Tuesday, November 23, 2010

KORBAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-IKHLAS

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Sempena hari raya korban yang baru berlalu aku dan keluarga berada di Wakaf Zin di Maahad Tahfiz Al-Ikhlas..............anaknda Ustaz Din menyembelih 9 ekor lembu sebagai korban.

Ustaz Din tak memerlukan banyak orang untuk sembileh lembu.........memadai 2 orang saja....itulah kepakarannya............kalau di kampong 10 orang tu perkara biasa.........pegang kaki,tangan.pegang ekor,tindih badan dan sebagainya.....berbaju gelap tu ialah anaknda Ustaz Din.
Mengsiankan daging pun boleh dibuat pantas oleh mereka yang biasa berkerja.
Untuk melapah memerlukan orang2 tua yang berpengalaman.
Budak2 pun diberi peluang untuk mendapat pengalaman kerja.........yang kecil berbaju gelap tu Abdul Fatah baru darjah 3 juga diberi peluang mengcungkil idea melapah.


Salam melebar senyum............srengenge puas makan daging.....malamnya badan panas sampai ke siang.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

kat surau taman saya...penuh satu badan lembu tu...pegang..jangan beri bergerak.. orang pekan ..tak banyak pengalaman..he he

Wassalam

Aki44 said...

Salam Ayahanda,

Tiga tahun lepas tempat sy, lembu pemberian TM naik angin masa nak direbahkan, terlepas dan lari lintang pukang meninggalkan majlis. Dia cross jalan raya, lebih kurang 500 meter dia pergi langgar kereta honda (milik org cina). Kami kat masjid buat muka selamba jer lah. Gelak jugak dibuatnyer.

Nasib lembu tuh, esok baru dapat tangkap. Kena korban jugak.

Kalau di Mina, binatang korban yg meronta2 (tak redha) mereka tak sembelih.

mamawana said...

Salam....meriahnyer. bagus banget.