Saturday, May 29, 2010

ZIARAH SAHABAT ORANG TUA KU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ini giliran aku pula pi buat ziarah.Aku pi rumah sahabat baik orang tua ku.....Haji Ahmad bin Haji Musa.Dialah salah seorang yang masih ada dan masih kuat sihat.Dia 12 tahun lebih muda dari arwah orang tua ku.Dan aku pula 15 tahun lebih muda dari
Pak Haji Ahmad.Sekarang aku pula berkawan baik dengan beliau.Dalam sebuah hadis bermaksud: Kalau kita nak berjasa dengan orang tua kita yang dah meninggal,berbuat baiklah dengan kekawannya semasa dia masih hidup.Kami berbual panjang diluar rumahnya.Mestilah cerita2 dulu2,lama2.Di luar rumah inilah setiap hari dia bersantai.Merenung ke masa lampau.

Wajah Haji Ahmad dari dekat.Masih kuat dan energetic.Aku mengaku kalah dengannya.Isterinya Mak Tijah ialah kawan baik arwah ibu ku.....dia juga sudah meninggal.Pada tahun 2006 Pak Haji Ahmad buat kenduri besar.Dia panggil seluruh adik beradiknya di Kedah ,Perak dan Pattani. 6 ekor kerbau di buat lauknya.

Dia mengajak aku pula masok bersembang di dalam rumahnya.Panas di luar sana ,katanya.Dalam rumahnya cukup cantik.Itu kusyen baru dibelinya.Aku banyak berguru dengannya tentang hidup dan mati.Dia seorang bapak dan sekaligus seorang kawan pada ku.Tiada ada benda sulit antara kami.Boleh berhujjah dalam semua perkara.Tak malu dan tak segan.Kami berdua akan ketawa berdekah bila ada saja cerita2 lucu.


Ini gambar rumahnya , cantik.
Secantik2 sekuntum bunga,bila terhias di atas meja.Dia merenung jauh melihat aku dah nak pulang......pesannya mai kerap sikit ( maksudnya selalulah datang menjengah aku ).
Salam melebar senyum.......akulah srengenge.

Friday, May 28, 2010

BEKAS PUTERI RUMAH GEMILANG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Tak ku kenali motosikal Kriss ni.Ada beg ,tentu orang jauh ni.Hari ni dah ada 3 kumpulan yang datang.Tapi tak sempat ku nak rakamkan dalam blog aku.In yang ke-4 nya.Seronok bila rakan jauh datang,kerana aku dah tak larat dah nak pi jumpa depa.Katanya bila orang datang depa membawa rezeki...........
Assalamualaikom......rupa2nya bekas puteri RG.......ingat lagi hang pa kat Pak Long dan Mak Long.....Latifah (kiri) dan Sakimah ( kanan)........Latifah siswi di UiTM ( major Langskap..tahun akhir).Sakimah siswi di UPSI ( akan jadi cikgu kaunseling )....insyaallah moga berjaya kamu berdua.Selepas ini bolehlah membantu keluarga masing2.Tak semua yang ingat kat RG macam depa berdua ni.Ada yang langsung tak ingat..........itu semua adalah dari kebodohan kami mendidik mereka.

Lepas makan depa pun nak balik.......awat tak tidoq di srengenge ?.......nak tidoq di RG bersama adik2......nak ambil kenangan lama semasa di RG.
Syukur mereka dah besar dan cerdik......terkenang semasa mereka kecik2 dulu tinggal di Rumah Gemilang........Jangan lupa mai lagi.......RG membawa berjuta kenangan....Moga Allah memberi kami semua AJK Rumah Gemilang ganjaran di akhirat.
Salam membawa senyum.........its me srengenge


DURIAN 'ONE' SEBUTIR

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Durian ni bukan ajaib,cuma berbuah sebutir.Ku namai dia 'one' sebutir.
Dan tahun ni buah kurang menjadi.Tapi bolehlah makan....alhamdulillah.Banyak pokok 'mandul'.
Yang berbuah juga tak banyak buahnya .Ada yang tak sampai 20 butir.Lepas ni terpaksa pula berkongsi dengan babi.Tupai pula ada lagi 2 ekor berkeliaran pagi dan petang.Yang lain maut ditembak.
Tahun ni tak berbuah.Insyaallah tahun depan banyak buahmya.

Yang ni pun sama.Tahun lepas beratus biji hasilnya.

Yang berbuah tu macam ni saja.Tak setiap dahannya ada buah.



Cempedak pun sama.Kurang sangat.
Mengikut kitab lama,buah kurang menjadi apabila kerajaan tu zalim.Memang ada benarnya.Di negara bukan Islam kerajaannya,Allah tambah rezekinya,cuma sebagai istidrat.Pasai tu kita tengok depa kaya-raya.Semuanya ialah sebagai pengajaran.




Cempedak ni langsung tiada buahnya.Tapi kekawan jangan serik nak datang.Mai lah ada rezeki tu bolehlah makan.Cuti sekolah ni tentunya luruh.
salam melebar senyum.........its me srengenge




TAZKIRAH JUMAAT


Dengan nama Allah , 99 semuanya
Langkah2 untuk kenal Allah secara total :
.Banyak bertaubat
.Banyak berdoa
.Banyak bersyukur
.Banyak redho
Memohon rahmat dari Allah setiap masa.
Dan amal tidak mencukupi untuk memasuki surga Allah.
Rahmat dan redhoNya saja menentukan segalanya.
Wallahuaklam.
Salam melebar senyum..........its me srengenge

Thursday, May 27, 2010

KEKAWAN LAMA MAI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni ku beli sebiji kepala ikan pelutan, sekilo beratnya.Nak gulaikan dengan kacang lendiaq.
Ini pun gulainya yang dah masak.Tiba2 dua rombongan kawan lama ku datang.Depa tak bagi tau nak mai.Jadi tak buat persediaan apa2.Jamu lah saja apa yang ada.

Ni ialah Haji Hussain dan Hajjah Bedah.Aku jadi pictureman.



Kini Mak Wan pula jadi picturewoman


Jauh datangnya dari Yokjakarta,Indonesia.Pernah belajar di Universitas Yokja dan berkawin dengan siswi Indon.Katanya setahun sekali balik ke Yokja.Datang mengajak aku ke sana akhir tahun ni.Insyaalah.Kalau ada rezeki.Katanya seorang bawa seribu RM lebih dari memadai.Aku lupa nak perkenalkannya..........namanya Nik Saad.Isterinya Wanti tak mai.
Terima kasih kerana sudi datang ke Teratak srengenge.
Salam melebar senyum...........its me srengenge.




Wednesday, May 26, 2010

PETAI ATIKAH

Ingat tak ? Dalam n3 atikahnr tanggal 22 Mac,atikahnr telah buat snap-shot pasai bunga2 petai di srengenge.Semua dah membesar.Setiap hari aku tengok nampak hijau,hijau,hijau dan masih berwarna hijau.Kalmarin seorang budak menengoknya dan memberitau aku petai tu dah hitam.'Dah hitam tok wan'.......aku masih nampaknya hijau.....aduh,penglihatan pun banyak kaburnya.Selepas mengkaitnya,itulah tengok semua dah hitam.Memenat juga nak kait buahnya.

Ini upah kait petai.
Tu dia aku dijamu dengan benda2 ni....buah mangga,sengkuang,nenas,timun dan betik.Pasti hilang penat kait petai tadi.

Yang sedapnya ni,kuahnya........kuah rojak bikinan mak wan dari resepi kak noor......dia dapat semasa gathering kat Muadz dulu tu.......oh,sedapnya kak noor.Pandai you ajar mak wan.


Kalau dicampor dengan papaya separoh masak ni lagi sedapnya...........mesti terlioq punya.
Salam melebar senyum..........dari srengenge.



Tuesday, May 25, 2010

KU RONDA SRENGENGE

Dengan nama Allah ,99 semuanya


Cuaca baik petang ini aku ronda2 sendirian di alam srengenge.Dapat bertemu Sahak dan Nodin sedang menyiapkan pagar menanam getah.Depa lebih muda dari aku.Nak tanam getah pun guna pagar chain-link.Semua pasai babi.Lama juga sembang2,terganggu kerja depa.Banyak cerita menarik,baik aku rahsiakan semuanya.
Lepas tu bertemu pula jejaku handsome ni.En.Rosli namanya.....panggil saja Li,katanya.Li seorang pakar pejebak burung tekukur dan ketitir.Li membawa 2 ekor denaknya yang cukup mahir memikat kekawan burung tekukur dan ketitir.Ditangannya tu ialah jebak ketitir.

Hah , ni dia jebak ketitirnya.Akan disangkut atas pokok.Denak akan menyanyi2,kawannya akan datang dan hinggap diatas kayu di depantu,then dia akan tertangkap dalam jala di depan tu.


Atas tu ialah jebak tekukur yang dah di sangkut di atas pokok.Macam mana dia panjat pokok tu aku tak tau.Kemahiran sendiri2.Aku dengar rancak tekukurnya bersiul2.Aku tak pandai menilai kemerduan suaranya.Ada orang sanggup membelinya 6 ribu RM.......masyaalah,kemahiran masing2.




Boleh lihat dari dekat denak sedang berdendang di pentasnya....sila klik dan zoom.




Ini denak ketitir....di puncak pokok bersetentang dengan daun pokok pinang sebelah kiri....Aneh kan ,macam mana dia naik atas pokok tu bersama denaknya.........klik dan zoom,bole lihat dengan jelas.
Sepetang di srengenge.....
Salam melebar senyum...........its me.





JANGAN TINGGAL DAKU

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Banyak beburung membuat sarang di kawasan rumahku.Mereka bebas memilih lot masing2.Tiada siapa yang dapat mengganggu-gugat mereka.They are my special people.Anak2 kecil cukup cepat membesar dan pantas berterbangan.Dua hari dah tak hujan,dan hari ni aku pergi ziarah mereka.Rupa2nya semua dah cabut keluar dari sarang masing2.Tiada seekor anak burung pun dapat ucapkan good morning......tengok tu kosong.....ku terpaksa panjat gunakan tangga.Ada 3 ekor semuanya di sini.
Sarang ni pun sama juga....kosong.....bye-bye birdies.....sini juga 3 ekor.


Penat aku memanjat,sunyi -sepi tidak ada yang menyambut kedatangan ku. 2 ekor di sini.Cukup comel mereka semua.........cip-cip-cip,assalamualaikom......ada di rumah tak ?


Aduh letihnya memanjat,terpaksa berehat lama sikit.Penat.Juga tiada ada yang berbunyi.Aku ada membawa bekal nasi sejuk untuk mereka....cip-cip-cip.....tiada yang menjawab.Depa juga sudah cergas.Pagi2 lagi dah keluar jogging.



Ni yang paling cerdik.....memang cerdik...buat sarang di pokok bourganvilla......banyak durinya,boleh menghalang musuh.3 ekor di sini......cip-cip-cip.......juga tiada jawapan.Semua dah pergi.
Please come back........jangan tinggal daku.
salam melebar senyum..........its srengenge.














Monday, May 24, 2010

GULAI RIAS PISANG plus AYAM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni masak menu orang Sik dan Baling.Dua daerah ni memang terkenal dengan masakan gulai rias pisang.Setiap kenduri kawin mesti ada masakan ni.Kalau ikut tatacara yang betul memang sedap....hingga menjilat jari.

Gambar atas ialah rias yang sudah dibersihkan .Dibuang getah pisang dengan melilitkan di jari.Kalau getah tak dibuang rasa gulai kurang enak.Rias atau umbut batang pisang juga mesti dipilih dari pokok yang belum berbuah dan mempunyai pucuk2 muda yang masih bergulung.Batang di siang bersih hingga umbutnya saja diambil.Orang Sik panggilnya sebagai rias.Semasa menggulai lebih sedap dicamporkan tulang2nya bersama.Kalau gulai dengan daging saja juga tidak sedap.Juga mesti gunakan kerisik kelapa yang separuh tua.Nak tambahkan kesedapannya,lebihkan sikit kerisik kelapa.


Ni sudah siap dimasak.Boleh bersedia kalau nak makan.Nak berikan keenakan lagi ,sediakan sambal belacan bersama ulam petai bakar dan ikan pekasam goreng......hhhmmmm sedap.
Selamat menjamu selera.
Salam melebar senyum..............from srengenge.

Sunday, May 23, 2010

BERMESRA DGN SINAR MENTARI ( SRENGENGE )


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hampir2 sebulan hujan turun.Dan hampir sebulan aku puas bermandi hujan....alhamdulillah .Cukup nikmat kerana masih boleh bermesra dengan hujan.Rintik2nya menerjah masok melalui lubang2 kecil bulu romaku.Begitu nikmat sekali.Dan hari ini mentari cerah 'nyinar mulya'.Aku ambil peluang bermesra dengannya juga.Sinarnya juga menerjah ke setiap lubang bulu romaku.Gambar kecerahannya cukup menasyikan padangan mata,oleh itu aku abadikannya dalam gambar ini yang aku ambil dari atas bumbung 'nginapsrengenge'.







Ini pun aku snap dari atas bumbung nginapsrengenge.Pokok durian juga menunjukkan keceriaannya.


Banyak kain-baju perlu disidai segera untuk dikeringkan.Bimbang hujan akan mai lagi.


Bukit srengenge juga nampak kehijauannya.Pandangan diambil dari sudut Rumah Gemilang.



Bukit srengenge dari sudut RG.Dulu banyak hantu iblis kat situ.Sekarang dah lari masok ke rimba besar.



Pokok2 menghijau dan langit membiru.Di dalam hutan itulah terletaknya nginapsrengenge





Pokok yang tinggi itu ialah pokok sentang.Pucuk mudanya menjadi ubat cacing dan darah tinggi.Sedap bertemannya dengan sambal belacan dan ikan tawar yang dibakar.Gerenti boleh balon berpinggan2.






Nampak macam ada padang golf dihujung sana.Di semak pokok2 menerong itulah asalnya bendang padi Jeha dan Lahuma.Yang lainnya dah ditimbus.Seniman Sarimah dan Allahyarham Ahmad Mahmud pernah berlakon Ranjau Sepanjang Jalan di sini.
Sepagi aku bermain panas dan aku puas sebegini.Syukur hujan dan panas,kurniaan Illahi.
Jangan memarahi makluk Allah ini.Ada orang marah pada hujan,ada orang juga marah pada matahari............astagfirullah.
Saalam melebar senyum...........dari srengenge.







GROWING UP IN MALAYSIA


This morning I received an email from my far-away friend.
I am happy to share it with you all.
Hoping sharing the joke.
In the names of Allah , 99 in all .
The e-mail content:
An old kampung imam had a teenage son, and it was getting time the boy should give some thought to choosing a profession.
Like many young men his age, the boy didn't really know what he wanted to do, and he didn't seem too concerned about it.
One day, while the boy was away at school, his father decided to try an experiment. He went into the boy's room and placed on his study table four objects.
1. The Quran.
2. A fifty ringgit note.
3. A bottle of whiskey.
4. And a Playboy magazine.
"I'll just hide behind the door," the old imam said to himself. "When hecomes home from school today, I'll see which object he picks up."
"If it's the Quran, he's going to be an imam like me, and what a blessingthat would be!" "If he picks up the fifty ringgit note, he's going to be abusiness man, and that would be okay, too."
"But if he picks up the bottle, he's going to be a no-good drunken bum, andGod, what a shame that would be."
"And worst of all if he picks up that magazine he's going to be askirt-chasing womanizer."
The old man waited anxiously, and soon heard his son's foot-steps as heentered the house whistling and heading for his room.
The boy tossed his books on the bed, and as he turned to leave the room hespotted the objects on the table. With curiosity in his eye, he walked overto inspect them. Finally, he picked up the Quron and placed it under hisarm.
He picked up the fifty ringgit note and dropped into his pocket. He uncorked the bottle and took a big drink, while he admired the magazine.
"God have mercy," the old imam disgustedly whispered.
"He's going to be an UMNO Politician!!!

Saturday, May 22, 2010

LEPAT UBI KAYU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni buat lepat ubi kayu.Tengok tu anaknda semua,satu pelengat penoh.Mai semua kita makan.



Nak try tengok satu dulu....gerenti dah masak....Air lioq dah mula meleleh.


Masih panas2 dan aromanya cukup menarik........menerjah masok ke lubang hidong.



Dah habis empat bungkus....ni yang kelimanya.....rehat sekejap,sat lagi sambong lagi.



Alhamdulillah....basuh pinggan dan tangan.



REZEKI ALLAH




Dengan nama Allah , 99 semuanya


Rezeki ada di mana2 . Di laut , di darat , di udara . Di laut rezeki tak habis2 , sebegitu juga di darat , di udara lagi banyak dan manusia hanya baru dapat sedikit . Belum dapat di eksploitasinya secara besar2an . Dan manfaatnya bukan sedikit untuk kita semua . Selain radio , tv , henfon ada lagi berbagai manfaat yang boleh kita timba . Berbagai2 gas belum dapat dipungut oleh tangan manusia . Cahaya suria boleh mendatangkan banyak manfaat kepada kita . Planet yang berselerak di alam-maya di liputi oleh berbagai gas . Kalau dapat di salurkan ke bumi , berbagai keuntungan yang kita akan dapat . Semua itu memerlukan ilmu . Mahu ingatkan pemuda-pemudi bagaimana pentingnya ilmu . Kena kejar ilmu , kerana dengan ilmu kita boleh memakmurkan bumi kita . Berjuta-juta meteor berselerak di alam maya , mengandungi berbagai permata . Dan batu-batunya boleh kita buatkan berpuluh lebuhraya tanpa merosakkan permukaan bumi kita .



Wah , begitu banyaknya Allah sediakan pada kita rezekiNya . Dan lagi banyak Allah sediakan rezekinya di alam akhirat . Rezekinya di akhirat dikhaskan kepada orang2 yang bertakwa sahaja . Dan rezekiNya di sana tak habis2 , abadan-abada .



Alam ini akan rosak , dan habis rezeki yang ada berkecai rosak . Musnah semusnahnya .



Bertakwa lah sebelum kita kembali ke hadapan Allah .Kehebatan rezekiNya di sana tak dapat terpikir , tak boleh digambarkan dan tak sepertimana terlintas dalam hati .


Salam melebar senyum………the srengenge