Wednesday, June 16, 2010

JEJAK KASIH D KEPALA BATAS

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Kesempatan berada d Kepala Batas,aku dan Mak Wan rancang membuat jejak kasih ke rumah bekas guru kami semasa d Ibrahim School,Sungai Petani.Mereka berdua ni ialah the most ideal couple di masa tu hingga kini.Dah 50 tahun kami tak menemui depa,cuma ikut berita2 yang kami dapat dari kawan2 saja.Mereka berdua ialah lulusan dari Brindsford Lodge,England.Lepas tu sambung lagi kat UM.Pernah bertugas d Kementerian Pelajaran sebagai pengarah.
Rumah depa yang mana satu ni kami nak pi ?..........rumah cikgu Ahmad Shakir bin Haji Othman.
Tu berdiri nombor 2 di belakang.....kan handsome dia ? Terakhir menjawat pengarah buku2 teks di kementerian
Baik ku perkenal depa guru2 ku : Wan Othman,Ahmad Shakir,Lim Tiek Jin,Chin siew Fong dan Olievero.
Yang duduk tu ibu angkat ku TS Nayar ( guru bahasa inggeris), KK.Koshy ( guru matematik....my favourite teacher and my favourite subject) dan Mrs.Lim Chin Ghee.Semua dah mendiang.

Ni ... yang mana pula isterinya............Baadiyah binti Haji A.Manan.......very sweet young lady....eh..eh tak kenal ni.
Tu ....yang berdiri ditengah tu.....diapit sebelah kiri oleh A.Aziz Hasbullah,Puan Noorain.Sebelah kanan oleh Mrs.Siniah dan Fong khay Kwan.
Di depan tu Pak Noor Ibrahim,SA.Bakar dan Mrs Kok Swee Hong.
Terakhir Kak Baadiyah bertugas sebagai Pengarah Pelajaran di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Sesampai saja Mak Wan nak bergambar di depan rumah cikgu Ahmad dan Kak Baadiyah (itu yang kami panggilnya).....tersergam indah rumah mereka.Bersih,nyaman berwarma ice-blue......rumah antik yang dijaga cukup rapi.Dua orang gadis tu dari RG yang kami bawa.
Memeberi salam.........depa tidak ada d rumah.....pi KL kata salah seorang jemaah yang keluar dari masjid.....hampa juga kami.....kami redho dengan ketetapan Allah.



Tengok ni rumah depa.Cantik dan bersih.Sejok mata memandang.Tentu di dalamnya lebih indah lagi...............sejak tua ni macam mana pula wajah mereka..........berlegar2 imej2 mereka di kepalaku.




Ni pula bahagian belakang.....dapor......ada pintu gate sempit untuk keluar-masuk.Kalau depa ada sudah tentu nak minum2 di sini.
Kami doakan semoga cikgu berdua berada dalam penoh kecintaan Allah.
Insyaallah,dapat kami bersua mereka nanti.
Salam melebar senyum.............srengenge came , srengenge saw , srengenge went.





Tuesday, June 15, 2010

SEPAT RONGGENG DAN PARI BAKAR

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Dah lebih dari seminggu,kenduri,kenduri,kenduri............dalam sehari kekadangnya sampai 5 jemputan..........5 jemputan bukan lagi luar-biasa............dah cemuih dengan daging..........jadi hari ni aku nak tukar selera.
Tu dia sepat ronggeng aku beli.......mahai mak-nenek sekarang ni....satu ronggeng menjejah RM 3,dua ronggeng aku dapat RM 5......belum digoreng pun dah terlioq.Makan dengan nasi panas2 bersambal belacan dan ulam petai bakar cukup kamceng.
Ni sepat kering,memang enak dengan pulut dan nyiok kukur.Seli-seli dengan kopi O.



Yang ni spare untuk makan malam........dibakar...dicicah dengan ayiak asam.Tak sabar lagi nak tunggu.
Salam melebar senyum.................seketika bersama srengenge.


KAWAN LAMA MASIH HEBAT

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Semasa di Kepala Batas,sempat juga aku bersua dengan sahabat lama.Masih hebat,masih gagah,masih dapat memberi potensi pada agama.Saudara Haji Ahmad Haji Othman,bekas pensyarah di USM.Dah bersara dan sekarang berdakwah seluruh dunia.Dah 3 penjuru dunia dia jelajahi membawa mesej Al-quran dan Hadis Nabi saw.Katanya,"Sambil2 buat ijazah R.A,macam yang Haji Supardi buat".Ijazah R.A memudahkan hidup di akhirat.BA,MA dan Ph D tak jamin di sana.
Gambar diatas tu dia sedang bercerita peristiwa2 di negara2 yang pernah ia pergi.Itu semasa hadzir kenduri di dataran Masjid Jamiul Badawi.Saudara mara dan kekawan tumpang mendengar pengalamannya.Lama dia bercerita,hingga hampir waktu Asar.Kami berdua bergegas ke masjid.Lepas tu sambung lagi di luar masjid.

Ikut Saudara Haji Ahmad ,kerja di jalan Allah cukup manis dan masaalah dunia tak hinggapi diri kita.Masaalah kita Allah bereskan..............Moga Allah kurniakan kehebatannya di dunia,lebih2 lagi di akhirat..........seorang yang berpengajian tinggi,tapi cukup tawadduk...............kereta mercedesnya dia berikan kepada Haji Noordin,kawan ku dari Sik...............dia tunggang Kriss anakndanya.............sekarang dia sedang berusaha membuat ubat kencing manis dari ilham Allah menggunakan pokok tapak bumi...........insyaallah dia akan berjaya.
salam melebar senyum...................srengenge sepetang bersamanya.


Monday, June 14, 2010

MESJID AL-JAMIUL BADAWI....PART 2

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Inilah tempat yang banyak membenihkan cerdik pandai agama di utara tanahair.Dari bapa dan nenek Pak Lah,tempat ini tersohor....alfatihah kepada arwah2 yang telah banyak berjasa kepada agama.

Bangunan menara yang cantik.........memberi lambang keagungan Islam.


Bangunan masjid yang indah,tapi tak lah secanggih masjid kristal.Pak Lah tak ambil peluang membuat bangunan baru semasa berkuasa dulu.Yang lama itulah yang dah berjasa.Pandai dia menghargai jasa nenek-moyang dia.




Pilu aku melihat dan memikirkan.........orang2 dulu lebih hebat dari kita semua.



Ini suasana dalam mesjid..........sejuk menambatkan keberkatan.






Balai lintangnya luas dan selesa.....dijaga rapi oleh tok siak.






Air kolahnya jernih dan pintar dijagai.............kolam renang walaupun jernih tapi dipenuhi ayiak kencing.






Ada Bank Islam di depan mesjid............memberi kemudahan kepada ahli jemaah.








Tanah perkuburan yang bersih....tak dak pun sehelai rumput.Di sinilah bonda Pak Lah di semadikan..............Pak Lah mai kita angkat darjat Islam.Lupakan peristiwa pahit yang dulu2.Hanya para Nabi2 yang maksum.Kita cari semula al-Shafie.Kita cari semula al-Ghazali.Allahuakbar.
salam melebar senyum..............srengenge memancar cahayanya ke seluruh bumi.









Sunday, June 13, 2010

DI DATARAN MESJID AL-JAMIUL BADAWI....PART 1

Dengan nama Allah , 99 semuanya


13 Jun,separoh harinya di dataran MasjidAl-Jamiul Badawi ( Masjid Arwah ayah Pak Lah),kerana kenduri kawin anaknda sepupu Mak Wan ( depa semua panggil Kak Chaq).
Ini ialah Haji Supardi Muradi bapa pengantin lelaki,Mohd.Iqbal.Pernah dulu menjadi pensyarah di USM,kemudian bekerja sendiri.Sekarang ia sedang mengejar ijazah R.A ( Redho Allah ),kerana BA , MA semua dah dapat.
Majlis kenduri diadakan di dataran masjid.......tanah pusaka Pak Lah.....diwakaf untuk jemaah masjid.Mudah masyarakat sekeliling membuat kenduri di sini.

Ini ialah pengantin raja sehari.........Rumah dibelakang ialah asal rumah Arwah ayahanda Pak Lah......dijadikan dewan orang ramai....cukup mudah membuat kenduri di sini...........cuma beri bayaran ayiak dan api ala kadarnya.


Ini anak saudara Kak Chaq.....Amar....rajin bekerja di gedohok....sejak sekolah rendah lagi.Kini di Tingkatan 5.Aku pun suka makan di gedohok.Rumah di belakang ialah juga sebahagian dari rumah ayahanda Pak Lah.



Datarannya luas........tu Pak Basir dan anakda sepupu sedang berehat.Panas cukup terik.




Tu khemah jamuan......cukup panas,pakat lari dok tempat tedoh.Pakat lari masok dewan,kerana ada air-con.




Ini adik Khairil dan isterinya.....juga anaknda sepupu.






Dua di tengah tu sepupu Kak Chaq..........wajah mereka seiras Kak Chaq.Dua dikiri kanan ialah anaknda Ahmad Ismail dan Latipah ( betoi ke tak namanya.....aku mudah lupa )







Gelap ni , jejariku tertutup flashnya.......macam mereka pi ke Afrika Selatan tengok World Cup.Kak Chaq dan sepupunya,semuanya gelap.







Ha........nampaklah cerah sikit...........muka depa sama saja.








Ni pun sama juga....di tengah ialah Ilah peranakan Amerika Syarikat,semasa Supardi menuntut di Minnessota University.Di sebelah ialah bondanya Puan Normah.Di belakang ialah Afifah,lepasan UIA.Afifah muka macam bapanya.










Tu...Pak Lah dalam kereta....terlambat aku nak snap wajahnya......keretanya pun jadilah.











Ni...orang2 muda.....mereka juga datang untuk kenduri.jauh dari Shah Alam......para bloggers yang aku kenal hari ni...........tengok semua pegang kamera.Depa kenal aku kerana aku juga pegang kamera,snap sana-sini.Mereka akan menjadi pengunjung blog aku nanti.......pasti visit srengenge........semua bermula di Masjid Jamiul Badawi......" hai oldtimer ni masih berupaya.", kata mereka....ikut cara Islam,insyaallah di berkati Allah.
Salam melebar senyum..............aku dari srengenge.











Saturday, June 12, 2010

KAK AS DATANG KE SRENGENGE

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Petang tadi Kak As dan keluarga datang sekejap ke srengenge.
Ni gambar Kak As ( Asiah bt.Omar),suaminya dan anaknda yang comel datang cuma sekejap saja.Tak dan pun minum air.Kak As ialah bekas murid,kat Sekolah Menengah Sik.Rajin belajar dan cergas,berkelulusan M.A.Sekarang menjadi guru.Following the teachers footsteps.Bapanya sahabat ku,begitu juga bapa mertuanya.Aku pun terlupa nak tanya nama anaknya.
Thank you for the visit.....make sure to come again.
Salam melebar senyum...............aku srengenge

Friday, June 11, 2010

SATU PERTANDA BAIK

DENGAN NAMA ALLAH ,99 SEMUANYA

Pagi tadi satu pertanda baik.....sebelumnya aku tak memahami. Seekor rama-rama besar lebih dari sejengkal datang hinggap di srengenge.Tak dapat aku snap gambarnya kerana kamera ada sedikit masaalah.Berwarna-warni cukup cantik.
Rupa2nya Zawawi Al-hafiz datang ...........dia dah khatam 30 juzuz,dan sekarang sedang menghafal hadis untuk memenuhi syarat belajar ke Yemen.Cukup malu pemuda ini,susah nak snap gambarnya.Insyaallah dia akan berjaya menjadi seorang alim.


Ini anaknda sepupu ku , Amirul , juga mengambil pengajian tahfiz.Berumur dah 13 tahun dan baru dapat menghafal 13 juzuz,selepas tammat darjah 6.Semoga Amirul mendapat kejayaan seperti Zawawi.Mereka berdua ialah ahli jamaah di surau Ar-Rahmaniah di Sik.
Terima kasih kerana sudi datang ke srengenge......kedatangan mereka membawa banyak berkat.
Salam melebar senyum.........Zawawi dan Amirul,ingatkan ku sentiasanya.


Wednesday, June 9, 2010

PAK NGAH YA & PAK LANG SAHAK MAI

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Hari ni pagi2 lagi dua tetamu datang ke srengenge : Pak Ngah Ya ( Zakaria) dan Pak Lang Sahak (Haji Ishak).............alhamdulillah.
Ni Pak Ngah Ya..............dari Telaga Batu..........65 tahun

Ni Pak Lang Sahak.........dari Banggol Kiat........hampir2 90 tahun.......bekas seorang ahli lagu terunggul di Sik ( bukan akademi fantasia).......serba-serbi dia berkemampuan,bahkan lagu2 bollywood.....pernah mengepalai kumpulan kasidah dan marhaban Sik.


OK , jamu depa bihun goreng ni.


Ni santan,nak buat apa pula




Ni pula untuk menumis





Ni kacang lendiaq,pasti nak buat gulai








Ya pun .....ini rempahnya








Ohho , ada lagi jenahak.Makan gulai jenahak lah lagi hari ni.









Ni untuk apa...............nak buat kuah laksa,kata Mak Wan..........Tak pa Mak wan ada dua orang pembantunya......Habesah dan Besah...................inilah rezeki orang datang ke rumah.
Salam melebar senyum..................santap bersama srengenge.