WAALAIKOMSALAM WTH.........CL......Srengenge terima salam ni melalui cikgu Rahimi yang datang petang tadi.Dengan nama Allah , 99 semuanya
Gembira tak terkira menerima salam jauh beribu batu dari CL melalui cikgu Rahimi,silent reader yang ke 92 ke studio PdKM,Makkah.Aku tak sangka dia mengenali aku.Cikgu kata dia pernah toleh aku sewaktu pengajian kitab di pondok.....alhamdulillah dapat menjalin salitulrahim sesama hambaNya.Kepada cikgu terima kasih banyak2.Dia seorang pemuda bersopan-santun dan berhemah tinggi.Syukur kerana Allah pertemuan dengan insan2 yang berbudi mulia.Hati rasa sejuk,perasaan tenang,dan.............(tak tau nak gambarkan dengan kata2).
Cikgu Rahimi sedang menunaikan solat.
Cikgu rahimi sedang bercerita pertemuannya dengan CL di studio PdKM......sambil dia bercerita,sekali-sekali aku mencelahkan soalan.Seronok mendengar ceritanya.Seolah2 aku berada di Makkah waktu itu..........sapa pernah kesana tau lah perasaannya.Lebih2 lagi orang tua macam aku.Hati seolah tertambat kat Baitullah.Bila bercerita tentang Madinah,hati tertambat kat Raudhoh..............
Ni giliran aku pula bercerita tentang PdKM....cikgu asyik mendengar........Bila nak jamu makan,cikgu menolak.....kerana dia berpuasa Rejab sekaligus puasa isnin.Mak Wan dah bersedia nak angkat makanan untuknya.......apa masakan Mak Wan ?..............cuba toleh kebawah tu.


















































