Thursday, December 27, 2012

DARI SERI DUSUN MELONJAK KE SRENGENGE





ITS UP AND AWAY

Dari Bukit Srengenge boleh nampak Sekolah Kebangsaan Seri Dusun dulunya Sik English School.......srengenge ngajar di situ pada tahun 1962 dan 1963 ,masa tu Syed Abu Bakar jadi Headmaster





Wednesday, December 19, 2012

HARUS SINI HARUS SANA



PASTE DARI BLOG PONDOK TAUHID

Tan Sri Harussani Zakaria diharap jangan hentam PAS bela UMNO

Sinar Harian  hari ini melaporkan Tn Sri Harussani Zakaria menyeru Presiden PAS tarik semula Amanat tahun 1981
berikut laporan Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/politik/mufti-hadi-harus-tarik-balik-amanat-1981-1.113302


Bagi pandangan saya
saya amat menghormati keilmuan Tan Sri dalam bidang agama tetapi saya amat kesal bila Tan Sri Harussani hanya hentam PAS tidak pula pada UMNO . Tindakkan sebagai tokoh mufti mesti adil , Tan Sri Harussani perlu menunjuk sikap keadilan dan amanah dengan ilmu beliau . Sebagai seorang mufti beliau perlu tegur yang salah tak kira dari PAS atau UMNO .
Kebelakangan ini Tan Sri Harussani seperti mufti kepada UMNO. Banyak kemungkaran pimpinan UMNO buat tidak pun disentuh oleh Tan Sri Harussani .Tiba-tiba Tan Sri Harussani muncul sebagai Tokoh Perkasa mendapat Anugerah Bintang Pahlawan Peribumi Perkasa . 
Perkasa ini pertubuhan Asabiyah perkauman pelampau yang diharamkan agama , bagaimana Tan Seri seorang ulama boleh restuai Perkasa sedangkan mejoriti ulama menolak Perkasa ? Hairan saya .
Saya sangat tegas dengan Perkasa ,Perkasa adalah petubuhan haram , dosa jika kita sertai .
Begitu juga jika kita nak nilai siapa Ibrahim Ali ? Tak tahu agama , bab aqidah pun tak faham bagai mana seorang tokoh mufti boleh iktiraf Perkasa ?
Lebih -lebih lagi dalam perhimpunan itu ada baiah menangkan BN (seperti laporan http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/12/ahli-perkasa-bersumpah-baiah-menangkan.html)

Bagi saya , sebagai sorang mufti Tan Sri Harussani menjadi orang tengah menyatukan ummah bukan memihak kepada BN , jika ini jalan Tan Sri ambil lagi pecah belah ummah jadinya .
Peringatan umum !:
Rasulullah S.A.W Bersabda:
Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
(Hadis diriwayat Al-Hakimi)
Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)