Wednesday, June 17, 2009

GOOD FOR NOTHING

GOOD FOR NOTHING

Bangsa cina cukup kuat bekerja.Mereka kerja sungguh2.Setiap kerja mereka , mereka hambat duit.Buat kerja mesti ada masuk punya.Cina dulu pun kuat kerja,dan mereka juga kuat berjudi.Sekarang ni aku nampak dari kacamata ku mereka lebih tekun lagi.Anak2 murid ku berbangsa cina kuat belajar.Kerja rumah up to date.Rajin menyoal kalau depa tak paham.La ni aku tak tau.Dah 15 tahun aku pencen.Mungkin ada bezanya.Depa minat mathematics dan science.Dan mereka juga really good in science dan mathematics.They became doctors and engineers.

Anak murid India pula pulon bercakap inggeris.They talked ‘better’ than England’s English .Depa gemar belajar bahasa inggeris dan history.Dan depa juga good in English dan history.Many became lawyers and interperators.

Bangsa ku pula masih di tahap lama.Layu dan layu.Hari ini aku nampak lebih lebih kelayuan dari melayu.Kurang keistemewaan dari segenap segi.A master of none.Dan bekas headmaster ku dulu dah membuat rumusan sebegini.Murid2 cina good in science dan mathematics.Murid2 india good in English and history.And you malays are good for nothing.

Nak marah kat sapa ? Marahlah pada diri sendiri.Marahlah pada pemimpin kita ( kalaulah kita ada pemimpin ).Kita tak sedarkan diri.Dari yang dikatakan pemimpin turun sampai ke bawah.”Pemimpin” bercakaran tak menentu.Seperti aku dok kata ‘salak si ayam,kokok sang anjing’.Hari2 dok bahas isu.Isu itu dan isu ini.Hari2 dok ulas slogan itu dan slogan ini.Aku pun naik heran apa kerja depa ini.Apa depa buat untuk bangsa,kalau hari2 bising rioh-rendah tak kehaluan.Hari ni dok bising pasai unity government.Pas nak buat UG dengan umno.Lepas tu boneka umno pula nak heret pula keadilan dan dap sama masok dalam UG.Bertempek bersilat rioh rendah sampai seurat rumput pu tak boleh hidup, lepas tu buat UG pula.Apakah sandiwara semua ini? Semuanya kena kembali pada kemanusiaan.Ikut landasan itu.Macam landasan keretapi.Nampak di kejauhan mereka bertemu,walaupun asalnya berpisah.Buangkan sikap haprak dalam diri,kerana haprak bukan merosakkan diri sendiri tapi seluruh jelata yang melata.

Kalau kita memimpin,bila ada peluang berilah peluang kepada yang dipimpin.Kalau kita dipimpin ambillah peluang bila ada kesempatan.Redhokah menjadi good for nothing?.Adakah kita masih lagi good for nothing ? Or good in sandiwara .Sangupkah bersandiwara di akhirat ? Sedarkan diri dan jagalah dari tidoq.

No comments: