Friday, June 11, 2010

SATU PERTANDA BAIK

DENGAN NAMA ALLAH ,99 SEMUANYA

Pagi tadi satu pertanda baik.....sebelumnya aku tak memahami. Seekor rama-rama besar lebih dari sejengkal datang hinggap di srengenge.Tak dapat aku snap gambarnya kerana kamera ada sedikit masaalah.Berwarna-warni cukup cantik.
Rupa2nya Zawawi Al-hafiz datang ...........dia dah khatam 30 juzuz,dan sekarang sedang menghafal hadis untuk memenuhi syarat belajar ke Yemen.Cukup malu pemuda ini,susah nak snap gambarnya.Insyaallah dia akan berjaya menjadi seorang alim.


Ini anaknda sepupu ku , Amirul , juga mengambil pengajian tahfiz.Berumur dah 13 tahun dan baru dapat menghafal 13 juzuz,selepas tammat darjah 6.Semoga Amirul mendapat kejayaan seperti Zawawi.Mereka berdua ialah ahli jamaah di surau Ar-Rahmaniah di Sik.
Terima kasih kerana sudi datang ke srengenge......kedatangan mereka membawa banyak berkat.
Salam melebar senyum.........Zawawi dan Amirul,ingatkan ku sentiasanya.


4 comments:

  1. Salam Pak Cha & Mak Wan....

    Nampaknya di sini pun ramai yang menziarahi yer cuti-cuti...

    Alhamdullillah moga rezeki Pak Cha suamiisteri dirahmati Allah...

    Wslm

    ReplyDelete
  2. Salam kak su,

    terima kasih menziarahi laman web srengenge.
    Semoga kak su juga dirahmati Allah...amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ayahanda

    tetamu datang membawa rezeki

    moga mereka berdua terus berjaya
    menegakan Islam di tanah air ini
    Insyallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam ayahanda

    Sejuk hati ibu bapa mempunyai anak2 yg begini. Seronok ...

    ReplyDelete