Thursday, June 3, 2010

MESYUARAT BULANAN RG BERSAMA TUAN DO SIK


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ini AJK Rumah Gemilang mengadakan mesyuarat bulanan ( Jun ).Turut hadzir ialah Tuan Pegawai Daerah Sik dan Penolong Pegawai Daerah Sik.Kehadziran mereka memupuk semangat berkerja semua AJK.

Majlis di pengerusikan oleh Tuan Pegawai daerah.Agenda utamanya ialah pembukaan Pasar-Mini Anak2 yatim Sik....Rumah Gemilang Enterprise.Semua turut gembira kerana cita2 menjadi nyata.

Ini ialah Kakak Ju ( pengurus besar ).Pengalamannya dalam bidang perniagaan banyak membantu hasrat RG.Siswazah perniagaan yang ikhlas membantu anak2 yatim.Moga Allah redho segala pengorbanannya.Baru sebulan di sini,tapi commitment dan dedikasinya terserlah.



Tuan DO mempengerusikan mensyuarat , di sebelahnya ialah setiausaha RG.


AJK yang hadzir.......




Ini ex-officio dari Pejabat agama Sik, dari Badan Kebajikan Sik,dan Pejabat Polis Daerah Sik





Lagi AJK .....semua ni orang2 kuat.






Selepas mesyuarat Tuan DO dan Penolongnya melawat kawasan RG.Setiausaha memberi taklimat tentang pembangunan padang permainan untuk anak2.







Tuan DO dan Penolongnya asyik mendengar penerangan S/usaha RG.
Bukan senang tuan nak bela 93 orang anak yatim ni.Anak sendiri 3,4 orang pun banyak pusing2 sebelum dapat melihat mereka berjaya.
Salam melebar senyum.............from me srengenge.








PASAR MINI RG.......KEDAI ANAK2 YATIM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Insyaallah, Rumah Gemilang akan membuka pasar-mininya sendiri.Semoga keuntungan kedai ini akan memberi pulangan untuk membantu kehidupan mereka dan wang persekolahan mereka.Pohon Allah merestui nawaitu AJK semua,kerana mencari dana memelihara anak2 yatim cukup mencabar sekarang ,kerana kos barangan terlalu tinggi.


Datanglah membeli barangan keperluan di sini,sambil membantu anak2 yatim.Boleh membantu sekecil2 5 sen dari belian anda semua.
Ini kaunter membayar.........hasrat nak jumpa kak JU ( General Manager )....dia tiada.......katanya pi jumpa Tuan Pegawai Daerah.......diatas urusan pasar mini ni......Tuan Pegawai Daerah ialah Pengerusi RG.Datuk Dr.Razak Naib-Pengerusi juga tiada......mungkin bersama dengan grup bantuan kemanusiaan ke Pelastin.Doa semuanya selamat.

Barang2 pun baru saja di susun oleh pembantu dari 'Mydin,Alor setar'..........thank you Mr.Mydin diatas segala tunjuk-ajar.


Kakak ini pun tolong membantu....terima kasih




Pandai depa susun barangan semuanya




Kain tuala di sini pun cantik2





Ni bahagian detergent.........basuh membasuh.
Pohon bimbingan dari Allah secara berterusan.
Salam melebar senyum.............................................from me srengenge




BANGUN SUBUH LAPAR NASIK

Dengan nama Allah , 99 semuanya



Semalam anaknda Bob dan Cik Dah sampai 2 pagi.Aku belum lagi lena,tapi dok asyik memerhati keindahan malam.Merenung ke langit tanpa bintang dan cahaya bulan pun kurang menarik,maklumlah 20 haribulan J.Akhir.Tiba2 aku dapat snapkan gambar UFO ni.Aku dah cukup biasa dengan benda2 ajaib di langit ni.Dan aku tak berasa hairan,kerana Allah Maha Pencipta.Dulu semasa muda dulu sebuah cahaya sebesar 2 kaki diameternya menjunam turun kearah srengenge.Kemudian terus membelok ke utara dan hilang sekecip mata.
Selepas subuh perut memberontak kerana lapar.Chef mak wan terpaksa masak awai hari ni.


N dia gulai ikan tenggiri.....ehem wangi sejak mula menumis.



Ni ialah petai Atikah yang telah dijerok.......wangian kepetaian terserlah.





Ikan kembong masak cili.




Ni keropok Bob bawa balik dari Kelantan






Kelmarin terima bungkusan besar..........nak sambut piala dunia.







Ni dia bendanya......dapat sedozen.......tapi kali ni tak ghairah lagi,kerana piala dunia akan diperjudikan secara terang2an.Kerajaan lulus judinya........biarlah aku tak bersubahat....takut diri dan juga negara dilaknat oleh Allah.








Wednesday, June 2, 2010

MASOK 'HOSPITAL'

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Iskura sakit.Bawa ke bengkel dekat umah.Teknician tanya dia umurnya.40 tahun.Life begins at forty.
Depa tak jumpa enjin bahagian depan.Ini bukan kereta,ini volkswagen.Depa cari di dalam pula.Juga tak ada enjin.

Pi pula hendap bahagian bawah perutnya.Ini sudah pelik.


Bukan senang nak periksa dia.Insyaallah depa boleh baikinya.Selalunya aku bawa dia ke Alor Setar.Ada pakarnya.Tapi aku dah tak larat.Lama2 aku pula jadi semput.Kalau ada sesapa nak memilikinya , 30,000 RM pakai jadi.
salam melebar senyum.................the iskura of srengenge



Tuesday, June 1, 2010

SEPETANG BERSAMA ORANG KUAT RUMAH GEMILANG


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Payah kami nak berjumpa in group.Masing2 dengan tugas tersendiri.Petang awal Jun ni alhamdulillah orang2 kuat RG boleh berjumpa walaupun tak semunya.Cuma 6 orang yang ada.Kak Ju memang sibok dengan kedai mini-market RG.Yang lain juga sibok dengan tugas masing2.




Ni Setiausaha RG.Tenaga penggerak dan juga nadi hidup RG.Baru saja balik mengambil anak2nya di kelas petang.Walaupun durian kurang menjadi,tapi buat kenduri la dulu.Makanlah Cikgu Mat Desa.Insyaallah tahun depan Allah tambahkan rezeki.Rezeki kita dan rezeki RG.

Tiga orang jenis hawa ni adalah nyawa RG.Tanpa mereka takkan gemilangnya RG.Kak Long,Kak Ngah dan Kak Haziah moga Allah memberi kasih-sayang Nya pada kamu bertiga.Ganjaran di akhirat melebihi dari segalanya.Senyum dari kamu bertiga ialah benih2 takwa yang akan mengiringi ke alam baqa.


Makan ,jangan malu..........kamu semua biasa sangat dengan srengenge ni.



Ni.....mak su Ta........malu nak ambil gambar.Belum pernah jadi pelakon.Pelakon tambahan pun belum.Tugas mak su ialah mensediakan makanan untuk ahli RG.Selagi mereka tak kenyang masaklah apa yang ada.




Kak Nab ni kurang sikit malunya........bertugas bersama Mak su Ta.Selain memasak minat sangat memancing............sanggup bersama Bang Ibrahim ke Kuala Sungai Muda untuk memancing......Boleh banyak hulur2 sama udang galah tu.....




Ni Kak Haziah.......dengan grand finale nya ( kerja basuh-membasuh berikan pada ku ).......dia bertugas sebagai PRO......sekaligus menjadi bank RG.....nak tau duit RG tu ada atau tiada tanyalah Kak Haziah...........juga minat membaca blog PDKM.
Salam melebar senyum.............dari srengenge.






Monday, May 31, 2010

KU BURUI BIAWAK KABOK NI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


BIAWAK YANG KU BURUI


Dah seminggu aku buat serang hendap nak tangkap biawak ni.Aku geram kerana dia naik atas bumbung rumah ku.Aku cuba praktikkan kembali pengalaman semasa kecik dulu.Tapi kecekapan ku dah menurun kerana usia.Mata kelabu,pergerakan lambat dan larian ku terhinggut2 macam kera lari di batas bendang.Ada kalanya rebah terkengkeng.Pukulan tak tepat lagi.Mengherot.



Nah hari ni dia bertemu dengan hero tua ni.Dapat ku tangkap dan terus membunuhnya.Dunia begini luas nak naik atas bumbung.Manusia pun kalau bodoh perangai macam biawak.Berasuah,menipu,merampas hak orang,dan serba mak-nenek lagi.
Kalau macam biawak tak perlu mandi dan sembahyang.Korek lubang dan timbuskan dengan tanah.

Ni aku nak buatkan batu nesan untuk kuburnya.



Ni dia kuburnya......aduh biawak pun ada batu nesannya.Tak payah baca talkin.Mazhab Wahabbi pun kata tak payah baca talkin....bida'ah.
Salam melebarkan senyum.................it is my day at srengenge






PENTINGNYA KESIHATAN



MADU LEBAH...............satu coretan yang penuh nostalgik


Aku kawin lambat . Kawan2 yang lebih muda kawin dulu dari aku.Zeming lebih muda dariku dah lama kawin dengan Piah . Jid yang sebaya ku dah pun mempunyai 2 orang anak . Tok Kaseng juga lebih muda dari ku , dah kawin dengan gadis Jawa dari Bukit Gambir , Muar Johor. Kob juga dah kawin dengan kekasihnya semasa dari sekolah lagi pun dah kawin.


Aku bertekad nak kawin lewat sikit , lagi pun aku tak ada kekasih . Tak pernah ku bercinta dalam hidup ku . Lagi pun aku ni tak pandai nak cinta-cinta . Rasa macam geli geleman . Lagi pun aku sedar yang aku ni tak berapa handsome , tak kan lah ada gadis2 nak kan aku . Aku jadi malu kat perempuan. Aku kekadang jadi hairan pula pasal apa ada ibu-ibu di daerah ini sangat baik dengan aku . Selalu mereka menegor aku . Aku tak perasan. Mungkin mereka nak perlagakan aku dengan anak gadis mereka....maklumlah aku dah kerja . Bertaraf pegawai kerajaan pula tu.


Aku masih tak perasan.Di tempat kerja ku juga ada pegawai2 perempuan , tapi kami masing2 tak ambil tahu . Mungkin ada perkara pelik pada diri ku . Aku ingat mungkin kerana setiap hari aku tak pernah makan di kantin .Setiap hari aku bawa bekal . Memang masa itu membawa bekal pergi kerja merupakan satu perkara luar biasa . Setiap hari aku membawa bekal sekutul ubi rebus dan satu flask air masak.Setiap hari memang begitulah. Ubi tu ialah ubi menggala (potatoes). Ubi ni cukup berkhasiat dan mengenyangkan. Di rebus bersama kulitnya . Apabila masak cuma kupas . Kulitnya mudah keluar . Mungkin perangai ku itu di tuduh mereka berbagai2......gila ,sewel, kedekut, entah lah mungkin berbagai2nya. Semua itu tak pernah sampai ke telinga ku . Jadi tidak ada sangkaan buruk dari ku.


Lagi satu mungkin perangai ku berjalan kaki setiap hari .Selepas subuh aku masukkan pakaian kerja ku dan terus berjalan ketempat kerja yang jauhnya lebih kurang 10 batu. Aku akan terus berjalan sehinggalah tiba bas dalam perjalanan ku. Dreber bas dah mengenali aku , dia akan berhenti dan aku menyambung ketempat kerja menaiki bas. Aku biasanya sampai awal dari pegawai yang lain. Begitulah setiap hari berkerja , aku akan berjalan kaki dahulu , kecuali kalau hujan turun aku tunggu bas di perhentian bas.


Diri ku cukup sihat ketika itu . Berjalan kaki di pagi hari memang di rekomen oleh doktor . Makan potato rebus juga menambahkan banyak vitamin dalam badan. Ada satu lapisan antara kulit ubi dengan isi ubi mengandungi 90% bahan galian dalam seulas ubi.Aku juga membantu diriku dengan secamca madu lebah sebelum turun berjalan.....semua itu membantu kesihatan ku....madu lebah zaman dulu semuanya tulen , orang jarang menipu , harga nya pun tak tinggi . Penuh botol sekati antara 7 atau 8 ringgit saja.Tak mau kah menjaga kesihatan diri ? Awat tak ikut aku....kah,kah,kah. Dah lama aku tak gelak begini.......ASTAQFIRULLAHI AZIM.


salam melebar senyum.........oh,akulah srengenge

Sunday, May 30, 2010

BECAH BADONG

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Becah Badong memberi aku 1001 nostalgia.Aku dan arwah bapa dan ibu menghabiskan sebahagian besar hidup kami di sini.Tempat arwah bapa dan ibu mencari rezeki.Asalnya rimba bahanap ( tebal ) di proses oleh arwah2 dengan tulang 4-kerat mereka.Menebang dan menebas menggunakan kapak untuk menumbangkan pokok2 balak yang di masa itu tak jadi duit.Habis kami bakar jadi abu.Ceritnya panjang..........Akhirnya kami membuat huma dan menanam berbagai tanaman kontan.Getah mula ditanam dari benih2 yang liar.Tidak ada pilihan macam sekarang.Makanan kami jenoh masa itu.Berbudi pada tanah.Tiada ada musuh,tanaman semua selamat.Semuanya di peliharai Allah.....alhamdulillah.La ni berbagai musuh alam ada,pasai manusia jadi lebih hapraknya.....Kerajaan british tak kacau kami,akhirnya diberikan grant tanah milik sendiri.Aku pun diberi biasiswa belajar di sekolah inggeris. Bila merdeka semua gembira,tapi lihat apa yang kita buat.Rosak binasa,kita membazir,tanah kita gadai,telaga minyak kita dimudah2kan ,duit minyak untuk rakyat kita abaikan,kini nak pula hapuskan subsidi.Jutawan di pelihara,rakyat miskin terajang saja dalam longkang.Judi diberi lesen.Musim piala dunia ni,bergembiralah rakyat berjudi......nauzubillah.


Gambar atas ialah hasil getah yang aku tanam.Dah banyak kali ditanam semula.Yang ni pun dah berumur hampir 30 tahun.Satu sumber membantu kemakmuran negara.Semua meragut untungnya.Sumbangan rakyat depa tak nampak.Banyak baiknya diberi subsidi.Sila baca blog A.Kadir Jasin.
Bila melihat kebun ni yang ku nampak ialah wajah2 arwah orang tua ku.Hasil titik peluh merekalah yang ku miliki.Kemerdekaan negara kita tidak memilikinya sebegini.Habis jadi macam setan.

Melihat wajah pokok ni menenangkan otak.Cantik.Tapi bila melihat kekayaan negara di belasah oleh haprak ,digoda oleh politikus korup,otak mana yang boleh tahan.....persetankanlah mereka.


Dari secawan susu getah inilah negara mula di makmorkan.Sikit2 lama2 jadi bukit.Bila dah jadi bukit,kita robohkannya dan kita rogoli sepuas rasa.....bedebah.
Di Becah Badong pernah ku laungi lirik ini :
Hey,pahlawan cangkol,
Memugar hutan,rimba dan paya,
Menambah kemakmuran,
Tanah Malaya.
Sedih dan pilu mengiringi jasa2 mereka...........
salam melebar senyum..............sepagi srengenge di Becah Badong.




PAK ANDAK DAN MAK ANDAK

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Malam ahad Pak Ndak dan keluarganya datang.Pak Ndak gemar membaca.Kat almari bukulah tempatnya melepak.
Mak Ndak ni pemalu orangnya.Buat2 tengok kat luar tu.Kat luar tu gelap Mak Ndak.

Siti Aishah duduk di tengah bersama puteri RGemilang Habsah dan Latipah.Pandai bergaul walaupun belum pernah bertemu.


Siti Aishah ni cergas.Tengok tu berdiri atas kerusi.Jaga2 jangan terjatuh.



Mak Ndak dok tengok PakNdak .Apakah yang disnapnya.
Nak jamu apa malam ni.Depa mai pun secara mengejut.
Apa2 saja pun boleh.Depa makan tak memilih.Dah biasa sangat dengan depa.Mudah bicara,senang bermesra.


Ha ni dia ikan tamban kering yang telah digoreng.Terlioq juga bukan ?





Oh , ada gulai ayam..............menyelera juga.






Aduh, sambal belacan cili padi.Orang srengenge panggil cabai melaka..........pedas yang amat.







Ulam terong dan timun.Makanlah Pak Ndak dan Mak Ndak.Kalau nak makan sedap2,beri tau awai2.Terima kasih kerana mengunjungi kami.Jangan serik,mai lagi dilain2 masa.
Doakan sekeluarga bahagia dan selesa hidup di dunia dan berjaya di akhirat.
salam melebar senyum............aku dari srengenge