DENGARLAH NASIHAT ULAMAK
2011/05/13 oleh banggolderdapMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga ketua pembangkang itu.
Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah yang begitu terseksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.
“Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Harakahdaily.
3 comments:
Assalamualaikum Ayahanda,
Insya-Allah pasti akan ada sinar diakhirnya walau mungkin di dunia mereka mampu mentertawakan keluarga Datin Wan Azizah, tapi diakhirat kelak semua pemfintah ini tangisan mereka tidak siapa yg mahu mendengar.
keluarga anwar sangat sabar dan pasti kesabaran mereka medapat ganjaran. syukur mendapat isteri yang terbaik dan anak2 soleh soleha. wan azizah mendapat doa dari kami agar terus kuat, tabah dan sabar menanti ganjaranNYA.
Masa Anwar tuduh Najib buntingkan Atantuya dulu kau tak kata apa pun. Kau memang tak adil lah Nik Aziz.
Post a Comment