Monday, November 23, 2020

PENDIDIKAN INGGERIS DI SIK

 PENDIDIKAN INGGERIS DI SIK

Banyak sudah diperkatakan tentang tajuk ini.Banyak artikel telah saya dan Sam Ratulinggi tulis di Facebook , di web rasmi Alumnisri Sikkedah,Alumnisms Sikkedah, diblog kami masing2…….Banyak sudah saya dan Sam Ratulinggi bincang dalam perjumpaan (reunion bekas pelajar SES dan SMS)…..Banyak sudah upacara Back To School oleh bekas pelajar dan guru,maupun di SES dan SMS…….Banyak sudah diperkatakan dalam Majlis Makan Malam ,sambutan 50 tahun Sekolah Menengah Sik………dan banyak sudah orang tau.
Pendidikan inggeris di Sik bermula pada 1955 bila Sik English School dibuka.Dan Syed Abu Bakar di iktiraf sebagai BAPA PENDIDIKAN MODEN…….dan Syed Abu Bakar pula mempunyai pembantu setianya Pak Lah Renjong yang mendapat jolokan sebagai Pengarah Pelajaran Sik ( memandangkan jasa2nya terhadap Syed Abu Bakar).
Sebelum 1955 ada lagi watak2 yang belum kami ketengahkan.Secara tak langsung mereka2 ini juga ada peranan tersendiri mengujudkan kesedaran mengaji di sekolah inggeris.Gurubesar Sekolah Melayu Sik,cikgu Md Noor memulakan langkah awal di tahun 40an selepas Jepun surrender, menghantar anak2 muridnya ke Special Malay Class di Sultan A Hamid Kolej dan di Ibrahim School.Bilangannya tak banyak,boleh dibilang dengan jari,oleh kerana kebimbangan sebagai sekolah orang kafir.Masa itu orang kita masih cetek pemikirannya.
Kemudian pendatang2 dari Sumatera terdiri dari Tok Engah,Tok Mat Posmen,Tok Kapo ( datang dari Kampar,Sumatera),Pak Warib ( Shariff Jawa) memainkan peranan utama selepas berkahwin dengan anak tempatan.Anak2 mereka semuanya dihantar ke sekolah inggeris.Ketakutan masyarakat sebagai mengaji sekolah kafir punah apabila Tok Guru Haji Othman hantarkan 2 orang anaknya ke Special Malay Class.Kemudian di turuti oleh Tok Guru Haji Musa menghantar anaknya terus masok ke standard one di English School.
Patut dikenang juga peranan Haji Salleh CC.Sebagai Chief Clerk di Pejabat Daerah Sik , beliau membuka kelas bahasa inggeris untuk pegawai2 bawahannya dan orang2 dewasa.Kelas malam di bawah lampu goslin telah menerangi minda2 orang kita……..
Belajar inggeris dah tidak lagi dipandang serong.Masyarakat dah berlumba2 pula memohon ke remove class di sekolah menengah.English education di peringkat menengah berkembang pesat.
Apabila kurikulum kebangsaan diperjuangkan, sekolah2 inggeris dan pengajian dalam bahasa inggeris di sekolah menengah ‘terbunuh’ secara drastik.Pengetahuan inggeris merosot di kalangan pelajar sampai ketahap nasional.
Kalau marahkan nyamok,janganlah membakar kelambu
Suka
Komen

No comments: