Thursday, January 31, 2013

GAMBAR UNTUK DIKENANG........ADIOS ADIOS ADIOS




Gambar untuk dikenang sepanjang hayat penyokong PAS


Ini adalah antara gambar yang disebar di facebook. Dengan hadirnya gambar-gambar ini bolehlah kita berfikir akan kewajaran pengguguran Nasha daripada Majlis Syura PAS.


adios
 
DI PETIK DARI BOLG GENDANG PERANG

SURAT BEKAS PM

DARI LINK BLOG WARTAMAYA

Ini warkah terakhir Tunku Abd Rahman sebelum meninggal dunia



Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada UMNO dan Mamak Mahather Kutty..

Surat wasiat tengku menyatakan kekecewaannya dan meminta supaya dikuburkan seperti org biasa kerana marahnya dgn umno..

KAMPUS INDUK KUIN KUALA KETIL



DARI BLOG  PARANG KEDAH

Panas ! Punca Adun & Ahli Parlimen Sanggup Derhaka...TERBONGKAR !!!!! 



Boikot..Termalu.. Sasau.. Atau Derhaka...pedih...pedih.....

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.




Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?

MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.


Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.


Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.

Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.".

Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik".

Oleh : PARANG KEDAH

Saturday, January 26, 2013

MP BACOK DIGUGURKAN DARI MAJLIS SYURA





Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyua- ratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

Thursday, January 24, 2013

PERAYAAN MAULID DI PEKAN SIK










                                             Sedap tu makan macam ni........jemput umno makan sama

13 MAKHLUK BERBAHAYA ADA PADA DAGING BABI






13 Makhluk Berbahaya yang Terdapat pada Tubuh Babi


 


DI PETIK DARI  Olihat.co.id

1. Cacing pita Taenia solium



2. Cacing spiral Trichinella spiralis
3. Cacing tambang Ancylostoma duodenale
4. Cacing paru Paragonimus pulmonaris
5. Cacing usus Fasciolopsis buski
6. Cacing Schistosoma japonicum
7. Bakteri Tuberculosis (TBC)
8. Bakteri kolera Salmonella choleraesuis
9. Bakteri Brucellosis suis
10. Virus cacar (Small pox)
11. Virus kudis (Scabies)
12. Parasit protozoa Balantidium coli
13. Parasit protozoa Toxoplasma gondii


[lihat.co.id] - Daging babi empuk. Meskipun empuk dan terkesan lezat, namun karena banyak me-ngandung lemak, daging babi sulit dicerna. Akibatnya, nutrien (zat gizi) tidak dapat di-manfaatkan tubuh.

Tuesday, January 22, 2013

NYAWA DAH DI KERONGKONG


DARI : Harakahdaily

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

“Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

“Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

“Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ,” ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

“Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

“Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang,” tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

“Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis,” ujarnya lagi. -HD

Sunday, January 20, 2013

ILLIEGALS AND OVERSTAYERS




illegals include Haj and Umrah overstayers

Saturday 19 January 2013

The Shoura Council has submitted a recommendation to Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah to form a committee with the involvement of four ministries to discuss mechanisms to reduce the growing number of illegals in the Kingdom.

The proposal calls for a committee composed of the ministries of Foreign Affairs, Interior, Social Affairs and Labor. This committee must develop an overall view of the situation that will result first in the deportation of illegals and a method to prevent large numbers of illegals in the Kingdom in the future.

The recommendation stated that the Ministry of Foreign Affairs should discuss the problem with the illegal residents’ countries of origin.

The number of illegals is estimated at five million, according to the report, prepared by the Foreign Affairs Committee of the Council. The illegals are spread out in Makkah, Jeddah, Taif, Madinah, Yanbu, Riyadh, the Eastern Province, Asir, Najran and Jazan.

The Vice Chairman of the Foreign Affairs Committee in the Council, Sadaka Fadel, told a local newspaper that the Council made this recommendation as part of the Ministry of Foreign Affairs’ annual report.

He pointed out that illegal residents are responsible for 60 percent of reported crimes.

Fadel stressed that illegals pose a threat to the security of the country by participating in crimes of all kinds from drugs to alcohol, theft, prostitution, murder, filming and promoting pornographic films, as well as polluting the environment and hurting the country’s image.

He pointed out that illegals include Haj and Umrah overstayers as well as those who sneak across the border.

http://www.arabnews.com

Friday, January 18, 2013

TENGKU LEBIH TEROK DARI SAYA.......DR.M




Projek IC: Mahathir hentam Tunku untuk lepaskan diri


Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina.

Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.

Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita.

Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut.

Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr.

Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Wednesday, January 16, 2013

INGATLAH KITA SAMA2 DI BUMI TUHAN



LISTEN LISTEN LISTEN.............WHAT IS YOUR PROBLEM ?

PANAS - Wanita Umno Hina Bawani.. Suruh Balik India..


ISLAMIK KAH BILA MEMPERDAYAKAN UMAT ISLAM ?





Kenyataan Majlis Syura berkenaan Isu Kalimah Allah:Impian Umno Perdaya Umat Islam Ranap

E-mail Cetak PDF
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dato' Nik Muhammad Zawawi Salleh
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang pilihanraya umum ke 13 untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Yang terbaru ialah berkenaan isu yang berkaitan kalimah Allah. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara lansung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU ke 13.
Maka terserlahlah kepada rakyat Malaysia bagaimana peranan Umno yang cuba memecahbelahkan umat Islam melalui tindakan terdesak memutar belitkan kenyataan Dato' seri Tuan Guru Presiden PAS walaupun mereka tahu sebenarnya tiada percanggahan yang wujud dalam kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Presiden dengan mana mana pimpinan PAS.
Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalah ertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita -cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS.
Dengan kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS ini juga, ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS tidak berbeza pandangan berkenaan Isu kalimah Allah ini,sebaliknya ianya saling melengkapi di antara satu sama lain. Huraian Tuan Guru Presiden PAS berkenaan penggunaan kalimah Allah di dalam Al-Quran telah secara sengaja difahami luar daripada konteksnya yang sebenar oleh Umno BN untuk memperdayakan Umat Islam negara ini. Namun rakyat Malaysia sudah pun cerdik menilai siapa Umno yang sebenarnya.  Umno sekali lagi terpaksa 'gigit jari'.
Seluruh Umat Islam di negara ini amat mengetahui tentang sumbangan PAS  terhadap Islam dan amat arif tentang kegagalan Umno untuk memartabatkan Islam di negara ini.
Dewan Ulamak PAS amat yakin bahawa Allah pasti akan menolong hamba-hambaNya yang ikhlas memperjuangkan Islam dan akan menggagalkan perancangan sesiapa sahaja yang cuba memecahkan perpaduan di antara Umat Islam khususnya di negara ini.
Berkenaan isu amanat Tuan Guru Presiden, Dewan Ulamak PAS mendesak supaya TV1 dan TV3 memberikan ruang kepada Tuan Guru Presiden untuk memberikan penjelasan sekurang-kurangnya satu jam kepada beliau. Sekiranya kerajaan enggan untuk berbuat demikian, kami yakin InsyaAllah Umat Islam negara ini akan menghukum kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang setelah Tuan Guru yang disayangi oleh seluruh umat Islam negara ini diperlakukan dan dizalimi sedemikian rupa.

SAUDI SUPREME COURT







The facade of the Saudi Supreme Court's main office.

Tuesday, January 15, 2013

GAMBAR2 TERBARU DARI TANAH SUCI


                                           GABENOR BARU MADINAH PRINCE FAISOL SALMAN

             
                                             14 JANUARI DI MASJIDIL HARAM


                                           15 JANUARI DI MASJIDIL HARAM



                                         TERMINAL BARU LAPANGAN TERBANG MADINAH





TIME FOR CHANGE



COPIED AND PASTED FROM KERJAAN RAKYAT



Mahathir kata 2011 peluang BN menang pru-13 tipis, 2012 peluang BN semakin menipis, 2013 peluang BN sudah habis!

pilihan raya umum ke-13
Pada 11 Oktober 2011 Tun Mahathir kata kalau buat pilihan raya umum ke-13 pada tahun berkenaan, peluang BN untuk menang tipis. Lantaran tunduk kepada pandangan Mahathir, maka Najib Razak pun tidaklah bubarkan parlimen pada tahun 2011. Najib tangguh dan rancang untuk adakan pilihan raya umum ke-13 dalam tahun 2012.

Tahun 2012, Najib dan partinya Umno BN ditimba bala lagi. Kes Altantuya riuh semula. Bersih 3.0 berjaya dan rakyat terus bangkit menentang penipuan Umno Cawangan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kemudian, timbul pula isu menteri Umno, Shahrizat Jalil didakwa mencuri wang NFC. Di mahkamah, semasa kes penyelewengannya dibicarakan, video Shahrizat menyelak kainnya sehingga nampak 'dot dot dot'nya telah ditayangkan. Maka tahun 2012 peluang BN untuk menang pilihan raya umum ke-13, bertambah tipis dan semakin menipis.

Tahun 2013, Najib tiada pilihan lagi, masa semakin suntuk. Walaupun Semah bininya Najib buat kelaku seperti ini, pilihan raya umum ke-13 mesti diadakan sebelum 26hb Mac 2013.

Monday, January 14, 2013

BARU NAMPAK KEMATANGAN PASUKAN POLIS KITA



PASUKAN POLIS MATANG = PESERTA HKR112 PUN MATANG


Komen saya : Helmi Assyafie.............Orang kanan TG Haji Salleh Musa






HKR 112 berjaya satukan masyarakat Malaysia dalam perjuangan menuntut keadilan yang dianjurkan oleh  Islam . Pelbagai latar belakan masyarakat datang dengan wang sendiri hingga dapat menghimpunkan ratusan ribu orang , saya anggarkan lebih dari 150 ribu yang hadir semalam, semua sanggup korban masa , tenaga dan wang demi perjuangan demi untuk melihat Malaysia diperintah dengan adil .
Pelbagai tuntutan dari pihak BERSIH , ROYELTI , LYNAS , FELDA dan lain- lain tuntutan tidak dihirau kerajaan sekarang , maka sudah tiba masa seluruh masyarakat bersatu bangun menentang kezaliman ini dengan menukar kerajaan dari BN kepada PR .

Himpunan HKR 112 menunjukkan rakyat Malaysia sudah matang politik dan tidak akan termakan degan dakyah pembohongan pemerintah , rakyat sudah muak dengan pembohongan media pemerintah . Rakyat sanggup bekorban apa sahaja demi melihat Malaysia Bersih dari dikhianati pempmpin BN .

HKR 112 sangat Aman
Ini disebabkan rakyat Malaysia cinta keamanan kedamaian dan keadilan .
Sebelum ini sebab utama kekecohan  disetiap himpunan PR disebabkan Najib bersama Hisyamuiddin mengarahkan pihak polis bertindak ganas kepada rakyat seperti menembak gas pemedih mata , buat sekatan dan sebagainya . Lihat jika tiada semua arahan dari pihak atasan maka himpunan berjalan dengan sangat lancar dan terbaik .
POLIS pun tidak perlu susah payah mengendalikan tugas , saya lihat wajah Polis sangat tenang dan ceria semalam berbanding dengan perhimpunan- perhimpunan mega yang lepas .
Peniaga puan turut gembira semalam , ramai peniaga buka suara semalam " Andai himpunan seperti ini kami amat gembira sebab kami dapat cari makan lebih , jika dua hari lagi berhimpun pun tak apa, sebab kecoh adalah berpunca dari keganasan polis atas arahan pemimpin BN  "

Saya menyeru masyarakat terutamanya orang Melayu yang tegar sokong UMNO /BN bukalah minda anda demi masa depan kita bersama . 

HKR 112 BERSAMA TG HAJI SALLEH MUSA SIK


ALLAHUAKBAR


 http://3.bp.blogspot.com/-iE44babzjZ0/UPLk4y2cbvI/AAAAAAAAMjM/B3ze1iIgs70/s1600/217880_468014883246416_1529426998_n.jpg

Alhamdulillah Tuan Guru Hj Salleh Musa tiba di Pondok Ar Rahmaniah jam 2.30 pagi semalam .

Setelah selesai menyertai HKR 112 Tuan Guru bersama sama rombongan bertolak dari Hotel Zon KLCC ke Bukit Setonsa Selangor bagi memenuhi hajat Ajk masjid supaya Tuan Guru hadir sebentar di Masjid mereka untuk memberi tazkirah serta mendekati masyarakat setempat dengan ulama , walaupun keletihan Tuan Guru tetap mampu memenuhi hajat mereka.

Tuan Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun tetapi sangat semangat berjuang . Setelah selesai kuliah jumaat kami rombogan Tuan Guru bertolak ke KL jam 6 petang (11.1.2013), Alhamdulillah sampai jam 1 pagi dan terus ke Hotel Zon berhadapan KLCC.
Kemudian setelah solat subuh( 12.1.2013) Tuan Guru Rehat sebentar . Jam 8 pagi setelah sarapan pagi ramai murid Tuan Guru datang ziarah Tuan Guru di Hotel .
Kami begerak dari Hitel Zon ke Masjid Negara jam 12 tengahari. Apabila sampai di Masjid Negara tidak sampai 20 minit maka azan berkumandang .Kami solat Zohor berjemaah ,setelah selesai solat Zohor Tuan Guru Hj Salleh pimpin Munajat Kas HKR 112.

Setelah Solat Hajat , Tuan Guru Hj Salleh dikawal lebih dari 15 orang pengawal pengiring beliau, kami begerak ke Stadium Merdeka . Sausana amat sesak dengan ratusan ribu orang ,kami meredah orang ramai , dengan bantuan Allah kami sampai di Stadium akhirnya .Tuan Guru bersama pimpinan berada dipentas utama .

.......................

Komen Tuan Guru Hj Salleh mengenai HKR 112

Tuan Guru menyampaikan kuliah maghrib malam ini dan berkata :

" SAYA sebenarnya bukan larat begitu juga Nik Aziz (Tn Guru Nik Aziz) , kami bukanya larat , lihat Nik Aziz (TGNA) dia bertungkat tetapi kami tetap hadir sebab tanggungjawab perjuangan , saya bukan dapat gaji bukan ada jawatan tetapi saya sedar ini tanggungjawab saya , perjuangan tanggungjawab saya maka kami sebagai Tok Guru mesti tunjuk contoh supaya orang muda naik semangat untuk berjuang demi keadilan dan demi Islam . Islam hak kita tanggungjawab kita selamatkan agama kita , bangsa kita , negara kita dari kezaliman BN /UMNO . Kita berjuang untuk Islam , kita berjuang untuk zuriat kita kebelakang supaya zuriat kita tidak rosak seperti sekarang , jika kita biar UMNO/BN anak cucu kita nak jadi apa ? , kita bertanggungjawab "

Dalam masa yang sama Tuan Guru Hj Salleh Musa sangat gembira dengan kebangkitan rakyat dalam himpunan semalam .Beliau berkata " Himpunan semalam luar biasa lebih seratus ribu , ratusan ribu yang hadir menunjukkan pertanda akhir UMNO/BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini
Sambutan luar biasa , kebangkitan anak muda , semalam ramai anak muda solat jemaah di Masjid Negara , di Stadium , kita mesti dakwah mereka supaya mereka minat dengan agama , satu usah yang berjaya dan kita mesti kuatkan kerja kita untuk Islam . Rata -rata yang hadir dari pelbagai bangsa , semua yang datang kena zalim seperti Felda , Linas , Royelti dan macam-macam lagi , Insyallah doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah , Insyallah kita (PR) akan menang kali ini" .

Tuan Guru berkata lagi

" Kita ratusan ribu yang berhimpun pergi dengan duit ( wang ) sendiri , ini perjuangan kita , ini sumbangan kita kepada perjuangan , perjuangan kita bukan sia-sia sudah tentu ada ganjaran pahala disisi Allah . Saya letih berjalan dari Masjid Negara ke Stadium Negara lebih kurang 3.5 KM lebih tapi tak apa biar letih didunia senang di Akhirat , biar habis duit dan korban masa demi perjuangan Islam

Sunday, January 13, 2013

HKR112 LONDON MARI


THANK YOU FROM 'Apa Khabar Orang Kampong'




Pelajar pelajar Malaysia yang berada di London..




TOK GURU HAJI SALLEH MELANGKAH DARI MN KE SM







HKR DI SEMENYEH LAIN PULA CERITANYA


Deretan bas pengangkut hadirin ke lokasi di Semenyeh untuk bertemu Pak Najib



 
                                          Terpaksa berebut-rebut untuk sekampit beras


                                         
                                         |Ada yang pengsan , kerana proses memberi beras mengikut acara kolot