.Lebih2 lagi Azli sangat memerlukan kasih sayang ayah dan bonda.Dah 17 tahun tak beraya dengan ayah dan ibunya.Allah jemputkan kami berdua memenuhi impiannya.
Biarlah masa berlalu,biarlah impian memenuhi rasa,biarlah segala kisah riwayatkan detik2nya,tapi jangan biarkan iman tergadai dan jangan biarkan amal terbengkalai.
Kita akan melangkah setapak demi setapak menuju Illahi.Redhoi lah kami semua Ya Allah.Kami kerdil,kami lemah.Bimbinglah kami.Payonglah kami dengan kasih sayang Mu,Ya Allah.

HAJJAH WAFA & HAJJAH MIA



Cucunda Hajjah Mia (kiri) dan Hajjah Wafa (kanan) rasa kering tekak,nak minum air zamzam.Ibu Zura dan mama Milah sedang tawaf,depa tunggu kat sini.Kat Makkah depa dah biasa datang berkali2.Dah biasa dengan jemaah yang ramai.Sering mendengari laungan azan.Sering ikuti bersama jutaan jemaah bersolat.Depa tak gugup lagi.Tiada ada culture shock pada diri mereka.Bila di asuh dari kecil,minda mereka akan mantap.Nanti boleh bertutur arab dan inggeris pula.
Bila ibu dan mama selesai tawaf,wah boleh naik belakang abah mereka buat tawaf sunat.Tapi ingat pakai tudung,tutup aurat.OK, silalah minum.Airnya free.Air terbaik dalam dunia.Tok ki dan tok dah bawa balik airnya.
Malam 1 Syawal dulu kamu berdua berlari2 di korridor Sofwah.Abah kamu kata 'pijak rata-rata bukan senang nak berada di hotel mahal ni.' Gembira kami oldtimer melihat kamu berdua.Mia lepas tu nak pula ke tandas.Nak rasa juga tandas hotel mahal.Aduuuh,Wafa pula tertinggal kasut kat tingkat 22.Tergesa2 uncle Azli naik lift memungut kasutnya.
Dalam sekejap masanya kami terpaksa berpisah.Ikut hati nak semalaman bersama mereka.Kita sama2 takbir raya.Besok sama2 kita pi sembahyang eid mubarak ( kat mesia kita panggil aidilfitri) di Masjidil Haram.Kita bangun awal pukul 3 pagi,kalau lambat tak dapat masok masjid.Tunggu sampai subuh pukul 5 pagi.Tunggu lagi sampai sembahyang raya pukul 7.15 pagi.Kena bersedia lebih 4 jam untuk sembahyang raya.Kena bawa sebotol air,kot-kot hilang wudud.Nak masok mesjid pun susah,nak keluar mesjid pun payah.Jutaan manusia.Mesjid penoh,dataran mesjid penoh.Jalanraya dan lorong penoh dengan manusia.Tak tau di mana sutnya jamaah beratur.
Aku sudah tua.Adakah ini kali terakhir aku dapat panggilanAllah.Ya Rabbi ,Kau lebih memahami segala2nya.

INGIN ABADIKAN 3 JEJAKA



Ingin abadikan dalam post aku kali ni bersama 3 jejaka di Kingdom of Saudi Arabia.

Lihat mereka handsome,kacak dan mempunyai berbagai potentials.Dari kiri sekali anaknda Zikhan ( Abg.Zack yang gambarnya belum lagi termuat dalam post aku),bonda ,ayah,anaknda Mazlie (pembaca blognya cuma sebut CL) dan terkanan sekali ialah anaknda Nizam ( banyak senyum dan pendiam orangnya).

Nizam,Zikhan bersama keluarga tinggal di Yanbu,Madinah.4 orang bloggers bertemu dalam satu sessi yang sebenarnya di atur oleh Allah di Sofwah Royale Orchid Hotel,Makkah.Kami semua ialah pembaca dan pekomen blog tercinta kami PDKM kepunyaan CL ( Manzlie berpejabat di Sofwah Towers).

Isteri Nizam UW (Zura) dan anak Wafa ,isteri Zikhan Jamilah dan anak Mia tiada dalam gambar ini.Giliran mereka pula jadi photographer.Jarang2 mereka boleh bertemu dengan oldtimer yang masih bergedik2 dan menari2 jari-jemarinya di keyboard.
Pertemuan kami cuma sekejap,tapi keakraban kami ialah buat selama2nya.Pohon mereka rajin2 hantar berita kerana ayah/bonda masih bermimpi yang tak habis2 tentang kedua2 Haramain.
Wassalam.Doa berada dalam kesenangan dan keselamatan pada anaknda2 dan juga semua pembaca di blog nginapsrengenge.

Sunday, October 18, 2009

TO BE OR NOT TO BE..........comfortability

Assalamualaikom,

Sehari dua ni jari-jemari ku rasa lesu dan malas nak mengetik2 dan menari2 di keyboard.Dan bila dah balik ke tanah air ku rasa dunia terlalu pantas cuba nak mempengaruhi ku , cemburunya ia kerana di Tanah Suci tak sebiji habok pun nak ku pikiaq2 yang bukan2 selain Allah dan rasulNya.Di Rumah Allah dengan bimbinganNya Jemaah2 terpelihara dari juzuk2 dunia yang boleh mengalpakan kita.Kita tak tolak dunia,tapi dunialah juga kita gomoikan untuk kepentingan akhirat.Tanpa dunia,tiada akhirat.Proses dunia dan akhirat harus di harungi oleh setiap insan.Di dunia kita tak akan mendapat comfort zone.Tidak ada yang boleh memuaskan kita,lepas satu,satu pula di uji.Hingga mati tak dak manusia yang rasa comfort dan puas.Nak lagi dan lagi.Pahamlah bahawa di jannah Allah saja yang memastikan kepuasan kita dan comfortable kita.
Wallahuaklam.

Friday, October 16, 2009

MAKA DUNIA PUN BERHUJJAHLAH.

Dunia sekarang dunia berhujjah.Masing2 nak berhujjah nak menegakan kebenaran.Nak juga menegakkan kemungkaran tu bukan kemungkaran.Nak menegakkan kebatilan itu juga kebenaran.Nak menegakkan benang yang basah.Tak mau mengaku salah.Kalau pun begitu berhujjahlah dengan al-quran dan hadis.Tapi sebaliknya guna akal manusia yang tak sudah2 mengundang malang.Pikiran manusia terbatas.Pikiran manusia perlu dibimbing oleh ilmu Allah.Sumbernya Al-quran.Akal intellektual terbatas,biarpun PhD nya berjela2 dari universiti yang berjela2.
Kekadangnya al-quran ada di dada orang zalim.Dia boleh menyesat banyak orang.Dia berhujjah cuma mencari habuan dunia.Dia berhujjahkan al-quran supaya orang menghormatinya.Dia berhujjah supaya orang2 bodoh mudah mengikutnya.Tidak ada ikhlas dalam dirinya.Dia memiliki ilmu bukan untuk beramal.Dia sanggup dengan kebolehan berhujjah dengan orang yang benar2 alim.Supaya orang kata dia lebih alimnya.
Oleh itu perhati2lah,jangan biar agama kita diniagai.Agama kita bukan barangan.

LATIHAN BUDI

Jangan pandang kebaikan yang kita buat.Terserah saja pada Allah.Kerana nikmat yang Allah berikan pada kita adalah lebih dari itu.Jauh subhanallah dari kebaikan yang kita buat.Tengoklah dosa yang kita buat ,banyaklah menangisnya dari ketawa.Jangan menangis kerana dunia,menangislah kerana Allah.
Agama menambahkan nilai pada sesuatu.Tanpa agama punah segalanya.Tercemar habeh komponen2 kemanusiaan.Tersadai habeh unsur2 kesejahteraan.Kegemilangannya luntur.Terbilangnya kering kontang.
Jangan pandang rendah pada dosa.Anggapnya seperti gunung besar akan menimpa diri.Jangan anggap seperti lalat hinggap di batang hidung.Taroh bimbang dalam diri.Yang boleh menangkis maksiat hanya taubat.
Astagfirullah,Astagfirullah,Astagfirullah.

Wednesday, October 14, 2009

TERSELAMATLAH DARI DAJJAL KALAU........................



Gambar pusat pentadbiran Persekutuan Bandar Muazzam Shah.......dulu dikenali sebagai Anak Bukit.Dulunya di sini ialah tapak kilang beras.Kedah pun turut membangun.Kita kejar kedua2nya sekali : syurga dan dunia.Kita belajar supaya jangan menjadi orang sesat.Hindarkan diri dari menjadi bodoh.Jauh dari ingati akhirat hati menjadi gelap , bila dekat dengan akhirat badan hangus terbakar.......nauzubillah.
Makkah masih terngiang2 di telinga,bersinar2 di depan mata.Dalam diri ku episodnya masih panas2 .Kekawan yang datang ziarah aku pun tak tanya lain : Makkah dan Madinah.Dua Tanah Suci....albaladil amin,negeri aman damai dan penuh kesejahteraan.Bila dajjal turun nanti Makkah dan Madinah tak dapat dimasukinya.Nak selamat dari fitnah dajjal,silalah bermastautin di Makkah ataupun Madinah.........selamatlah anakanda Azli......amin.
Wallahuaklam.

NOSTALGIA LAGI...D SATU SYAWAL D ROOM 728

Ini ketika di lobby hotel.Azli ada tugas,dia bergegas meninggalkan kami sebentar.Aku berkata sesuatu pada Jamilah .Dia orang Muar. Muar aku cukup kenal.Masyhur dengan mee bandungnya.Mungkin itu ku perkatakan pada Jamilah.Memerhati ialah bonda,Zura dan Nizam......Zikhan masih menjadi photographer.


Seperti kata anaknda Umi Wafa ( Zura )......ingatan tak boleh lari sebelum 2 bulan.







Inilah gambar kami di malam satu Syawal di Room 728 anaknda Azli di Sofwah Royale Orchid Hotel.Pertemuan kami diator Allah.Anak2 muda Malaysia yang bertugas di Yanbu,Madinah adalah peminat setia blog PDKM.Termasok aku ( depa semua panggil ayah) dan bonda.Semua ini ialah kenangan untuk ku.Tiada kenangan yang di bawa lari.Blogger Zikhan kata susah nak cari oldtimer giler blog....eh.eh.eh.....aku pun terasa lucu. Gembira menyentuh hati ku.






Aku sudi perkenalkan mereka : dari kiri anaknda2 Nizam,Azli,ayahnda,bonda,Ummi wafa(zura),cucunda Wafa,Jamilah dan cucunda Mia........Zikhan (photographer...tak da dalam gambar).

Malam penuh syahdu,tak ada kata2 expressi yang tepat nak ku tuliskan.
Semoga berjumpa lagi.Pohon Allah restui kehendak kami semua.Azli,terimakasih kerana memberikan tempat di r00m 728.Dan sekarang dah pindah ke bilik yang lebih besar.Itu juga kurniaan Allah.

Wassalam.








Tuesday, October 13, 2009

MATI ITU LEBIH MENARIKNYA



GAMBAR BINAAN ASAS TIANG KAABAH

(GAMBAR HIASAN)

Setiap insan harus (wajib) mengenal erti hidup dan mati.Belum ada lagi korikulum di sekolah yang khas mengajar tentang ilmu ini.Yang ada cuma belajar sembahyang jenazah dan pengurusan mayat.Mati,tidak orang mau mati.Sakit sikit saja dah mula cari ubat.

Nak cakap pasai mati pun takut.Ke kubur pun takut.Waktu malam tak berani nak hampiri kubur.Menggali kubur pun dikhas pada orang2 yang tak ternama dalam masyarakat.Biasanya bodoh2 sikit.Ampu dia lintang pukang supaya dia suka kerja itu.Diberi upah lumayan.Diberi pula rokok berkotak2.....subhanallah.

Sekarang ada pula pakej sembahyang mayat.Ambil upah sembahyang,ambil duit kereta.Ni tok2 lebai punya kerja....subhanallah....kalau mereka erti mati kerja ni tak hidup dalam masyarakat.Bila ada mati tentu semua nak menolong,bukan nak mengikis.Makan free lagi pula.7 malam buat tahlil......kalau orang kaya buatlah,ada baiknya.Ni orang yang miskin pun terikut2 budaya ni.Mana ada ustad nak tegor,mana ada tok lebai nak tegor,mana ada JKKK nak tergor.Tak sapa nak tegor....fulus punya fasal....subhanallah.Di majlis kematian,semua buat2 muram.Sedih kononnya.

Sebenarnya mati itu ada lebih menariknya.Hamba mendapat peluang bertemu kekasihnya.Bukankah Allah kekasih sejati kita ? Allah memanggil kita bertemu denganNya,seperti juga kita dijemput ke Baitullah.Kalau Allah tak jemput,mampuih kita tak dapat pergi.Bila kita dijemput ,kita menjadi tetamuNya di dunia ini.Gitu juga dengan mati......same-same.

Wallahuaklam

BETWEEN LIFE AND DEATH


Gambar Mimbar Khutbah yang di pinda sejak tahun 1240 hijrah di Masjidil Haram.
Lebih dari sebulan dalam setiap hari pada selepas tiap waktu sembahyang fardu dan juga di antara teraweh,sembahyang jenazah di lakukan di Masjidil Haram. Tak pernah miss ,adalah saja kematian.Rutin sebegini memberi pengajaran kepada semua jemaah yang hadzir mengenal apa itu erti hidup dan ertinya mati.
Beruntunglah semua si mati disembahayang kan depan Kaabah dalam Masjid yang teragong di dunia.Semoga roh2 mereka mendapat perlindongan dari api neraka.....subhanallah.
Kita manusia ialah makhluk yang paling rumit.Dan juga paling menarik hati.Pusingan hidup memang sama saja dengan makhluk lain.Dari tidak ada menjadi ada.Dari ada dia menjadi pula tiadanya.Manusia hidup dan matinya mengisi peristiwa2 rohani dan sosialnya.Berbeza benar dengan tanaman dan hewan.Keujudan mereka hanya semata2 dengan peristiwa organik atau biologinya saja.Kenalilah hidup ini,maka insyaallah kita boleh mengenal mati.Mati itu pasti.Nobody can run away.It is a must for all of us.So let us be prepared,death is around the corner.
WALLAHUAKLAM

Monday, October 12, 2009

NOSTALGIA ORANG TUA


INI GAMBAR AKU DAN ISTERI DI TINGKAT 22 HOTEL SOFWAH.
Melihat dari jendela ternampak Masjidil Haram dan Kaabah.
Rioh-rendah dalam Haram masih terngiang2 di telinga.Laungan azan dan bacaan Imam masih mendayu2 kedengaran.Aku merasa terlalu dekat dan sanggup menghayun kaki ku yang sakit melangkah masok ke masjid.Setiap hari setiap ketika laman web PDKM anakanda azli ku tonton tanpa jemu2.Hati cukup dekat walaupun jauh beribu batu.Terima kasih banyak anakanda Azli di atas segala pengorbanan mu.Jazakallah Khairon Kathiro.
Telah genap 2 bulan sejak aku bertolak ke Tanah Suci dan kini sampai di Banggol Derdap.Aku rasa seperti semalam.Syukur pada Allah kerana berikan taufik pada ku dan isteri beriktikaf sepanjang Ramadhan.Banyak kekawan dari luar negara aku berhubung.Negeria,algeria,Sudan,Bangledesh,India,Pakistan,Myammer,United Kingdom,Germany,dan lain2nya.Anak2 muda dari Saudi yang berkampong bersama ku cukup perihatin.Memberi ku berbagai roti dan judah,juga berbagai jus minuman.Syukran.Kami semua berikrar berjumpa lagi , dan semestinya di Jannah Allah.Subhanallah.
Para bloggers di Yanbu, Madinah apa khabar ? Hantarlah berita gembira pada ayah dan bonda.
Ya Allah ampunilah dosa2 kami semua.

PENYAKIT SASAU DAN DUNIA KU






INI GAMBAR HIASAN
Bidai kaabah yang dulu






PENYAKIT SASAU


Penyakit sasau akan melanda sesapa saja.Kebiasaan hidup dah lari dari rel nya.Semua jadi luar biasa.tak menepati kehendak naluri manusia.Di masa itu Allah dah tak kira pahala dan dosa lagi.Manusia kembali kepada taraf budak2.Kerana perangainya jadi kembali menjadi budak.Ada orang kata penyakit nyanyok.Tak sapa nak jadi nyanyok.Menyusahkan ahli keluarga dan anak-pinak.Al-quran ialah ubat penyakit tersebut.Jangan lalai,selalulah membacanya.


Dunia juga akan jadi nyanyok dan sasau.Akhir2 ni jelas nampak kesasauan dan kenyanyokan dunia.Berbagai bala menimpanya.Penyakit ni makin terok dan padahnya kita semua yang akan terima.Kerana kita ialah kalifah di bumi Allah.Semuanya terjadi kerana hukum2 Allah di abaikan.Ada yang meminggirkan terus hukum2 ini.Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah.


Kejadian gempa di Sumatera dan Jambi menepati 3 masa. Jam 17.16.Jam 17.58.Jam 8.52.Ketiga masa tersebut menepati janji-janji Allah.Sila rujuk Al-quran pada Surah 17 ayat 16 , Surah 17 ayat 58 , dan surah 8 ayat 52.

3 masa kejadian sama dengan 3 ayat janji Allah.

Wallahuaklam.

Saturday, October 10, 2009

HAJI LALAT


Kita boleh lakukan tamatuk,ifrad dan kiran bila berhaji.Masing2 ada keistemewaannya dan caranya.Disamping itu kita kena belajar lagi ada berbagai2 martabatnya pula bila berhaji ni,yang jarang2 orang belajar.Ada martabat haji jahiliah,haji solihin,haji para ambia,haji martabat rasulullah dan ada juga martabat haji lalat.


Aku cuma nak ceritakan jenis haji lalat.Martabat ni yang perlu kita singkirkan dalam diri.Aku mendapat didikan ni semasa aku dalam Raudoh di Madinah 20 tahun dulu semasa aku mengerjakan haji.Seorang alim mendekati ku dan mengajar ku.Singkatkan cerita , dia kata bila pulang nanti jangan jadi Haji Lalat.Maksudnya jangan menceritakan benda2 yang tak elok yang Allah paparkan pada kita semasa di Makkah dan Madina.Segala keburukan,peristiwa2nya,manusianya,makan-minum kedudukan rumah2 dan serba mak-nenek.Jangan ceritakan benda2 busuk ni.Lebih2 lagi kata Arab ni terok dan sepertinya.


Ceritakan benda2 yang enak dan senantiasa memuji kedua tanah suci.Yang tak baik yang Allah paparkan itu adalah untuk kita memperbaiki diri dan bukan untuk di umumkan.Dia jelmakan benda2 yang tak elok cuma untuk menginsafkan kita,mengambil iktibar darinya.Ini juga satu kaedah pendidikan Allah pada sesapa saja.


Wallahuaklam.
Gambar di atas ialah timba untuk mengambil air zamzam........ini cerita dulu2

Friday, October 9, 2009

WALI-WALI ALLAH


Apabila Allah menjemput kita ke rumahNya,tidak ada sesapa yang boleh menghalang.Yang miskin dapat pergi tanpa diduga.Yang kaya duit melimpah tak kuasa nak pergi.Di antara hamba2Nya yang mendapat jemputan termasoklah para2 wali.Tak sapa mengenali mereka dan kekadangnya mereka tak tau pun mereka itu terdiri dari para wali.


Aku bercita2 sangat nak bertemu dengan para2 wali.Tapi apa yang aku tau ,kenal pun tidak.Aku memohonNya.Ada orang yang alim pernah bertemu dengan nabi Khidir as.Nasihat guru ku: jangan memandang rendah kepada semua jemaah yang ada di Makkah.Kerana antara mereka adalah para wali.Jangan buat sesuatu yang mengaibkan kepada mana2 jemaah,kerana takut orang kita aibkan itu adalah seorang wali Allah.Selalunya para wali ni kita tak dapat melihat kehebatannya.Padahal dia cukup istemewa di sisi Allah.


Di hari akhirku nak membuat tawaf widak,satu keganjilan yang aku dapat rasai.Sebelum subuh lagi aku duduk berhampiran dengan seorang yang cukup tua,di dataran atas depan Kaabah.Dia sembahyang dan berwirid hampir 2 jam sebelum masoknya subuh.Selepas subuh dia menyambong berzikir.Aku terlalu ngantuk waktu itu,terlena berhampirannya.Lebih sejam aku terjaga.Dia masih duduk berwirid.Kemudian dia mengeluarkan makannannya dari beg plastik.Merupakan roti bercampur kuahnya.Dia menjemput aku makan.Aku tak menolak ,tapi cuma kata syukran.Untuk membalas budinya aku pergi ambil air zamzam dua cawan untuknya.Dia berterima kasih,dan mengangkat tangannya berdoa sesuatu sambil makan.Aku beralih kekanan seketika dan kemudian aku toleh kekiri.Dalam sekejip mata si dia sudah tiada.Cawan2 air zamzam pun hilang bersamanya.Kemudian baru aku sedar dia bukan sebarang insan...insan luar biasa.Tapi syukur aku kerana dapat juga berjasa padanya mengambil air zamzam............ingatlah kekawan bila di sana kita tak akan kenal seseorang , dan akan hanya sedar selepas peristiwa berlaku..........wallahuaklam.

Thursday, October 8, 2009

DI SATU JUMAAT,DI BULAN RAMADHAN DI MASJIDIL HARAM

Jumaat pertama di bulan Ramadhan: Malamnya berikhtikaf di masjid.Tempat parking ku di basement masjid.Di sini keistemewaannya ialah ada bahagian aircon dan bahagian panas.Aku sering berpindah : bila panas aku duduk bahagian sejok.Bila terlalu sejok aku membawa diri ke bahagian panas.Masuk minggu kedua tiada can lagi nak berpindah2.Penuh sesak ,ketat macam sardin.Taufik yang Allah berikan tak membuat aku gelabah.Terpaksa kurungkan diri sepanjang hari.Nak keluar susah,nak masok pun payah.Ketandas pun sekali sehari.Aku cuba enakkan diri seperti ikan di dalam air.Tiada seperti burung dalam sangkar.Ikan tak lari keluar dari air.Burung meronta2 nak keluar dari sangkar.Itu falsafah aku bawa .

Jumaat pertama puasa aku nak balik ke hotel.Kekawan ku dari Algeria pesan supaya datang awal utk Jumaat.Kalau tidak susah nak masok masjid.Aku nak balik mandi sunat jumaat dan bertukar pakaian baru.Sudah mandi aku menghempaskan diri sebentar di atas katil.Terlena aku ,jaga2 sudah pukul 11 pagi.Jumaat 12.15 thari.Tergesa aku berlari ke masjid.Lautan manusia memenuhi jalanraya,dataran masjid.Aku terus hayun kaki ku.Di semua pintu masuk telah di halang oleh polis.Panas terik dah melebihi 40 darjah,dan akan bertambah bila sampai thari.Aku lari naik jambatan ke sebelah masjid kucing.Semua sudah di sekat: tingkat atas pun penoh.Isyarat dari jemaah semua penoh.tak boleh ke mana lagi.Aku cuba menyelit diri dan dapat duduk dibayang dinding masjid.Aku tak tau laluan matahari.Rupa2nya panas jugalah aku.khutbah pula panjang.Sejadahku di jadikan payung.Selepas jumaat aku dah mula kering tekak dan badan dah tak stabil lagi.Kepanasan hari itu di catat 47 degree calcius.Setengah jam lebih baru aku boleh masuk ke masjid untuk berlindong panas.Aduh panas di dunia pun aku tak boleh tahan .Sanggupkah aku nak berdepan dengan api neraka.Astagfirullah.Airmata meleleh keluar tak sedar membasahi pipi.Ya Allah ampuni dosa2 ku dan semua muslimin dan muslimat .Ya Allah kami tak sanggup menghadapi api neraaka.Ampunilah kami Ya Allah.

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah.

MIA DAN WAFA

Semalam aku tidoq tanpa nyenyak.Fikiran ku masih lagi kat Makkah.Kata anak anda UmmiWafa mengambil masa 2 bulan sekurang2nya baru boleh hilang sikit ingatannya..Itu katanya dalam chit-chat bersamanya di laman blognya.Teringat2 pada cucu ku di Yanbo;Wafa dan Mia.Pertemuan pertama kami di malam yang penoh syahdu di dekat kiblat cukup mengakrabkan perhubungan kami.Ibu2 mereka Ummi dan Jamilah,bapa2 mereka Nizam dan Nikhan dipertemukan Allah di Hotel Sofwah.Di bilik anakanda Azlie.Dalam sekelip mata hati berdetik nak ku dakap dan ciumi wafa dan Mia.Tapi itu kali pertama pertemuan kami.Cuma isteriku saja yang menciumi mereka.

Mereka dua keluarga datang dari Yanbo,Madinah.Bekerja di sana.Malam tu bertemulah kami 4 orang bloggers di Tanah Suci.Pertemuan singkat yang di atur Allah cukup memberikan aku sebagai oldtimer ( ini kata Nikhan ) satu perasaan yang cukup bersyahdu.Seperti Azlie mereka juga aku martabatkan sebagai anak angkat ku di KSA (Kingdom of Saudi Arabia ).

Sayangnya kami tak sambut Al-Mubarak ( kita sini panggil aidilfitri) bersama.Cuma aku dan isteri bersama Azlie beraya di bilik hotel Sofwah.Kami 3 beranak menjamah ketupat persediaan Azlie.Isteri ku cuma membawa samprit bekalan dari rumah.Tapi Alhamdulillah dapat juga menjamah juwadah pemberian Tan Sri Sanusi Junid.Sayang sekali aku tak dapat bertemu Tan Sri.Dia kawan persekolahan ku di Special Malay Class.Insyallah akan kami dapat bertemu kembali di sana.

Wassalam,jumpa lagi.

Wednesday, October 7, 2009

RAMADHAN DI MAKKAH

Syukur Alhamdulillah aku dijemputNya untuk berpuasa sebulan di Makkah.Sekaligus aku juga dapat menyambut Aidilfitri di sana.Berpuasa di bulan panas cukup mencabar sekali.Lebih toleransi perlu ada dari mengerjakan haji.Kerja haji tak berpusat di Masjidil Haram saja.Ada di Arafah,kekadangnya 3 hari sebelum hari Arafah sudah ada di sana.Ada di Muzalifah.Ada di Mina sampai 3 hari.Hanya sebahagian saja yang balik bertawaf dan sa'e.Jadi MasjidilHaram taklah payah sangat nak bersolat 5 waktu.Musim haji haram berpuasa ( 4 hari).Taklah lapar dan dahaga.5 hari dah selesai hajinya.

Ramadhan pula semua jamaah berpusat di Masjidilharam.Nak berumrah dan solat sehari 5 waktu,kena bertarong bersungguh2.Kalau tidak tak dapat masok ke mesjid.30 hari bertarong dengan jamaah yang tahun ni di katakan 7 juta cukup mengujikan kita.10 malam akhir Ramadhan anak2 tempatan pula berduyun2 datang.Berbeza dengan negeri kita.Di akhir Ramadhan mesjid hanya tinggal satu saf.Semua jadi payah kerana jamaahnya besar.Ke masjid jadi payah.Nak keluar masjid jadi susah.Nak ketandas dimana bahang panasnya cukup tinggi juga padat dengan manusia.Nak berudud pun perlu banyak sabarnya.

Alhamdulillah,aku mendapat taufikNya ,beriktikaf saja di masjid.Cuma balik ke hotel sehari sekali untuk membasuh dan mandi.Berbuka puasa dan bersahor ,banyak sabilnya.Jangan pilih makan saja apa yang di jamu.Makan tak banyak mana,minum zamzam saja dan niat memohon kekenyangan.Alhamdulillah semua kerja beres.
wassaalam.jumpa lagi.

Monday, October 5, 2009

TAK TAU GIMANA NAK MULA

Dah 6 hari aku berada di tanahair.Pembaca2 setia blog aku pun tak tau yang aku dah mula berkokok semula.Itu pun kalau cable tak di curi lagi.Kalau ada kecurian aku akan membisu pula.Kejadian mencuri ni dah jadi satu trend baru rakyat.Dari kerajaan hingga ke rakyatnya membuat kerja laknat ni.Tak kenal dosa pahala.Menipu juga menjadi kebanggaan diri.Pandainya syaitan menghasut manusia menjadi durjana.

Berhasrat nak ceritakan Ramadhan di Makkkah ,tapi belum tau gimana nak mulakan.Kerja haji dan suasana Haji semua dah tau.Tapi jarang orang menceritakan tentang ramadhan dan cabaran2nya.Haji cuma dihabiskan dalam masa 5 hari.Tapi sebulan berpuasa Ramadhan tetap jauh bezanya.Mengejar iktikafnya,mengejar lailatulkodarnya,mengejar terawehnya,mengejar kiamulailnya,dan berbagainya.Mencari laluan untuk mematahkan godaan syaitan kekadangnya cukup terseksa.Aduhai,Ya Allah banyak lagi yang belum kami kenal diri kami.Kekadang kejahatan manusia melebihi dari kedurjanaan syaitan.

Bertemu kembali.Wassalam.

Saturday, October 3, 2009

ASSALAMUALAIKOM

Selamat bertemu kembali selepas lebih dari 2 bulan tak update my blog.Pertama kerana tak boleh online kerana Tm cable di curi,dan selepas itu saya pergi ke Makkah pula tanggal 12 ogos dan berpuasa sepanjang Ramadhan dan baru kembali selepas raya.49 hari tinggal di sana.

Insyaallah akan tulis pengalaman Ramadhan di sana apabila badan cergas semula.Penat lelah semasa berada di sana masih lagi terasa.

Dalam kesempatan ini saya pohon maaf dan selamat berhari raya.

Semasa disana blogger anakanda Azli banyak membantu saya dan isteri.Banyak post yang Azli tulis tentang diri saya dan isteri semasa di sana.Boleh ikutinya dalam blog list saya PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH.Sila klik di sebelah kiri blog saya.

Wassalam.