Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."
Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi. Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu. Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan. Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.
SUMBER: Malaysiakini
No comments:
Post a Comment