Thursday, June 17, 2010

ANUGERAH SETOI DAN PAU

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Alhamdulillah.......hari ni dapat anugerah buah yang memberikan aku nostalgic feelings.....buah setoi.Pemberian anaknda Wahida dari RG.Teringat ku pada Huseng Che Nik,kerana pada masa kecilk2 dulu kamilah juara memunggai buah setoi.Macam orang Australia membaling boomerang.
Tu tengok besar buahnya........dan isinya lembut dan mengiorkan..........tak masam tapi rasanya manis.Bijinya kecil,kalau zaman dulu kami telan dengan biji2nya.......sebiji dibelah dua dah penuh pinggan.Mesti terlioq kan ?

Tengok tu dari dekat.....seakan isi nyiok muda.Boleh dicedok dengan camca.Kena sebiji dah rasa cukup kenyang.Wahida dok tunggu kerja....dia lulusan UNIMAS.Insyaallah ada rezekinya


Yang ni pula hadiah kuih pau dari anaknda Ina.Bekas puteri RG.Dia sekarang dah jadi chef di Tesco.Selamat berjaya.Maaf tak sempat ambil gambaq depa.Tergesa nak balik ada urusan konon...........aku cuma boleh makan sibiji pau dan sebiji setoi,perut ku dah penoh.
Nak tau inti pau tu............sekaya beraroma pandan.....sekaya pandan.



Cuba bandingkan pau Ina dan setoi Wahida. ...........hampir sama saiz...konyang jang.
Terima kasih pada anaknda berdua.....doakan berjaya dalam hidup dan berjaya sesudah mati.
Saalam melebar senyum..................srengenge dah kurang antibody,kata anaknda Rozali (atuk-phd).




4 comments:

  1. Assalamualaikum Ayahanda

    pasal buah setoi
    kalau tak silap saya
    masa kecil2 dahulu
    buah setoi masa separuh masak
    kulitnya boleh dimakan cicah dgn kicap (setelah dibuang kulit luarnya)
    he he

    ps:maaf saya kata kurang antibody

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pak cha..kami dikelantan juga panggil buah ni buah setoi..sekarang susah nak cari pokok setoi dekat dgn rumah saya..agaknya semua dah ditebang..bila saya tenguk gambar tu terliur saya..tenguk bijinya dah tahu ianya jenis yg manis..

    ReplyDelete
  3. salam ayahanda
    Sya pernah makan buah setoi, tp masam
    sya tak suka makan masam tak boleh masuk..
    tp masa mengandung sulung dulu boleh terbayang bayang depan mata teringin sangat nak makan mangga muda.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan,

    Semasa tinggal di Terengganu,salah satu makanan kegemaran saya ialah buah setoi yang dijeruk didalam balang,antara ramuannya ialah belacan,asam jawa dan lain2 termasuk IKAN.

    ReplyDelete