Saturday, June 4, 2011

ANAKNDA ROSLI DAN SAODAH


ROSLI DAN SAODAH PULANG JAUH DARI NILAI,NEGERI SEMBILAN......jauh perjalanannya nak sampai ke srengenge





Penat.........anaknda Rosli terus merebahkan diri bersama cucunda Nur bila sampai saja ke srengenge



Aiman dah tidoq dalam kereta..........seperti biasa terus operate komputer........budak2 sekarang ni dah mahir dengan game........




Kak Saodah gitu gembira bermesra dengan bonda Mak Wan..........dah lama tak dapat kesempatan bertemu



Nak posing lagi...........dengan tugas kerja dan anak2 sekolah,masa cukup mengekang untuk bertemu



Bawa mai banyak kuih-muih.........jom kita makan dulu ,biarkan Abang Rosli rehat dulu.....biar hilang letihnya ...........memandu seharian hari ini



Aiman dan adiknya Nur bermain di luar.........seronok berlarian di kampong.........tak jumpa biawak kali ni



Adik Nur berposing macam heroine bollywood............



Makan nasi setakat lauk yang ada..............sambal belacan.....ulam pucuk janggus.....ikan kering goreng........dan gulai ayam campor ubi kentang...........esok buat menu lain pula.

MAT SABU : AKU TAK SERANG ANWAR LAGI



June 04, 2011
Mohamad Sabu ketika diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS pagi tadi. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 4 Jun – Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu.

Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno.

“Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam.

“Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider

PABILA HADI KECAM UMNO.......PABILA BANG MAT JADI ORANG NOMBOR DUA.....DAH MUSTAHIL PAS BERNIKAH DENGAN UMNO

DARI THE MALAYSIAN INSIDER : MAT SABU AKAN PENUHI HARAPAN RAKYAT KE ATAS PAS




June 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

“Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali “Mat Sabu” menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.

Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy May
Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

“Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa),” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, “saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi.”

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

“Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan,” katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, “saya tidak komen.”

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau “bernasib baik” kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif,” katanya lagi.

BANG MAT MENANG.......TAHNIAH



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

HUBAYA-HUBAYA


DARI BLOG TUAN HAJI ARSHAD


Tiga Pesan Nabi Buat Kita

Assalamualaikum WW?

Saudaraku, ada tiga perkara yang diperingatkan oleh Rosulullah saw kepada kita.
Dari Abu Hurairoh ra. ia berkata Rosulullah saw bersabda: Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika umatku sudah meninggalkan amar maruf nahi munkar, diharamkan baginya keberkahan wahyu; dan jika umatku sudah saling mencaci, maka jatuhlah ia dari pandangan Alloh" (HR. Hakim dan Tirmidzi)

Kehidupan dunia dibanding kehidupan akhirat bukan bandingan (QS. Al-`Alaa:16-17);
amar maruf dan nahi munkar adalah kewajiban setiap muslim (QS. Ali-Imron: 110);
dan menjaga persatuan dan kesatuan umat adalah wajib (QS. Ali-Imron: 103)

semoga kita bisa mengambil pelajaran dari hadits yang diterima oleh Abu Hurairah ini.

Wassalamualaikum WW!







HALONG BAY,VIETNAM


GAMBAR HALONG BAY,VIETNAM......kiriman sahabat yang baru pulang dari globe-tracking










Cantik........merenung kebesaran Allah

KITA TUNGGU ....TUNGGU

"Keputusan Tak Rasmi: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS.".. Benarkah???.....SEDAKA SEJAHTERA

Berita baru masuk melalui twitter DrBadrulAmin dan Sidikin Omar(wartawan SK);

"TAK RASMI: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS."

Berita ini juga digambarkan oleh twitter positif dari Saifudin Nasution!


Menunggu keputusan rasmi pagi esok!

Apa yang pasti, jika ini keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS 2011, ia menunjukkan satu kematangan dalam Parti PAS yang wajar dihargai oleh seluruh pencinta perjuangan Islam !! Ini juga satu tamparan hebat buat UMNO yang masih terkial-kial mengharapkan talian hayat terakhir untuk mereka masih bernyawa.

Akhirnya pejuang 'legend' kita, Mat Sabu telah diangkat oleh perwakilan yang melihat segala pengorbanan dan kecekalan beliau selama ini harus diambil kira dengan sebuah kepercayaan - membawa PAS ke medan pertempuran terpenting dalam sejarah!!

Ini mungkin saja round terakhir pertembungan antara rakyat dan kerajaan, tetapi juga satu permulaan yang besar buat sebuah pergerakkan perjuangan menegakkan syariat Islam. Hadirnya Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua PAS, dibantu oleh gandingan naib presiden yang mantap (Saladin, Mahfuz dan Husam) pastinya menimbulkan gentar buat lawan yang bersenjatakan kezaliman!!

PAS semakin gagah dengan gandingan ulama dan profesional/aktivis rakyat!! UMNO bakal dilanyak habis-habisan dalam PRU akan datang!! Sokongan orang melayu Islam dan bukan muslim juga akan berganda dengan keputusan sebegini!!

Aku merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi...

Takbir!!
Allahuakhbar!!!

TIMBALAN PRESIDEN


UNDILAH MAT SABU : TIM. PRESIDEN

Friday, June 3, 2011

ATUK-PHD KE YEMEN



GAMBAR ATUK DAN PRESIDEN PDKM...GLOBE-TRAKING KEMANA SAJA...SAMA-SAMA HEBAT













NAK TAU CERITANYA EKSES KE BLOG :ATUK-PHD.BLOGSPOT.COM

SEKITAR MUKTAMAR KE 57



PEMERHATI DARI LUAR NEGARA






PEMERHATI DARI DAP DAN PAKATAN




AL-FATIHAH.........KEMBALINYA SEORANG ULAMAK....ada orang tak terkenal di dunia , tapi lebih termasyhur di langit





Tuan Guru Haji Ghazali Hasbullah..........moga rohnya ditempatkan bersama para Nabi2



Inilah tempat kediaman al-marhum semasa hayatnya..........tak perlu banglo besar di dunia.......istana2 besar di akhirat adalah kekal abadan-abada........Allah tak mungkirkan janji2Nya


Friday, June 3, 2011 .....bersamaan 1 Rejab.....Jumaat


بسم لله الر حمن الر حيم

Memasuki hari pertama bulan Rejab,di hari Jumaat yang mulia Ustaz Ghazali Hasbullah telah pun kembali menghadap Allah.Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal di Hospital Selayang,Selangor lebih kurang jam 11.00 malam.Darul Atiq di Selangor yang menghimpunkan anak yatim,remaja liar,anak terbuang dll adalah antara hasil kerja tangan Ustaz Ghazali Hasbullah.Darul Atiq hidup dengan duit derma tanpa mengharapkan apa-apa sumbangan dari kerajaan. Berbahagialah wahai Ustaz Ghazali...





MUKTAMAR TAHUNAN KE 57




AMALAM POLITIK UMNO SESATKAN ORANG MELAYU

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Ajaran sesat mengatakan politik tidak ada hubungan dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya khianat dalam pentadbiran negara, kata Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.


“Ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah,” kata Abdul Hadi dalam ucaptamanya di Mukmatar PAS ke 57 di Taman Melewar pagi ini.

Hadi berkata walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, namun tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat.

“Kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita,” kata Abdul Hadi sambil menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk membersihkan budaya politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri.

Akibat dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya, kata Abdul Hadi pemimpin Melayu Islam telah membebalkan majoriti rakyat beragama Islam telah gagal menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam.

Umno, kata beliau walaupun merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, masih dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama.

“Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini,” selar beliau.

Tambah beliau lagi, perkara ini akan berterusan selagi urus tadbir dan tata-kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam.

“Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab,” kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila kerajaan hari ini tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk.

“PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini,” tambah beliau.

Mengenai perjuangan Umno, Abdul Hadi berkata mereka hanya sekadar berminat untuk mengekalkan kuasa mereka dan bukannya untuk memartabatkan Melayu dengan Islam.

“Ini kerana Melayu Umno tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, sebaliknya sudah ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional. Hakikatnya, Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka,” terang beliau.

Adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PAS, kata Hadi untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah.

“PAS wajib menyelamatkan negara dan rakyat daripada belenggu kejahilan dan kezaliman politik dengan peringatan Allah SWT,” tegas beliau

BANG MAT SESUAI DENGAN POLITIK ZAMAN NI


DULU CHEDET CUKUP GERAM DENGAN BANG MAT.......PERNAH KENA FITNAH BERKHALWAT ...........DAH BANYAK KALI DITAHAN DALAM ISA......PAYAH NAK BUNUH KARIER POLITIK BANG MAT.......CUMA TOK MAIMUN DI K.TERANGGANU YANG BOLEH KECEWAKAN BANG MAT


BANG MAT NAK BUAT 3 BENDA NI


KUTIPAN : The Malaysian Insider

Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata, PAS perlu bergerak lebih maju ke hadapan selain bertindak lebih agresif menangkis serangan dilakukan Umno-BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Tiga perkara yang akan saya lakukan adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini,” kata beliau.

Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai.

Mohamad Sabu berpendapat barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. — Foto oleh Choo Choy May
“Ini yang perlu ditekankan selain sokongan orang Melayu juga,” katanya lagi.

“Dan, yang ketiga pelan tindakan lebih agresif untuk PAS menggantikan Umno, yang mana kita mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti bukan gantikan perangai dan sifat Umno yang mengamalkan banyak perkara yang tidak betul,” katanya.

Jelas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, sekiranya PAS benar-benar serius mahu menawan Putrajaya, satu perubahan besar perlu dilakukan termasuk berusaha mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan.

“Sekiranya PAS boleh memberikan tumpuan kepada ketiga-tiga aspek ini sudah tentu kita boleh menjadi yang lebih baik daripada Umno dan saya sebagai calon timbalan presiden dan sekiranya terpilih akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat itu bersama-sama presiden dan barisan kepimpinan,” katanya.

Justeru, kata Mohamad, beliau berharap dengan pengalaman yang ada perwakilan boleh memberi peluang kepadanya membantu parti selepas tewas kali pertama pada pemilihan 2009.

“Saya mungkin boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang boleh saya mainkan peranan seperti menarik sokongan orang bukan Melayu.

“Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini.

“Oleh itu, saya tawarkan khidmat dan saya serahkan kepada perwakilan untuk buat keputusan,” katanya.





GHAIRAH SANGAT BUAT FITNAH



BODOHNYA NAK SEDEKAH KEPADA SYED AZIDI..................HUSAM



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.

Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Thursday, June 2, 2011

BALIK KE BUMI NEGERI TOK GURU.....NEGERI TANPA ROYALTI MINYAK


AMRAN...KAK YAH...ABID PULANG KE SERAMBI MEKAH






Amran Mahmud sekarang bertugas di Selinsing
Kak Yah pun baru tamat belajar turut akan bertugas di sana.....kawasan mana tak tau lagi
Abid tentu lebih gembira bersama ummi dan abahnya

Selamat menjalankan tugas....moga sihat sokmo.....moga dapat duit royalti minyak
Selamat kerajaan dibawah Tok Guru

Wednesday, June 1, 2011

PERMISI DARI TUAN HAJI ARSHAD



KUTIPAN DARI BLOG HAJI ARSHAD....kehidupandimekah



Gambar Tuan Haji Arshad bersama dengan blogger Atuk Phd...........salam utk semua



3 OGOS 2012 satu kegoncangan kuat berlaku di bumi

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN



UMNO TAKUT MAT SABU MENANGI TIMBALAN PRESIDEN PAS





Ada banyak kelebihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden...........ulamak dah banyak dalam PAS, apa sangat perlu dibimbangkan..............what say,you.........

BERSIH TAIK DALAM TONG TAIK



IMAM MUDA PATUT BERSIHKAN DALAMAN ASTRO



Pok Deng ( HARAKAHDAILY)

Saya nak komen sedikit aktiviti yang dilaksanakan dalam pertandingan Imam Muda.

Keseluruhannya memang baik. Walau bagaimanapun saya ada perkara yang perlu Imam Muda kena laksanakan. Saya lihat aktiviti Imam Muda ini banyak membuat kerja-kerja luar (out-door activities), antaranya membuat kerja-kerja amal, membuat operasi-operasi JPJ, menangkap mereka yang membuat maksiat, menjadi khatib semasa solat Jumaat serta menyempurnakan urusan jenazah. Semua kerja-kerja amal itu ialah kerja-kerja outdoor.

Ini bermakna tugas-tugas amal luar dari Astro. Dan saya berpendapat, mengiring dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam, JPJ dan lain-lain agensi kerajaan tidak seharusnya dijadi sebahagian kurikulum dalam Imam Muda. Lebih murni dan lebih baik jika kurikulum Imam Muda ini diajar dalam aktiviti ketenteraan dan dalam urusan pengurusan perniagaan.

Justeru itu Mursyid dan Imam Muda terlupa untuk melakukan aktiviti wajib dalaman Astro. Dengan lain perkataan Imam Muda wajib bersihkan dalam rumah sendiri sebelum pergi membersihkan luar rumah.

Jika tidak, projek Imam Muda hanya sia-sia sahaja di mana tuan masih belum membersihkan dalaman Astro. Jika benar Imam Muda berhasrat untuk menghapuskan maksiat di luar sana, cuba bersihkan maksiat dalam Astro dulu seperti maksiat drama-drama Melayu yang banyak mengandungi perkara khurafat, hiburan melampau dan Akademi Fantasia.

Tuan-tuan bukan tidak tahu bahawasanya mereka yang melakukan semua ini anak Melayu Islam. Cuba tegur merek ini. Barulah anda semua dan tuan-tuan True Imam Muda.