IGAUAN (2)....YANG KU INGAT
Bukit srengenge di banggol derdap nampak seperti biasa.........tersergam hudoh macam hantu.Srengenge menjadi pusat penduduk banggol derdap mendapat hasil harian mereka : akar,rotan,buah2an,berangan,tampoi,pelanduk,rusa,napoh,daunan2 sayur2an .Didalamnya juga terdapat buah lemba yang dijadikan sumber ubatan .Akar kayu juga banyak terdapat di kawasan srengenge ini.Pak senik sokmo diajak oleh Tok Wan dho masuk srengenge mencabut akar kayu.Akar keras pele tumbuh berselerak,dan dapat dijual cukup laris di alor setar oleh Tok Wan Dho.Akar keras pele cukup keras,tapi mudah di cabut.Untuk mencabutnya ada doa2 yang di baca Tok Wan Dho,kalau tidak ia tak akan mujarab.Kalau tak baca doanya,makan habis seperiok pun dia tak bangkit.Bila doa itu dibaca dengan faseh dan baik,didahului dengan bismillah dan selawat kat Nabi,masa dok rebus akar tu awang kita dah mula bangkit.Selalunya bila Pak Senik dok rebus akar keras pele,Jeha dah mula mempersiapkan gelanggangnya.Membedak seluruh tubuhnya,dan memakan pinang dengan gambirnya,supaya bibirnya nampak merah berseri.Selalunya Pak Senik masuk gelanggang waktu tengah malam,bila anak2 dah tidur semuanya.Sokmonya dia akan suluh kelililng rumahnya dengan torchlight berubat 3 yang dibelinya di alor setar,pertama kali dia ke sana.Dia suluh kerana bimbang kat Sahak Haji deraman,kaki mengendap di Banggol Derdap.Semua di kampong banggol derdap kenal feel sahak.Semua anak dara dan janda di kampung banggol derdap dia boleh citer..
No comments:
Post a Comment