Tuesday, January 19, 2010

KUTIP KOMEN SENDIRI BUAT N3




APA NAK DI KATA ?






KUTIP KOMEN SENDIRI BUAT N3

salam semua anakanda sekeliannya,Maaf ayahanda terlewat membuat 'le tour the blogs',dan lambat meng-update n3 dari blog sendiri.
8 hari berada di KL umah nanda ayah.Banyak kerja kat sana.Selepas gathering meninjau kedudukan anak ayah kerana baru diposting bertugas di Pandan Jaya.Then membuat rawatan kesihatan ayah dan mak kat anaknda angkat ayah kat Subang Jaya.Cuma sempat membuat 3 sessi rawatan dengannya.
Balik pagi ahad.Bas pula rosak kat Bidor.Melepak kat tepi lebuhraya 3jam.Nasib baik mak membawa bekal nasi dan mee goreng.Bas2 lain tak boleh beri laluan untuk para penumpang kerana penuh.Tapi nasib baik ayah dan mak dapat tumpang bas dari Melaka.Lain2 penumpang dok tunggu rezeki masing2.Nak tunggu bas dari KL lambat.Katanya bas2 hari tu semua beroperasi ke destinasi masing2.
Sembahyang jamak akhir kat Simpang Pulai.Anak ayah kat Sungai petani mai pungut ayah dan mak untuk balik ke Sik.Sampai umah 10 malam.
Terhibor ayah dan mak mendapat pengalaman baru....alhamdullillah.Rancangan Allah sejak azzali yang kita tak tau.....syukur selamat walaupun penat.Penat kerana umur dah tua.
Kalau nak bercerita,banyak ceritanya.Hingga bertemu lagi.
Dok tunggu bila rakan2 nak mai bersama CL ke Sik.Tolong beritau awal,takut ayah ke tempat lain.
Wassalam.

14 comments:

  1. Salam ayahda...tunpang ziarah sebentar. N3 yang menarik pegalaman KL-KEDAH.
    Semua telah ditentukan Allah s.w.t.

    Alhamdullah ayahda sihat.

    Syukran.

    ReplyDelete
  2. salam..

    dear ayahnda

    alhamdulillah ayah dan mak selamat sampai di kedah..

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,

    Patutlah lama tak dengar berita.
    Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat Amin.

    ReplyDelete
  4. syukur akhir nya selamat sampai ke destinasi walaupun diberi dugaan bas rosak.

    ReplyDelete
  5. salam Musafir_Islam,

    Alhamdulillah,sihat dan perjalanan yang menyeronokkan.

    Bila pi Makkah berbagai dugaan kita tempohi,jadi semasa di negeri sendiri sikit2 tu biasa saja.

    senang ayah mengenali anaknda dengan songkok hitam tu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam casa qaseh,

    Thank you membuat le tour ke blog ni.

    Alhamdulillah selamat dan sihat.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. salam tuan,

    pi duduk umah ihsan.
    jalan2 dan ronda2.
    Perjalanan kita sangat jauh.Tiada bertepian.Infinity.

    Wssalam.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Ayahanda...

    Moga ayahanada dan Bonda sihat2 selalu.

    Ayahanda pun letak gambar tu?

    Jodoh kita tak tahu..tunggu...insyallah...

    Tkasih dari
    mamaju(juhariahjoharijohor)

    ReplyDelete
  9. salam mama ju,

    Ayah tetap berdoa.Ketentuannya di tangan Allah.

    Tiada apa pun yang terlepas dari kekuasaanNya.

    wassalam.

    ReplyDelete
  10. Salam Ayahanda,

    Alhamdulillah, ayah & mak dah selamat tiba di Sik..Moga ayah & mak sihat2 selalu..

    sedih mendengar ayah & mak tersangkut dek bas rosak selama 3 jam...pasti memenatkan...

    moga satu hari nanti kita di pertemukan lagi...insyallah..ayah, sampaikan salam hanis pada mak..

    ReplyDelete
  11. salam anaknda Hanis,

    Terima kasih di atas segala ingatan.Mak selalu mengingati Hanis.

    Sila datang ke teratak usang di Sik.Ajak CM sama.

    Take care.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. salam ayah dan mak,

    Ya Allah sian kat ayah dan mak.
    namun ada hikmah terselindung disebalik segala kejadian.

    Alhamdulillah selamat sampai keteratak ayah dengan selamat.

    ReplyDelete
  13. salam ayah dan mak,

    terlupa tadi nak tulis sikit,
    pasal tajuk cerita apa nak dikata.....

    apa nak dikata
    dari bagan ke Sg Dua
    apa nak dikata
    bagai pinang dibelah dua

    kita doakan ya ! ayah dan mak.

    ReplyDelete