Friday, April 30, 2010

LUBANG BIAWAK




LUBANG BIAWAK ( N3 KE 54 APRIL NI)


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Manusia diancam dengan berbagai penyakit ; penyakit rohani dan jasmani.Bukan itu saja,ancaman2 lain turut mengganggu manusia.Akal manusia mengujudkan sifat2 negatif dalam kehidupan.Di ciptanya sekularisme.Memisahkan agama dan kehidupan.Globalisasi,hendoisme , liberalisme,kapitalisme,komunisme ,sosialisme dan isme2 yang lain turut memusnahkan manusia itu sendiri.Manusia jadi hilang sedar.Tak sedarkan diri .Lupa daratan.Ego dan individualilstik.Pentingkan diri sendiri.Pentingkan kroni.Pentingkan dunia.Hilang harga akhirat.Dan tak takut akan mati.Akhirnya terjerumus dalam ‘lubang biawak’.Semuanya ikut selera dan nafsu.


Salam from srengenge

KHUTBAH JUMAAT


Khutbah Jumaat
Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni bukan darah ku naik.Tak.Aku tak dak darah tinggi.Cuma aku naik darah.Dan khutbah jumaat tadi tok katib mengingatkan jemaah supaya jangan ikut angin dan ombak .Di tiup kesana kemari dan dilambong ke pantai dan diheret masok kelaut.Ceritanya panjang,tapi itulah intisarinya.Seolah kita tiada kompas dalam mengharungi hidup ni.


Ingatan ku pergi jauh ke belakang.15 billion duit royalty ( ihsan) Terangganu dihabiskan di masjid Kristal,monsoon-cup,stadium runtuh,stesiun runtuh dan berbagai lagi.Ku Li menjelaskan begitu.Lepas tu bom simpanan Kementah meletup dan terbunuh seorang gadis ( kalau nak dikatakan gadis) di tepi hutan.Kemudian pula enjin kapalterbang boleh dicuri dengan senang,dan dapat dijual di luar Negara.Kemudiannya membeli kapal selam yang tak pandai menyelam.Seterusnya membeli kapalterbang tanpa enjin.


Dan hari ni membaca blog chedet pula aku dapat tahu dua telaga minyak Blog L dan Blog M di laut China Selatan bernilai 320 billion ringgit hilang begitu saja ke tangan Brunei.Dia juga minggu lepas berkempen bagaimana hebatnya Be End di Hulu Selangor.Kita seolah tiada sapa yang boleh dipercayai.Nak beri royalti kat Kelantan dan Terangganu banyak sangat dolak-dalihnya.Mudah saja kat Brunei.


Zaman dulu cukup hebat cerita2 lanun,cowboy,robinhood dsbgainya.Zaman lani pun sama hebat melanun,menkoboi dan berrobinhoodnya.Otak kita kecil ,Malaysia begitu besar.Sehingga tak tau putar-belitnya dan polemiknya.

LOOK THE FATHER IS SINGING



THE FATHER IS SINGING


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Tazkirah pagi jumaat ni

Cerita kawan ku pi mengaji di amerika.Isterinya ikut bersama.Maka hamil lah pompuannya di sana.Tiba waktu bersalin,dia bawa isterinya ke wad bersalin.Kalau di Indonesia ia panggil wad korban lelaki.Doktor menjemputnya berada dalam wad untuk mententeram emosi isterinya.Mana ada adik beradik di sana.Bush pun masih beringus lagi.Obama juga tak lahir lagi.Kawan ku ni agama pun tak mendalam setara mana,macam aku juga.Tak tau hujung pangkal sesuatu.Tapi dia teringat pesanan orang tuanya,bila bayi lahir pasti azankan dia.Jadi dia bersedia nak mengazan bila anaknya lahir.


Biasanya bayi menangis sekuat2nya bila keluar ke dunia.Maka sibapa pun mula azan juga sekuat2nya.Lagi bayi menangis sekuatnya,si bapa juga menguatkan suaranya.Jadi kecoh dalam wad.Tapi doctor tu bijak.Dia beri tau semua pembantunya ; ‘Look the father is very happy , he is singing ‘.


Sapa ada pengalaman serupa di luar Negara ?

Thursday, April 29, 2010

MARUAH MELAYU TERGADAI


MARUAH KITA TERGADAI


Denga nama Allah , 99 semuanya.

Aku nampak berbagai taik dan najis menyelimuti bangsa ku.Tak sedar2 .Bukan saja yang bodoh2 ,tapi cerdik-pandai yang membenihkan unsur2 negatif .Hilang habeh kemanusiaan .Benar seperti kata malaikat apabila mengadukan kepada Allah bahawa manusia akan membawa kerosakan di bumi.


Mengkeji,mencela,menghina menjadi2 sesama sebangsa dan seagama..Cukup aib aku tengok semasa di Hulu Selangor.Diaibkan di depan bangsa lain dan agama lain.Bukankah hudoh itu namanya ? Walhal agama mendidik kita menutup keaiban orang.Aku tabek pada Zaid kerana berani bertaubat.Insyaallah ,Allah akan mengampuninya.


Tunggeng tebalik kalau kita banding dengan para sahabat dulu.Keaiban para sahabat dulu tak pernah diungkit2.Saiyidina Umar tak pernah dipersoalkan tentang masa lampaunya.Tapi orang kita syok menjual nama orang.Syabas juga pada Zaid tak mendedahkan nama2 sahabatnya dulu yang juga duduk semeja dengan botol dan masih belum bertaubat.Biarkan mereka.Kita tutup aib orang,Allah akan tutup aib kita.


Salam dari srengenge.

KEHEBATAN DUNIA DAH MERUDUM



DUNIA IS FINISHED


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Saat2 terakhir cukup hampirSemasa Al-Quran belom di tulis.Semasa kelas Al-quran belom ada.Semasa belom ada banyak kemudahan.Semasa hanya unta dan kaldai yang ada.Semasa menerima banyak ancaman dari ‘ameno’ Mekah,dipimpin oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Semasa para sahabat hidup dalam kemiskinan.Itu semua tak semasa dengan kita.Kita dah jauh masanya dari mereka.Itu dulu-dulu.Dulu dari Hitler,dulu dari Napoleon,dulu dari Adi Amin dulu dari dulu yang sebelum dulunya.Di antara dulu itu sebelom dulunya dan yang terdahulu itu ialah semasa Nabi kita mula berdakwah menegakkan Islam.Semasa itu barakah Allah cukup meninggi dalam diri2 pengikut2 Nabi saw.Kerana barakahlah dalam dada2 para sahabat tertanam Al-quran.Sebab tu saya katakan Al-quran belum ditulis dan belom ada kelas Al-quran.Walaupun tak ada itu semua para sahabat boleh menghafal Al-quran.Dan sebab tu juga aku katakan semakin banyak kemudahan lagi payah nak amalkan penghafalan.Barakah Allah dah hilang kerana terlalu sanjung dunia,Allah lucutkan kehebatan diri manusia.Kita hilang sensibility dan kita hilang sensitiveness.


Salam dari srengenge

Wednesday, April 28, 2010

JUST ENOUGH

JUST ENOUGH


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Carilah hasanah di dunia
Carilah hasanah untuk akhirat

Dunia ni kalau dapat banyak macam mana pun ,hakikatnya masih sikit dibandingkan dengan akhirat.Kita mencari bekal di dunia.Banyak mana sangat bekai dunia yang kita nak?Yang nak banyak ialah bekai akhirat,pasai nak hidup lama di sana,Abadan abada. Dunia ada banyak pengikut,tapi di akhirat kita solo.Pengikut akan lari kerana hari itu nafsi2.Apa yang dikorban untuk dunia kita dapat segera di dunia.Kalau kita berjuang dengan redho Allah,kita buatkan kesenangan hidup dalam akhirat.Berilah keutamaan yang baik2 dan bolehlah kita berangan2 berjaya di akhirat.Usaha berkiblat dunia yang sementara,memberi nikmat sementara di dunia.Di akhirat kita dapat zero.Kosong.Nothing.


SALAM DARI SRENGENGE


DUKA DERITA CIKGU

LAGI CERITA CIKGU


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Ku ke ka ku , ku ke ka ku
Taik penuh ekor ku


Cikgu dulu kurang berak,kerana gaji kecik.Kencing tu banyak,kerana air free dan bersih.Sebelum Jepun mai,12 ringgit sebulan gaji cikgu.Aku mula kerja elaun cuma 45 ringgit sebulan.Bila jadi gurubesar baru boleh berak banyak sikit.Gaji naik sikit.Guru2 rakyat dulu buat sekolah sendiri.Hebat sungguh depa.Cakap2 depa lah yang boleh memikat beribu2 telinga.La ni cakap pak menteri pun orang tak dengar.Malah membebet mulut saja.Dah hilang daulat.Cakap macam ketikusan saja.Allah mengangkat mertabat seseorang dari keikhlasan diri.La ni tak ikhlas kerana nawaitu nya fulus.


Orang masih luahkan bahawa cakap memang mudah.Talk is cheap.Kerana banyak talking,talking,talking, kerja tak jadi.We talk a lot.Not only at kedai kopi , in parliament but through the internet.A lot of chit-chat.Dalam salah satu cakap yang ku tertarik ialah cakap pak menteri Rais.Dia cakap orang melayu jangan jadi macam ayam dalam sangkar.Dia dulu juga cikgu macam aku.Guna air lioq .Lepas tu masok politik,guna lagi air lioq.Dia cakap kita macam ayam dalam sangkar.Ayam dulu bebas,ayam la ni stress.Tak bebas.Macam cikgu2 la ni.Banyak yang stress dengan kerja.Cikgu lani tak guna air lioq.Banyak kerja2 sampingan.Ko ke ka ku , ku ke ka ku , ayam jantan ni galak sikit.Ku ke ka ku.



KETIKUSAN ADA DI MANA2

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Ketikusan Terjelma


Berangan2 seperti Mat Jenin memang cukup ‘sedap’.Dari pemanjat kelapa dan akhirnya berkahwin dengan tuan puteri.Cerita angan2 ni dah lama ‘hidup’ dalam kepala orang melayu.Malah dah beranak bercucu.Tak habis2 orang kita berangan,dari rakyat bawahan hinggalah ke atas,ke atas,ke atas hingga ke negeri bunian.Orang2 politik cukup banyak lagi angan2nya.Yang berkuasa nak memerintah dari dulu,kini dan selamanya.Oleh kerana angan2 tu terlalu tinggi,hingga lupa kita check diri sendiri.Seperti yang berlaku kepada Mat Jenin.Kerana pelepah kelapa tu tak dicheck,padah yang dia terima.Tuan Puteri pun entah ke mana.


Jarang2 kita jumpa seorang politikus yang baik.Kebanyakkannya menikus.Dia tidak boleh lari dari menikusnya.Perangai dan fiilnya memperlihatkan ketikusannya.Turut sama menggundah-gulanakan rakyat jelata.Rakyat jugalah mempolitikuskan mereka.Dan rakyat juga memperangkapkan mereka dalam perangkap tikus.Memang tikus2 inilah membaiki labu.Bagai tikus membaiki labu.


SENYUM,PIKIAQ DAN MENGGELEDAH




Tuesday, April 27, 2010

BEGITU SUSAH JADI CIKGU



Dengan nama Allah , 99 semuanya


Susah nak didik orang jadi cerdik.Ia perlu ada give and take.Macam kawan ku Pak Non tuleh dalam blognya bahawa cara mengaji dulu tak sama dengan ngaji la ni . Dulu cikgu kita macam bapak kita.La ni no way.Cikgu dulu pun anggap anak murid macam anak sendiri.La ni pun no way.Hilang berkat.Dasar pun dah tak berkat , kerana orang yang buat dasar tak buat kontek dengan Allah.Semua guna perasaan dan andai2an yang cuma ada di kepala hotak.Berapa banyak yang cuba bermunajat kepada Allah memohon restu dari segala kerja buat kita.Masing2 menerajang,menerjah,membadek dan memberasakan apa saja yang lalu di minda yang tak kostan.Semua itu dijadikan ukuran tali tape mengikut sukatan yang memang terhad.Tanpa nusroh dari Allah kerja buat kita dah tentu tak sempurna.PimpinanNya adalah penting dalam setiap apa saja kerja buat.Jadi bermula dengan tak di pimpin,mudahlah kita tergeleceh.Mudahlah gagalnya.Mudahlah dapat ruginya.Mudahlah syaitan memesongkan kemurnian hidup.Mudahlah kita tertipu.Mudahlah kita rugi.Bangkrup lah kita sejak di dunia lagi.Muflislah kita di akhirat……nauzubillah






OTAK MELAYU MUDAH DIEKSPLOIT

OTAK MELAYU MUDAH DIEKSPLOIT


Cakap2 politik jenoh sangat dalam masyarakat kita.Aku pun tuleh banyak juga kisah perkotoran berpolitik ni.Rasa macam dah meluat nak tuleh tapi jejari ku dok rasa gatai2 juga nak mengetik.Cuba nak lari masok lorong2 aman tenteram terjadi juga gelecehan masok ke lorong yang jijik tu.Melalui media-massa pun cerita2 tu yang dihidang kepada kita.Jadi macam berharamjadah saja sokmonya.Aku pun bila mula berharamjadah ,jejari2 mula meniti2 di keyboard cukup rancak macam membuat dashing dalam perlumbaan 100 meter.Boleh memecah rekod below 9 seconds.Rekod penuh haramjadah.Kita tau semua itu adalah tipudaya,semua itu adalah propaganda , semua itu adalah putar belit,semua itu adalah kelentongan.Auta di serata segenap seginya,menerajang ke segenap jurusan 16 penjuru mata-angin.Phiuh,phiuh berpuing2 pusing ligat menerajang masok ke setiap lubang telinga.Semuanya membodohkan insan2 setempat yang tak cuba nak mencerdikkan kepala hotak.


Tanggongjawab pemimpin dah lari.Mereka hanya cari jalan nak mengekalkan kuasa.Mereka bukan nak mencerdikkan bangsa.Bangsa kita dah hanyut dalam berpikiaq.Tindakan bangsa kita juga tak senonoh jadinya.Dan dalam pilihanraya umpama orang tua2 dok kata : gajah dan gajah berjuang,pelandok mati di tengah2.Orang melayu pikiaq BN tu umno,dan umno tu BN.Tengok post-mortem di Hulu Selangor.

Kaum India 60 % sokong BN , 40 % sokong Pakatan Rakyat.
Kaum china 15 % sokong BN , 85 % sokong Pakatan Rakyat.
Melayu 80 % sokong BN , 20 % sokong Pakatan Rakyat.
(Rumusan dibuat secara random selepas jelajah blog2 politik)
Kawan ku leenoh pernah berkata : di mana- mana pun kita berada kenalah Islam, berpolitik ke, berniaga ke dan semuanya, semuanya, semuanya. Jangan hantam kromo sahaja, kalau tidak mampu buat begitu, pergilah cari ruang kat lubang cacing kalau ada.


PERLU SANGAT PEMIMPIN BERAMANAH

PERLU SANGAT2 PEMIMPIN BERAMANAH


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Terlajak langkah boleh gostan

Nabi saw dengan sifat amanahnya ,dan semua Nabi diberi amanah telah membawa kita beragama sampai ke hari ini.Kita kata kita sayangkan Nabi,tapi suruhan nabi kita punahkan .Kita merayakan Maulid Nabi,Kita rayakan Maal Hijrah , tapi adakah kita endahkan suruhan dan larangannya.Hidup lebih dari 60 tahun,6 hadis pun tak boleh dihafal.Sepatutnya dah hidup 40 tahun,dah boleh hafal Hadis 40.Mandi junud baru belajar bila nak kawin.Doa makan murid pasti lebih pintar dari neneknya.Bukan apa nak menegur saja.Dah kakinya sebelah dalam kubur masih lagi tak menutup aurat.
Nabi saw dikenali sejak kecil sebagai Al-amin , kerana dia beramanah.Dia dipercayai oleh orang arab dan juga musyrikin Mekah. Abu Jahal,Abu Lahab percaya tentang Al-amin . Di zaman dulu orang2 arab tinggalkan duit pada Nabi saw ,kalau mereka nak berhijrah jauh2 ke Syam atau Madinah.Kerana masa tu tak dak bank .Dan Nabi saw akan serah kembali wang mereka bila pulang.Mereka tak tinggalkan wang dekat Abu Jahal atau Abu Lahab , walaupun mereka adalah JKKK Mekah.Mereka tak percaya pada Abu Jahal/Abu Lahab. Mereka bimbang bila balik nanti duit simpanan mereka menjadi abu.Sejauh manakah peminpin2 kita beramanah ?
salam from srengenge

Monday, April 26, 2010

KITA NI ANEH NOT AJAIB


Dengan nama Allah , 99 semuanya


KITA NI ANEH

Manusia dulu anggap basikal ialah satu benda aneh.Bertayar dua boleh bergerak dan tak tumbang.Sama jugalah manusia ada kaki dua.Kalau empat macam binatang lembu mungkin boleh berjalan lebih mudah.Semuanya aneh kalau dipikiaq2.Itulah kehebatan Allah berupaya membuat benda2 anih .Yang lebih aneh lagi ialah manusia boleh masuk neraka.Walhal surga Allah cukup luas.Neraka penuh sesak dengan manusia.Bertindih,bertindan.Tak dak benda yang lazat2.Semuanya menyiksakan . Berbusuk ni tak ambil kisah. Nak makan pun cukup siksa.Kayu zakom.Berduri menikam mulut,kerongkong dan perut.Masa tu baru kenal diri bahawa kita ni aneh.
Yang aneh lagi Kamalanathan boleh menang di Hulu Selangor.Cuma 60 % mic sokongnya.Yang aneh lagi bergomoi bermusuhan dan dimasa yang sama 1Malaysia,1Malaysia.
Aneh sungguh kita tak boleh pikiaq.Katanya perbelanjaan melebihi 60 juta.Aneh.
Aku rasa aneh,pasai apa aku pikiaq pasai ni.Walhal banyak lagi perkara2 yang aneh2.

KITA LALAI DAN LALI


KITA BERAGAMA TAPI KITA LALAI


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Kita syok sendiri2
Kita penting diri
Kelalaian membendung kita
Di ulit oleh syaitan setiap masa
Dalam akedami fantasia
Dan juga bila berpilihanraya
Di mana saja
Satu dunia
Demi masa
Kerugian semata




Dunia akan musnah bila2 masa saja dan di akhirat nanti kita akan diadili mengikut undang2 Al-quran , mengikut Al-Hadis Nabi saw.Kita tidak diadili mengikut undang2 Lord Reid,tidak juga undang2 Inggeris,tidak juga undang2 Singapura ,dan tidak juga undang2 Amerika atau apa saja undang2 ciptaan manusia.Semua dirujuk Al-Quran.Jadi mengapa kita memaling dari Al-Quran.Kita Cuma mementingkan tajjwid,kita Cuma mementingkan qariat,kita Cuma mementingkan taranum , tapi kita membelakangkan pelaksanaan.Bukan tajjwid tak penting,bukan qariat tak penting,bukan taranum tak penting.semua itu penting.Tapi Al-Quran diturunkan adalah untuk pelaksanaan.Amanah ini kita abaikan.Kita buat tak kisah.kita permudahkan hidup ini,kita merugikan diri.kita mendera diri sendiri,kita tak sayangkan diri sendiri,kita jadi sebodoh2 makhluk ,walaupun kita diberi akal.Akal kita berselut diselaputi oleh lumpur dunia,daki2 dunia ,dan najis2.Bukankah Nabisaw pernah bersabda bahawa dunia ini adalah seperti bangkai .Busuk,jijik,SHIT.
SALAM FROM SRENGENGE



SAPA NORMAL , SAPA ABNORMAL


KITA NI MANUSIA BIASA KE ?
KE KITA NI MANUSIA LUARBIASA ?


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Chit-chat dengan seorang doktor perubatan aku dapat maklumat bahawa manusia jadi normal kerana meminum air kencingnya semasa dalam kandungan ibu.Dan semasa kecil dulu aku juga diberi tau oleh orang2 tua,kalau nak jadi cerdik kena makan taik....bukan taik manusia,tapi taik minyak.Orang sekarang dah tak kenai taik minyak.Ia ialah hempas minyak tanak.Memang sedap dan enak bila dimakan bersama nasi panas,lebih2 lagi di masa hujan lebat.Santan nyior yang baru ditanak sehingga masak mengeluarkan taiknya ( hempas ) yang aroma baunya cukup menyenangi lubang hidung.Kalau lubang hidung diserang oleh resdung ,mungkin tak rasa haruman baunya.



Balik kepada air kencing tadi........semasa dalam kandungan, janin menelan air kencing sendiri.Air kencing itu berkitar pergi dan balik.Minum-kencing,minum-kencing,haa jadi begitulah ajaibnya kejadian kita.Hanya Allah yang tau.Kalau proses itu tersekat,bayi yang dilahirkan jadi abnormal.Penyakit abnormaliti ini diberi nama OLIGOHYDRAMNIOS , iaitu tak cukup bendalir amnion . Aku pun tak pandai cerita lebih panjang,kerana perubatan ni bukan kemahiran aku. Doktor tu boleh cerita kat aku panjang lebar dengan istilah2nya dalam bahasa Latin yang aku pun tak paham.



Sesekali aku pikiaq , sebab tu orang2 yang sikit abnormal tu suka makan yang kotor2 , tapi tak mendatang penyakit pada depa.Apa hikmah tuhan buat kita tak tau. Mereka pengotor tapi tak sakit.Binatang2 pula makan makanan yang terdedah dengan kekotoran.Itu pun hidup gemok2.Tapi yang paling kotor ialah kotor batiniah.Manusia ni kalau batin kotor....wallahuaklam.La ni banyak sangat benda2 kotor, politik pun jadi kotor......bukan politik , tapi budaya berpolitik dah cukup kotor.Bila budayanya jadi kotor , yang depa kejar turut jadi kotor........kejar duit,duit kotor. Kejar pengaruh,pengaruh yang kotor.Kejar-mengejar yang kotor2. Umpamanya rasuah,kezaliman,tipu,bohong; sebutkan saja yang mazmumah2 tu semuanya ada.Kekadang pula mereka kencing sana,kencing sini ( buat masalah ).Ingat ubat yang mujarab,depa kena minum air kencing.

SALAM SRENGENGE UTK SEMUA

Sunday, April 25, 2010

MANGKOK MADU DAN SEHELAI RAMBUT


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".'
Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Wallahuaklam.......daku lupa sumbernya.

LAHUMA KE HULU SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT



LAHUMA KE HULU SELANGOR UNTUK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Vote,vote,vote ; everybody vote…….Secebis dari nyanyian Zainal Alam.

Masa muda dulu Lahuma berada di Hulu Selangor.Dia sewa sebuah rumah dekat dengan Rawang English School.Dekat dengan factory Malayan Cement cap rimau.dekat dengan rumah seorang benggali memelihara banyak ekor selembu.Setiap hari dia perah susu sapinya.Di sekeliling rumah sewa Lahuma dan rumah benggali itu ialah wetlands.Cukup cantik.Kaya dengan pokok paku-pakis,pokok midin,yang pucuk2nya boleh dibuat sayur dan ulam.Boleh dipetik secara percuma.Lahuma yang banyak memetiknya.Hari2 dia makan ulam free.Pucuk midin boleh di buat masak sayur asam pedas.Campur udang kering dan ubi keledek.Rasanya manis,masam dan pedas hingga menjilat jari.


Semasa Lahuma di KKBaru,rumahnya selepas persimpangan masok ke KKBaru.Juga banyak wetlandsnya.Banyak paku-pakis dan pokok midin.Yang istemewanya di KKBaru ni banyak siput pait di dalam payanya.Boleh buat sayur lemak dimasak dengan buah nenas dan cili padi.Manis tak terhingga ,hingga menjilat jari.Kalau nak berendam pi saja ke Batang Kali.Cukup enak berendam dalam sungai yang cantik dan bersih.Kalau nak tengok kampong melayu pi saja ke Sungai Choh.Kampungnya cantik dan bersih.Anak dara pun banyak.Lahuma tak terikat dengan mana2 anak2 dara di situ.Masa tu Lahuma terpikat kat Volkswagen Beetle.Ada seorang gadis genit bertugas bersama Lahuma, tapi dia lebih tertarik pada VW Beetle.Jodohnya pada Jeha dah terikat sejak azali.Kat Ulu Yam Lahuma tak kenal sesapa .Cuma lalu-lalang saja.


Bandar Rasa banyak orang china.Begitu juga Bandar Kerling.Lahuma ada juga kenalan kat Kelompang.Tapi dah lupa mereka semua.Mungkin dah tak ada mereka2 tu….alfatihah.


Sampai ke penghujung Hulu Selangor ialah Bandar Ulu Bernam.Ulu Bernam tumpang hidupnya dengan adanya Tanjung Malim.Kerana adanya SITC.Yang memisahkan dua Bandar itu ialah Sungai Bernam.Kalau lapang Lahuma akan melepak di atas jambatan,macam budak2 sekarang juga.Banyak ceritanya di Ulu Bernam,tapi biarlah ia tersimpan dalam nostalgia diri.Kini kalau pi KL,jiwa ku akan pulih bila melangkahi Tan jung Malim hinggalah ke Rawang.Aku akan menghidu aroma lama yang masih terlayang2 di udaranya.


Hari ni Hulu Selangor akan membuat pemilihan dalam PRK.Aku doakan Zaid Ibrahim menang,biar pun tipis. Be End with BN.Aku tak caya lagi,walaupun dulu aku orang kuat menyokongnya.Lebih dari 50 tahun terbengkalai begitu saja,walaupun TARahman dan Tun Razak berhempas pulas nak makmurkan orang melayu.La ni depa senang2 joli sana-sini.Orang china pun tertipu,lebih2 lagi orang india.Yang kenyang tembolok pembesar.Orang Sungai Buaya ada seorang dua aku kenai,dah tertipu hamper 15 tahun dulu.Dan baru kemarin dibawa 5 juta untuk mereka.Cuma untuk menagih undi.Harapan ku ,mereka berani membuat pembaharuan.Apa depa bagi,ambil.Mesti pandai berpolitik.Tanpa pembangkang 5 juta tu pun tak akan sampai.Terimalah,bukan duit depa,duit rakyat.

SALAM FROM SRENGENGE.

Saturday, April 24, 2010

CERITA JEHA GILA

CERITA JEHA GILA


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Masih terngiang2 di telinga
Masih berblur-blur di mata
Masih berkumat-kamit bibir membaca




Dulu Jeha gila kerana kematian Lahuma.Habeh heboh seluruh Banggol Derdap.La ni dah diam semuanya.Timbul pula cerita di kemboja.Depa buat filem berdasarkan kegilaan Jeha.Diiktiraf oleh dunia dalam 67th academy award.Modai kita punya,untung depa punya.Tajuknya dulu di ambik oleh barat ‘No Harvest But a Thorn’.Kemboja pula beri nama ‘Neak Sre Rice People’.Asalnya Ranjau Sepanjang Jalan.Dalam bahasa kemboja ada perkataan ‘sre’.Seakan sama dengan srengenge.Tapi srengenge masih tersergam huduh macam hantu.Tak sapa berani mengganggunya.Awang Che Teh dah serik.Ada banyak hantunya.Tak sapa sudi sock and awe srengenge.Beribu kasut akan melayang hinggap di muka.Kalau tak pandai elak macam Bush,jangan cuba nak cuba…..cubaan.



Kalau nak tengok Neak sre Rice People sila kunjung ke Youtube.Tapi selera asalnya dah lari.Depa ubahsuai ikut selera orang kompuchea.Itulah bahan mentah kita punya,hasil produk depa punya.Apa kita dapat ? Cuma boleh meleleh air lioq.Banggol Derdap tak boleh sesen habok pon.Lahuma diberi nama kompuchea sebagai Poeuv , dan Jeha pula dipanggil Yim Om.Depa jual kita dua seduit.Ngeri pembunuhan masih ada di sana.Semuanya angkara Pol Pot dan Khymer Rouge.Kalau Bush bersekongkol dengan Pol Pot satu dunia boleh lingkop.Satu dunia jahanam.Depa buat neraka di dunia.Kedua2 depa patut dimaki haram bejadah.



SALAM FROM SRENGENGE

KITA MANUSIA JENIS APA ?



KITA MANUSIA JENIS APA ?


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ku renungi diri ku
Ku intaii hati ku
Ku selami jiwa ku
Ku impikan hajat ku
Ku perbarui niat ku


Aku dapat lihat ada 3 jenis manusia ni.Jenis pertama ialah jenis ada tapi macam tak dak.Nak kata tak dak ,tapi ia ada.Jenis kedua ialah jenis ada tapi menyusahkan.Dia ada,dan bila dia ada dia mendatangkan susah pada orang lain.Lebih baik dia tak dak.Dia memberikan kesusahan bila ada.Haprak punya jenis ni.Jenis yang ketiga ialah bila dia ada cukup menyenangkan orang.Bila dia ada semua syok dan memberi kesenangan pada semua.Dan kalau dia tak dak orang akan rindu padanya.Dia orang yang cukup berjenis pada masyarakat.Bilangan jenis ni boleh bilang dengan jari.Kalau jenis ni jadi pemimpin,berjaya masyarakat tersebut.Pandai kah kita pilih pemimpin macam jenis ketiga ni. La ni kalau banyak rasuahnya,mudahlah jadi pemimpin….haprak la kita kalau pilih jenis berasuah.Risikonya akan melibatkan orang yang memilih sampai keakhirat, sampai ke neraka Allah…..nauzubillah.

SALAM DARI SERENGENGE

Friday, April 23, 2010

ZAMAN TUN DULU PERNAH BERBINIKAN PAS



PINANGAN NAK BERBINIKAN PAS DITOLAK

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Pat pat sipaku rapat

Sapa cepat dia dapat

Baru2 ni beria2 sangat umno nak berbinikan pas.Di musim paklah dah 3 kali masok merisik.Selangor dan Pahang dan Perak sama2 merindukan bulan.Macam jadi gelagat penggilaan talak aja.Tapi pungguk boleh saja merindukan bulan,kerana bulan bukan sedarah sedaging dengannya.Pungguk cuma seekor burung dan di tempat aku ia dikenali sebagai burung hantu,tak dak langsung nilainya dalam masyarakat aku.Dia jenis pemalas,tak ada tempat tinggal,tidor di mana saja teradap.Matanya besar , boleh menakutkan anak2 kecil.Dan bunyinya juga tak seenak suara Siti Norhaliza.Bunyi macam hantu.Tak sapa gemarkan burung hantu.Tak juga boleh jadikan burung perhiasan.Kalau sesapa membela ikan dalam kolam,awasilah waktu malam,burung hantu ni akan kebas habis anak2 ikan.Anak2 ikan royalty & ihsan akan dikebasnya macammana berlaku lani.Ia makhluk Allah yang tak tertakluk dengan hokum taklifi.Anak2 Adam saja yang tersangkut dengan hokum taklifi.Tu pun depa balas,membelakangkan hukum2 Allah.Pada depa haram/halal sama saja.Eloklah bertaubat sebelum roh keluar dari badan.

Anak Adam ni darjatnya sangat tinggi,macam G minor.Ataupun tabaqqahnya tinggi.Dan bila tabaqqah iman anak adam tinggi,wahoo,cukup molek kesempurnaannya.Walau macammana pun manusia ni begitulah sejak dulu sampai sekarang.Tak pandai,tak reti,payah nak ajar.Bahalol kata P.Ramlee.Bahalol macam kaldai,malah lebih terok dari segala haiwan.Depa sendiri menurunkan darjat sendiri .Tak pandai jaga tabaqqah,bukan itu saja negeri sendiri pun tak pandai jaga.Orang lantik suruh jaga negeri,depa khianat.Terlampau cintakan dunia memudaratkan diri dan seangkatan dengannya.Habeh roboh ,habeh musnah.

SEPASANG SLIPPER UNTUK ' THE LIAR '


SEPASANG SLIPPER UNTUK ”THE LIAR”

(dengan ehsan dari Datuk Kadir Jassin)


TUAN besar Tony Bliar,
*(Anthony Charles Lynton Blair)
Berkata: “Iran ada bom nuklear.”
Sahut Bush teman akrabnya:
“Itu senjata pemusnah massa,
Seharusnya dimusnahkan segara.”
Tuan besar Tony Bliarbercakap bohong
itulah kerjanya45 minit saja, katanya
Iraq boleh musnah satu dunia.
Tuan besar Tony BliarAnjing ribaan
Presiden AmerikaGeorge W. Bush nama orangnya
Pasal belasah Islam dia cukup suka.
Maka mereka pun perang jihadPerang Salib dan Perang Suci
Bom dan bedil Iraq sesuka hati
Tak kira Saddam Hussein
Orang tua atau seorang bayi.
Sekarang ada manusia di Malaysia
Yang gelar diri “national achievers”
Panggil ini Tuan Tony Bliar
Untuk bagi mereka semangat dan idea
Untuk jadi lebih berjaya.
Tuan Tony Bliar the murderer
Bukan kita saja yang kata
Orang bangsa dia pun kutuk juga
“Di tapak tanganmu ada darah,”kata mereka.


MENGIKUT aL-GHAZALI


MENGIKUT AL-GHAZALI

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Hari Jumaat , penghulu segala hari
Moga di cucuri rahmat untuk semua


Mengikut Al-Ghazali,6 nikmat dunia itu ialah : MAKANAN,MINUMAN,TUNGGANGAN,BAUAN,PAKAIAN dan PEREMPUAN.Semua yang 6 nikmat itu bukan hebat sangat,lekeh2 belaka. Jadi selain dari yang 6 itu lebih lekeh lagi standadnya.Lihatlah huraianAl-Ghazali …………Makanan yang terbaik ialah manisan lebah, asalnya dari air lior lebah bercampor manisan debunga…………Minuman yang terbaik ialah air-sejuk,berasal dari perut bumi.Tanpa air semua akan mati,termasuk George Bush…….Tunggangan terbaik mungkin kereta Mercedes,Volvo dan semuanya yang ada sekarang ini.Tapi dah berapa banyak yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya.Putri Diana pun mati terlanggar……..Bauan semua suka padanya.Untuk hilang ketiak busuk pun kena bubuh bauan.Pompuan lebih suka pada bau2an/wangi2an.Supaya seluruh badannya boleh diciumi lelaki.Tapi bau2an/wangi2an yang terbaik ialah kasturi.Kasturi pula berasal dari darah pusat kijang.Apakah istemewa sangat dengan darah kijang.Pakaian pula menjadi pilihan.Gedung2 pakaian pun besar2.Pakaian terbaik ialah sutera.Dan ia berasal dari air lior ulat sutera.Apalah sangat istemewanya.?


Berlumbalah untuk surga Allah.Di sana ke enam2 nikmat tersebut diatas adalah lebih hebatnya.Tersedia saja di jamah,dimakan ,dipakai,diminum dan di tiduri.


SALAM DARI SRENGENGE

Thursday, April 22, 2010

SAPA SOKONG THAT TONY BLAIR ?

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA ( MAPIM ) 24-3-2, Tingkat 3, Jln 4/50, Diamond Square Off Jln. Gombak, 53000, Kuala Lumpur Hotline : 019 4747141 / 012 3333825 Pejabat : 03-4023 5155 Fax : 03-4023 4155

SEGERA DAN PENTING
Kepada semua Pengerusi dan Imam Qariah
Kepada semua Khatib
Kepada semua Penda’wah Assalamualaikum wr.wb.

MEMOHON AGAR DIBACA PENGUMUMAN BERIKUT KEPADA AHLI JAMAAH DI SEMUA QARIAH

Pada 24 hb April 2010 sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyr amid Convention Center , Petaling Jaya. Tony Blair sudah dikenali dan dicop sebagai penjenayah dan pembunuh kemanusiaan yang bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , Presiden Bush .
Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya, dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Sebagai ganti diberikan penghormatan sebagai penceramah, beliau sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya.

Tony Blair adalah seorang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.
Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.

Oleh sebab itu, tidak dapat difahami bagaimana sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih.

Sehubungan itu, kami menggesa:
• Pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia.
• Orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair. • Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan.
• Pihak berkuasa hendaklah mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.
ATAS NAMA ISLAM , MARI KITA BANGKIT MEMBANTAH DAN JANGAN BENARKAN SEORANG PEMBUNUH DAN PENJENAYAH KE ATAS UMAT ISLAM DAN KEMANUSIAAN BERNAMA TONY BLAIR UNTUK MENJEJAK KAKI DI MALAYSIA

Kerjasama tuan-tuan semua di dahului dengan jazakallahu khair

Ditanda-tangani oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

Disokong dan ditandatangani:
1. Nusantara Initiative for Justice and Peace 2. Citizens International 3. Salimah (Muslima Movement of Malaysia) 4. Secretariate for the Ulama Assembly of Asia (SHURA) 5. TERAS Pengupayaan Melayu 6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) 7. National Muslim Students Federation 8. Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia 9. Persatuan Ulama Malaysia 10. Persatuan Ulama Kedah 11. Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY) 12. Majlis Permuafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH) 13. Angkatan Pemuda Islam , Penang 14. Forum Umat Islam , Penang 15. Instittut Penyeledikan dan Pengenbangan Syariah Malaysia (ISRA’) 16. Gabungan NGO Islam Pahang (Barakah) 17. Gabungan NGO Islam Kelantan (NGK) 18. Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia 19. Institut Masyarakat Madani 20. Institut Penyelidikan dan Pengemblengan Masyarakat (IMPAK) 21. Forum Komunikasi Masyarakat Indonesia (FORKUMI) 22. Pusat Perkhidmatan Pelarian Rohingya –TERAS 23. Wadah Pencerdesan Umat Kedah (WADAH Kedah) 24. Gerakan Qariah Malaysia 25. Ummah Aid , Malaysia 26. Persatauan Kebajikan Rakyat Desa Malaysia (Rural Citizen)

SUMBER : http://anakfelda09.blogspot.com/

RENUNGAN D MUSIM PILIHANRAYA KECIL


RENUNGAN D MUSIM PILIHANRAYA KECIL

Dengan nama Allah ,99 semuanya


Manusia lah menghaprakkan dunia
Manusia juga mendajjalkan dunia
Manusia pasti menerima padahnya
Insaflah manusia,kerana diri mu kerdil


Gejala menjatuhkan maruah seseorang menjadi mainan dibibir yang durjana.Bibir yang bertaut rapat dari ketentuan2 yang benar dan bibir yang ternganga luas mengeluarkan busuk dan najis yang tak ketara baunya,mengharung melintasi benua dan angkasa .Bibir yang disolek begitu cantik dan rupanya , menjadi satu symbol laknat yang tak menghairahkan lagi.Bibir juga menghukum tak tentu kesahihannya,menjadi ia lebih kedajalan yang pasti menonjol di akhir zaman.Memfitnah dan tuduh menuduh apalah untungnya.Yang dianggap arif dah tak arif lagi.Masing2 bergelumang dengan najis taik akhir zaman.Taik dajjal.
Akal orang zaman la ni dah tak lurus lagi.Akal berbelok2 ,berbelit2,pusing-memusing dan dah hilang puncanya.Sapa pandai pusing,sapa pandai belit,kononnya cerdik dan pintar.Mana ada pintar dan cerdiknya bila dah hilang punca.Puncanya Al-Quran dan Hadis.Tapi itu dihilangkan dari pandangan…rugilah mereka…nauzubillah.
Ada yang mengaji agama pun boleh hilang puncanya.Kalau gitu,buangkanlah title ustaz dalam tong MDKT.Mereka tidak lagi nampak tenang kerana hati mereka ialah serigala.Menunggu ketika untuk membaham mangsanya.Zaman berbalah dah bermula.Rioh herok pekok kesegenap pelusuk Negara,memekakkan telinga.Tak dak apa pun manfaat kepada yang berbalah.Lebih2 lagi tak dak manfaat kepada masyarakat.Cuma membusukkan suasana.Nak tau sapa menang atau kalah ,kita tunggu di akhirat.Itulah keputusan hakiki.
Ingatlah perkara agama bukan boleh buat sesuka hati,tak boleh direka2.Semua kerja buat kita adalah perkara agama.Mana boleh kita lari dari perkara agama.Siapa lari dari agama……nauzubillah.Buatlah dunia sendiri,kalau boleh.Perintahlah bersendirian,mana boleh…..phooorahhh.
Nak cerdik,jadilah hamba Allah.

SALAM DARI SRENGENGE

SEMAKIN JAUH,SEKIAN DEKAT

SEMAKIN JAUH DAN SEKIAN DEKAT

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Asal kita dari Adam bukannya dari berok makye.
Bermula dari setitik mani yang hina.
Diberi hidup seketika sebagai transit ke alam baka.Mengikut perkiraan sejak Nabi Adam as baru saja 7,500 tahun.Mengikut perkiraan juga baru saja seminggu atas kadar seribu tahun sama dengan sehari di akhirat.Dan dalam masa seminggu ini banyak peristiwa besar berlaku sebelum sampainya kiamat.Itulah masa , ia berbeza dari satu tahap kesatu tahap.Dan Allah memperingatkan kita supaya pandai menjaga masa. Allah bersumpah dengan masa.Dan kita masih tak dapat memahami masa di akhirat yang abadan-abada.Itulah kompleksnya masa.Ada yang bergerak terlalu pantas dan juga terlalu slow.Ada wali2 Allah boleh menguasai masa.Boleh dipantaskan dan dislowkan.Bagi kita masa kita berpandukan 24 jam sehari.Itu saja yang kita pahami.Yang pantas2 dan yang slow-slow otak kita tak dapat nak tafsirkan.Kita masih lagi buntu.Masa itu ada berbagai2.Nabi bermikraj dulu pun dalam masa yang cukup kompleks , ada yang tak memepercayai…….nauzubillah
Demi masa kita semakin jauh dari zaman nabi kita saw.Demi masa kita semakin dekat dengan lubang kubur.Demi masa kita akan bertemu dengan maut.Mati itu sudah pasti.Tapi mengapa manusia ni mengarut sangat ? Seperti lembu dicucuk hidong , kita tak pernah belajar dari masa2 yang berlalu.Lessons never learned.Kita jadi manusia bangang.Semasa jemaah haji berwukuf di Arafah kita bersenang lenang dengan majlis penutup monsoon-cup.Itu peristiwa tahun lepas. Berlaku pula di negeri bestari islam hadhari.Masyaallah.Itulah kita masih bangang dan membangangkan.


Kini di Hulu Selangor ber khekeng-khekeng menari dalam kekalutan.Manusia ni cukup mudah di tipu.Macam lalang ditiup angin.Lapar macam ereng dah lama tak bertemu bangkai.Aku tak yakin dengan pilihanraya boleh membangunkan masyarakat.Tak yakin dengan ketelusannya.Aku tak yakin dengan demokrasi yang ada sekarang ni.Kalau pilihanraya dan demokrasi ni benar,dah lama kita bersatu,dah lama kita maju,dah lama kita matang,dah lama dah.Tapi cuba tengok masing2 kebudak2kan , masih childish.


SALAM DARI SRENGENGE

Wednesday, April 21, 2010

MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN....SIRI BARU


MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Enaknya menikmati dunia,hingga lupakan diri.
Lazat rasanya dunia,hingga lupa akan mati.
Seronoknya kumpul dunia,hingga jadi hamba diri.


Apabila Allah menyerahkan kekuasaan pada manusia,manusia jadi goblok.Dihaprakkan dengan berbagai cara tanpa segan dan malu.Mengikut sejarahnya amatlah memalukan.Ia bermula dari Habil dan Qabil.Tapi manusia tak dak malu.Digomolnya dunia,dirogolnya dunia,sepuas2nya.
Untuk menjadi khalifah di dunia untuk sementara.Manusia lupa hidupnya terhad.Umurnya sengkat,tapi kehendaknya menyalar hingga lupa akan mati.Jawatan khalifah telah ditawar kepada makhluk2 lain.Semua mereka menolak,tapi manusialah menerima tawaran itu.Sesama sendiri manusia gadoh dan kacau.Sesama sendiri manusia buat apa saja ,yang akhirnya termusnah segala yang ada di bumi ini.Human Rights tak kita cantikkannya.Kita huduhkan nya.Tak sapa pun sedia defend human rights.
Yang menjadi kerajaan kekadangnya membuat neraka didunia.Rakyat ditindas dan ada kalanya dibunuh.Dan ada sesetengah kerajaan berlagak sebagai cold beasts looking out for their own interests.Cuba kita nilai diri kita sebagai khalifah.Adakah kita layak ? Kalau tidak kita harus letak jawatan.Orang Jepun dan Korea lebih memahaminya.Kalau berasa tak layak,terus letak jawatan.Orang kita mampuih tak letak.Nak berkhalifah lagi tu ada.Kita lupa diri.Kita tak dak hati.Walaupun dah dekat nak mati.


SALAM DARI SRENGENGE

Tuesday, April 20, 2010

UJI DIRI,KENAL DIRI


UJI DIRI,KENAL DIRI

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ku cermin diri,ku nampak sendiri


Cuma diri sendiri yang benar2 kenal peribadinya.Orang tak kenal sapa kita.Sebab sapa saja boleh jadi hipokrat.Kita tak terjamin diri sendiri.Bila2 jam boleh berubah.Aku pun tak jamin diri aku.Jadi kena pandai uji diri.



Ujian yang paling baik ialah melalui perjalanan.Perjalanan yang paling baik untuk menguji diri ialah perjalanan menunaikan haji.Sebab tu kalau lulus ujian,haji mabrur ialah hadiahnya.Nak tau kita baik atau tidak cubalah renungkan haji kita . Apa kita lakukan dalam laluan kita dulu.Cuba hisab kembali.Hisab kembali juga selepas kita balik dari haji. Kita sendiri yang tau kita.You cannot hide from yourself.Kena buat corrections.Teringat aku pada correct,correct,correct dalam kes lingan vtape.



We cannot see through pains.Kita tak boleh rasainya.Melihat dan merasa kekadang tak coincite.Apa yang kita lihat tak sama yang dirasai.Begitu juga we cannot see through distance.Rel keretapi yang lurus terlihat mencantum di jarak yang jauh.Jadi uji diri dan buat correction sendiri cukup penting.Penting sangat membuangkan jiwa hipokrat.Kalau tidak celakalah diri dan celaka itu akan mencelakakan orang lain pula.



Cubalah kita bungkuskan semua masaalah dan biarlah masaalah itu kita pohon Allah mencari jalan mudah untuk diselesaikan.Jangan kita cuba pandai2 menyelesaikan ikut kepandaian diri.Tanpa pertolongan Allah ia tak memberi penyelesaian.Bila Allah didik jiwa kita semua jadi beres.Kita tak akan membuat tak tentu hala.Kita tak menemui kerosakan tindakan.Tidak ada tindakan melulu.Kita terbimbing ke lorong yang selamat.



Jangan celakakan diri yang kelak akan mencelakakan orang lain.Rasuah ialah salah satu celaka yang akan mencelakakan orang lain.Politik wang ialah rasuah.Jadi politik wang ialah satu celaka yang akan mencelakakan seluruh negara.Bila celakalah negara,celakalah kita semua.Cuba perhatikan dalam PRK di Hulu Selangor pada hari ini.Kekadang aku lihat politik kita childish.Aku juga lihat demokrasi kita childish.Dan pemimpin pun jadi childish.Dengan segala dosa2,negara dan dunia menjadi childish.Cuba hisab Negara kita.Cuba hisab pemimpin kita.Cuba hisab diri kita……..macam main2 saja……….dan memang dunia ialah tempat permainan…..mari kita permainkan secara tulin.
SALAM DARI SRENGENGE

Monday, April 19, 2010

KE MANA BEROK DAN KERA NAK LARI



KE MANA BEROK & KERA NAK LARI

(Ku beri nafas baru,pada artikal lama)


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Aku mula berkerenyeh macam berok makye


Nampaknya genggaman gravity alam sudah jadi ‘let loose’.Tanah tak lagi larat nak genggam kerana di atas permukaannya terlalu banyak maksiat.Terlalu banyak manusia berlagak sombong dipermukaannya.Nabi mengingatkan kita supaya tidak berlagak sombong.Jangan menghentakkan kaki bila berjalan.Kena ingat bahawa di perut bumi bermacam2 makhluk Allah hidup.Manusia kini menjadi semakin haprak.Dengan gelojoh kita terokai bumi.Dengan tamak kita perlakukan mencari rezeki.Bukit dan gunung habis kita rogol dan perkosakan.Kita lumurkan permukaannya dengan berbagai kimia buangan,berbagai racun dan bahan2 yang menjijikkan.Kita tak hormat bahan kejadian manusia.Bukankah kita dari tanah ? Kita khianati darah daging kita.Dan kini manusia akan menerima hasil buatan dari tangan2 sendiri.

Tanah runtuh sana-sini.Gelungsuran tanah mudah terjadi bila sikit saja ayiak hujan turun.
Mengapa ia ‘let loose’ cengkamannya di tempat kediaman elit? Dulu di Highland Towers.,kemudiannya di Bukit Antarabangsa..Esok entah di mana.MB Selangor umumkan beberapa kawasan berisiko tinggi.Cuba teliti sapa tinggal di kawasan2 berikut.Selalunya tanah susah nak diberi kepada rakyat miskin.Bila rakyat miskin terokainya,mudah kerjaan merampasnya.Bila projek2 mewah nak bina rumah2 ratusan ribu harganya,mudah saja diluluskan.Tanah pun naik meluat dengan urusan2 yang membelakangkan adab2 menjadi khalifah Allah.

Akhir2 ni manusia bukan lagi khalifah di bumi .Manusia menjadi musuh Allah.Manusia menjadi musuh alam.Manusia bermusuh dengan akidah.Manusia bermusuh dengan adab2,Manusia bermusuh dengan hati nurani.Bermusuh dengan jatidiri.Manusia tak kenal lagi ia manusia.



Nasib baik Allah tak ubah wajah kita jadi berok dan kera macam di zaman Nabi Musa a.s.Tapi kena sedar manusia dah ada perangai beroknya.Ada perangai keranya.Tak payah aku sebut.Boleh lihat sendiri disekeliling kita.Tak kira siang atau malam.Masing2 berlagak macam berok.Masing2 jadi macam kera.Perangai kera.Perangai berok.Kekadang teori Darwin tu ada kebenarannya.Dari segi perangainya.



Dah lama aku tak tengok berok makye.Syoknya dia kerenyeh.

Sunday, April 18, 2010

INI PERKARA TAK SYOK BAGI AKU


INI PERKARA TAK SYOK BAGI AKU
(Ku berikan nafas baru,dari artikal lama)

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Piliharaya datang lagi dan lagi.Masih berasa terngiang-ngiang di cuping telinga aku dalam pilihanraya yang dulu.Ada rasa pedih,ada berasa meluat.Macam menggadaikan maruah.Hilang gentleman,hilang harga diri.Apabila semangat tu berapi2 macam2 yang tak terduga dapat dilihat.Dari bawah sampai keatas.Dari yang bodoh2 sampai yang cerdik2.Ada pernah belajar di menara gading.Bagi aku sebagai orang tua,berpolitik macam ni cukup koman sepana.Rasa keagamaan tak langsung terjelma.Masing2 nak jadi kalifah di bumi. Berebut2 macam budak2 bermain biji getah di zaman ku kecil dulu.Hilang taraf kedewasaan.Hilang taraf kemanusiaan.
Dulu taraf kalifah, Allah tawarkan kepada makhluk2 lain.Semua menolak untuk mentadbir dunia ini.Akhirnya manusia menerima tawaran ini.Oleh itu sampai hari ni manusia masing2 berebut2 nak jadi wakil.Nak jadi exco.Nak jadi menteri.Nak jadi perdana menteri.Dan nak jadi yang lain2nya.Biar punah-ranah berebut2 di mana saja diatas muka alam ini.Sanggup berpolitik wang,sanggup tonjol diri.,sanggup menipu,malah sanggup 'bunuh-membunuh', sanggup masuk bakul.Sanggup fitnah-memfitnah,malah sanggup membelakangkan agama.Yang semua itu akan mengheretkan mereka ke neraka….nauzubillah.
Dalam sesama parti pun berebut . Jelas ternampak dalam pemilihan ameno.Di gunakan sedaya-upaya menjatuh lawan.Hasrat menang tinggi melangit.Ada daya ‘if you cannot convince them,confused them’.Untuk menjadi khalifah rujuklah Al-quran.Are those who know , equal to those who know not ? Itu penjelasan Al-quran.
Kini rehat sebentar di Hulu Selangor.Teringat ku kat Kampong Sungai Choh dekat Rawang.Dulu kampong ni cukup indah,entah ada ka tak lagi.Ditelan oleh pembangunan.Dengan Bukit Beruntung dan Beringin valley dan Serendah resort.Kawasan ni kini beraya pilihanraya lah.Kita boleh lihat sekali lagi dajjal-mendajjal berlaku di sebuah negeri .Turut menggelumang dalam najis ialah seluruh rakyat Malaysia.Serangan ke atas ke bawah ke kiri ke kanan kedepan dan ke belakang.Awas Syaitan cukup pintar menggoda.Cukup cekap menabur minat ke jalan mungkar.Inilah perkara yang tak syok bagi aku.Aku syok apa yang Nabi s.a.w syok.


Sapa tinggal kat Rawang, boleh cerita sikit pasai Sungai Choh.1965 tarikh akhir bersama Sungai Choh.

SAPA NAK JADI ORANG BESAR




SAPA NAK JADI ORANG BESAR


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Orang besar tak dipandang Allah , kecuali ia beriman . Apa nak dipandangkan besarnya , besar kelentong , besar menipu , besar mengikut nafsu , besar-besar saja. Mungkin juga ia besar kerana bakanya bermula besar . Baka Firaun cukup besar , pernah jadi raja besar,kuasa besar,Negara pun besar. Baka Darwin juga cukup besar,kerana dia mengaku dari keturunan kera.Kera pun banyak di dunia la ni.Kera tiada istimewanya ,kecuali sang hanuman dalam epik hindu.Qarun besar kerana kekayaannya,dan dia juga tiada istemiwanya kerana setiap hari ditelan oleh bumi .Kuasa2 besar dulu pun habis musnah,kerana tanpa iman catatan sejarah mereka cukup sedih.Kuasa2 Namrud,Samud,Rom,dan tak terhitong banyaknya di telan zaman.Tak banyak manfaat yang diambil pedoman oleh orang terkemudiannya.
Tak dak manusia pun teringin nak namakan anak2 sendiri dengan nama Firaun , Qarun, Namrud atau Samud dan sekategori dengannya. Bukan saja orang Islam , malah orang bukan Islam pun tak sudi nama yang berkenaan. Lebih baik beri nama Tiger Woods, Carpenter, Green , Rose , dan lain2nya . Nama cucur cekodok adalah lebih glamour dari nama2 yang telah dilaknatkan Allah.
Manusia kini terkhekeng , lalai dan maknga kerana berpenyakit jiwa . Penyakit jiwa tak boleh diubati oleh otak manusia.Otak hanya boleh mengubati penyakit tubuh-badan manusia. Allah turunkan Para Nabi untuk memberi penawar pada jiwa manusia.Melalui ajaran dan petua2 dari para Nabi umat dapat keuntungan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Jiwa yang tenang mudah menjawab soalan Rabb tentang nikmat umur,sihat , ilmu dan harta.Kalau tidak manusia akan jadi macam ikan dalam belat , mudah ditangkap dimasukkan dalam belanga.Walaupun digerpak dan di pujuk,mereka dah berada dalam belat.
Serabut berpikiaq manusia akhir zaman.

P.RAMLEE DIPUJA DIPUJI............PART TWO


P.RAMLEE DIPUJA DI PUJI…..PART TWO

Dengan nama Allah, 99 semuanya


Lagu dan filem P.Ramlee ada kaedah Islam sebab tu boleh bertahan . Jadi kaedah Islam boleh membantu juga orang berkuasa.Kalau tidak nasib yang sama : dikeji,dicaci dan dicela akan berlumuran pada peribadi .Jangan main2kan Islam.Lambat laun akan bertemu dengan ruasnya.Islam menggalak kita membela institusi raja,tapi pada tahun 1980,institusi raja kita hancur leburkan.Imej Islam tercemar.Pernah menghina Nabi dalam isu janggutnya.Pernah pertikai hukum hudud . Mufti kita kena pecat jawatan kerana ratu cantik.Ingat tak kisah Datuk Ishak Baharom.Sekolah2 SAR ditarik bantuan.Habis pelajar agama lari berselerak . Banyak sekolah ‘tertutup’ kerana tiada ongkos.Tokoh agama di hasut dengan ISA.Syahid Ibrahim Libya di bunuh.Habeh teloq kecut , kerana iman tak lah kuat dan tebal macam para sahabat dulu.Nipis macam kulit bawang.Bahkan lebih nipis dari kulit bawang.Pernah juga berhasrat nak kaji semula terjemahan Al-quran.Nak tafsir semula Al-quran walhal sepatah arab pun tak tau…..astagfirullah



.Janganlah kita kokok berderai2 , kerana akhirnya ekor berlumuran taik.Allah berikan kuasa untuk menguji kita.Bukankah aku dah kata kita dilahirkan ke dunia cuma untuk di uji ( dah aku tuleh dalam post aku yang berlalu ). Tengok setakat mana kita boleh menerima ujian.Selepas kita baliaq kita diuji sampai ke hari mati.Aku dah lebih dari 69 tahun diuji .Aku baliaq umur 10 tahun.Kalau pointer tu 3.3 dah cukup elok.Yang gagal tu perlu bertaubat.Untuk menstabilkan keadaan.Islam cukup mudah.Taubat sudah cukup.Tak perlu repeat ujian yang lalu………Jalan mudah membasmi dosa yang dulu2 .Syaratnya jujur dan ikhlas………Alhamdulillah.
Jangan olok2kan Islam , the day will come..What a shame !Apa nak dibangga sangat dengan dunia.Boleh bangga semasa hidup,tapi menderita seumur hidup di akhirat.Pandai2 translatekan dunia untuk akhirat.Simpankan duit untuk akhirat.Gunakan kuasa untuk akhirat.Buatkan untuk akhirat,dunia dapat saja.
Jangan masukkan dunia dalam hati.Bila hati penuh dengan dunia,akhirat tak dapat masuk dalam hati.Ini perkara susah,didiklah hati.Hati adalah raja dalam diri.Kalau rajanya baik,baiklah diri.


Saturday, April 17, 2010

P.RAMLEE

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ku petik dan ku ubahsuai dari tulisan ku yang dulu2.


P.RAMLEE DIPUJA , YANG BERKUASA DIKEJI..............PART ONE


Sejak kecik lagi aku dah kenal P.Ramlee.Dia dipuji dan dipuja .Dan sekarang aku dah tua bangka status P.Ramlee masih tak berubah.Di kaca TV filem2nya masih laris.Lagu2nya masih unggul.Jasadnya dah lama pergi . Dia tetap dikenang .Dia tetap berada sama di sisi masyarakat Melayu.Isu2 yang dibawanya dalam filem cukup menarik.Hanya P.Ramlee yang kenai betul2 ibu mertuanya , yang tau benar2 hidup bermadu.Dia kenai lagak Haji Bakhil dan dia tahu peranan cikgu Murni.Dia juga berperanan menonjolkan perihatinan terhadap anak2 yatim.Pandai tonjolkan rakyat miskin.


Lagu2nya penuh dengan ilmu tajwid.Lagu dan irama tak dapat dipisahkan.Dalam filem Panggilan Pulau lagu ‘ BULAN DAN JUGA ANGIN’, penuh dengan ilmu tajwid. ‘ba-wau-lam-nun’ , ‘nun’ pada bulan bertemu dengan ‘dal’ , itu ikfak,keluar dengung. Kalau tak dak dengung tak sedap jadinya. Senikta “ TELAH KU RENUNG DALAM KITAB’ , itu qolkolah. Bukankah itu menarik .Cukup menarik sekali.


Terbalik jadinya pada orang2 berkuasa,semakin hari semakin dicemuh dan di caci.Suharto diheret ke mahkamah .Takshin di hukum oleh mahkamah negerinya.Banyak lagi contoh2 dunia yang sedemikian.Malah Tun Mahathir,bekas PM kita pun begitu.Kesian juga tengok dia tak dihormati oleh anak2 buahnya dulu.Yang dulu dok bodek dia , kini tak sikit pun kenang budinya.Mereka pernah dapat pangkat dan harta melaluinya.Dia dihalang bertemu orang2nya,dia dihalang untuk bertanding di Kubang Pasu .Dia juga pernah di simbah dengan ‘apa asid tak tau’.Projek2nya dbatalkan.Yang dia cukup terkilan ialah pembatalan jambatan bengkok.Flip-flop Pak Lah membuatnya hidup tak senang.Fed-up punya fed-up isytihar keluar umno.Disanggah kiri dan kanan.


Rupanya begini lah bila hilang kuasa.Berhati2lah bila berkuasa.Kalau tidak benda yang sama akan jadi.Di keji,dicaci,dicela.
Tengok dan perhati apa yang akan berlaku di Hulu Selangor.Hari ni hari penamaan calon PRK.


P.RAMLEE DI KENANG DAN DI PUJI,PEMIMPIN KINI DICELA DAN DIKEJI

Friday, April 16, 2010

MENGAPA KITA RUGI


Dengan nama Allah, 99 semuanya

MENGAPA KITA RUGI


Tak dak sapa nak rugi.Tapi kita rugi.Rugi dalam banyak segi.Dari berbagai aspek kita rugi.Renung dan pikiaq dalam2; rugi di dunia dan di akhirat.Kalau kita tak pandai adjust habeh rosak susu sebelanga.


Masyarakat kita susah nak terima kebenaran.Waspadalah bahawa manusia tak mampu mentadbir manusia.Kehebatan akal manusia tak dapat memimpin manusia.Dengan dunia habeh terbengkalai hidup manusia.Ingatlah dunia ni ialah tempat permainan,dunia ialah tempat berleka.Jangan berasa lega dengan dunia.Dengan lega Firaun mengaku dirinya tuhan.Untuk Berjaya manusia perlu di bantu oleh hukum2 Allah.Kehebatan akal tanpa bantuan dari hukum2 Allah tak boleh bawa kemana2.


Ikut sejarah dan ajaran2Nya dalam alquran, manusia ni degil.Payah terima pedoman lebih2 lagi bila hati terlekat pada dunia yang sedikit.Miliki lah dunia,tapi jangan simpan dalam hati.Biarlah hati tersimpan akhirat.Benda2 mazmumah cukup banyak terlekat dalam hati.Cuba tilik ada tak benda2 ni dalam diri kita…….

Tolak kebenaran
Angkoh
Hasad
Dengki
Buruk sangka
Gila kuasa
Gila pangkat
Gila nama
Lupa diri
Keloh-kesah
Zalim
Kejam
Pemarah
Tak tau bersyukur
Tak tau berterima kasih
Suka maksiat
Riak
Cemburu
Irihati
Haprak
Dan 1001 macam jenis lagi.


Sesungguhnya ,demi masa manusia di dalam kerugian.Pandai2 lah mencari untung.

Thursday, April 15, 2010

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI


Dengan nama Allah , 99 semuanya


SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI
Dato’SN Shahnon Ahmad telah menulis panjang tentang tajuk di atas . Kupasannya cukup menarik dan aku begitu tertarik membacanya sepertimana aku tertarik membaca SHIT dan novel2nya yang lain . Begitu juga aku tertarik dengan tulisan anak-didiknya Azizi Abdullah . Dan aku pun bila menulis terpengaruh dengan gaya kedua mereka . Gaya ulang-ulangan ataupun pengulangan memang dah jadi pilihan ku juga . Begitulah orang tua bila bercakap atau menulis akan bersimpang-siur . Bagai angin malam boleh bertiup ke sana- sini , lepas bebas . Sesekejap mendatar , sesekejap menjunam dan sesekejap mendongak . Macam burung murai gila .
Nukilan Dato’ Shahnon tu panjang , aku anggar melebihi 50 mukasurat . Orang cerdik pandai harus membacanya . Ia bukan novel , tapi sebuah rencana . Aku tak mahu ceritakan di sini .Buat suspense sikit . Cuma aku nak ambil intipatinya untuk aku buat kupasan dari sudut kepala hotak aku .Mula membaca tajuknya ,aku sangka Dato’ Shahnon nak tuleh pasai UPSI kerana dekat Tanjung Malaim ada sebuah kampong ,iaitu Batang Kali . Dulu sebuah kampong yang cukup indah dengan alam semulajadinya . Penuh dengan dusun buah2an , dan air kalinya putih jernih . Bisa diminum dengan dua telapak tangan . Sejuknya menyegarkan . Tapi sekarang dah lama aku tak ke Batang Kali . Dan dekat Batang Kali lah Sir Henry Gurney dibunuh .


17 April hingga 25 April ni Hulu Selangor akan mula rioh-rendahnya.Kawasan ni aku cukup mahir.Dari Rawang hingga ke Ulu Bernam dah aku terjah,dan dah lumat jalannya.Pernah mengajar di Rawang,di Kuala Kubu Bharu,dan pernah bermastautin sekejap kat Kelompang.Dan sokmo keluar masok Ulu Bernam-Tanjung Malim,Bandar bersempadan Perak/Selangor.Serendah,Rasa,Ulu Yam,Sungai Buaya,dllnya masih lagi dalam ingatan ku.



Kalau ke Kyell (KL) pun dah tak lalu melalui Batang Kali . Dah ada lebuhraya dan pokok cerita Dato’ Shahnon ialah perbandingan sebuah universiti dengan sebatang sungai. Sungai semua dah mengalir lesu , begitu lah juga hidup di sekitar universiti . Pernah juga BA Hamzah menulis dalam the Straits Times ( tarikhnya aku dah lupa ) bahawa universiti tempatan cuma boleh melahirkan jagoh2 kampong . BA Hamzah ( Prof. Dr. Hamzah ) ialah Director Global Studies di UPSI satu ketika dulu .
Aku dapat paham bukan saja universiti dah jadi seumpama sebatang kali , tapi banyak benda dah jadi macam kali ( sungai ) . Dah berapa banyak batang kali menjadi kotor,berlumut dan airnya mengalir liat. Airnya pula busuk dan tak ada sesapa lagi mendapat manfaat dari sungai . Ikan pun dah tak dapat hidup di dalamnya . Budaya kita dah jadi sungai , masyarakat kita dah jadi sungai , akhlak muda-mudi dah jadi sungai . Rata-rata dipenuhi sungai . Dah jadi kali. Rata2 kita dapat melihat sungai @ kali mengalir lesu .
Masyarakat cuma boleh bersorak-sorai , rioh-rendah dan gamat hanya di pesta2 lagu dan di majlis anugerah para bintang dan artis2 muda dan comel . Bagaikan syok tiada bertempat . Syok sendiri-sendiri . Dengan gaya yang berbagai dan fesyen2 pakaian yang entah dari mana depa impot . Mudah meniru dari sungai-sungai yang dah lesu dek zaman .


Kita dah tak jaga sungai.Kita dah tak jaga bangsa.Dah tak jaga agama.Negara kita pun tak terjaga.Habeh 1Malaysia.1Malaysia pun @ sebatang kali.

Wednesday, April 14, 2010

WARGA SENIOR...........PART THREE


PART THREE
WARGA SENIOR….satu krisis yang akan dilalui oleh semua yang lambat matinya.

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Redholah dengan umur kami Ya Rabbi

Apa depa buat untuk orang senior ? Kami tak perlu semua itu , tapi kami hanya mau sejahteraan hidup . We need the society be more caring towards everybody . More caring towards university students . Give them scholarships and don’t burden them with HUTANG…..hutang PTPTN . Ini selepas graduate depa dah menanggung hutang berpuluh ribu ringgit . What a stupid idea . Dari kacamata aku , it is stupid . Tak dak bapak yang suruh anaknya bayar segala duit pembelaan , duit susu , duit nasi ,duit makan pakainya . What a stupid father . Mere STUPID .


Zaman penjajah dulu aku mengaji dapat scholarship . Dapat masuk Special Malay Class aku dapat scholarship masa itu . Masih di primary school dah ada scholarship . Federal-Minor Scholarship , namanya . Sebulan 45 ringgit di masa tu . Kalau kali dengan 10 ,sama juga dengan 450 RM sekarang ni .British lebih bijak beri scholarship.Kalau tidak aku pun tak bersekolah.Aku jadi orang bodoh sekarang ni.Tua melarat dok hisap rokok daun kemut-kemut. Dah masuk lebih 50 tahun merdeka ,dan Negara dah kaya dengan petroleum , benda tu (scholarship) dah tak dak . Bahkan baru ni orang ramai kompelen pasai yuran di sekolah tinggi sangat .


I am wandering who is managing the country . The British had long ago left the country . The communist had surrendered . We were under sovereign rules for more than 450 years . It started since 1511 ,when the Portuguese conquered Malacca . Everywhere are eye-sores . As time goes by , there will be more ……more………and more . Ni cerita APCO pula.Dok heboh pula isreal menceroboh.What happen la ? What is ‘the because’ ?.Aku ingat lebih baik aku berenti seketika , banyak lagi aku akan cakap , selagi aku boleh bercakap . Dan kalau tak boleh bercakap pun aku ada PC dan aku terus bercakap kalau pun aku jadi seorang tua bisu . A dump senior citizen , walaupun aku jadi a deft senior citizen .Hello dunia , we are in the same boat . Remember we are of the same origin . Asal aku juga dari tanah . Bye and the best of luck .It is a tragedy if you forget Allah .


Tammat sudah rengetan aku,kalau baik buatlah teladan.Kalau tidak terajang saja ke dalam hutan.Atau humbankan ke laut yang dalam.

TAMMAT

Tuesday, April 13, 2010

LOGO BARU SRENGENGE


WARGA SENIOR.........PART TWO


PART TWO….WARGA SENIOR

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Redholah dengan umur kami ya Rabbi

WARGA SENIOR……satu krisis yang akan dilalui oleh semua yang lambat matinya.

Kelesaan hidup kami telah diganggu-gugat oleh teknologi terkini . Bising meriohi telinga kami . Pandangan mata kami yang telah pun merudum menyiksa kami . Lebih2 lagi kegelojohan budaya masyarakat moden , membuat pandangan kami cukup tersiksa . Melihat isteri dan anak-anak didera membuakkan muntah durjana . Perang sana-sini dan pembunuhan insan2 yang tak berdosa menambahkan lagi sakit mata kami . Dunia tak secantik dulu . The beauties are no more . Kerana dunia lebih senior dari kami . Dialah yang paling senior . Dunia juga dah mula menunjukkan kenyanyokannya . Hari-hari dia buat perangai . Gempa sana-sini . Meletup sana-sini . Ganyang sana-sini . More calamities . Jangan berasa senang , kami juga akan tunjukkan perangai nyanyok kami . Jagalah untuk menerimanya .
Kesepian kami makin bertambah , selagi kami dilanjutkan usia kami . Sepi ada di mana-mana , walaupun dalam sepi malam . Dengan lagu kuch-kuch hota hai ,sepi tak dapat di singkirkan . Sepi berdarah daging . sebab everything is nostalgic to us senior citizens . Kalau kamu tak paham , satu hari nanti kamu juga akan merasainya bila kamu meningkat senior .


Orang senior dah tak ada harga . Berapa banyak dah di buang ke rumah-rumah kebajikan . Macam orang buang bayi dalam plastic . Di longgok bersama sampah supaya mudah digonggong anjing jalang . Kat orang-orang muda macam-macam program depa buat . Buat rakan Muda ,buat KPLN , anjur kembara ke sana-sini . Rejoice in your youth , young man . But don’t regret later .


Akan bersambung di part three.

Monday, April 12, 2010

WARGA SENIOR..............PART ONE



ni imej sahabat senior ku
PART ONE….WARGA SENIOR

Dengan nama Allah,99 semuanya
Redholah dengan umur kami Ya Rabbi

WARGA SENIOR ……suatu krisis yang akan dilalui oleh semua yang lambat matinya.Ku paparkan dalam 3 bahagan : part one,part two dan part three.
Sedar2 dah masuk golongan senior . The senior citizen of the 21st century . Senior citizens have more of almost everything . We have age far more in years . More health problems . More financial problems . More housing problems . More loneliness . More need for transportation .Macam2 kelebihan ada pada warga senior.We have silver on the head.Kami ada gula dalam pundi2 kencing.Kekadang ada pula batu quari.Dllnya.
Our ages are added from day to day . Jadi ketuaan kami bertambah setiap ketika .Penyakit lepas satu , satu pula datang menghinggap di ranting rapuh kami . Dulu kencing manis di tambah pula dengan sakit jantung . Ada2 saja penyakit yang mencintai orang senior .Pendapatan pula di potong 50 % apabila meningkat taraf pencen , dan valuenya pula menurun dengan kenaikan harga barang-barang . Setiap kali naik harga minyak dan setiap kali naik gaji pekerja swasta atau kerajaan , setiap kali gaji orang senior merudum . Dengan perbelanjaan ubat , lagi gaji kami merudum . Sebelum kami merudum ke lubang kubur , suasana merudum akan senantiasa menggamit kami .
Kesihatan adalah masaalah sekunder ( secondary ) , dalam makna ia sekunder dengan pendapatan . Cukai pula tak merestui ketuaan kami . Untuk terus melanjutkan hidup kami juga tidak terlari dari membayar cukai . Mengapa tidak kecualikan semua warga senior dari segala cukai . Kenderaan kami terkecuali dari cukai . Bukan dok guna sangat jalan . Sesekali pergi ke pasar . Itu pun bawa pelan2 kerana takut di himpit oleh Mat rempit . Berilah setengah harga menaiki bas . Setengah harga naik kapalterbang , ganti dengan naik bas . Bukan selalu naik kapalterbang . Setahun sekali pun payah . Itu pun kena buat booking dulu .Kalau tidak no way .


Akan bersambung in part two.

Sunday, April 11, 2010

DOSA & PAHALA


DOSA & PAHALA

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ku mulai dengan redhoNya

Sebuah Tazkirah….menjengok tingkap,merenung2 bulan sabit

Dosa dan pahala sudah cukup jelas pada kita . Itu pun bukan semua yang tahu . Yang tahu pun kekadang buat tak tahu . Dia balas saja , yang datang tu melintang ke membujur ke . Pada mereka sama saja . Mereka pandang mudah . Sapa nampak dosa , sapa nampak pahala . Tak dak apa benda pun . Selamba saja , otak dah jadi pinang kotai . Keras , payah nak di kerkah , dah jadi macam batu . huuh-huuh-huuh . Kena di kacik-kacik ,kemudian di bubuh dalam gobek , ditumbuk-tumbuk baru jadi lumat . Jadi serbok halus dan lait . Baru boleh dikunyah . Kotainya pun hilang . Itulah upahan kepada orang yang keras kepala . Di belasah dengan hebatnya dalam gobek . Janganlah kita keras kepala dgn hukum Allah. Ambil tahu tentang perintah Allah , then ikut apa yang disuruh dan tinggal kan apa yang di larang . Jangan bantah , jangan degil , jangan sekali-kali .



Macam mana pula yang makruh ? Jangan pandang ringan juga benda2 yang makruh . Walaupun buat benda2 makroh tak berdosa , tapi meninggalkan dapat juga pahala . Yalah kita masih makan bawang , petai ,belacan dan beratus lagi yang makroh. Makan lah tak per , tapi kita mesti pandai memproses benda tu supaya hilang kategori makrohnya . Apa perlu kita buat ? Senang jer , mudah jer . Gunakan api . Dibakarnya ataupun dimasaknya. Apabila kena api hilanglah makrohnya . Hilang makroh pada petai apabila dibakarnya , di gorengnya buat sambal bilis . Begitu juga belacan , bakarkan dulu , lepas baru tenyeh dalam sambal . Begitulah kaedah seterusnya. Mudahkan ? Ngapa tak cuba , mari kita jadi orang2 yang bijak . Kita ada otak , kita gilapkan otak kita . Lepas tu kita tak kan mudah tertipu . Sebab syaitan sentiasa ada di sekeliling kita untuk menipu anak-cucu Tok Adam . Syaitan dah berikrar dgn Allah untuk menipu . AWAS GANGGUAN SYAITAN .



Kita pohonkan keredhoan dari Allah.Mari kita sama2 beristigfar , mudah2an diampunkan segala dosa kita.......Amin.

Saturday, April 10, 2010

PESANAN DARI MAYBANK


Please take note
Semua Pemegang Akaun Maybank
Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when witfhdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.
1. For the first time when you enter the right pin number, a message ' invalid pin number ' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan ' nombor pin salah ' terpapar di skrin.
2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message ' invalid pin number, please call this number ' xxx-xxxx ' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan ' nombor pin salah ' , sila hubungi nombor telefon ' xxx-xxxx ' terpapar di skrin
3.. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.
NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.. Sila maklum kepada semua kenalan
Best Regards, Normah Zakaria Credit Risk Management Level 29, East Wing Menara Maybank
( DIPETIK DARI BLOG CP ngeg ngeh ngeh)

IGAUANKU......PART TWO


IGAUAN………PART TWO

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Adakalanya mengigau itu benar
Ku mulai dengan senyum dan tawa

Berjalan lompat2 kera semasa balik dari kebun Haji Hammad terus mengelamun dalam kepala otaknya berbagai peristiwa yang menyentuh peribadi kekawannya . Celoteh yang bermakna bersama Aziz semasa bersama di 'Universiti Rimba Terbuka' di bukit Srengenge cukup memberi kesan dalam beberapa idea mempermerdekakan negara dan kaitan dengan gelagat beberapa kekawan yang membuta-tuli dengan penuh semangat dan emosi yang melulu yang tak membawa ke mana2 dan tak keluar jauh dari kelompok tempurong Banggol Derdap.Kelak akan mensia2kan masa dan harapan untuk membentok sebuah masyarakat bangsa yang terus maju dan bertaraf .


Pemimpin2 politik juga membawa approach yang tak sihat terhadap pembangunan bangsa , kelak dengan mengapi2kan penduduk yang tak tahu apakah benda politik dan kemerdekaan akan membawa berbagai konsep merdeka dan politik dan akan terus menghantui mereka dan keturunan dalam masa yang lama membendungkan citarasa yang bercelaru nanti.Bergelumang dengan berbagai kebusukan dan najis dan akan menghantui kemajuan negara dan mempersorokan kegemilangan,kecermelangan dan terbilangan beratus dan ribunya harapan selok-belok agama dan bangsa.

Ego akan menjelma di mana2 saja dan ini akan memparahkan lagi segala barah dan kuman2nya yang telah lama menanti ketika dan masa untuk menjelma kembali selepas beberapa bangsa dan tamadun yang dikagumi terbengkalai dan meranap kemusnahan di muka bumi ini.Hancur luluh di makan bumi yang dicipta Allah untuk makluk yang dicintaiNya yang dinamakan manusia.Bumi untuk manusia dan manusia dengan segala kegilaan yang dijanjikan Iblis untuk kerosakan manusia itu sendiri.Punah-luluh dan tumpas-lampus segalanya.


TAMMAT……………..wallahuaklamubissawab.

Yang pening tu aku
Yang lena tu mata
Yang rasa tu lidah
Yang sakit tu hati
Yang menyesal tu tak kesudahan

Friday, April 9, 2010

IGAUAN KU........ PART ONE.....


IGAUAN KU………..PART ONE

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ada kalanya mengigau itu benar
Ku mulai dengan senyum dan tawa


( aku tulis igauan ini dalam 'tidur'....satu eksperimen DI ‘TEATER SRENGENGE’)


Asap putih menjulang tinggi mencecah setinggi pokok durian,pokok rambutan ,nangka dan cempedak . Malah turut juga mencecah pokok kelapa . Segala dedaunan yang kering di musim kemarau ini dikumpul bersama reranting kering mudah dibakar . Dan dah menjadi kelaziman penduduk setempat Banggol Derdap membuat kerja ini semenjak datuk-nenek lagi. Membersihkan kawasan , membunuh segala serangga2 yang berbisa dan lipan dan ular yang suka berselindong di sebalik semak-samun ini. Berkepul-kepul asap menujahkan diri di celah2 dedaunan dan reranting dan dapat dilihat sejauh kampung2 Namek, Sadu dan juga Banggol Kiat. Bau aroma dedaunan kering ini dapat dirasai oleh hidong2 yang sensitif. Ada rasa masam ,tengik yang boleh memberikan rasa loya kepada perempuan2 yang mengandung. Terdengar aku teranan tekak meluah kan muntah . Perempuan di kala ini mudah mengandung kerana musim kemarau rasa cukup sejuk di waktu malam.Anak2 kecil pula tidor awal kerana penat bermain bola dan sebagainya di waktu siang.Itu semua memudahkan orang jantan membuat operasi.


Asap tebal berselimut di segenap penjuru alam Banggol Derdap.Sekejap lagi apabila angin timur musim kemarau bertiup ia berlari berpintal2 menuju ke sana-sini , terlihat sebagai naga berekor panjang berkejar-kejaran , memintasi satu sama lain. Nyamuk2 membawa diri menyusup di mana-mana saja yang dapat dan ada kalanya tewas dan terkulai jatuh ke tanah kerana lemas , dan mengakhirnya hayat mereka di situ.


Haji Hammad memandang kejadian itu semua dari jauh di Bukit Srengenge.Bersamanya ialah Abdul Aziz yang baru pulang dari England.Dia asyik mendengar cerita2 kemajuan di negeri orang putih itu. Aziz juga memberitau Haji Hammad supaya jangan mudah tertipu oleh kemerdekaan.Kemerdekaan yang tidak di isi dengan ilmu tidak akan mendatangkan manfaat kepada bangsa.Bangsa akhirnya akan rugi.Bangsa tak dapat terbela., dan bangsa yang cerdik akan membunuh bangsa yang lalai dengan khayalan dan semangat membuta-tuli.

Merdeka perlu di isi sebaik2nya supaya dalam tempoh yang terdekat bangsa akan maju , jangan lagi lama merdeka lagi mudarat membaluti bangsa sendiri. Lebih2 lagi apabila masing2 membawa akhlak politik yang tidak baik.Politik bukan kotor , tapi akhlak politik yang dibawa oleh penganut2nya yang akan mengkotori politik itu. Ia seperti makanan yang tercemar , kalau dimakan ia akan menmudaratkan diri orang yang memakannya. Di masa inilah musuh2 akan mengambil peluang yang ada kerana kita sakit. Orang sakit tidak akan berupaya melakukan kerja dengan sempurna. Lama juga Haji Hammad berbincang dengan A.Aziz di kebunnya. Tak lama lagi Aziz akan ke Singapura kerana ada jawatan yang ditawarkan kepadanya.Dia adalah antara hasil pertama yang dipelopori oleh Pak Nor dengan menghantar anak2 muridnya ke sekolah Inggeris.


Akan bersambung in part two.

Thursday, April 8, 2010

WANITA ITU CANTIK


WANITA ITU CANTIK

( saya pun tak ingat dari mana saya dapat kisah ini)

Dengan nama Allah , 99 semuanya

1. Ketika wanita diciptakan,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan ke anyamanan.


2. Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak2nya.


3. Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang2 lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.


4. Diberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak2nya bersikap sangat menyakiti hatinya.


5. Diberinya kekuatan untuk mendukung(membantu) suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.


6. Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.


7. Dan akhirnya diberinya airmata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilamana ia perlukan.


8. Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dipakainya , bukan dari susuk yang ia tampilkan , atau bagaimana ia fesyenkan rambutnya . Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya , kerana itulah pintu hatinya ,tempat dimana cinta itu ada.
Dari mata cinta jatuh ke hati………………………………Wallahuaklam.