Thursday, November 19, 2009

BISMILLAH , ALLAHUAKBAR




















BISMILLAH , ALLAHUAKBAR


Cukup terpikat dengan Kaabah , lepas tengok nak tengok lagi.Tak jemu2.Tak puas mata memandang.Penuh syahdunya.Cukup terasa , mendebarkan hati , mendetik di jantung.Meniti kasih cinta di kalbu .Memercikkan gelora rasa kasih-sayang dalam setiap titik darah yang mengalir.Lambaian cukup menakjubkan,tak terasa nak hentikan gamitan.Lepas gamit nak gamitkan lagi.Terasa nak bersama2nya biar pun ketikanya panjang.Biar dalam penuh dakapan kasihcinta..Tarikan magnetnya bukan lah cinta palsu.Bukanlah cinta monyet.Begitulah sekali perasaan sesapa saja yang sudah menjejakkan kaki ke Makkah.Ya Rabbi,jemputlah kami lagi dan lagi.Kamulah Maha Pengasih dan Penyayang.


Kaabah dibasuh 2 kali setahun : pada Syaaban dan Zul-Hijjah , menggunakan Oud ointment dan air zamzam.Setahun sekali ditukarkan kelambunya @ kiswah ( ada juga memanggilnya kain ihram kaabah).Kilang membuat kelambu@kiswah dibina di Makkah 74 tahun dulu oleh Raja Abbul aziz.Ia dibuat dari 670 kg pure sutera , 150kg emas dan perak untuk penulisan ayat Al-quran.Bersaiz 658 meter persegi.Dan kos membuat kiswah ialah SR 16.8 juta.

BISMILLAH , ALLAHUAKBAR.

13 comments:

  1. salam ayahanda

    seronok baca entry entry ayahanda..di sini o2 dpt byk ilmu...insyallah anakanda akan ke sana februari nanti...jom ayahanda dan makwan ikut sekali

    ReplyDelete
  2. salam ayahanda..

    satu informasi yang amat aberguna untuk ktia semua renungkan bersama..alahmdulilah


    waslam

    ReplyDelete
  3. salam cikgu...i just looooove ur entries about kaabah,makkah and all..memandang kaabah memberikan kebahagiaan yg syahdu di dalam hati..

    ReplyDelete
  4. saalam O2,

    Doakan selamat dalam perjalanan bulan febuari ni.

    Insyaallah ,kalau Allah jemput.

    ReplyDelete
  5. salam anaknda manzlie,

    Blog anaknda lebih menarik.Dan hits nya telah berganda.Masa ayah tanya kat Makkah dulu ,baru 80 ribu,kini dah lebih dari 162 ribu.
    alhamdulillah.

    Doa dalam penuh kecintaan Allah.

    ReplyDelete
  6. salam anak sik (mahani),


    Untuk cerita2 terkini di Makkah sila masuk blog manzlie ( dia juga anak saya ).

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. asalnya dok masuk blog saudara manzlie la, yg ternampak blog cikgu aritu...

    ReplyDelete
  8. salam ayahnda..

    masyaallah rindu teramat sgt nak ke sana..

    kak olive

    akak nak kesana febuari nanti???

    ReplyDelete
  9. salam.. ayahnda tinggal dekat kedah??? saya nak ke kedah bulan 12 nanti.. jika di izinkan allah ingin saya berjumpa dgn ayahnda dan bonda...

    ReplyDelete
  10. salam My Life,

    Ayahanda akan ke Kelantan Eidil Adha ni,insyaallah.


    nak mai kedah sila bagi tau.Gembira sangat nak jumpa.

    wassalam

    ReplyDelete
  11. salam ayahnda..

    ayahnda nak datang kelantan aidil adha nie?? kelantan kat mana ayahnda??? boleh ler saya jumpa dan beraya dengan ayahnda dan bonda.. apa email ayahnda? boleh bagi azie nanti azie emailkan no tel azie...insyaallah..

    masyaallah... alhamdulillah..

    doakan saya yer ayahnda...

    ReplyDelete
  12. nak pergi kedah bulan 12 nanti.. tapi ayahnda dan bonda nak datang kelantan aidiladha nie kita jumpa dan beraya dulu kat kelantan yer.. nie alamat email azie

    azie_6873@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. [url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]windows vista requirements, [url=http://firgonbares.net/]discount software office[/url]
    [url=http://firgonbares.net/][/url] to sell software to discount language software
    adobe software [url=http://firgonbares.net/]unlimited software downloads[/url] cheap oem software for
    [url=http://firgonbares.net/]convertinf eps images acdsee[/url] adobe indesign software
    [url=http://firgonbares.net/]kaspersky software[/url] microsoft ftp software
    buy photshop [url=http://firgonbares.net/]educator discounts on software[/b]

    ReplyDelete