Ini gambar anaknda2 dan cucunda2 dari Yanbu,Madinah sedang berbuka puasa di Masjidil Haram ,Ramadhan 1430.
Tahun ni depa akan tunaikan haji.Sudah pastinya haji tamatuk,kerana dah berumrah selepas eid mubarak yang baru lalu.Damnya seekor kambing.Pahala membayar dam pun depa dapat.Tidak satu benda pun rugi bila menunaikan haji.Sepanjang masa mendapat rahmat dan berkat.Yang penting check niat , jangan lari dari niat utamanya......insyaAllah...mabrur.
Sebutlah , apa saja.Lihatlah ,apa saja.Di situ,pasti ada kebesaran Allah.Semua yang di lihat adalah dari pandangan Allah.Setiap yang dipandang dan lihat maupun melalui mimpi,igauan,impian,cita-rasa,budi,kekawan,musuh,celaka dan segala haramjadahnya,renunglah dengan pandangan Allah.Boleh mengintai dari berbagai sudut,tapi janganlah dari pandangan nafsu,lebih2 lagi melalui pandangan syaitan.Biar kita sama2 gomoi dunia dan akhirat dan singkirkan segala debu yang masih melekat.
Absurd sekali penjelajahan ini.Tatkala menjunam,seketika mendatar dan kekadang mengcanggah ke atas.Pastinya dunia tidak selalunya damai.Dan senangnya hanya seketika saja.Sedetik cuma.
Allah,Ya Rabb.
7 comments:
Salam Ayahanda,
Sayunya hati tengok orang g haji. Rindunya pada Baitullah.. Lepas ni
pertahankan kemabruran haji sepanjang hayat. Diucapkan selamat berangkat kepada semua jemaah haji, didoakan mendapat haji mabrur yang menurut hadis tiada balasannya kecuali jannah (syurga).
salam Zie,
Bila roh Islam dah melekat di hati,itulah perasaan2 yang hinggap di sanubari.Haji menjadi bukti.Haji ingin ditempohi walapun beberapa kali.
Biarlah zakat lekat di hati...membesar2kan tabiat berzakat.
Biarlah puasa ramadhan lekat di benak.....rasa berpuasa tu menggamit jiwa.
Biarlah rasa solat tu menikam juzuz2 lahiriah......teringat selalu pada Allah.
Biarlah rasa kebesaran Allah dalam setiap yang ujud......bibir membasahi dengan tasbih,tahmid dan takbir.
Wallahuaklam.
Salam Ayahanda,
Alhamdulillah, terima kasih atas titipan ilmu yang indah ini. Zie mengikuti perkembangan ayahanda secara senyap, dahagakan ilmu ayahanda dan suka keindahan bahasanya.
Ayahanda,
Ceritakan keindahan berkorban pula pada n3 akan datang :
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari raya korban yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta dengan tanduk, bulu dan kukunya, sesungguhnya sebelum darah haiwan korban itu jatuh ke tanah ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu”. – Riwayat Tarmizi.
Ya Allah, Kau perkenankanlah doa-doa ayahanda bonda dan selamat dunia dan akhirat.
Salam hormat dari Zie.
salam Zie,
Terimakasih,sebenarnya ayah tak dak ilmu.Iblis mempunyai banyak ilmu.Seribu tahun dia mengajar malaikat.Tapi dia sombong dan takbur,rosaklah susu sebelanga.
Insyaallah sdr.Azli akan paparkan dalam blognya tentang korban.Tentu sekali menarik dengan gambar2 di tempat sembelihan di Muassim.
Wassalam.
Salam Pak Cha & Mak Wan.
Semoga mereka mendapat Haji mabrur.
Pah cha, when last time you went to do haji?
salam anonymous,
I went for Hajj in 1989.Exactly 2 decades ago.
Post a Comment