Tuesday, May 31, 2011

GURU LAMA DAN PELAJAR DULU




JUMPA CIKGU A.RASHID DI RUMAH KENDURI AHMAD LONG

Dah hampir 5 tahun tak jumpa Cikgu A.Rashid...........dan hari ni aku perkenalkannya kepada Cikgu Azmi........dirumah kenduri cikgu Ahmad Long , juga pernah bertugas di SMSik..........alhamdulillah dalam pertemuan itu Cikgu Azmi boleh trace kawan lamanya Cikgu Nordin......dah 51 tahun tahun tak jumpa2.



Cikgu A.Rashid sedang menceritakan pengalaman semasa bertugas sebagai Pen Kanan di Sekolah Menengah Sik........sambil makan,sambil cerita.......Cikgu Azmi juga menceritakan bila ditugaskan ke SMSik pada 1964.......lucunya sekolah pun belum ada......dialah guru pertama......not even a chair,not even a desk and not even a piece of chalk.......begitulah lucunya kami guru2 dulu........guru sekolah rakyat pula terpaksa membangunkan sekolah sendiri.

Di antara mereka berdua ialah Isa Mat (berbaju putih) dan Elias Bosnia (berbaju merah),kedua2nya bekas murid sekolah Men.Sik..........tercengang mereka mendengar cerita2 dulu.........Elias Bosnia ialah murid luarnegara pertama di SMSik.

Gurau punya gurau aku terlupa nak ambik gambar kenduri di rumah cikgu Ahmad Long



APA KATA USTAZ HELMI : hilang nikmat hidup di dunia jika zalim sesama insan



KETAATAN kepada Allah dapat digilap dengan adanya pelaksanaan lengkap untuk memastikan ubudiyyah serta pegangan mantap kepada Allah sentiasa terlaksana dalam kehidupan manusia seperti memelihara rukun Islam yang lima.

Sesungguhnya kemaksiatan serta dosa memberi kesan buruk kepada pelakunya bersesuaian dengan dosa serta kemudaratan dilakukan dan antara dosa besar diharamkan Islam ialah kezaliman terhadap manusia lain.

Katanya, mereka yang zalim menerima nasib malang kerana kezaliman merosakkan amalan dilakukan serta menghilangkan nikmat Allah di dunia dan akhirat.

“Oleh kerana sifat zalim mengundang kemudaratan besar, maka Allah meletakkan pengharamannya pada zat Allah sendiri,”

Hadis Qudsi menyebut: “Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan sifat zalim pada diri-Ku, justeru Aku mengharamkan ia dilakukan sesama kamu. Maka, jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman.”

Sifat ini milik mereka yang lemah dan tidak bertamadun. Allah teramat sunyi daripada sifat demikian. Diharamkan sesama manusia demi menjaga agama, kehidupan serta memperbaiki hubungan sesama manusia seterusnya memelihara hubungan dengan Allah.

Sifat zalim boleh memberi kesan kepada kemakmuran hidup manusia selain mengundang kemurkaan Allah dan boleh menyebabkan kemusnahan dalam sekelip mata.

Zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya jelas menunjukkan pertentangan dengan apa yang disarankan agama.

Beberapa kezaliman yang dilakukan manusia ialah:
Kezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116)

Kezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah.

Penyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika.

Kezaliman yang dilakukan sesama manusia tidak dapat diampunkan melainkan dimaafkan oleh mereka yang dizalimi.

Sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.”

Kezaliman ini juga termasuk pembunuhan sesama manusia, mengambil harta benda orang lain dan memutuskan silaturahim, melakukan penderhakaan kepada ibu bapa, mencetuskan pergaduhan serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Demikianlah besarnya akibat zalim terhadap seseorang sehingga Allah tidak pernah leka terhadap kezaliman yang dilakukan. Firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu menyangka Allah lupa terhadap kezaliman yang dilakukan.” (Surah Ibrahim, ayat 42)

dari Pondok Tuan Guru Haji Salleh bin Haji Musa
TAK MOH


UMNO TAWAR PAS 3 JAWATAN MENTERI KALAU MAU KAWIN.....TAK MOH



Semakin hampir pilihanraya macam-macam perang saraf yang cuba dilakukan oleh Umno. Terbaru pendedahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno berjumpa dengan beliau beberapa kali untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nampak sangat Umno sudah cukup terdesak dan gila talak. Sebelum ini Umno cubaan menyunting DAP tidak dilayan. Bukan sekadar bertepuk sebelah tangan tetapi umpama pungguk rindukan bulan.

Sudah acap kali Umno cuba memujuk rayu agar Pas menerima tawaran pinangan mereka. Seolah-olah Umno lupa bahawa Pas telah dikhianati sejak 1978. Malah sehingga kini Umno tidak henti-henti menabur fitnah dan menyerang Pas.

Tawaran tiga jawatan menteri kepada Pas seperti yang didedahkan oleh YAB Tuan Guru seolah-olah ingin menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kononnya demi perpaduan Melayu.

Persoalanya apakah tiga jawatan menteri yang ingin ditawarkan kepada Pas? Adakah Umno akan ambil kuota dari MCA, MIC dan Gerakan? Adakah Umno berani menarik semula jawatan menteri ahli parlimen parti komponen Sabah dan Sarawak? Mungkinkah juga ada menteri Umno yang akan korbankan jawatan mereka? Siapa menteri yang sanggup berkorban itu? Jawapannya tak ada! Pilihan yang yang ada Umno wujudkan jawatan menteri baru yang tak perlu dan tak penting antara jawatan yang sesuai ialah Menteri Nikah Kahwin, Menteri audio video ( hitamputih) dan menteri ukur jalan.

from angkasanuri blog


Bekas Puteri Rumah Gemilang ke Srengenge




Saadiah dan Rozita datang ziarah srengenge...........terimakasih kerana masih mengingati kami......depa mai ,depa masak kue-teow-tng,depa makan..........saadiah masih belajar kat UPSI nak jadi cikgi........Rozita sekarang dah bekerja sebagai Ustazah......syabas.........moga mendapat laluan mudah dalam mengharungi hidup di dunia dan di akhirat................

Monday, May 30, 2011





ELEKTRIK NAIK 7 %,GAS ASLI AKAN DI APUNGKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN
TUNGGU APA LAGI
TIME FOR CHANGE


setakat ini dah lebih dari 1,200 puting-beliong di amerika



Puting-beliong dah masok tornado record books............lebih dari 1,200 kali berlaku di amerika dalam tahun 2011.......mengikut NOAA........4 darinya yang paling dahsyat........mengjangkau 500 yang terbunuh setiap kali berlaku........belum pernah berjumlah setakat itu sejak 1953.


Hanya Allah yang mengetahui kerja2Nya




Sunday, May 29, 2011



PAK NAN SEKELUARGA KE SRENGENGE




Pak Nan dan anak2nya sampai selepas maghrib,kebetulan waktu itu aku pi ngaji di surau

Mak Ndak isterinya di temani oleh Sapirah yang berada di rumah



Comel anak2nya


Menanti kepulangan ku dari suarau selepas waktu Isyak

Don’t drink ‘halal’ beer, Jamil Khir advises Muslims

wow........there's no halal beer dear minister



KETUMBIT EKORAN BERSKODENG ?




Orang dulu2 kata bila suka skodeng atau berpaparrazi tumbuhlah ketumbit di mata.........itu cuma pengcegahan supaya tak membuat maksiat..........hari ni lebih mempromosi maksiat dengan video lucah yang dilesenkan kerajaan..........hingga anak dalam buaian pun tau cerita haramjadah tu........mata 1Malaysia ketumbit,tapi tidak datuk T

Secara umumnya, ketumbit ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis. Setiap jenis berbeza dari ciri-ciri benjolan, faktor penyebab, dan juga cara rawatan. Jenis pertama dipanggil Stye dan jenis kedua dipanggil Chalazion

Stye

Stye adalah ketumbuhan yang berbentuk seperti jerawat yang tumbuh biasanye pada hujung kelopak mata atas ataupun kelopak bawah. Stye atau nama lain nya hordoleum boleh tumbuh di bahagian luar atau dalam kelopak mata. Bagi pengidap stye, anda tidak perlu khuatir kerana stye biasanya tidak akan menjejaskan penglihatan dan juga struktur mata yang memainkan peranan dalam penglihatan.


Punca : Stye terjadi akibat jangkitan dari bakteria staphylococcal yang kebiasaanya berada di hidung manusia. Dengan mudah sahaja bakteria ini dapat berpindah ke mata dan menyebabkan ketumbuhan pada kelopak mata jika kita kerap menggosok mata selepas menyentuh hidung terutama pada bahagian hidung yang bermukus (hingus)

Rawatan : Pengidap stye akan diberi arahan untuk melakukan 'warm compression' di mana bahagian mata yang terkena jangkitan akan dituam dengan kain yang dicelup bersama air panas. Rawatan ini perlu diaplikasikan 2 hingga 4 kali sehari sehingga ketumbuhan surut. Biasanya dalam 2 ke 3 hari, bengkakan stye akan surut. Walaupun begitu, ‘punat’ atau ‘mata’ stye akan kekal di kelopak mata untuk beberapa hari lagi.







NO KENDERAAN TERKINI



as at
Thu May 26 17:35:00 2011

PerakAHN6144
SelangorBLG940
PahangCCU7901
KelantanDBV4316
JohorJMX1509
KedahKCY2641
LangkawiKV964D
LabuanLD6147
MelakaMCB3830
N SembilanNCN491
Pulau PinangPKD3520
KuchingQAX513
Sri AmanQBB104
K SamarahanQCC1798
LimbangQLA4883
MiriQMR3874
KapitQP5958
SarikeiQRF8384
SibuQSU6418
BintuluQTH6296
PerlisRJ6342
Kota KinabaluSAB2458F
BeaufortSB2743B
Lahad DatuSD8284F
KudatSK695A
SandakanSS499P
TawauST3410P
KeningauSU4692B
TerengganuTBC7617
Kuala LumpurWVJ2198

Saturday, May 28, 2011

HARAM HALAL,WHAT SAY-SAY


Sapa nak jawab ! Barbican Haram...???

At Muslimeen United blog

Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

PLEASE DON'T BE STUPID


Hayatilah hadist ini untuk selamatkan diri di hari akhirat.......jangan jadi pengikut buta-tuli........don't be an idiot hereafter




Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

the real problem lies at the top.......BAPA BOREK ANAK RINTIK

SIAPA INDIVIDU MISTERI ?



Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thal├Ęs.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.









Friday, May 27, 2011


Jangan buat fitnah..Jangan sebar fitnah..Jangan percayakan fitnah..Dosa fitnah beratnya lebih dari langit dan isi2nya..bek-bek-bek



PART THREE : AUTO SURIA TERBAKAR


Seawal selepas subuh......Jumaat 27 Mei,2011
Cikgu Uda YB Parlimen Sik dah sampai untuk melihat keadaan dengan lebih jelas..........boleh lihat beliau dalam gambar di sebelah kiri ......aku buatkan kandid....tak mau dia tau aku berada di dusun ku..........semua dah habis....yang tinggal tertegak cuma tiang2 besi.......kalau dibuat dengan kayu habis jadi abu


Yang duduk bertenggek di atas motor tu ialah Pak Teh Shukur..........tauke nasi yang terkenal di Sik........kena buka satu tabung khas unutk anak2 muda yang mengendalikan bengkel ini.....moga Allah memberi terlebih baik nanti....harap mereka bersabar.



Semua ketentuan adalah dari Allah.

Thursday, May 26, 2011

ULAMAK @ PROFESIONAL


ULAMAK TU PROFESIONAL,PROFESIONAL TU ULAMAK



Benteng Ombak Penyelamat Ummah
Oleh TG Nik Aziz

Pagi ini, saya sempat membelek beberapa akhbar yang menyiarkan laporan muka depan berkenaan pertandingan jawatan-jawatan utama di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan. Calon-calon yang sudah mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak kurang juga yang menarik diri dilaporkan secara meluas bahkan mendapat tempat di muka hadapan akhbar. Saya melihat laporan media massa yang meluas ini sebagai satu perkembangan yang menarik.

Bagi saya, ini menunjukkan PAS telah menjadi perhatian ramai. Mustahil jika PAS merupakan parti kecil yang bertaraf kampung dilaporkan secara besar-besaran melalui akhbar harian. Tentulah banyak mata yang sedang memerhati gerak langkah PAS pada hari ini. Samada mata memandang menanti pincangnya langkah atau cantiknya bunga silat, wallahua’lam. Apa yang penting, PAS bukan lagi menjadi parti yang tersisih dari arus politik perdana. Hal-hal dalaman ‘rumahtangga’ PAS pun dijadikan gosip panas sedangkan apa yang pasti siapa saja yang membarisi kepimpinan PAS, pasti semuanya akan tetap melawan UMNO / Barisan Nasional.

Hari ini, istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ dihidupkan kembali oleh akhbar dan media eletronik milik UMNO. Kononnya kedua-dua ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional di dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada UMNO/Barisan Nasional.

Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada pakar strategi seperti Khalid bin al-Walid, ada penyair seperti Hassan bin Thabit, ada ahli korporat seperti Abdul Rahman bin Auf dan tidak kurang juga ahli ilmu seperti Abdullah bin Abbas dan Abddullah bin Umar radhiallahu anhum. Bahkan jika diteliti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi khulafa selepas baginda, semuanya datang dari latar belakang yang berbeza. Abu Bakar RA seorang sahabat yang terkenal dengan kehalusan hatinya, mudah menangis dan menitiskan air mata kerana Allah SWT, berbeza dengan Umar al-Khattab yang agak kental jiwanya, sesuai berdepan dengan kerajaan Rom dan Parsi di zamannya. Umar juga seorang tokoh pentadbir yang bijak menyesuaikan dasar dengan situasi semasa, lalu lahirlah pada hari ini perbincangan tentang Fiqhu Umar. Ia merupakan satu mata pelajaran yang saya sempat pelajari sewaktu berada di al-Azhar dahulu.

Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS, kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional di dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama di dalam PAS itulah professional. Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah.

Alhamdulillah, di Kelantan saya berharap agar benteng ini terus kukuh mempertahankan kerajaan negeri yang ditegakkan di atas dasar Membangun Bersama Islam. Kita asuh generasi yang ada agar terus kekal dengan perjuangan Islam. Malangnya, usaha kita dituduh meracun pemikiran anak-anak. Hakikatnya, anak-anak muda inilah yang perlu dibentuk dengan pemikiran Islam ketika masih di bangku sekolah. Jika kita boleh mengajar mereka tentang kesedaran alam sekitar, menjaga kesihatan bahkan pendidikan seks pun dicadangkan diajar untuk pelajar sekolah, apa jijiknya jika pemikiran politik cara Islam diajar agar mereka dapat membezakan intan dan kaca? Hairan saya, apabila akhbar-akhbar utama yang saban hari menyiarkan maklumat lucah di muka hadapan dan menayangkan cerita-cerita yang menjijikkan dibenarkan pula memasuki sekolah, bebas sahaja bertebaran di atas meja pusat-pusat sumber sekolah, sebaliknya apabila kita menjemput anak muda membaca al-Quran, kita dituduh meracun? Sungguh rabun mata hati mereka!

Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam. Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah SWT. Insya-allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS

BENGKEL KERETA AUTO SURIA DEKAT SRENGENGE TERBAKAR

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

PART TWO



Beribu penduduk Sik keluar apabila mendapat berita.............masing2 membawa simpati mereka

Jalanraya penoh sesak..........bahaya tuan/puan........tapi mereka berkumpul jauh memberi ruang kepada ahli2 bomba menjalankan tugas..........
Masing2 bertenggek berhampiran dusun srengenge............ada tanda2 hujan nak turun


Allah maha pengasih dan penyayang.............rintik2 hujan mulai turun pabila selesai api semua dipadam oleh ahli2 bomba.........

BENGKEL KERETA AUTO SURIA DEKAT SRENGENGE TERBAKAR


DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Part One


Semuanya ialah takdir dari Illahi
Bengkel kereta Auto Suria yang terletak bersebelahan jalan dari dusun ku terbakar sesudah saja solat maghrib...........inilah bengkel anak2 muda bekas anak murid ku mencari makan........inilah juga bengkel kereta Beetle dan Golf ku menerima rawatan........Bomba tak dapat menyelamatkan suasana kerana api terlalu marak........



Bersebelahannya ialah kilang SDK...........




Beberapa buah kereta juga turut terbakar


Api sedang marak...........dan semasa aku menulis entri ni.api belum reda lagi..........tiada sesiapa yang tinggal di bengkel ini..........mereka balik awal kerana malam jumaat dan esok bengkel tutup.

BIAR HATI LEMBUT MACAM AIS KACANG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Mai rasa ais kacang sekejap..........semua minat ....dari kanak2 hingga keorang tua macam aku.....waktu panas boleh sapu dua mangkok.

Mai kita cakap sikit pasai nak bagi hati kita lembut.........dunia kita la ni tunggang terbalik kerana hati2 manusianya keras......ego,sombong,perasan,megah dllnya.

Step melembutkan hati :
Berkawan bersama orang2 soleh.....lagi dok benci ulamak.....sampai kiamatlah kerasnya
Banyak membaca Al-quran......kalau hari2 baca utusan melaysia berlumutlah hati
Kurangkan makan.......hari2 makan benda haram...mampuih tak lembut.....makan yang halal kepala setiap amal dan makan yang haram kepala setiap maksiat.
Sembahyang tahjud setiap malam.
Banyak istigfar
Ziarah kubur dan banyak ingatkan mati.

Wallahuaklam

Wednesday, May 25, 2011

SEPINTAS DARI BLOG ANGKASANURI

Gambar Hiasan : Ulamak ialah waris para nabi.........dajai sungguh orang2 yang mencaci ulamak......ingatlah dunia bukan kesudahan hidup kita........jauhilah sifat haipokrit......bimbingan ulamak perlu di dunia dan juga di akhirat.........jangan jadi hebat didunia kalau dilaknat di akhirat


Sepintas dari blog angkasanuri :

"Apa yang peliknya, Malaysia yang pengeluaran minyak tempatan melebihi 700,000 tong sehari turut mengikut jejak langkah negara-negara yang tidak mempunyai telaga minyak. Ke mana pergi segala hasil kekayaan minyak negara? Mengapa rakyat yang sering menjadi mangsa? Adakah ini yang dikatakan Umno menjadi juara rakyat? Rakyat didahulukan? Semua ini cukup membuktikan pemimpin Umno/BN makin tidak rasional dan sudah hilang waras. Ketika rakyat terhimpit dan menderita dengan kenaikan harga barang, pemimpin Umno/BN hidup senang lenang rakyat hidup dengan air mata berlinang.


Rakyat sebenarnya sudah tidak ada pilihan untuk memulihkan dan menyelamatkan negara ini selain daripada memastikan Umno/BN dinafikan daripada terus membentuk kerajaan. Cukuplah rakyat sudah lama tertindas dan menderita. Digula-gulakan sekejap masa pilihanraya menderita dan sengsara selepasnya. Rakyat perlu bangun dan berani memperjuangkan hak mereka. Gunakan kuasa yang ada untuk menolak kerajaan yang sudah tidak mampu membela nasib rakyat kalau bukan untuk kita pun tetapi sekurang-kurangnya untuk kehidupan lebih baik anak cucu kita pada masa akan datang."


Tuesday, May 24, 2011

HIMPUNAN 10 RIBU PEMUDA PAS KELANTAN




YAB Tuan Guru Menteri Besar memulakan ucapan dengan ucapan tahniah kepada seluruh jentera pemuda atas kesungguhan dan kesetiaan bersama perjuangan Membangun Bersama Islam. Beliau mengutuk keenganan pemimpin UMNO yang menyekat pembayaran hak royalty minyak Kelantan.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya hak royalty minyak kepada rakyat Kelantan sebagai pemimpin zalim dan jahat.
“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.






“Pemimpin UMNO – Siapkan kaki anda yang keras untuk dibakar api Neraka kerana tidak mahu membayar Royalti Minyak kelantan” demikian ucapan YAB Tuan Guru Bentara Setia Nik Abdul Aziz sempena Munajat Anak Muda Kelantan di Padang perdana, dihadapan lebih 10,000 jentera pemuda PAS negeri Kelantan.






Himpunan 10 ribu jentera Pemuda PAS Kelantan dengan pengisian munajat dan khatam 100 kali al-Quran telah dilangsungkan bermula jam 3.00 petang sehingga 11.30 malam. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dan dikir barat Halaqat, amanat daripada pimpinan PAS dan slot khas bersama saudara Bob Lokman sehingga maghrib.
Slot munajat anak-anak muda Kelantan dimulakan selepas maghrib dengan solat hajat dan khatam 100 kali al-Quran. Lebih 10,000 anak muda daripada semua lapisan peringkat menunaikan solat secara berjemaah dan mengkhatamkan al-Quran 100 kali.




Ceramah perdana daripada wakil exco kerajaan negeri Kelantan dan PAS negeri Kelantan yang kemudiannya diikuti oleh YB Dato’ Haji Husam Musa dan disudahi dengan amanat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saudara bob Lokman juga sekali lagi diberikan peluang untuk membangkitkan semnagat anak-anak muda Kelantan.

BIMBANG SANA-SINI

Selepas merdeka 53 tahun macam2 membimbangkan
Sebut saja apa saja.........kebimbangan saja
Lebih2 lagi sosial
Juga akhlak
Hingga video lucah pun dilambakkan di mesjid2.........astagfirullah
Yang buat video lucah tu pula dah bertaraf datuk
Tak kawin pun tak pa.......tengok video dah cukup

Kebimbangan ada di mana2..........BN pun bimbang , takut kalah

Monday, May 23, 2011

DARUL ARAK.....

From theStar : By Christinia Tan .............dated Sunday 22 May,2011

KUALA LUMPUR: Despite being a small country, Malaysia has been named the 10th largest consumer of alcohol in the world.

According to World Health Organisation (WHO) statistics this year, Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol, while the per capita consumption was seven litres. Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie said the alcohol consumption problem in the country was getting serious.

"Alcohol not only causing a lot of health issues, it is also contributing to a significant number of accidents," she said Sunday, speaking to reporters after launching booklets and a seminar, 'Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm', organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations), and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

The road safety council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide and 38% of those who died in road accidents consumed alcohol before they went on the roads.

Study also showed that absenteeism from the workplace among alcoholics was 16 times higher than others.

Heng said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the dangers of alcohol abuse.

She said 10 seminars would be held nationwide this year, which would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil at urban and rural areas, including estates.

The seminars will target mostly those from the Chinese and Indian communities found to have higher abuse of alcohol.

"The public must understand that alcohol is not our culture and will bring harm if abused," she said.

TORNADO SERANG SW MISSOURI


Selepas Amerika serang Osama bin Ladin,kini tornado pula serang SW Missouri di Amerika........setakat ini dah 89 orang dan mati........itulah hukuman Allah.........yang baik dibalas baik,yang buruk dibalas buruk.......kita pun bimbang .......takut Allah membelasah kita , selepas kita membelasah hukumNya dalam beberapa peristiwa keji yang baru berlalu...........nauzubillah.

Tapi Allah tak memungkiri janjiNya...........

AWAY FROM KUALA KANGSAR DAN BUTTERWORTH

Ahmad Noorhani dari Kuala Kangsar,Perak ( Negeri rampasan kuasa),
Mohd.Noor Isa dari Butterworth , Pulau Pinang ( Bekas rampasan oleh Francis Light),
Kedua2 mereka ialah member lama yang pernah mengajar di Sik.
Globe Trekker Ahmad Noorhani lima tahun sekali datang ke srengenge.
Dah genap 42 tahun aku tak bersemuka dengan Md.Noor.
Thank you kerana sudi datang ke srengenge.



Cikgu A.Majid ,cikgu Azmi juga datang bila mendengar berita dua orang lama berada di Sik.
Terlalu banyak cerita yang nak di sampaikan......yang dulu2 dan yang terkini




Di meja minum pun tak habis lagi ceritanya............ada yang secret........mungkin buat cikgu Azmi tidoq tak lena............Cikgu Ahmad Noorhani pun ada banyak secrecynya di Sik .........apa2 pun semua ada kisah masing2...........dunia ialah tempat mencari pengalaman semasa muda.........dan tempat menambahkan iman dan amal semasa tua.............untuk melindongi diri dari murka Allah



Cikgu Rohana isteri Cikgu Azmi pun datang nak bertemu dengan Cikgu Ahmad Noorhani dan cikgu Md.Noor (kedua2 duduk di bawah )............mereka nak terjah lagi ke rumah Cikgu Man dan cikgu Ded..........aku tak ikut sama kerana Mak Wan tiada di rumah.............kita akan jumpa lagi insyaallah ....kiranya umur masih panjang.