Tuesday, June 8, 2010

DINNER MALAM NI SPECIAL


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Musim cuti ni Habesah dan Besah gadis RG tak balik kampong.Depa nak tinggal bersama dengan srengenge.Lega kami,mereka boleh membantu Mak Wan kerja basuh2 dan sapu sana sini.Aku pun boleh makan sedap sikit.Ada masakan2 istemewa sikit.Dah lama Mak Wan bertugas untuk makan minum aku.My only "one".


Ni dia Habesah dan Besah..........rajin dan pandai membawa diri.

Apa ni ?.............ni bahan2 percikan nak bakar ikan......yang putih tu kepala santan.
Itu batang pokok kantan dan serai.......


Tu tengok ...............bau harum menerjah masok ke lubang hidong.Dalam periok tu ialah kuah untuk dipercik kat ikan tu.



Ini apa pula ?.................Ni mesti rakan2 PDKM terlioq...........asam pedas batang keladi......ada bunga kantan....ada belacan Tanjong Dawai.........asam gelugor.......nak bagi sedap lagi bubuh sikit isi ikan talang kering.......kalau rantah dia saja pun boleh habis seperiok.




Ni ayiak asam untuk cicahan ikan bakar........ada bau bunga kantan.......ada bau daun kesum......ada bau asam kerat lintang ( macam asam limau biasa,tapi bau nya lebih menyelerakan.)................





Mai kita belasah ikan bakar ni..........ada lagi......ada pari bakar........ada keli bakar.
Sedap kan ?
Terima kasih Habesah dan Besah menolong Mak Wan.
Salam melebar senyum.........menyelera makan di srengenge.





NAZMA DAN SAKINAH DATANG

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Pagi ni anaknda Nazma dan Sakinah ( bekas puteri RG ) datang ziarahi aku dan Mak Wan di srengenge.
Terima kasih Nazma dan Sakinah kerana masih ingat pada Pak Long dan Mak long.Nazma ialah siswazah akaun di Mara Polytech ( tahun kedua ) dan sakinah sedang menunggu panggilan ke -U selepas tammat STPM.

Pagi ni cuma jamu depa nasi goreng dan keropok.
Sedap tu jangan tak makan.
Tengahari ni kita makan gulai jenahak.....insyaallah.
Salam melebar senyum..........aku ni srengenge.


Monday, June 7, 2010

KEROSAKAN DI BUMI

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Petang tadi aku tinjau2 kesan hujan lebat turun mencurah2 sehari semalam.Dalam perjalanan aku bertemu dengan seorang anak sekolah yang baru pulang dari kelas Al-quran.Aku pun dah lupa namanya bila menulis n3 ni.Pandai berkawan dengan orang tua.Suka bercakap,dan apabila bertanya dia menerangkan sesuatu secara terperinci.Baru 2 bulan belajar di Sik.Sebelum ini belajar di Kajang.....bijak budak ni.Semoga bila dewasa boleh menyelamatkan bumi ini yang penuh bercelaru.

Lepas tu ku tinjau2 alam............gambar yang cukup pilu apabila terhakis oleh hujan lebat.Ia bukan masaalah hujan,tapi berpunca dari tangan manusia.Kerosakan d bumi hasil tangan manusia.

Ini bukan tasik di daerah belum.Tapi di srengenge.Di sini akan membiak berbagai penyakit.Bukan tasik asli tapi hasil dari tangan2 manusia.
salam melebar senyum...............alam srengenge.



STOMACH PROBLEM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Kita manusia termasok aku sendiri terlalu buat mudah tentang apa yang kita makan.Kita juga kurang berwaspada dengan pemakanan kita.Cara memasak dan cara makan kita abaikan.Hantam dan balon apa yang terhadap.Kemudian masalah yang dihadapi.


Dua tiga hari ni kenduri dan kenduri.Lima,enam kenduri tu biasa saja.Aku ni dapat masalah.Perut memulas,sakit dan dah berulang2 pergi menunaikan hajat.


Nii.........pujuk ni hebat dari doktor pakar.Mungkin anda kenal pucuk ni...........pucuk jambu batu.Bila ada masaalah kunyah dan telan pucuk mudanya 3 helai,dan telan air dan lumatan dedaunnya bersama.......insyaallah lepas setengah jam boleh lega.Ini yang aku buat dan alhamdulillah dah semboh.

Selamat mencuba.........salam melebar senyum............no more stomach ache..srengenge.

Sunday, June 6, 2010

IKHWAN PULANG JAM 10 MALAM

Dengan nama Allah , 99 semuanya





Ikhwan dan Cik Dah pulang malam ni.Doakan selamat dalam perjalanan pulang.

Esok depa kerja.


Cik Dah bersama Habsah dan Besah



Habsah dan Besah tau mau ikut. Cuti sekolah depa tinggal di srengenge.



Salam melebar senyum............aku srengenge.




DEPA INGAT KAT SRENGENGE

Dengan nama Allah , 99 semuanya


DEPA INGAT KAT SRENGENGE
Abang Amran dan Kak Yah mai ,alhamdulillah.

Ni saja yang boleh hidangkan untuk depa........rojak tu sedap tau.


Mak Wan melayani depa......makan jangan malu.



Lepas tu try pulut kacau pula.



Ni depa nak balik dah........ada urusan tentang Kak Yah di Insaniah Alor Setaq.Kak Yah sedang belajar di tahun terakhir di Insaniah.





Hati tua ni memang rasa hiba..............nanti depa mai lain kali.
Salam melebar senyum....................old,old,old srengenge






KINI KENDURI DI SRENGENGE PULA


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Banyak orang kawin musim cuti sekolah ni.
Di srengenge pun ada majlis kenduri kawin.

Ni dia tuan rumah kenduri.....Pak Cang ( Hassan)....Pernah jadi anak murid ku semasa di Sik English school.......Cukup takut kat cikgu bangsa India.......hampir tak mau bersekolah kerana takut pada cikgu Gurusamy.Pasainya di Sik waktu itu tak dak orang India.
Dia sedang beralas perut...........

Perut kenyang baru boleh buat kerja.........hai,seronok dia nak boleh menantu.Tahniah.


Kerja masak-memasak dibuat secara gotong-royong.Ni tukang masak nasi.....masak dalam talam tau......12 talam boleh di masak dalam 30 minit.........masak secara kukus.



Tengok tu dah bersedia di kukus.





Di kukus menggunakan peralatan APOLLO.




Ni pula bahagian membuat gulai






Orghang perempuan pun ada bahagian memasak lauk.......girang tengok Kak Nab dan Kak Yah sedang memasak ayam goreng.







Bergotong-royong membuat persediaan memasak.








Ehh......dapat berjumpa member sekapai.Datang dari Burmah Road,Pulau Pinang.Mesti ada banyak cerita dari seberang.Nasib baik dah tak ada sireh dan pinang.....kalu nanti mercik ayiak lioq.........beliau ialah En.Haniffa Ahmed.










Ni pun kawan lama juga.............cikgu Man dan Ustaz Dahalan.Ustaz Dahalan ialah orang tua yang paling handsome d Sik.

Salam melebar senyum...........its srengenge.






Saturday, June 5, 2010

KE RUMAH KENDURI DUA YB

Hari ni anaknda Ikhwan bawa aku p kenduri ke rumah dua YB.Bila orang tanya ni sapa dia ? Aku jawab dia bodyguard aku.Orang tak sangka Ikhwan tu anaknda ku,sebab saiznya besar.
Ini di rumah YB pertama.yang bersara Cikgu Azmi Kassim.Tu pengantin pun baru sampai dari Kajang.Jauhnya jodoh depa.Zaman dulu jodoh ada di depan tangga.


Ini dia 'talam2 berisi'.Ini cuma adat saja,tapi paling membebankan bagi aku.Kekadangnya yang adat tu lebih membebankan dari yang syariat.

Ini anak2 Rumah Gemilang menyambut kedatangan Pengantin dengan bersalawat.





Tiga jejaki ni ialah anaknda2 cikgu Azmi.Sama hebat dengan bodyguard aku.




Di bawah ini ialah di rumah YB cikgu Uda ( Parlimen Sik).
Gambar pengantin perempuan tu (terlindung sikit).




Ini pula gambar pengantin yang keduanya.






Ini yang aku paling suka.Gulai rias pisang.








Aku balon sakan.Di sebelah ku ialah cikgu A.Majid.















JUMPA KAWAN LAMA NI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni berkesempatan berjumpa kekawan lama
The most happy go lucky guy....hingga kini . Ahmad Bakar .
Senyum selalu dan berterusan happy.........teachers pet ,sekaligus juga bekas anak murid di English School Sik.......cheer-up Ahmad.Last jumpa dia semasa gathering di Sekolah Menengah Sik.Dia juga silent reader di blog aku,tapi tak pernah buat komen.Dia masih malu2 kat cikgu.

Ni hampir 10 tahun tak jumpa.cikgu A.Majid Noh dan cikgu Halimah.Semasa muda dulu aku sokmo pi ke Simpang Empat,Perlis.Menunggang Norton 500cc dengan cikgu A.Majid....hanya ceritanya cikgu A.Majid yang tau.Alhamdulillah,depa sihat.

Depa berdua lagi lama tak jumpa.Genap 40 tahun tak jumpa.Cikgu Samsuddin dan cikgu Che Nah.Ni kebetulan jumpa di rumah kenduri.Depa lebih muda dari aku.Mereka sekarang menetap di Perlis.

Salam melebar senyum...........its me srengenge

Friday, June 4, 2010

TAZKIRAH JUMAAT....PETIKAN KITAB LAMA


TAZKIRAH JUMAAT


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Sebuah petikan dari kitab lama karangan Haji Abdul Kadir Haji Wangah.

" Mari anak2 perati pula satu perkataan Nabi saw : Kasih akan dunia itu ialah kepala bagi tiap2 kesalahan.Maka apabila kita perati ( melihat) akan hadist ini,maka dapatlah kita satu jagaan yang amat besar dari Nabi kita sendiri,yaitu dapat kita tahu bahawa kejahatan2 itu humbinya dan kepalanya ialah kasih akan dunia".........Himpunan Risalah muka surat 1 dan 2.

Salam melebar senyum...............bermunajat di kaki bukit srengenge.