Wednesday, October 29, 2008

P.RAMLEE DIPUJA-PUJI , YANG BERKUASA DIHINA-KEJI

P.RAMLEE DIPUJA , YANG BERKUASA DIKEJI

Sejak kecik lagi aku dah kenal P.Ramlee.Dia dipuji dan dipuja .Dan sekarang aku dah tua bangka status P.Ramlee masih tak berubah.Di kaca TV filem2nya masih laris.Lagu2nya masih unggul.Jasadnya dah lama pergi . Dia tetap dikenang .Dia tetap berada sama di sisi masyarakat Melayu.Isu2 yang dibawanya dalam filem cukup menarik.Hanya P.Ramlee yang kenai betul2 ibu mertuanya , yang tau benar2 hidup bermadu.Dia kenai lagak Haji Bakhil dan dia tahu peranan cikgu Murni.Dia juga berperanan menonjolkan perihatinan terhadap anak2 yatim.Pandai tonjolkan rakyat miskin.

Lagu2nya penuh dengan ilmu tajwid.Lagu dan irama tak dapat dipisahkan.Dalam filem Panggilan Pulau lagu ‘ BULAN DAN JUGA ANGIN’, penuh dengan ilmu tajwid. ‘ba-wau-lam-nun’ , ‘nun’ pada bulan bertemu dengan ‘dal’ , itu ikfak,keluar dengung. Kalau tak dak dengung tak sedap jadinya. Senikta “ TELAH KU RENUNG DALAM KITAB’ , itu qolkolah. Bukankah itu menarik .Cukup menarik sekali.

Terbalik jadinya pada orang2 berkuasa,semakin hari semakin dicemuh dan di caci.Suharto diheret ke mahkamah .Takshin di hukum oleh mahkamah negerinya.Banyak lagi contoh2 dunia yang sedemikian.Malah Tun Mahathir,bekas PM kita pun begitu.Kesian juga tengok dia tak dihormati oleh anak2 buahnya dulu.Yang dulu dok bodek dia , kini tak sikit pun kenang budinya.Mereka pernah dapat pangkat dan harta melaluinya.Dia dihalang bertemu orang2nya,dia dihalang untuk bertanding di Kubang Pasu .Dia juga pernah di simbah dengan ‘apa asid tak tau’.Projek2nya dbatalkan.Yang dia cukup terkilan ialah pembatalan jambatan bengkok.Flip-flop Pak Lah membuatnya hidup tak senang.Fed-up punya fed-up istihar keluar umno.Disanggah kiri dan kanan.Rupanya begini bila hilang kuasa.Berhati2lah bila berkuasa.Kalau tidak benda yang sama akan jadi.Di keji,dicaci,dicela.

Lagu dan filem P.Ramlee ada kaedah Islam sebab tu boleh bertahan . Jadi kaedah Islam boleh membantu juga orang berkuasa.Kalau tidak nasib yang sama : dikeji,dicaci dan dicela akan berlumuran pada peribadi .Jangan main2kan Islam.Lambat laun akan bertemu dengan ruasnya.Islam menggalak kita membela institusi raja,tapi pada tahun 1980,institusi raja kita hancur leburkan.Imej Islam tercemar.Pernah menghina Nabi dalam isu janggutnya.Pernah pertikai hukum hudud . Mufti kita pecat jawatan kerana ratu cantik.Sekolah2 SAR ditarik bantuan.Habis pelajar agama lari berselerak . Banyak sekolah ‘tertutup’ kerana tiada ongkos.Tokoh agama di hasut dengan ISA.Habeh teloq kecut , kerana iman tak lah kuat dan tebal macam para sahabat dulu.Nipis macam kulit bawang.Bahkan lebih nipis dari kulit bawang.Pernah juga berhasrat nak kaji semula terjemahan Al-quran.Nak tafsir semula Al-quran walhal sepatah arab pun tak tau…..astagfirullah .

Janganlah kita kokok berderai2 , kerana akhirnya ekor berlumuran taik.Allah berikan kuasa untuk menguji kita.Bukankah aku dah kata kita dilahirkan ke dunia cuma untuk di uji ( dah aku tuleh dalam post aku yang berlalu ). Tengok setakat mana kita boleh menerima ujian.Selepas kita baliaq kita diuji sampai ke hari mati.Aku dah lebih dari 56 tahun diuji .Aku baliaq umur 10 tahun.Kalau pointer tu 3.3 dah cukup elok.Yang gagal tu perlu bertaubat.Untuk menstabilkan keadaan.Islam cukup mudah.Taubat sudah cukup.Tak perlu repeat ujian yang lalu………Jalan mudah membasmi dosa yang dulu2 .Syaratnya jujur dan ikhlas………Alhamdulillah.

Jangan olok2kan Islam , the day will come.Screwed by the arse.What a shame !
Apa nak dibangga sangat dengan dunia.

Tuesday, October 28, 2008

MAWI NAK JEMPUT TOK GURU ???

MAWI NAK JEMPUT TOK GURU ???

Tak payah lah aku kata.Tok sah peralatkan Tok Guru.Mencemar namanya saja.Tok guru juga tak minat nak hadzir di majlis , yang pada aku membazir.Mengapa tidak dengan kos 5 juta ringgit di habiskan dalam satu malam saja.Aku ingat lebih dari itu.Kalau ada duit banyak boleh gunakan untuk yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.Mungkin boleh membawa ke akhirat,itu pun mungkin saja.Kerana punca pendapatan harus halal. Kalau tidak wassaja.Larau.Di akhirat baik pun Dia kira.Tak baik pun Dia kira.Semua tak lepas dari hisab akhirat.Yang baik ganjarannya pahala.Yang buruk ganjarannya pun ada juga.Aku tak mau Tok Guru tonton lagu2 terkini dari para artis.Aku tak mau Tok Guru lihat gadis2 genit dengan pakaian yang menjolok mata.Maklumlah yang hadzir tu dari pelbagai rupa manusia.Bukan semua manusia Allah sudi dengan perangai mereka.Allah murka gelagat manusia yang membantah wahyuNya.Yang derhaka padaNya.Yang putar belit perintahNya.Yang double-standard dalam menjalani hidup sementara ini.Yang pura2.Yang cintakan dunia.Yang cintakan pangkat.Lebih2 lagi yang syirik denganNya.

Aku nasihatkan Tok Guru “ tok sah gi “.Lebih baik bermunajat dengan Allah di Pulau Melaka.Lebih enak bersendirian.Lebih enak dengan lagu2 Al-Quran.Lebih enak makan nasi dengan budu.Kalau budu dah habis,goreng saja keropok lekor.Waktu petang minum teh O , dan boleh pula makan tapai yang dibungkus dengan daun getah.

Doakan Tok Guru sihat,supaya aku tak tertinggal dengan nasihat2 darinya.Di akhir zaman,ulamak2 lah yang menjadi payung . Kita bukan saja nak berlindung dari panas terik matahari dunia , tapi juga dari panas bahang api neraka…….astaqfirullah.

Dalam hadis Nabi saw,bermaksud : Di dunia akhir zaman , manusia memuji para artis , dan menghina para ulamak.

Dan aku dah tentu tak dijemput , dan aku pun tak buloq . Baik aku makan serdak2 kuih raya yang terkumpul di penjuru2 balang. Habeh tak dak aku pi beli ‘ roti pungkok’ . Cicah dengan teh O . Makan kueh cara pun sedap.Bini ku pakar buat kueh cara.

Monday, October 27, 2008

SEMASA GETAH MAHAI : KENTUTNYA DERAS , BERAKNYA BANYAK DAN KENCING PUN LAWAS

SEMASA GETAH MAHAI ,KENTUTNYA DERAS,BERAKNYA BANYAK DAN KENCING PUN LAWAS

Mengisi poket dengan duit ribu2 dah habis selepas jatuhnya harga getah.Harga getah merudum selepas raya dan kalau harga barangan masih di takok lama,orang luar bandar akan mula merasa pahitnya.Sebelum ini orang bandar yang bukan dari golongan elit cukup terasa sekali kerana pendapatan mereka tetap,walhal penoreh getah masih boleh ber yohyah.Kalau keaadaan tak berubah,masing2 akan berkentut tanpa lagunya.Dulu kentut depa deras,boleh menggoyangkan pokok.Kini jangan nak kentut,nak berak pun tak dak isi.Nak proses seketul taik pun belum boleh kerana tiada bahan.Lubang ajaib pun tak boleh berkemut2 lagi.Hujan pun mencurah2 tak renti2 selepas raya.Duit sekopiang pun tak dak.Makan nak makan.Hidup nak hidup.Semua dalam delima.Nafas masih lagi keluar masuk…..alahai , puncanya kerana tak beringat2.

Selepas musim hujan pokok getah akan gugurkan dedaunannya.Getahnya tak akan mengalir selagi dedaunan muda tak cukup usia tuanya.Pendapatan akan menjadi lebih sempit.Hidup masih nak hidup.Makan masih nak makan.Sekaligus pula bila tiba tahun baru,anak2 sekolah akan mengagihkan yuran,duit buku,duit itu dan ini.Anak banyak,banyaklah duitnya.Orang kaya2 anaknya sikit.Orang miskin kaya dengan anak.Pening kepala dibuatnya.Terpaksalah berhutang ke sana sini.Tergadailah barang2 kemas bini.Lelonglah apa yang ada.Masa getah mahai boleh beli kereta second-hand.Kereta itu boleh jual jadi third-hand.Ada jam,ada kasut jenama mahal,juga boleh dijual.Kalau harga getah mahai pula,boleh beli lain.Mereka tak serik2,dan harga barang yang naik selalu cukup keteqaq nak turun.Yang kaya bertambah kaya,yang miskin bertambah miskin.Yang ada makin berada.Yang tiada macam mana nak ada.

Selamatkan dunia supaya semua boleh berkentut dan berberak sekaligus boleh juga berkencing.Bukankah nikmat bila semua itu boleh berlaku……..Boleh kentut.Boleh berak.Boleh kencing.Semua itu adalah nikmat hidup.Di akhirat pun kita hidup , tapi nikmat di sana jauh bezanya.Tak perlu lagi berberak,berkencing dan berkentut.

Sunday, October 26, 2008

THE SOUNDS OF FALLING RAINS

HUJAN TURUN GETAH PUN TURUN


Kehidupan penduduk di daerah ku akhir2 ni tak lah seindah yang dijangka sejak bulan puasa hingga hari ni.Hujan turun tak menentu dan tak berenti lagi bila masuk bulan raya.Oleh kerana majority bekerja sebagai pegawai jabatan getah,dah selama itu jugalah tak masuk pejabat.Poket pun tinggal habok.Yang dulu beringat nak simpan sedikit dari gaji depa boleh lah bertahan.Yang lainnya ,yang boros berbelanja di musim raya,nak kentut pun takdak angin.Nak berak pun dah kurang isinya.Taik pun cair dan berair . Cuma boleh kencing kerana Allah masih memberi subsidi air ditelaga.Air JKR tak berbayar dan kandung banyak clorin.Air telaga yang lebih bersih.Musim hujan memang syok kencing.Uncang kencing cepat bertakong kerana cuaca sejok mengurangkan pesperation.Badan tak berpeluh.

Lebih terok lagi kehidupan depa ialah kerana sekaligus harga getah menjunam ke satu harga yang tak disangka2.Dari RM 4.70 ke RM 1.60.Harga barangan masih ditahap lama.Apa yang nak dikata,kerana harga minyak naik mendadak pada bulan Jun dulu menggamit semua harga barangan dan guna tenaga juga naik.Maklumlah bila naik payah nak turun.Kerajaan pun sekarang ni tak pandang rakyat kampong.Rakyat kampong mudah di tipu.Depa tak tau apa yang berlaku disekeliling.Yang depa tau nak makan saja.Boleh sekilo gula di masa pilihanraya pun depa dah syok.Lepas tu buatlah apa saja depa tak kisah.Depa tak kenal altantuya,depa tak tau kisah liwat,depa tak kenal pesta bola merdeka menjemput pasukan yang tercorot.Jauh sekali nak tau perebutan kuasa dalam pemilihan umno.Depa tak tau Chua Soi Lek menjadi Tim.presiden mca.Yang ada bini di musim hujan ni tak dak kerja lain. Depa berjaya menghasilkan banyak anak.Yang akhirnya memberi beban persekolahan dan sebagainya.Anak2 akan mewarisi kemiskinan .Dan selagi generasi mereka tak mendapat pendidikan yang sempurna, darjat kemiskinan tak dapat dihakis.Maklumlah nak mengaji la ni perlu banyak duit.Aku pikiaq dah sampai masanya rakyat kita mendapat pendidikan percuma.Dok habis pada benda lain kerajaan tak kedekut.Mengapa kedekut memberi pendidikan percuma ?

Pemimpin tak sedar mereka diuji Allah.Semua kita diuji,tapi taklah sehebat mereka.Ujian berterusan selagi nyawa berdenyut.Hidup tak sesia saja.Setiap detik ialah detikan ujian Allah.Setiap detik dikira baik dan buruknya.Duduk dan bangun ,berlari dan berjalan,senyum dan tangis dan lain2nya semua ada nilai di sisi Allah.Tak sesaat pun kita terlepas dari hukum taklifi .Ada wajib,ada sunat,ada haram ,ada harus dan ada makruhnya.Tak ada ruang yang boleh kita lari dari hukum Allah…….astagfirullah.

Saturday, October 25, 2008

MELAMINE BELUM REDA,TIMBUL PULA BPA

Tolong baca pula berita di bawah.Macam-macam dah ancam manusia.Dalam sebuah hadis bermaksud ; Bila 15 maksiat manusia amalkan,maka Allah akan turunkan bala.Itulah yang kita hadapi sekarang ini.Bukan 15 maksiat,dah berpuluh2 maksiat ujud.Bala tiba lepas satu , datang dua dan tiga.Tak larat kita nak tepis.Dan tak berupaya nak menepis.
Manusia terlalu sombong.
Salam dari Pak Cha dan Mak Wan




Study: Some Water Bottles Linked to Diabetes
Doctors Say BPA Shows Up Too Often in Diabetics and Heart Patients
By LAUREN COXABC News Medical UnitSept. 16, 2008

An ubiquitous ingredient in plastics has been linked to diabetes and heart disease in adults, according to a study being released today, heightening concerns about the widespread use of the chemical BPA.

A new study has found a link between BPA, a chemical found in some water bottles, and medical disorders, such as diabetes.(iStockphoto)
Otherwise known as bisphenol A, BPA is the chemical once studied as a synthetic form of estrogen, but more recently known to leach out of some plastic water bottles and baby bottles, and that is found in all kinds of plastic products.
"We're talking about pacifiers, sippy cups, spoons, the bath toys, the chew toys ... everything," said Sommer Poquette, mother of two toddlers and author of the blog Green and Clean Mom.
"It's hard to get a BPA-free product," said Poquette.
The concerns of people like Poquette will likely be heightened by a study published today in the Journal of the American Medical Association in which researchers found a connection between BPA and diabetes and heart disease in adults. Scientists reviewed the health of 1,455 American adults and found that people with higher concentrations of BPA in their urine were slightly more likely to have heart disease and diabetes.
The researchers also estimate that most Americans are exposed to a higher level of BPA each day than the current Environmental Protection Agency recommendation.

In an accompanying editorial, Frederick S. vom Saal and John Peterson Myers take the government to task, asking the United States and Europe to follow Canada's lead and regulate BPA.
"The FDA and the European Food Safety Authority have chosen to ignore warnings from expert panels and other government agencies and have continued to declare BPA 'safe,'" wrote the authors.
The release of the study comes on the same day that the Food and Drug Administration's Science Board will have an open meeting about BPA.
Stephanie Kwisnek, a spokeswoman for the FDA, said the meeting is being held "in part, to listen to comment from the public." However, members of the medical profession and the public are already at odds over what to do with the information.

TAK SUSAH NAK KENAI....as easy as ABC

KENALI DIRI , KENAL AKHIRAT ,KENAL SURGA & KENAL NERAKA

Yang bergelar manusia masih tak kenal diri.Mereka tak sedarkan diri.Mereka lupa daratan.Suka ikut hawa nafsu.Syok sangat membuat dosa , dan terus menjadi haprak dan hina diri.Hina diri sendiri dan menghina manusia lainnya.Manusia menjadi sejenis specis yang derhaka dan terhina.Walaupun kita jadi dari tanah,tapi sifat unik tanah hilang dalam diri.Bukan semua ,tapi majoritinya gitulah.

Maknanya kalau kita hinakan diri , kita hina juga akhirat.Seolah2 akhirat tu tak ujud ,tak rasa gerun dengan seksaan akhirat,sekaligus menderhaka Allah.Langsung tak sayangkan diri . Rela nak siksa badan dengan api akhirat.

Kalau mulia di dunia, tak bermakna kita juga mulia di akhirat.Itu bukan ukuran akhirat.Iman dan takwa menjadi ISO nya.Sesapa yang jahat perlu bertaubat,kembali kepangkal jalan.Jalan Allah.Nak bertaubat mudah saja,tak cerewet seperti nak memohon sesuatu di dunia.Allah tak heran dengan orang yang membuat banyak dosa.Allah tak heran orang berzina dengan beribu perempuan.Allah tak heran sesapa merogol berjuta gadis.Allah tak heran kote meliwat berpuluh pemuda.Tapi Allah cukup heran bila seseorang boleh bertaubat . Jadi apa tunggu lagi.Bertaubatlah.Bukankah kita manusia semuanya ada dosa,kecuali yang maksum ialah para nabi.

Pemimpin jadi jahat kerana jahatnya sekelian rakyat.Rakyat yang memberi mandate kepada pemimpin.Oleh itu jangan duduk senang-lenang bila pemimpin jadi jahat.Rakyat turut bersubahat.Tidak ada jalan nak lari.Tak perlulah menambahkan dosa ,cukuplah dengan peringatan yang diberi dalam Al-quran dan Hadis.Bertaubatlah segera ,jangan berlagak.Allah tak heran dengan ego dan keras kepala kita. Tak boleh tongkat dunia selama2nya.

Dalam setiap hal kita perlukan sabar.Bersabar.Bersabarlah semasa di dunia ini.Masanya tak lama.Tak dak sapa dalam dunia kini boleh hidup lebih dari 100 tahun.Nabi saw bersabda,”umur umatku umumnya 60-70 tahun”. Bersabarlah , kerana keseronokan di akhirat berpanjangan.

Haprak dalam diri tu ialah haram-jaddah.Haram jaddah lah sesapa tak mau buang haprak dalam diri.Surrender lah diri pada Allah,before Allah suroundered with the ball of fire……nauzubillah.

Friday, October 24, 2008

SELEPAS 50 TAHUN

SELEPAS 50 TAHUN

Tak ku sangka.Tak ku duga.Tak ku bermimpi.Sejak dari negara mencapai kemerdekaan dan semalam di rumah kenduri aku dapat bertemu dengan kenalan sahabat persekolahan dan mengenali pula antara satu sama lain.Aku kenal dia walaupun dia dah sedikit berubah.Dan dia pun kenai aku,walaupun gigi depan dah renggeh.Maka bermulalah pula satu nostalgia baru.Aku harap kawan blogger ku Pak Non pun kenai dia.Satu masa dulu sama2 mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra.Selepas itu selama 23 tahun dia ngajar di Sekolah Sultanah Asma,Alor Setar.He was a great sportsman ; the school all-rounder.

Dulu dia pernah bertugas dengan salah seorang kirkbyite,Syed Abu Bakar,di Sik English School.So saya mempunyai banyak modal tentang cerita2 lama ini.Aku juga pernah bertugas di bawah Syed Abu Bakar.Semasa itu Basir bin Baharom ( nama kawan persekolahan ku ) telah berpindah ke Kuala Lumpur.Selepas itu Basir Baharom pula di tempatkan di Jenan,Jitra bersama2 dengan Syed Abu Bakar.


What a good old-days.

HARAM BEJADAH

HARAM BEJADAH

Bila sesuatu yang tak kena kita selalu sumpah haram bejadah.Masa tu temperaturenya cukup tinggi.Zaman budak2 dulu , tak boleh silap sikit,haram bejadah lah menjadi lontaran dari mulut ke mulut.Di situlah bermulanya peperangan.Bertumbuk tu perkara biasa di zaman kecil.Kita menjadi manusia dengan bertumbuk.Menjadi hero bila menang.Lepas tu menjadi ikutan ramai kawan2.Ada kroni macam orang la ni.Yang kalah pun tak boleh istiharkan kalah.Mesti lawan terus.Kalau surrender kita bacul.Tak dak telor.Jatoh standad kalau kurang telornya.Tak sapa pun akan hormat.Lepas tu mula berkawan dengan orang pompuan.Jadi pondan seterusnya.Mula nak berjalan menggoyangkan pungkor.


Di peringkat antarabangsa sifat haram bejadah ni merugikan negara dan bangsa.Bersikap haram bejadah tak pandang kiri dan kanan.Hantam sabarono saja.Haram bajadah membawa padah.Tahun akhir 70an dan awal 80an kita mula berharam bejadah dengan rasa tamak nak jadikan negara perindusterian.Pekho,tarktor dan kato mula berharam bejadah menimbus banyak tanah bendang dan tanah2 pertanian menjadikan tapak kilang yang di datangkan firaun2 luar negeri.Diberi status free duty selama 5 tahun.Mereka mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.Lepas tu beroperate 3 shift setiap hari.Duty free 5 tahun jadi 15 tahun.


Masa tu terbengkalai tanah2 pertanian di kampong2,kerana kurang tenaga kerja.Tenaga kerja lari bekerja di induteri2.Tak dak sapa gemar pada pertanian.Kerajaan pun macam tak ambil kisah.Aktiviti pertanian lembab.Akhirnya semak-samun menyelubungi kampong2.Yang tua2 dah tak larat nak berusaha.Dah hilang tenaga lahir dan batin.Jadi moyok macam ayam kena selsema burung.Pasaran hasil pertanian pun moyok macam tu juga.Kita terus berharam bejadah , macam tak mau langsung dengar pasai pertanian.Universiti Pertanian kita haram bejadahkan dia,jadi Universiti Putera.Kita haram bejadahkan Bank Pertanian , jadi Bank Agro.Tak glamour nak sebut sebagai pak tani.Status Lahuma dalam Novel Ranjau Sepanjang Jalan turut terkorban dengan duri nibong yang haram bejadah.Tapi Jeha ( isteri Lahuma ) dan 6 orang anaknya menebus maruah Lahuma .Apakah episode itu merupakan satu satire yang harus kita gali.Sasterawan Negara harus peka bahawa haram bejadah boleh dikuburi dalam arena minda Melayu.

Tahniah pada YAB Ustaz Azizan MB Kedah kerana membatalkan projek petroleum di kawasan tanah sawah di Yan,ke pulau buatan di selat Melaka.Mari kita haram bejadahkan laungan2 sumbang terhadap petani2 kita.Yang ku makan bukan nasi,tapi peloh pak tani.

Wednesday, October 22, 2008

FENOMENA 'ROLLER-COASTER'

FENOMENA ‘ROLLER-COASTER’


Perangai dan tabiat manusia berbagai2.Itulah seronoknya mengaji pasai manusia.Sudah tentulah mengaji pasai diri sendiri,kerana diri sendiri juga ialah manusia.Dan diri sendiri pun kita belum paham.Manusia tak paham tentang manusia.Kita pun tak paham tentang diri kita.Kita lekas marah dan cepat reda.Telinga nipis,muka tebal.Lambat marah,bila marah lambat redanya.Ada yang tak boleh maaf,langsung tak mau maaf.Berpuluh tahun berbalah,kerana pasai pasang bendera saja.Masih tak maaf bagi mu.Marah boleh jadi macam2.Marah boleh derhaka pada Allah.Marah pasai hujan,dia derhaka pada Allah.Marah boleh membunuh.Marah boleh menipu.Marah boleh rosak persahabatan , boleh putus tali salitulrahim.Sebabnya , kerana marah adalah datang dari syaitan.Oleh tu jangan ikut perasaan marah.Ikut marah makna ikut syaitan.Jadi cukup rumit nak memahami manusia,kerana berbagai2nya.

Tidak ada manusia yang sama ciptaannya.Ciptaan manusia cukup unik,itulah kebijaksanaan Allah.Ada persamaan tapi ada perbezaannya.Ketaksamaan manusia mudah berbalah-balahan,bermarahan,berfitnahan.Untuk menyatukan manusia yang berbagai ini Allah anugerahkan Al-quran.Al-quran bijak menyatupadukan manusia…..masyaallah.


Fonemena naik-turun dalam hidup kita seumpama roller-coaster.Oleh itu jangan cepat marah.Kita buat checking . Kita bajai diri dengan sabar dan iman.Jangan makan banyak racun.Makanan kita diselaputi oleh racun.Cukup banyak racun dalam setiap makanan.Kita kembalikan sifat tanah,kerana kita berasal dari tanah.Kuman boleh mati dengan tanah.Sebab tu kita guna tanah untuk menyamak.Kita guna tanah untuk tayamum.Tanah itu menyuburkan,kita suburkan hati kita.Tanah ada sifat sejuk.Cuba redakan kemarahan.Biar semua hilang marah.Jangan ikut sifat marah,kerana syaitan akan ambil peranan.

Tuesday, October 21, 2008

TAMAK PADA KUASA

TAMAK PADA KUASA

Mengekori sejarah manusia cukup membingongkan sesapa saja.Dengan keras kepala,dengan ego yang memuncak,dengan kesombongan,dengki yang tinggi melangit,kedahagaan seks yang membeliakkan mata dan sebutkan apa saja,semua dimiliki manusia.Mereka mengadoptasi dan mengadaptasikan apa saja sifat2 mazmumah yang menjahanamkan nilai2 kemanusiaan.Para nabi dihantar Allah untuk membuat checking,Cuma sedikit yang menerima teguran.Yang lain tersungkur,kekadang sebelum ajal menggamitkan diri.

Manusia tak perati dengan benda2 yang nampak,jauh sekali pada benda2 yang tak nampak.Semua benda2 ini memberi kekuatan pada kita dalam melayari hidup.Hidup sementara.Dan perlulah hidup ini disesuaikan dengan kehendakNya.Allah memberi kuasa sementara,kerana kita ialah khalifahNya.Allah berikan kuasa pada semua orang .Oleh itu kita lihat Allah kurang menunjukkan kuasaNya secara total.Manusia yang diberi kuasa.Menjadi presiden , perdana mentari , menteri ,raja ,gabenor dan sehingga kuasa JKKK pun diberi pada manusia.Dengan kuasa yang sedikit dan sementara manusia cepat mabuk.Megah,perasan,syok tak habis2,bangga,tamak,lupa diri,sehingga rasa gerun pada Allah Raja Negeri Akhirat terhakis.

Sejak dulu hingga kini tidak ada 2 orang manusia yang Allah buat sama dalam segala aspek rohani dan jasmani.Adalah saja yang tak samanya.Itulah kebijaksanaanNya.Ketidaksamaan inlah memberi peluang manusia berbalah-balahan.Sebab itu Allah berikan peraturan untuk manusia ikuti , supaya peraturan manusia kena selaras dengan agama.Dengan itu perbalahan manusia dapat disekat.Disekat dengan undang2 Allah.Allah cukup murka dengan sifat,perangai dan tingkahlaku yang tak secocok dengan agama.

Allah menggariskan 4 golongan sebagai ikutan .Kerja-buat mereka selaras dengan panduan agama. Meraka ialah para Nabi,Solihin,Suhada dan siddiqin.Meraka tak tamak pada kuasa.Walhal kini kemabukan kuasa menular sampai ke JKKK.Dan aktibiti mereka bercanggah pula dengan agama.Selepas aidilfitri ini aku lihat perebutan kuasa menjadi sengit.Sengit dari babi-babi hutan merebut kuasa di hutan belantara.Sengit dari kera dan lotong menggomol betina.Sengit dari burung2 ereng ( vultures ) merebut bangkai.Dengan penuh lahab vultures bergelut untuk sesuap bangkai.Dalam kisah Israk/Mikraj Nabi saw bertemu juga segolongan manusia yang suka makan bangkai.

Wallahua’lam

Monday, October 20, 2008

BLUFFOLOGY

Hidup kita tak sunyi dari kena tipu.Penipuan berlaku pada bila2 masa saja.Keturunan kita Nabi Adam di tipu dan tercampaklah Dia ke bumi.Orang senang menipu sesama orang.Kawan biasa juga menipu kawan.Adik beradik menipu sesama kelaurga.Kroni menipu terhadap kroni.Dalam pemilihan dalam parti,ahli2 parti menipu sesama ahli.Kekadang amalam sendiri menipu diri sendiri.Dan telah termaklum syaitan ialah raja segala penipu.Dalam sembahyang pun dia dapat menipu anak adam.Cukup mudah dia menipu anak adam dengan amalan sendiri.Tertipu dengan kesombongan,tertipu dengan riak,tertipu dengan hasad dengki dan berbagai2nya sifat mazmumah.


Manusia moden cukup peka dan senang mencipta tokoh.Cukup banyak ketokohan dalam masyarakat Melayu kita.Ada tokoh guru,ada tokoh politik,ada tokoh Maal Hijrah.Sebutkan saja,adalah tokohnya.Di arak dan ditabalkan dari bunga manggar dan di sudahi dengan bunga telor.Tapi masyarakat lambat capai kejayaan walaupun telah ujud berpuluh dan ratusan tokoh.Kerana tokoh2 kita tak di ISO kan dengan kejayaan Rasulullah.Tokoh sebenar ialah Rasulullah saw.Tokoh yang kita cipta terselit banyak kemungkarannya.Cuma kita tak tau latarbelakang sebenarnya.Kita Cuma pilih2 yang secocok dengan hasrat kita.Cacat-celanya di selindongi dan diketahui cuma oleh yang terdekat.Kekadang di eksploitnya harta rakyat dan Negara.Tapi dibersihkan oleh pihak berkuasa dan di bela hak mahkamah.Selagi tiada proof , dia tidak bersalah.Itulah kerja kita tertipu dan menipu.


Macammana orang yang tak mempercayai Rasulullah boleh menerima anugerah pada hari maulidurasul ? Mengapa kita nak menipu nabi kekasih kita ? Itu bukan cara menarik pada Islam. Para sahabat pergi ke China dalam mission dakwah membekalkan budi-pekerti dan amalan. Rakyat China terpikat dengan akhlak para sahabat.Berduyun memelok Islam.Kini berjumlah lebih dari 25 juta umat Islam di China.Bagaimana pula akhlak kita ? Fitnah sana,fitnah sini.Caci sana,caci sini.Tipu sana – sini.Ulamak kita kondem,artis kita sanjung.Tak tutup aurat pun takpa ,dia orang baik.Dia derma kat anak2 yatim.Mana ada baiknya bila aurat pun tak boleh tutup…..aduhhhh,astaqfirullah.

Bila dihiasi dengan agama,bermulanya dan kesudahannya adalah baik.Yang lain belum tentu….wallahuaklam.

Sunday, October 19, 2008

LIFE WITHOUT A REALITY,WITHOUT AN ERASER

HIDUP YANG TAK REAL,TANPA CHECK DAN BALANCE

Dah habis puasa sebulan,dah habis puasa 6 hari.Jentera dalam badan sudah mendapat tip-topnya.Direhatkan dari kerja berat selama 36 hari Enjinnya cukup selesa,selepas disiksa sebelas bulan kerja paksa.Nafsu makan dapat dikontrol pada siang hari.Nafsu batin dapat dilatih dengan ibadat2 malam terutamanya sembahyang teraweh.Cukup cantik peribadi manusia ketika itu,cukup tenang peribadi manusia tanpa gangguan syaitan selama sebulan.Syaitan diberkas,manusia mendapat semula nilai kemanusiaan.Mula rajin bersedekah,beribadat,membaca Al-Quran dan kerja2 lainnya yang comel2 belaka.Kembali manusia ke martabat kemanusiaan.Hilang unsur2 kebinatangan.Ada rasa sedikit ingatkan pada mati,pada hari akhirat,pada balasan baik dan buruknya.

Itulah edahnya,kerana selepas hari lebaran,kegelojohan manusia melayan nafsu makan mendapat pick-up baru.Dipecutnya ke top gear,dibelasah apa saja yang lalu dan dihidangkan di atas meja.Bujur lalu,melintang patah.Mereka ganyang sehabis2nya.Mereka kedharah ( makan kedharah ) sepuas2nya.Mereka belahap sehingga tersumbat kerongkongan.

Pesta sambutan raya berterusan,mungkin sampai keakhir bulan Syawal nanti.Tak puas2 dengan juadah yang sama, walaupun beraneka jenisnya.Pi lah tengok di mana saja.Ketupat,lemang,kek2 yang tak menjaminkan kesihatan badan.Air2 manisan dan pewarna2nya juga menggamit pelbagai masalah pada diri.Semuanya dijamah tanpa rasa hirau dan takut.Ingatlah pesanan Nabi saw ,’Penyakit bermula di perut’.Ketika berbuka puasa dimulakan dengan korma.Cukup patuh pada pesanan Nabi saw.Peribadi Rasulullah adalah ikutan kita.Tapi takkan nak ikut ketika berbuka saja.Ketika Ramadhan saja.Lepas itu entah kemana pula ikutan kita.Kita berpesta dengan jamuan dan makanan dengan begitu belahap sekali.Tak salah menjamu orang.Tak salah memberi orang makan.Tak salah.Tapi ada caranya,tapi ada kaedahnya.Ada cara dan kaedah yang Nabi saw ajarkan.Kita ikut cara Nabi saw.Hadis2 Nabi banyak membicarakan tentang makan dan jamuan.Sama saja kalau kita ikut Al Shafie atau Al Ghazali.Tapi sudahkah dijumpai Al Shafie dan Al Ghazali yang di cari ? Jangan nak ingatkan Nabi saw , Al Shafie dan Al Ghazali pun sudah kita lupakan…..begitulah hapraknya sesetengahnya manusia.

Berwaspadalah,ingat2lah,hubaya2 kerana syaitan dah bebas dari ikatan.Kita mudah ditipunya.Dan memang pun dia dah berjanji dengan Allah hendak menipu semua anak Adam sampai ke hari kiamat.Kecuali yang bertaqwa saja dapat menyelamatkan diri dari godaan syaitan.Kursus Diploma of Satan ( sila rojok post aku yang dulu di atas tajuk yang sama ) akan mula merekrut pelatih2 barunya,dan sekaligus mengumpul yang lama untuk konvokesyen di serata tempat maksiat.Aduhai manusia , kitalah kalifah di bumi, dan kitalah yang harus bertugas memalingkan muka manusia dari godaan syaitan..

POHON ALLAH LINDUNGI DARI SYAITAN YANG DIREJAM.

Saturday, October 18, 2008

DAULAT TUANKU

PERINGATAN RAJA-RAJA MELAYU
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215
Menjunjung kasih,
Daulat Tuanku.

Raja yang adil,Raja disembah,
Bayang buat berlindung rakyat jelata.

Di bawah ini merupakan sebuah igauan dalam benak diri hamba.

1. Kepimpinan politik nampak tak mampu menangani isu2 yang menghangat cuping telinga.

2. Majlis Raja-Raja penting buat ‘check and balance’ supaya Negara tak kecoh.Kita ambil sejarah dunia sebagai ‘peta’ untuk buat pedoman.

3. Harap rakyat Malaysia tak akan mensia2kan kemerdekaan Negara.

4. Pemmpin2 jangan terlalu rakus mengumpul harta dan membolot harta Negara secara tak sah dengan mengamalkan rasuah.

5. Dah hilang kepercayaan kepada pemimpin,rasa macam tak boleh diharap.

6. Mereka terlalu cintakan dunia dan hilang cinta pada akhirat.

7. Rakyat yang bodoh dijual dua-seduit.Rakyat yang cerdik mementingkan diri.

8. ‘Habuan Negara’ dibawa lari,disimpan dalam ‘peti’ sendiri.

9. Semua bercita2 nak jadi’pencuri’.Dah lupa esok hari nak mati.Dan beria sangat nak hidup 1000 tahun lagi.

10. Ada yang dah jadi ‘musang berbulu ayam’.Keorijinalitian kepimpinan dah hilang.

11. Kurang sangat pemimpin yang bersih lagi suci,kerana hilang kasih pada Allah dan Nabi.

12. Itu semua hilangnya ‘punca keberkatan’,hilang nusroh Allah,hilang kecintaan dari Allah.

13. Masyarakat pula habis bercelaru,habis jadi haru-biru.Macam sudah hilang ‘bau surga’ ,cuma nampak deretan ‘bunga-api’ neraka.

14. Orang politik pula selalu gaduh2,menampilkan ego diri yang tinggi.Masa mendampingi rakyat tercicir tak menentu tempat dan situasi.

15. Kita semua ada usia,ada tarikh ‘luput’.Kita jadi lama,tua,jadi tak diingini,jadi dilupakan.Cuma sedikitdiambil buat kenangan.Itu pun disimpan di sudut muzium yang usang.

16. Ingatlah,’Unusefullness is uselessness’.


WALLAHUAKLAM

Friday, October 17, 2008

KALAU NAK CARI REZEKI..............BELEK-BELEKLAH AL-QURAN

KALAU NAK CARI REZEKI…….


Siang-malam,pagi-petang makhluk Allah berpusu2 mencari rezeki.Terpaksa bangun awal pagi,terpaksa berjaga malam.Buat OT berganti masa,semua tak jadi hal.Manusia dan binatang mudah bergaduh kerana rezeki.Tumbuhan berlumba di bawah tanah,dan berlumba mendapatkan cahaya matahari di udara. Itu semua untuk membuktikan bahawa rezeki Allah ada di perut bumi dan di langit.

Manusia rata2 nampak rezeki di bumi . Tumbuhan,galian ,air ,minyak ,permata dan lain2nya. Dalam Al-Quran menyebut bahawa rezeki Allah datang dari langit . Banyak yang datang dari langit.Yang kita tau puncanya ialah dari air hujan dan cahaya matahari.

Akhir2 ni baru kita tau cukup banyak rezeki di langit.Baru kita nak berlumba2 mendapatnya dan memilikinya.1400 tahun dulu lagi Al-Quran telah jelaskan rezeki di langit.Tapi kita tak manfaatkan ilmu Al-Quran. Yang dapatnya orang bukan Islam yang mengkaji isi Al-Quran.

Jutawan2 sekarang memiliki harta dari langit.Lebih banyak dari jutawan yang memilki harta di bumi. Dengan penguasaan udara mereka miliki rezeki udara.Telefon,kapalterbang,jet,satellite,siaran cara langsung,handphone,computer yang kita guna , tenaga suria, dan banyak gas yang terapong dilangit yang belom diterokai semuanya hasil dari langit.Kita dah terlewat,kita masih ternganga-nganga. Tapi kalau dok lalai bertengkar tak tentu pasal kita akan terus rugi.

Kajilah Al-Quran , semuanya ada.Mari kita manfaatkan rezeki dari Allah untuk dunia dan akhirat.

STOP THAT RUBBISH WORKS , YANG KITA SUKA LAKUKAN SEKARANG.

RENUNGLAH BUAT SEKETIKA.........it's not what will be,will be

PARLIAMENTARY ANTICS: MPs' lack of manners shocking By : KRISHNA KUMAR SANTHANAM, Batu Caves .Taken from the Straits Times edition.


WATCHING the prime news at 8pm has been a family affair for the past few years, and on the evening of Oct 14, my children and I watched the parliamentary "debate" being held at Dewan Rakyat.

It was astonishing to see some members of parliament debating in complete contradiction to what is being taught in classrooms.Whatever happened to the professionalism that should be the core value of our MPs?

My 16-year-old son commented that even in his school, such scenes would not take place due to the professional manner in which the principal handles the daily course of secondary school.Didn't these MPs study Civics and Moral Studies?


If students can behave themselves, why can't the MPs? The people expect the MPs to be an example to the younger generation.I don't expect to see these MPs in office after the next election.

Young voters have learnt a good lesson. This is what happens when every Tom, Dick and Harry stands for election and gets elected all because of the desired "wave of change"

.I believe an institution of integrity and anger management should be established to vet would-be parliamentarians and ensure that they go through a module on the topic to qualify to be an MP.

The speaker and his deputy should not condone such unethical behaviour in the House. Or else we would be no better than the MPs in some other countries, where fist-fights and chair-throwing are the norm in Parliament.

GURU KENCING BERDIRI,MURID KENCING BERLARI.
JANGAN BUAT KERJA KENCING-MENGENCING DALAM PARLIMEN.
WAHAI YANG BERHORMAT !

Wednesday, October 15, 2008

BILA DAH SAMPAI KE TAKAH TIGA

DAH SAMPAI KETAKAH TIGA

Time waits for no men.Begitu sekali masa pantas berlalu.Sedar2 dah habis berposa dah habis beraya ,Cuma ada lagi yang belum berposa enam. Sebelum raya lagi budak2 dah rioh-rendah bermain meriam kabait.Bergema keseluruh penjuru alam srengenge.Satu dua hari lepas tu tu adalah berita2 kecederaan ekoran dari bermain mercun pula.Berita2 kemiskinan rakyat pun muncul bersama.Orang2 berada sibok dengan pemberian sedekah mereka.Orang2 politik pun sama,adalah saja huluran mereka melalui duit2 kebajikan masyarakat.Bukan dari poket sendiri.Tak pa lah berikan,asalkan ada amanah.Jangan sanggup menipu pula di bulan puasa.Jangan pilih2 pula,hanya yang sebulu saja dapat.Kita semua rakyat Malaysia.Malaysia Negara kita.Negara bukan kepunyaan pemerintah.Bukan kepunyaan UMNO.Bukan kepunyaan BN.Bukan kepunyaan PAS.Dan kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah nanti ia juga bukan kepunyaan Pakatan Rakyat.Bukan siapa punya,tapi kita punya.Sama2 punya.Kepunya-punyaan.


Jadi janganlah sesapa berlagak bila dapat menjadi pemerintah.Allah berikan masa seketika saja untuk berada di atas.Kalau pandai jaga OK, kalau tidak akan jatoh ,terok padahnya.Dapat dirasai sampai ke akhirat. Tanpa amanah akan digomol oleh tentera Allah di akhirat.Rasanya amat pedih,sila rujuk Al-Quran kalau tak percaya.Ia menceritakan segala2nya,Cuma manusia tak suka mengkaji Al-Quran.Orang2 tua kata Al-Quran terletak diatas alang.Tinggallah Al-Quran itu ‘suci dalam debu’.Bila jauh dari Al-Quran manusia akan bergelumang dengan najis dan dosa.Manusia akan menjadi sehina2nya….nauzubillah.


Tak berapa orang sekarang suka ‘ka-rho’ (ni bahasa daerah ku) ilmu,hinggakan iman menjadi ‘re-geh’ ( juga bahasa daerahku). Ulamak2 yang berperanan seperti garam juga sudah boleh dibilang dengan jari.Apa guna banyak ulamak kalau tidak ada bersifat masin.Sifat masin menyedapkan rasa.






DIPLOMA OF SATAN

DIPLOMA OF SATAN


Seperti yang aku sebutkan dalam post2 aku terdahulu,bahawa kita dah terdidik oleh syaitan selama 11 bulan dalam setahun.Semestinya dah mempunyai diploma kerana kursus yang diberinya syaitan memang memikat hati manusia.Manusia cukup selesa dengan projek kursus dan assignments yang ditetapkan syaitan.Mudah sangat kalau nak sekor 4 flat.Jadi walaupun syaitan ditambat dalam bulan Ramadhan,para lulusannya boleh diharapkan sangat menjalankan aktivitinya.Sebab tu dalam Ramadhan pun berbagai kerenah manusia yang mengaku muslim tetap saja menjuruskan kea rah kerja2 mungkar.


Bulan ramadhan depa juga puasa.Tapi rugi pada mereka yang tidak menunaikan sembahyang.Yang dapatnya hanya lapar dan dahaga.Kebetulan dalam bulan ramadhan ini aku berhenti di depan kedai nombor ekor.Wah, berduyun2 orang kita pergi membeli nombor.Aku kenal mereka bangsa apa,lebih2 lagi orang Melayu.Mungkin mereka tak hiraukan aku,kerana mereka pun sangka aku nak membeli juga….masyaallah


Media-massa juga tak tertinggal dengan aktiviti mungkar. Membuat fitnah politik menjadi2,tanpa hirau ini bulan Ramadhan.Berita2 tv juga terheret ke arah itu.Seharusnya perlu ada pegawai2 agama menapis berita2 yang berunsur fitnah di rentikan,sekurang2nya menghormati bulan mulia dalam Negara Islam Hadhari.Ingat sudah cukup dah masa berkempen dulu menabur dosa ke setiap lorong dan belukar.Lima tahun sekali kita akan berpesta dosa.


Itulah yang dikatakan manusia , yang dah hilang kemanusiaannya.Tak pernah nak ambil iktibar dari kisah2 dalam Al-Quran……Subhanallah.

TULISAN YANG TAK DAPAT DI SUBMIT DALAM RAMADHAN ,KERANA CABLE TELEKOM PUTUS

DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI ALLAH LAGI YANG MAHA PEMURAH


1

Sebenarnya mukhadimah berpuasa sudah mula sejak masok bulan Rejab,tapi oleh kerana kerenah kita berpolitik telah mensia-sia masa berlalu begitu saja.Kita jadi lalai tak tentu pasal.Kita terconget2 menggila tak tentu arah.Kejahilan kita mengatasi ilmu.Ustaz2 kita juga kurang memberi perhatian terhadap agama,kalau ada pun minoritinya ketara.Cara kita berdakwah tak berkesan.Kerana peranan ulamak2 yang pentingkan dunia tak memberi roh untuk kecintaan keagamaan.Sesetengahnya bergelumang dengan para pendusta.Mereka mengia bila Al-Quran nak ditafsirkan semula.Mereka mengangguk bila bantuan ke sekolah2 agama rakyat ditarik.Mereka turut bertepok bila lagu Al-Ghazali dan Al-Shapie dinyanyikan.Mereka turut membisu bila duit2 royalti minyak tercicir dijalanan.Malah mereka akan mempositifkan apa saja,supaya kocek mereka tak kosong.Yang aku paling sakit hati ( ini cerita lama ) bila salah sorang mereka berkata boleh tanggoh sembahyang untuk mengharumkan nama Negara ( peristiwa maidin berenang di selat inggeris ).Sayogianya ibadat2 lain tak diterima Allah bila tinggalkan sembahyang.Apakah dikatakan ibadat bila berenang nak harumkan nama Negara ? Lecehlah.


2

Dalam sebuah hadis Nabi saw ( hadis riwayat Suhal alsaad A-saidi ),Nabi bersabda maksudnya ialah supaya kita jaga dunia dan perempuan.Kita disuruh menjaga dunia ,bukan tinggal dunia.Kita disuruh jaga perempuan,bukan merendahkan darjat perempuan.Kalau dilihat dari mata kasar kita robek2kan dunia dan perempuan.Kita perlingkopkan dua2nya sekali.Dari dunia kita buatkan benda haram.Harta dunia banyak yang jadi haram.Minumam haram,makanan haram.Sebutkan apa jenis pun banyaklah haramnya.Perempuan2 kita biarkan mereka dalam haram.Tak tutup aurat,kepala bogel,tubuh bogel.belah sana ,dedah sini.Dalam majlis2 yang lelaki berpakaian sopan,tapi perempuan masyaallah.Berapa banyak kita biarkan yang perempuan memperagakan body mereka.Dalam apa saja aktibiti ekonomi,perempuanlah yang jadi target.Dalam Islam,perempuan adalah seperti barang yang berharga; perlu dibungkus (tutup aurat).Yahudi memperniagakan perempuan.sebab mereka anggap kerana perempuanlah Adam as diturunkan ke bumi.


3

Kita masih membenarkan pendusta2 kuno berligar di kepala . Kita jahil dan kita hidup di zaman gelap . Ilmu kita cetek kerana terpengaroh dengan kesedapan harta dunia yang sedikit.Ulamak yang menjalankan tugas Nabi cukup sikit,bilangan minority .Mereka tidak dipedulikan.Tidak sapa nak ikut.Malah mereka dimalukan.Golongan yang mengenepikan ulamak ini hati cukup jahat dan mulut mereka manis.Mereka mahu yang ada kuasa dan harta.Mereka cukup suka orang jahil,supaya mudah menipu.Mereka menipu bahawa boleh berzina,kerana dharurat.Tak boleh potong tangan pada pencuri,tapi beri kerja kat dia.Cuba beri tengok,habis harta majikan dicurinya.Anjur benda2 maksiat.Ni Anvil pula nak mai,dulu si Gerudi dari Indonesia.Ada kedengaran pula nak berikan zakat kepada pelacur,untuk mencegah lacuran.Aku masih ingat bekas PM kita dulu pernah berkata : tak mesti orang tak sembahyang tu jahat.Itulah pendusta2 kuno aku katakana masih berligar di kawasan minda kita.Pendusta kuno Firaun,Qarun,Hamman dan Ubai anak Qulaf masih ada di mana2 saja.Awasi lah mereka ,biarlah kita timba ilmu untuk mendapat cahaya dalam hidup dan hidup kita tak terpesong.


DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI ,DAN AKU DOAKAN SEMUA PEMBACA BLOG AKU AKAN MENDAPAT MANFAAT SEMAKSIMA MUNGKIN DI DALAM BULAN YANG MULIA INI….INSYAALLAH……..AMEEN

CURI CABLE PUNYA PASAI,BLOG AKU TERHENTI

Maaf pada pembaca2 blog aku,kerana dah lebih sebulan aku tak aktif.Cuma kerana gara2 ada hantu dalam diri manusia.Mereka bukan mencuri tapi mengkhianati orang ramai.Mencuri cable menjadi2 di daerah ku.Terima kasih pada Pak Shariff kerana mengsegerakan kerja baik-pulih.

Insyaallah akan aku mula menulis,maklumlah pick-up jadi lambat sikit sebab 'bercuti' lebih dari sebulan.

Ucapkan selamat aidilfitri pada semua.Maaf di lahir dan di batin.

Saturday, September 6, 2008

APA MAKNA YAA-SIIN ?

TAZKIRAH………APA MAKNA YAA-SIIN ?


Surah yang banyak kita membaca ialah Surah Yaa-Siin. Itu sudah semua maklum.Musim peperiksaan kita baca, Musim haji kita baca, kat orang sakit kita baca ,di kubur kita baca , malam jumaat kita baca. Dok saja2 pun kita akan baca.Majoriti muslim boleh hafal Yaa-Siin.

Tak semua kita paham apa erti dan maksud kedua2 huruf tersebut ( sebagai akronim ).Jadi aku syok nak paparkan beberapa pendapat ulamak tulin tentang kedua huruf ini.Aku tak cedok pendapat ulamak2 bisu , depa ni ada kepentingan diri.Aku susunkan dibawah ni pendapat2 mereka.

1

Ia bererti sumpah yang dipakai Allah.

Ia kalimah nama2 Allah.

Ia adalah nama surah dari Al-Quran , semata2 nama surah.

Yaa bermaksud hai , dan Siin bermaksud penghulu.Jadi “Hai Penghulu”,iaitu Nabi saw.

Ia bermaksud “Hai Nabi ,penghulu segala manusia”.

Ia bermaksud “Wahai Manusia/Insan”.

Ia bermaksud “Wahai Muhammad” , nama lain bagi Muhammad.

Maknanya dalam pengetahuan Allah,ini pendapat Saidina Ali,tak perlu dikaji,yang perlu ayat berikutnya.

Bersempena dengan nama Nabi saw , dan satu lagi nama Nabi saw ialah Tho-Ha.Sebab itu di dinding Mesjid Nabawi di Medinah di tulis Yaa-Siin dan Tho-Ha.


2

Huruf2 yang Allah ikatkan menjadi akronim banyak terdapat dalam Al-Quran,selainnya Aliff –Lam-Minn , Aliff-Lam –Rho dan lain2nya.Dan selalunya selepas akronim2 itu akan tersusul pula ayat mengenai Al-kitab/Al-Quran.Maknanya Allah menyuruh kita mengkaji Al-Kitab.Kerana dah comform ia sebuah kitab ‘catalog’ untuk manusia hidup di dunia dan akhirat.Untuk buat pedoman.Supaya tak hilang pedoman Al-Quran lah tempat rojokan.Dan Nabi tafsirkan dalam Hadis2nya pada mana2 yang terhindar kerana kebodohan kita.Ia sesuai untuk semua zaman,malah diakhirat nanti kita akan diadili melalui Al-Quran.

WALLAHUA’LAM.

TAZKIRAH..........DULU,KINI DAN SELAMANYA IALAH AL-QURAN

TAZKIRAH……ALLAH CONFIRMED AL-QURAN ITU BIJAK


Baru2 ni sibok kita dengan sumpah.Sumpah manusia ialah sumpah palsu,ialah sumpah tipu-helah,ialah sumpah konspirasi,ialah sumpah sebelum dibicarakan yang belum dibedah siasat.Sumpah yang belum jelas kesahihannya.Manusia boleh bersumpah apa saja , sumpah boleh direka2,sumpah boleh dipaksa,kekadang bersumpah untuk menghilang tekanan.Tekanan jiwa memaksa seseorang bersumpah.Kanak2 hingga manusia dewasa suka bersumpah.SN Shahnon bersumpah PUK**** dalam novel satirenya berjudul SHIT.Kanak2 suka sangat bersumpah ‘panah lintar’.Ada orang dewasa bersumpah dengan menyebut nama2 alat kelamin. Bu*** hang,PE**** hang, KO** hang,KEL***** hang dan sebagainya.


Dalam Al-quran Allah bersumpah berbagainya untuk meyakinkan manusia.Allah tak malu bersumpah dengan makhluk2 kecil seperti lalat,semut.Dia bersumpah dengan masa.Wa Duha, Wal Asry, wal-Fajr dan sebagainya.Semua DNA nya dalam Al-quran.Dia bersumpah dengan huruf2.Dengan huruf Yaa dan huruf Sin,dengan huruf Tho dan huruf Haa , huruf Alif,huruf Lam,huruf Mimm,huruf Shod dan lain2nya.Selepas bersumpah,ayat yang diikuti ialah ayat yang memerintah tentang kebijaksanaan Al-Quran.Maknanya kamu tak bijak wahai manusia,yang bijak ialah Al-quran.Al-Quran bijak dari kamu.Allah yang confirmed kan begitu,jadi mengapa kita cuba lari dari Al-Quran ? Kita masih dok nak gunakan kepala hotak berselut kita.Al-Quran confirmed boleh selesai masalah,boleh selesai segala kerumitan,boleh membawa penyelamat,boleh memberi bimbingan,boleh membawa kebahagiaan,isinya sesuai pada semua zaman.Dan confirmed undang2nya akan di praktikkan di hari akhirat.Manusia akan diadili dengan undang2 Al-Quran.Berapa banyak manusia jadi syirik kerana membelakangkan Al-Quran.

Manusia banyak membazirkan waktu dan wang dengan kerja sia2.Menerokai angkasa lepas untuk mencari adakah sumber air di planet2 lainnya seperti marikh.Supaya manusia boleh hidup di sana.Al-Quran dah jelaskan bahawa adalah hidup manusia di bumi.Nabi Adam diturunkan ke bumi untuk menjadi kalifahnya.apa dok sibok nak pi hidup di marikh ? Dalam Al-Quran rahsia uranium untuk membuat tenaga nukliar pun ada.Tentera Abrahah pun telah menerima sasaran serangan nukliar dari burung2 Ababil.Sebab tu Iran berusaha2 bersungguh dengan uranium dan tenaga nukliarnya.Berapa banyak batu yang boleh kita ambil uraniumnya.

Yang sebenarnya dulu,kini dan selamanya ialah Al-Quran.


SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL-MUBARAK

DAIRY PRODUCTS....CUBA JAUHINYA

DAIRY PRODUCTS...JAUHILAH SEBOLEH2NYA


Aku terima sebuah emel yang kemukakan bahawa rakyat negeri China kurang mendapat penyakit2 kronic berbanding negara2 maju di barat.Alasannya ialah kerana mereka memakan banyak sayur2an dan banyak memakan ternakan2 peliharaan sendiri.Babi pun mereka kurang memakannya.Ternakan peliharaan secara komersial mendatangkan masalah kepada pemakannya,kerana ternakan2 itu ialah ternakan bermasaalah.Mereka tidak mendapat kebebasan hidup sebagai binatang.Kebebasan sebagai binatang tidak membinatangkan mereka.Berbagai tekanan yang mereka dapat yang kita tidak tahu.Punca tersebut akan membawa kepada manusia yang memakan mereka.Nafsu tertekan ,shahwat mereka tertekan,tiada ada kebebasan memilih makanan.Buli membuli berlaku dalam kelompok mereka.Dan berbagainya.

Aku mengikuti satu pengajian agama dan ustaz yang mengajar menceritakan perkara yang serupa.Tapi tidaklah mengenai orang negeri China.Dia cerita tentang kita dan pemakanannya menyebabkan kita jadi tak senonoh.Mengikutnya lembu susu menghadapi banyak tekanan dalam hayatnya.Tiada membinatangkan mereka sebagai lembu.Cara hidup,cara makan dan cara mereka dipaksa setiap hari mengeluarkan susu dengan bebagai suntikan ubat, membuat mereka tension.Dari susu yang tension itulah kita makan.Kita beri anak2 kita makan.Dan hasilnya apa yang kita lihat sekarang.Banyak hadis dan ayat2 Al-quran yang dia baca,yang aku tak upaya melanjutkan proof yang diutarakan Allah kepada kita.Tapi yakinlah Allah ,Dialah Maha Alim.Susu itu Cuma satu contoh,banyak lagi yang dia cerita.

Kalau makan babi,perangai jadi macam babi.Kalau makan benda haram dan dari punca yang haram,haram nak mudah masok syurga.Kena dibakar dulu sebagai rawatannya….nauzubillah.
CUBA LAYARI WEB INI..... http://www.meat.org/
http://www.peta.org/


MAKANLAH BENDA2 YANG BAIK,YANG HARAM ITU JELAS,YANG HALAL PUN JELAS DAN JAUHILAH YANG SYUBHAH

Thursday, September 4, 2008

TAZKIRAH..........THE PRAYER MAKE YOUR HEART RICH

SEMBAHYANG MEMPERKAYAKAN JIWA


Sembahyang itu amat banyak faedahnya, faedah sembahyang, dan sembahyang membukakan hati bagi orang yang papa.Papa ni ada dua, satu papa pada harta benda, ada orang yang papa pada jiwa, dua. Kadang-kadang harta benda dia banyak, duit banyak, harta benda cukup banyak, tapi jiwa dia papa, jiwa dia kosong. Maknanya bagi orang yang jiwa dia kosong, dia paham, dia buat apa pun rasa tak terisi, haa ni orang yang papa jiwa, sebab tu kita nak supaya jiwa kita ni jangan papa…Sebab tu disebut, "Laisa qhinaa maal kathrotil maal, laakin qhinaa qhinaa nafsi", bukan kaya orang banyak harta, kata Nabi, tu kita aja kata kaya, "Laakin qhinaa qhinaa nafsi", yang dikatakan kaya itu orang yang kaya jiwa. Orang yang kaya jiwa. Maknanya jiwa dia tak papa.
Jadi… sembahyang itu boleh mengkayakan jiwa, jiwa kita menjadi kaya, rohani kita kaya, perasaan kita kaya, kerana apa? Kerana kita orang yang sembahyang.



PERKAYAKAN ROHANI MELALUI RAMADHAN AL-MUBARAK

TAZKIRAH.......SEMBAHYANG ITU NUR

Sabda Nabi saw," Sembahyang itu nur".
Sembahyang-sembahyang itu cahaya, assolaatu nur, sembahyang itu cahaya, orang yang sembahyang, orang ni ada cahaya, ada nur, apa nur?


Pertama, nur pada wajah dia, orang sembahyang ni ada nur pada wajah dia, ada cahaya, benda ni benda bukan boleh buat-buat, Allah bagi dengan keikhlasan kita, tak payah duk pi sujud dok tenyeh dahi hari-hari bagi nampak hitam, kalau hitam pun hitam, kalau tak hitam pun takpa, Allah bagi nur.

Yang kedua nur pada hati, nur pada hati dia bercahaya, jadi ni lah orang yang memelihara sembahyang, bukan sembahyang saja, dia jaga sembahyang.
Jadi maknanya kalau jaga sembahyang kena jaga macam-macamlah, bukan boleh jaga sembahyang saja. Kalau kita nak jaga sembahyang kita ni, biaq tumpu, biaq khusyuk… makanan kita kita kena jaga, jangan duk makan benda-benda haram, jangan duk makan benda-benda syubhah, jangan. Pakaian kita pun kena jaga, jangan boleh timbul fitnah pada orang. Hati kita pun kena jaga, jangan duk sangka buruk kat orang. Tingkah laku mata kita jangan duk tengok benda-benda haram, telinga kita jangan duk dengaq, baru orang panggil, baru sembahyang kita ni boleh tumpu, baru boleh jadi baik… Amanlah kalau orang boleh jaga sembahyang, boleh jaga kesemuanya sekali, itu namanya sembahyang itu nur, cahaya, Allah bagi cahaya…


SEMOGA RAMADHAN MEMBAWA MANFAAT

Wednesday, September 3, 2008

THIS WHOLE WORLD IS A SHIT ?

SATU DUNIA DAH PENOH DENGAN KEJAHATAN


Sekali imbas begitulah sebenarnya . Malah ditempat sendiri pun bercambah dengan kejahatan . Kalau di negara2 barat hebatnya dah tak diambil kisah lagi. Setiap saat ada saja kes2 jenayah berlaku. Bukan saja satu kes satu saat,malah dah berganda.Semua itu dah Nabi beritahu 1400 tahun dulu lagi.Dok timbul satu lepaih satu , hanya perkara2 besar saja menunggu giliran.Manusia didalam kelalaian,dan Allah akan cekop semasa dok lalai sebegini.


Buka TV,24 jam penuh dengan maksiat.Dalam beribu2 channel,sukar nak cari yang baik.Baca suratkhabar pun begitu,bagai2 buruknya.Pi stadium bertemu beribu2 orang tak sembahyang.Di taman bunga,penuh dengan couple merendek secara terbuka.Di kedai makan ada juga makan secara terbuka walaupun dalam bulan Ramadhan.Pi pasaraya,pi pasar ramadhan ,pi pasar sehari,masih banyak pompuan tak tutup aurat.Masih banyak kepala dogol.Yang gadis masih banyak pakaian ketat.Boleh nampak bentuk tubuh,bentuk buah dada,bentuk celah kangkang..Pungkor terkodek2 bila berjalan.Dah hilang pedoman.


Makhluk menzalimi makhluk sendiri.Kurang pengcegahan.YAB Lim Guan Eng pula pandai bersuara : Amal makruf ,nahi mungkar.Kita ada berbagai2 agensi keagamaan , tapi tiada roh dalam pelaksanaannya.Rogol dah jadi terang2an , zina bertaburan bukan saja dari golongan elit di hotel besar,malahan didalam belukar dan taman2 bunga meleleh keluar air mani.Meragut dan samseng jalanraya dah lama mengganas . Riba dan rasuah diamal , makin besar makannya, jutaan2 ringgitnya. Arak ditelan terang2an dan disponsor dalam temasya2 tertentu.Dalam bajet tak memberi penekanan secara total untuk membasminya.Perjudian pun bermacam2 caranya.Jualan langsung ada berbagai kerenahnya.Penipuan dan paksaan menjadi2.


Tunggulah rupa bala akan tiba,bila maksiat tak dicegah.Semuanya dari kejatuhan akhlak.Pemimpin dan rakyat mestilah berakhlak mulia.


Tak guna nak adakan koridor timur,barat ,utara dan selatan,selagi tak pupukkan akhlak mulia.Not worthwhile when we are against the laws of Allah.

Kalau masih haprak juga,hapraklah jadi di akhirat.
Jangan durhaka Allah.SELAMAT MEMULIAKAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Tuesday, September 2, 2008

MACAM-MACAM ADA !!!

Zaman la ni, zaman macam-macam benda jahat ada.
Tak macam zaman kita dulu, zaman kita kecik-kecik dulu, tapi yang tua-tua daripada saya lagi, jahat depa jenis lain.
Jahat panjat pokok, jahat lastik burung, jahat orang dulu-dulu, terjun ban, jahat orang dulu-dulu, jahat dia nampak tapi tak teruk sangat, paling jahat, curi padi orang… jahat curi ayam orang, telur ayam orang, setara tu aja jahat orang dulu-dulu.

Tapi jahat orang la ni eii…kita dengaq pun takut, dalam internet tu ada serba mak nenek, hak barat-barat, hak kristian-kristian duk mai macam-macam, hak kita panggil apa dia ni, black metal, ya Allah…jahat teruk.
Seronok sangat, orang-orang kita masuk, sapa? Anti agama, anti tuhan, sampai kutip quran-quran di masjid, bubuh satu tempat pakat kencing, pakat pijak, pakat berak, ni jahat yang cukup teruk, taktau nak habaq dah, jahat yang boleh jadi kafir, boleh jadi murtad,. ...nauzubillah


Risau, keluaq daripada rumah, macam-macam ada, dalam rumah, televisyen tu, macam-macam ada, sebab tu, kita gak kena tengok televisyen, tengok tu tengok sesuai dak benda ni anak-pinak kita tengok, tak sesuai jangan bagi tengok.
Kartun-kartun tu kena tengok, saya tengok kartun, sesuai dak anak kita tengok ni kartun nih, kadang dia buat kartun tu macam tuhan, boleh buat semua, boleh buat semua, haa tu toksah bagi tengok, mengarut…

Kita kena perhati, nak harap Lembaga Penapisan Filem, umph… kita ni kena tapis, macam-macam duk ada la, kena tengok sama cerita tu, sesuai ka tak sesuai.

Rakyat akan ikut agama pemimpin.Kalau pemimpin tu kuat agama,alhamdulliah. Uhh....kalau yang lintang pukang tu,habis rosak susu sebelanga.Seekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.

SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN AL-MUBARAK.

KHUSYUK KAH SEMBAHYANG KITA ?

1

Tanya kita sendiri, kita ni berjaya ke tak berjaya? Makna khusyuk ka tak khusyuk ka dalam sembahyang? Tak berjaya lagi?
Gagal, gagal apa? Syaitan boleh tawan hati kita, syaitan boleh tembus hati kita, kita tak berjaya.
Yang kata Allah, mukmin yang berjaya ialah yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, dia berjaya.
Kita nak bangga apa?, kita nak besar diri apa? kita nak sombong apa? Tak usah sombonglah, toksah banggalah, sembahyang kita pun teruk lagi, malu pada Allah Subhanahu Wataala, ni mengaji sikit berasa alim dah, toksah lah.
Buat amal ibadat sikit berasa dia amal ibadat banyak, toksah duk riak lah.
Allah kata apa, berjayalah orang beriman yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, check balik kat diri kita, sembahyang boleh khusyuk?
Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak, Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak.
2
Sebab tu sembahyang di rumah sorang-sorang tu tak patut dah, lebih-lebih lagi bagi orang yang tak khusyuk lagi tak patut.
Nak harap kita sorang, memang sembahyang sorang, lagi bercelaru… kena pulak kita ni, bukan orang ingat sangat,.
Sebab tu kita ni kalau kita sedar sembahyang kita memang dah teruk dah, kalau sembahyang di rumah sorang-sorang, lagi teruk, ajar sembahyang jemaah.
Kot boleh bantu sikit, kawan nuh khusyuk tang rukuk, kawan nih khusyuk tang sujud, kita khusyuk tang takbir, campur-campur ada la jugak, ni sorang, sorang lah…

3
Banyak lagi benda kita nak berjaya diri kita, harap-harap biarlah kita mati dalam keadaan sembahyang kita khusyu.
Sebab apa tak khusyuk? Dosa banyak, sebab tu kita tak khusyuk, kita dosa banyak, jiwa kita ni kotor, hati kita ni kotor.
Allahu akbar tak boleh tolong, ditutup dengan dosa, nak check darah tinggi doktor balut buh menatang apa, pam, pam-pam ha… tengok darah tinggi, ada takda, nak check panas letak tang dahi, tengok tera mana, nak check kencing manis, ha… check darah, ada kencing manis? Takdak.
Nak check dosa? Nak pam tang mana? Check dosa banyak sikit? Tak payahlah, Allahuakbar kalau khusyuk elok, alhamdulillah… dosa tak banyak, kalau Allahuakbar ingat serba mak nenek, dosa bercambah, senang ja, nak tau dosa banyak, dosa sikit, sembahyang, hari-hari boleh check.
Dosa kurang, insyaallah… boleh khusyuk.
4
Macam mana nak khusyuk dalam sembahyang?
Hang pi mengaji.
Kena mengaji bab dia, bab khusyuk.
Sekurang-kurangnya kita mengaji mengaji ni baru kita tau, sembahyang kita pun teruk lagi, kita rasa bersalah lagi, maka barulah kita tak sombong sangat, kadang syaitan ni mari berasa kita ni buat ibadah banyak sangat dah, berasa kita ni amal banyak sangat dah.
Padahal kalau check-check betul, buat betulla buat, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, tapi berjaya ka tidak?
Berusaha lagi, berusaha berusaha macam orang berniaga, lagi mana tak kaya, tak berjaya lagi, berusaha berusaha berusaha sampai dapat, sembahyang kita pun lagu tuh, berusaha berusaha berusaha smpai kita dapat khusyuk, insyaallah dapat.
Angkat takbiratul ihram seronok ja, sembahyang pun seronok ja, boleh mengadap Allah Taala, boleh bercakap-cakap dengan Allah Taala, boleh merayu merayu dengan Allah Taala, bermunajat dengan Allah Taala, munajat ni merayu, berbisik, memohon.
SEMOGA SEMBAHYANG KITA DAPAT MENCEGAH KEMUNGKARAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Monday, September 1, 2008

TUNAIKAN SOLAT

Ramai ni orang tak sembahyang ni… teman kita.. sebab tu kita turun bala macam-macam. Macam-macam bala terima. Allah Ta’ala bala yang tak sembahyang ramai. Suruhlah sembahyang.
Laa sapa yang nak suruh sembahyang? Tak ada orang nak suruh. Nak suruh benda lain, banyak. Mak bapa banyak tak suruh. Ketua kampung pun tak suruh orang-orang kampung dia sembahyang. JKK pun tak suruh orang bawah-bawah dia sembahyang. Wakil rakyat pun tak suruh orang-orang bawah dia sembahyang. Tak suruh setara mana. Tekan bab sembahyang tu tak ada.
Cuba pakat suruh.
Ni kerja JKK, projek longkang sana longkang sini. Titi sana titi sini. Bagus bukan saya nak tak suruh, buat pi lah yang tu, tapi cubalah mesyuarat sama macam mana kita nak buat, orang kita tak sembahyang ni.
Ketua-ketua kampung, wakil-wakil rakyat.. Itu amanah yang Allah terletak pada kita.. ambil tindakan, mesyuarat, bincang, jangan sampai tajuk sembahyang ni tak timbul langsung.

Tak kira..kena kata semua. Cuba mesyuarat sama bab sembahyang. Ni macam mana ni orang kita ni.. tak pernah mai surau, tak pernah mai masjid, tak pernah sembahyang ni, macam mana kita nak buat.
Tak adakah tindakan apa-apa. Takkan kita kerja nak bagi dunia aja kat depa. Akhirat macam mana. Esok Tuhan nak tanya jawatan yang Allah Ta’ala bagi pada kita, ni tak peduli. Nak peduli apa, ni kadang-kadang dia pun tak sembahyang!

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

KITA REJAMKAN NAFSU KITA

Kejahatan ni ada dua, kejahatan diri kita sendiri dan kejahatan syaitan. Yang payah sekali kejahatan diri kita. Apa kejahatan diri kita? Nafsu. Duduk pada kita.
Ni orang dok kata bulan Ramadhan syaitan kena belenggu. Syaitan kena tambat. Syaitan kena gari. Bulan Ramadhan.
Lepas pada tu sebab apa ada jahat? Dah syaitan kena tambat semua dah, moto-moto tinggallah kunci di moto tu. Tinggal kunci-kunci di kereta, siapa yang nak curi? Dah syaitan tak ada. Ha tinggal - cerah moto hang! Balik jalan kakilah jawabnya, walaupun bulan Ramadhan.
Sebab jahat ni ada dua. Yang pertama syaitan, yang kedua nafsu.
Nak masuk bulan Ramadhan, syaitan wasiat siap-siap kat nafsu, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni. Macam ni, macam ni.
Jadi, kejahatan yang ada pada diri kita sendiri ialah nafsu. Boleh buang dak nafsu? Tak boleh. Nak buang nafsu, kena mati, baru tak ada nafsu. Lagi hidup ada nafsu. Nak buat macam mana?
Didik dia bagi jadi baik.
Asuh dia bagi jadi baik.
Latih dia bagi jadi baik.
Itu nafsu. Nak buang dia tak boleh. Macam mana nak didik? Kena tarbiyah.


Antara tarbiyah nafsu, kita berpuasa. Tak makan. Nafsu makan ni. Tak minum. Nafsu minum ni. Tak bersetubuh di siang hari. Bersetubuh ni nafsu.
Tapi rejam dia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak. Mudah-mudahan selepas daripada Ramadhan, kita boleh control nafsu jahat kita. Nafsu jahat kita itu kita rejam di bulan Ramadhan.
Semoga di bulan Ramadhan ni kita mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Sunday, August 31, 2008

SEMBAHYANG TERAWEH GOPOH PRR-PRR-PRR

Sembahyang ni dia syurga dunia yang paling nikmat - Ialah sembahyang.
Sebab apa bila sampai pada kita tak nikmat? Sembahyang tak sedap? Bergagah sahaja? Tengok sembahyang terawih nak sampai 20 tak larat menggeliat. Sebab apa?
Sebab kita ada penyakit. Orang tak ada penyakit bukan setakat 20 rakaat, ribu rakaat orang boleh buat. Wali waliyullah, wali waliyullah, boleh sembahyang, boleh sembahyang beribu-ribu rakaat. Kita? 20 rakaat pun bergagah. 8 rakaat pun bergagah, sebab kita ada penyakit.
Penyakit apa?
Bukan kencing manis, bukan darah tinggi. Penyakit dalam hati. Jahil. Kotor hati kita.
Sebab tu tak sedap. Tak sedap. Macam orang.. bila orang hidang makanan, sedap setara mana pun, dah dia ada penyakit, penyakit demam, pening kepala, loya, beri makan makanan apa pun,lauk apa pun, kambing masak khurma pun, tak sedap. Sebab apa? Sebab dia ada penyakit. Cuba orang yang tak ada penyakit. Dia mamah kepala-kepala. Sebab dia tak ada penyakit.
Begitu juga sembahyang. Orang yangtak ada penyakit nikmat. Sebab itu tuan-tuan kalau kita dok bergagah bergagah bergagah sembahyang, tak jadi apa. Nak macam mana cara? Berusaha bagi sembahyang tu sedap. Berusaha bagi sembahyang tu seronok. Macam tak puas 20 ni. Kalau boleh terawih 40 pun tak pa aku. Siapa pun tak berani nak sebut yang ni. Tak berani.
Yang dok sebut la ni 8, 20, 8, 20. Dak kot cari kot-kot ada khilaf 4 tak ada ka? Kot-kot khilaf-khilaf dhoif-dhoif pun jadilah, boleh pakai lagi. Tak ada dah.
Sebab apa kita tak pergi ke arah situ? Kita tak syok. Tak sedap.
Jadi maknanya macam mana?
Sebab kita buat ibadat - gitu- buat… musim terawih, kita buat, musim terawih, kita buat. Tak jadi sembahyang tu ditunggu-tunggu.
Sembahyang ni satu benda nikmat, satu benda seronok. Barulah kita tak bergagah, kita puas boleh buat. Puas. Muka pun rajin. Jadi tak ada masalah.
Jadi untuk selesai masalah ni, tuan-tuan, kita kena bersih hati kita. Kita kena sedar diri kita. Kita kena ingat nikmat Allah Ta’ala yang bagi kepada kita banyak. Kita kena ingat amal-amal yang kita buat tak banyak mana, ni peluang untuk aku kumpulkan pahala sebanyak mungkin yang boleh. Kena fikir itu semua.
Kena berusaha benda ni, barulah nak jadi.
Bertaubat daripada segala dosa-dosa. Yang macam kita belajar inshaallah kita boleh dapat semangat balik. Sebab tu kita letak dua, macam tafsir tu, tu dia nak semangat kita balik. Sebab kita tak sedar diri kita. Kita tak faham diri kita macam mana. Sebab tu kita tak kenal Tuhan kita. Tak kenal Tuhan kita.
Lagi satu kita laa ni sihat. Boleh berjalan, boleh ruku’, boleh apa.
Terkedang atas katil - ngap ngap ngap tak leh buat, masa tu baru hang nak tepuk dahi. Nak tepuk dahi. Laa sihat, sembahyang terawih pun malas. Bukan nak sembahyang sangat, bergagah sahaja.
Buatlah tuan-tuan sekalian. Lawan-lawan sikit malas tu. Lepas tu ajar-ajar bagi jadi sedap. Sedap. Jadi sedap. Bagi jadi nikmat. Tak sedap, hati kita ada penyakit. Hati kita ada penyakit. Bagi nikmat.
Sebab tu, tok-tok Imam terawih pun baca janganlah kalut sangat. Nak sedap macam mana, tak tahu prr prr prr. Menatang apa dia baca tak tahu. Tak tahu apa. Mana nak mari sedap. Dia gaduh. Pelan-pelan. Apa makna terawih? Berehat-rehat. Pelan-pelan baca. Hayati. Ni nak hayati lagu mana, sampak tak tahu apa prr prr prr…dhooolllin. Sedar-sedar dhooolllin dah.
Tak kira panjang pendek, tak kira apa semua. Tak nikmat. Kita gaduh nak ke banyak. Selalu saya habag banyak kali dah. Apa pun, kita bukan nak kira nak sempurna, nak bagi banyak. Fesyen kita lagu tu. Lailaaa……………..qadiirrrr. Janji sepuluh. Betul tak betul tok sah kira. Perangai tu dok bawa lagi. Sampai ke terawih. Janji 20. Cucah cucah cucah tak pa. Bukan kira lagu tu. Nak buat sempurna.
Kita buat ni nak apa? Nak pahala. Nak pahala. Sembahyang untuk apa -
Inassholaa tatan haa ‘anil fahsyaa iwal munkar.
Sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran.
Kalau sembahyang kelam kabut macam tu, dia boleh jadi benteng kat kita ka? Satu. Dia boleh bawa kesan pada peribadi kita kah? Boleh bawa kesan pada akhlak kita kah? Tak boleh.
Sempurna sembahyang. Jangan kalut. Nak balik buat apa di rumah? Yang gaduh nak balik sangat ada apa di rumah? Televisyen? Lambat-lambat sikit pun tak apa. Tu saya sebut tu kalau prr prr prr sampai tak tahu ekoq kepala baca, sembahyang lapanlah senang. Kalau 8 jugak kalut sampai tak tahu apa, tok sah sembahyang langsunglah.
Dah bagi lapan pun prrr.. dia dok cerita tempat kami paling best, 9 suku clear sekali dengan witir. Ni. Nak 9 suku clear sekali dengan witir-witir. Kita nak buat ibadat. Baik sempurna. Tu saya kata, Allah suka kita buat ibadat. Tak banyak pun tak apa, tapi sempurna. Banyak sempurna, lagi baik. Jangan gaduh.
Yang kita gaduh-gaduh nak sudah cepat, bukan buat apa pun lepas sembahyang. Sudah sat gi pi duduk balai lintang, bukan nak balik terus. Sembang pulak.
Hak sembang sahaja pun pi pukul 12 pukul 1. Sembahyang, setengah jam rasa lama sangat dah.

Saturday, August 30, 2008

ALLAH YA ROBBI

DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI ALLAH


1

Sebenarnya mukhadimah berpuasa sudah mula sejak masok bulan Rejab,tapi oleh kerana kerenah kita berpolitik telah mensia-sia masa berlalu begitu saja.Kita jadi lalai tak tentu pasal.Kita terconget2 menggila tak tentu arah.Kejahilan kita mengatasi ilmu.Ustaz2 kita juga kurang memberi perhatian terhadap agama,kalau ada pun minoritinya ketara.Cara kita berdakwah tak berkesan.Kerana peranan ulamak2 yang pentingkan dunia tak memberi roh untuk kecintaan keagamaan.Sesetengahnya bergelumang dengan para pendusta.Mereka mengia bila Al-Quran nak ditafsirkan semula.Mereka mengangguk bila bantuan ke sekolah2 agama rakyat ditarik.Mereka turut bertepok bila lagu Al-Ghazali dan Al-Shapie dinyanyikan.Mereka turut membisu bila duit2 royalti minyak tercicir dijalanan.Malah mereka akan mempositifkan apa saja,supaya kocek mereka tak kosong.Yang aku paling sakit hati ( ini cerita lama ) bila salah sorang mereka berkata boleh tanggoh sembahyang untuk mengharumkan nama Negara ( peristiwa maidin berenang di selat inggeris ).Sayogianya ibadat2 lain tak diterima Allah bila tinggalkan sembahyang.Apakah dikatakan ibadat bila berenang nak harumkan nama Negara ? Lecehlah.Dah lah tak tutup aurat.Duit membazir berjuta2.Apa nak diharumkan? Sebenarnya anjur aktiviti maksiat.


2

Dalam sebuah hadis Nabi saw ( hadis riwayat Suhal alsaad A-saidi ),Nabi bersabda maksudnya ialah supaya kita jaga dunia dan perempuan.Kita disuruh menjaga dunia ,bukan tinggal dunia.Kita disuruh jaga perempuan,bukan merendahkan darjat perempuan.Kalau dilihat dari mata kasar kita robek2kan dunia dan perempuan.Kita perlingkopkan dua2nya sekali.Dari dunia kita buatkan benda haram.Harta dunia banyak yang jadi haram.Minumam haram,makanan haram.Sebutkan apa jenis pun banyaklah haramnya.Perempuan2 kita biarkan mereka dalam haram.Tak tutup aurat,kepala bogel,tubuh bogel.belah sana ,dedah sini.Dalam majlis2 yang lelaki berpakaian sopan,tapi perempuan masyaallah.Berapa banyak kita biarkan yang perempuan memperagakan body mereka.Dalam apa saja aktibiti ekonomi,perempuanlah yang jadi target.Dalam Islam,perempuan adalah seperti barang yang berharga; perlu dibungkus (tutup aurat).Yahudi memperniagakan perempuan.sebab mereka anggap kerana perempuanlah Adam as diturunkan ke bumi.


3

Kita masih membenarkan pendusta2 kuno berligar di kepala . Kita jahil dan kita hidup di zaman gelap . Ilmu kita cetek kerana terpengaroh dengan kesedapan harta dunia yang sedikit.Ulamak yang menjalankan tugas Nabi cukup sikit,bilangan minority .Mereka tidak dipedulikan.Tidak sapa nak ikut.Malah mereka dimalukan.Golongan yang mengenepikan ulamak ini hati cukup jahat dan mulut mereka manis.Mereka mahu yang ada kuasa dan harta.Mereka cukup suka orang jahil,supaya mudah menipu.Mereka menipu bahawa boleh berzina,kerana dharurat.Tak boleh potong tangan pada pencuri,tapi beri kerja kat dia.Cuba beri tengok,habis harta majikan dicurinya.Anjur benda2 maksiat.Ni Anvil pula nak mai,dulu si Gerudi dari Indonesia.Ada kedengaran pula nak berikan zakat kepada pelacur,untuk mencegah lacuran.Aku masih ingat bekas PM kita dulu pernah berkata : tak mesti orang tak sembahyang tu jahat.Itulah pendusta2 kuno aku katakana masih berligar di kawasan minda kita.Pendusta kuno Firaun,Qarun,Hamman dan Ubai anak Qulaf masih ada di mana2 saja.Awasi lah mereka ,biarlah kita timba ilmu untuk mendapat cahaya dalam hidup dan hidup kita tak terpesong.


DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ,DAN AKU DOAKAN SEMUA PEMBACA BLOG AKU AKAN MENDAPAT MANFAAT SEMAKSIMA MUNGKIN DI DALAM BULAN YANG MULIA INI….INSYAALLAH……..AMEEN

Friday, August 29, 2008

POST-MORTEM CARA AKU

POST-MORTEM SECARA RANDOM


1.

Aku cuba membuat kerja secara aku.Cara tersendiri.Sendirian berhad.Limited to one person.Tak mau bincang2 lepas tu buat rumusan.Buat cara random.Dan sekarang pun orang2 politik dah sibok2 dok buat post-mortem pilihanraya kecil P 44.Apa sebab kalahnya,apa sebab menangnya.Bukan apa salahnya aku buat,dan apa silapnya aku buat,dan tipunya aku buat, dan mengapa bohongku tak mengena,dan mengapa cuba nak reka2kan cerita yang orang tak percaya,ngapa orang tak endah dengan berita2 TV dan media massa.Apakah orang lani dah pandai nilai yang mana saheh dan yang mana palsu.Tiba2 harga minyak turun,dan orang mula boleh membaca helahnya.Tiba2 dapat duit RM 200,orang pun mula tau helahnya.Ngapa la ni orang pandai makan umpan tak telan bersama kailnya.Seribu satu macam lagi .Dan orang tau lebih dari seribunya.


2.

Bila ada pilihanraya aku tengok orang kita jadi makin hodoh.Dari atas sampai kebawah.Cacat budaya bangsa.Nasib baik tak dah dok selak kain macam dulu.Tak dak dok raba puteri.Tak dak cerai bini.Kalau lah ada tu lagi cacatlah pula Islam hadhari.Macam2 ada,macam astro pula.Tapi kali ni lebih kecoh dari segi akhlaknya.dengan liwat ,dengan sumpah,dengan Ramlang Poriginya,dengan sorakan2 yang jijik dan meloyakan.Dengan al-sodomy dan altantuyanya.Air lior rasa masin,boleh saja muntah walaupun tak mengandung.Bukankah semua itu akan memupukkan kezaliman yang selama ini kita cukup membencinya.Ada ciri2 membenarkan rasuah.Apakah kita rela membenihkan lagi murka2 Allah.Nanti akan ujud lagi ‘habul-mal dan habul –dunia’.Sebenarnya demokrasi tak membawa kita ke mana2.


3.

Hasrat nak memartabatkan agama ke tahap yang lebih murni terhakis di segenap langkah menuju ke parlimen.Kemana lari semua cerdik-pandai,kemana pergi semua yang di tauliahkah mengajar agama ? Tegurnya salah-silapnya.Tegurlah walaupun satu ayat. Ke mana perginya Penasihat Agama ? Inilah masanya memberi nasihat.Cukup bulan gaji jalan.Dakwah tak jalan.Majoriti jadi jahil agama,tapi jadi alim dunia.Ustad2 pun dah jadi kopiah longgar.Satu label baru ‘ustaz kopiah longgar’.Sama2 paham maknanya.Jadi tak ikhlas ,buat kerja kerana duit ,kerana pangkat,kerana nak ampu.Nak cari makan konon.Ulat dalam batu pun boleh cari makan.Dunia masih luas,pi lah cari yang baik2.


4.

Aku baca thestar , Dr.M backfired Saudara Anwar kerana menang dengan majority lebih dari 15 ribu.Serangan peribadi patutlah dielak oleh orang2 tua.Takut jadi ikutan orang2 muda pula.Dalam pertemuan dengan Youth Group from the Presbyterian Church pada 28 ogos,Dr.M seperti berkata “ He could convince even the devil to follow him”. Kata2nya itu jelaslah bahawa memang ada pengundi2 hantu.Right or wrong ? .

Kita boleh berbudi-bahasa dan berhati mulia,tetapi mengapa tidak semasa pilihanraya ? Di manakah benarnya apa yang dikatakan ‘pilihanraya yang bersih’?..........phoorahhh,cakap saja.





Tuesday, August 26, 2008

KERUT DAN KEREPOT

KERUT-KEREPOT


1.
Selama 10 hari berkempen di PP 44 dan bersukan di Beijing Olimpik hampir 17 hari berlalu.China membuktikan juara dalam sukan dengan 51 buah pingat emasnya.Amerika Syarikat tidak berjaya menjadi pendahulunya,walaupun jumlah pingatnya 110 buah,tapi kurang emasnya.Memang tak boleh lama mempertahankan kejuaraannya.Dan BN di Permatang Pauh juga nampak lesu bila hampir hari mengundi.Tapi aku tak berani nak ramal,kerana aku bukan tukang tilik.Dan Islam melarang meramal yang akan mai.Cuma insyaallah kemenangan akan berbelah kepada kehendakNya dari azali.Ikut suasana dan gaya BN akan kalah.

2.
Yang aku sedih bukan apa,selama 10 hari aku nampak rosak-parah budaya bangsa.Melayu yang dikenali dengan sopan-santunnya hilang entah kemana sopan-santunnya.Dari atas ke bawah habis terjunam merudum nilai2 mulia.Orang itulah yang memupuk nilai bangsa dan sekaligus orang yang sama mensepak terajang nilai2 itu.Bukan kah dulu dah ada budaya sepak tong mengundi di Permatang Pauh.Macam anak2 membina rumah pasir.Lepas susah payah membinanya,disepaknya yang sudah dibina.Dan aku nampak pun pilihanraya kita ni pun macam mainan kanak2.Pembaziran yang paling utama aku benci.Adoh lupakah kita bahawa pembazir itu ikhwan syaitan ? Boleh tanya beratus kat ustaz2 di Permatang Pauh.Ulamak2 besar dari 2 belah pihak pun ada turun padang.Berbalah besar pasai pungkur Saifool , tapi tak seorang pun bangkit tentang adab2 murni manusia , pembaziran,penipuan dan seribu mak-nenek lagi.


3.
Berbuih mulut mereka berhujjah pasai pungkur Saifool.Masing2 dengan ilmu yang mereka pelajari dari sumber yang berbagai2 , tapi tak mendapat sebarang pertemuan yang nyata supaya rakyat boleh dapat tahu.Beratus ulamak dan ustaz2 ada,tapi dimanakah yang harus di patuhi.Nak sumpah kah ? Nak periksa juboq kah ? Nak guna DNA kah ? Nak guna mahkamah sibil atau syariah Kah ? Ada yang kata pula tak boleh sumpah.Ada yang kata guna mahkamah.Ada yang kata tak perlu ambil DNA,kerana DNA yang dah berjuta tahun dari manusia purba pun masih boleh di gunakan.Pak lah pula kata DNA pada tahun 1998 dulu dah terlalu lama.Mana yang lama 10 tahun ke sejuta tahun.Aku sendiri jadi bingong.Biarlah mereka selesaikan,kerana itu bukan kerja kita.Dan Allah tak akan tanya kita ,kerana kita bukan dalam golongan mereka.Ulamak dan ustaz2 lah yang kena jawab.Kamu akan disoal,mengapa kamu membisu.Pasai pungkur pun tak boleh selesai.Bukan senang nak berjuboq kalau tak rela.Nak rampas benda dalam poket pun tak senang.Nak londeh seluar pun tak mudah.Nak celapak pun masih sukar.Mungkin si tua itu akan di belasah oleh si muda lebih hebat dari lebam mata dulu.Nak2 dia dapat cekak buah kotenya dipulas2,boleh bawa maut.Kalau rela lain ceritanya.Ni tanda2 lebam pun tak dak.Pergelutan pun tak dicerita.Biar kita tunggu apa verdictnya.Man proposes,God disposes.

4.
Masa tu baru depa kecut telor.Lani memang banyak dah kecut telor.Pucuk mati awal dari perdunya.Erectal-defunction.Mai belajar kat aku,aku ada petuanya.Kalau sudi aku periksa alat sulit,silakan.Kalau malu tak usahlah.Makan Viagra saja.

Sunday, August 24, 2008

MACAM TIKUS MEMBAIKI LABU

KITA NI BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU


Suasana kita nampak cukup kalut.Ada berbagai kerenah yang kita hadapi dalam hidup kita.Di PP44 sibok dan kecoh dengan pilihanraya kecil.Cerita2 burok hangar-bingar di sana-sini.Aku tak mau cerita kerana semua dah tau ceritanya bila berlaku pilihanraya kecil.Mulut2 pemimpin besar pun kekadang tersasul dan celupar jadinya. Dan berita terkini aku dapat tau Imam Ramlang Porigi yang terlibat dengan sumpah saifool akan buat u-turn pula di pentas PKR.Sila klik http://tukartiub.blogspot.com/ dan juga http://msomelayu.blogspot.com/


Sebahagiannya pula meriah dengan sukan olimpik.Sambutan ini bergema seluruh dunia.Tapi sebagai Negara kecil rakyat Malaysia cuma tertumpu pada badminton.LeeW.C cuma boleh membawa balik pingat perak.

Di Kedah rioh-rendah kerana memenangi juara Piala Malaysia,sekaligus memenangi 3 piala berganda.Satu rekod baru bolasepak Malaysia.Itulah hadiah untuk DYMM Sultan Kedah menyambut 50 tahun pemerintahannya.

Kerana cuti sekolah diserata tempat kenduri kawin berderet-deret.Setiap hari ada saja jemputan dari dekat dan sanak-saudara yang jauh2.Walaupun minyak masih mahal terpaksa juga pergi.Dan turun 15 sen pun kerana ada pilihanraya di Permatang Pauh.Kalau tidak masih tak turun , kerana takut Negara bankrap.Semua kerana politik.Tapi rakyat sudah cerdik,susah nak tertipu.Pasai kenduri ni pula,orang2 tua dulu larang membenarkan anak2 kawin dekat dengan puasa.Takut ‘berbulan-madu’ di siang hari .Jenoh bayar kiparat.

Dipulau Wan Man ,tilawah al-quran bergema setiap malam seiring dengan apa yang saya sebut di atas. Memberi nasihat dari petikan2 ayat2 yang dibaca untuk pendengar yang mulia.Sepatutnya dengan nasihat2 yang mulia itu ,tak lah berlaku kekejian di Permatang Pauh, di Beijing , di stadium bola dan di rumah2 kenduri.

Dan lagi seminggu nak sambut Merdeka ke 51. Sunyi sepi langsung tak dengar kegairahan nak sambut kemerdekaan Negara.Berbeza sekali dengan 50 tahun yang berlalu.Tak dak bendera dihias seperti dulu2.Tiada ada sambutan pra-merdeka , dan tak tau ada ke tidak sambutan penutupan kemerdekaan. Macam dah hilang kecintaan pada Negara. Rakyat banyaknya dah lupa pada merdeka,yang depa ingat hanyalah pungkur Saifool.Resipi pungkur memenuhi setiap ceramah di PP 44.Adakah ini nilai budaya bangsa kita terkini ?

Di pondok pengajian Tok2 Guru sedang mengulangkaji kepada anak muridnya tentang puasa,juga mungkin jatuh sehari selepas hari merdeka 31 ogos.Mereka sibok mempersiapkan diri menimba berbagai2 subsidi yang akan diberi oleh Allah dalam bulan Ramadhan.Hanya sedikit saja yang ghairah menanti Ramadhan.

Mai kita kaji diri sendiri,mai kita sambut ramadhan Al-Mubarak seperti mana yang Allah anjurkan.Biar depa sibok dengan depa,kita sibok sama kita.Di akhirat nanti nafsi-nafsi.Yang depa dok buat tu macam ‘tikus membaiki labu’.

Friday, August 22, 2008

BETWEEN MANUSIA AND LEMBU

HAWA NAFSU

Koman sepana kalau dok ikut hawa nafsu.Susah nak didiknya.Kerana sepanjang 11 bulan dia dididik oleh syaitan.Cuma dalam bulan Ramadhan saja dia terlepas dari syaitan kerana syaitan ditambat.Tapi ngapa juga hawa nafsu masih menggalak ,tak menjadi walaupun taukenya ditambat dalam bulan Ramadhan ? Kerana nafsu telah mendapat diploma dalam 11 bulan.Dia masih menggoda.Individu tak mau berubah juga.Masih keras dan ketegaq.Rugilah kita kalau tak boleh kawal nafsu.

Setengah ulamak mengibarat nafsu sebagai binatang khinzir,sebagai babi.Membela beberapa ekor anak babi dengan memberi sebaik penjagaan .Dengan mandi bershamfu-mafu.Tidor bertilam tebal.Diberi makan yang baik2.Tapi selepas 6 bulan dilepas didalam hutan.Dengan masa itu juga babi 2 itu akan berlari mencari yang busuk2 dan memakan apa apa saja bangkai yang dijumpai.Begitulah sekali dengan nafsu.Cukup kurang ajarnya.Pasai tu baru saja seminggu berpuasa ,kita dah tergedik2 dengan nak raya.Malahan belum berpuasa lagi , dah mula dengan persiapan hari raya.Dah terpampang digedung2 besar dengan poster2 raya.Dah mula order kek raya.Dah beli pakaian raya.Dah rancang nak tukar perkakas rumah.Tergedig2 jadinya.

Kerana nafsulah derajat manusia merudum.Merudumnya derajat menggamit berbagai malapetaka dari Allah.Dengan gunung berapi.Dengan gempa bumi.Dengan rebut-petir.Dengan berbagai2nya yang manusia sebut bencana alam.Nafsu lah yang membuat manusia memanggil dugaan Allah sebagai bencana alam…..haprak punya nafsu.Hapraklah lagi manusia yang memilikinya.

Allah tak berikan Malaysia gunung berapi yang menghilangkan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan Bolehland dengan gempa bumi yang menelankan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan negeri Hadhari kebuluran dan kemiskinan yang juga membunuh beribu2 nyawa.Tapi Allah memberikan keruntuhan akhlak muda-mudi ratusan ribu jumlahnya.Asyik dengan rempit,asyik dengan muzik,dengan sure heboh,dengan akademi fantasianya,dengan sukan yang berlebihan,dengan berbagai lagi yang aku tak pandai nak sebut,semuanya tergolongan dalam gelanggang nafsu syahwat . Pusat2 hiburan menjadi target bolehland memikat generasi muda mudi.Jemput lagi Betina Gerudi dari seberang. Tiada amal-makruf dan nahi mungkar.Zina dan liwat meniti disetiap bibir,kerana dieksploit dalam setiap jenis media,untuk membela diri.

Kita manusia bolehland makan nasi,bukan makan rumput.Tapi sapa lebih bodoh dari yang memakan rumput.Lembu makan rumput,tapi dilihat mereka lebih cerdik.Dagingnya memberi manfaat kat manusia.Lembu mampuih tak makan daging manusia.Taik lembu dibuat baja.Taik manusia orang maki haramjadah kerana busuk.Nak tau nilai diri,tengoklah hasil yang kita keluarkan dari lubang ajaib.

Nilai manusia terhasil bila boleh kenal diri dan kawal hawa-nafsu.Selamat berpuasa dan mendidik nafsu.

Wednesday, August 20, 2008

NAK PIMPIN KE NAK KUASA ?

NAK PIMPIN KE NAK KUASA ?

Maksud sebuah hadis Nabi saw , kita semua adalah pemimpin.Kita akan ditanya tentang kepimpinan kita di akhirat . Tapi melihat dari kacamata terkini orang yang memimpin dah jadi kecoh .Dari muka2 suratkhabar cukup banyak penyelewengan berlaku oleh pemimpin.Dari pemimpin sekecil ( rumahtangga) sehingga keatasnya dah penuh dengan kehaprakannya.

Kekadangnya pula yang banyak masaalah tu pun nak calonkan diri memimpin di tahap yang tinggi.Memegang berbagai jawatan padahal diri tak tertanggung . Apakah mereka nak memimpin atau nak berkuasa.Selalunya begitulah,bila jadi pemimpin mereka gunakan pangkat itu untuk berkuasa.Buat apa saja.Tipu apa saja. Bohong apa saja.Dengan kuasa yang ada di kautkan keuntungan diri dan keluarga.Bila jatuh dari kuasa,barulah terdedah berbagai2 kehaprakkannya. Dengan duitnya,dengan hartanya,dengan betinanya,dengan rasuahnya,dengan kuku-besinya,dengan keharamjadahnya. Firaun cukup banyak haramjadahnya.Samud,Ad,AbuJahal,Abu Lahab,kerajaan Rom,dan........dan........Bush juga memiliki berbagai haramjadah. Sedar atau tidak keharamjadahan kita juga cukup banyak.Bertimbun2 keharamjadahan,dan setiap haramjadah menharamjadah yang halaljadahnya.Memang cukup haramjadah bila haramjadah bermaharaja-lela di dada yang berkuasa.

Tapi seorang pemimpin yang berkuasa yang mengenali kekuasaan Allah , tidak akan rakus.Dia tau kuasanya tak setanding dengan kuasa Allah.Kuasanya lemah,kerana dia sebagai makhluk Allah tak sepatutnya mempunyai kemutlakkan.Kuasanya sementara diberi Allah.Dan akan dicabutkan kembali.Dia tak sah melawan Allah.Dia akan membuat mengikut kuasa Allah.Itulah orang berkuasa yang kenal Allah.Dia tak melawan Allah,tapi melawan makhluk yang melawan Allah.

Sesapa yang kenal Allah akan jadi orang.
Binatang pun kenal Allah.Kalau orang tak kenal Allah,maka dia lebih rendah dari binatang.Apa bendanya orang itu ?
Jawapannya ada dalam Al-Quran & Hadis Nabi saw.

Tuesday, August 19, 2008

NGAPA SYOK PAMER YANG HUDUH DAN BUSUK ?

NGAPA PAMER YANG HUDUH @ BUSUK


Ulamak tulin patut ujud dalam masyarakat kita untuk mengheningkan suasana huduh dan busuk.Nampak sangat bangsa kita dalam keadaan cukup kritikal.Dari atas ke bawah tak jelma yang elok.Cuma busuk dan huduh.Dah nak menyambut puasa dalam sehari dua nanti,tapi kecoh akhlak ketara nampaknya.Sorak-sorai bergema di segenap penjuru,dengan media tulis dan tv memperbesarkan lagi rioh-rendahnya.Tak perlu lagi ulamak ciplak,ia akan menambah lagi kerohnya.Dalam ghairahan pilihanraya PP44,gamat bunyi al-sodomy dan altantuya.Aduh al busuknya.Mana pergi Al-Ghazali dan Al_Shafie ? Ngapa jadi begini rupa ? Nampak al-haprak sepanjang lintasan.

Kalau Lee Chong Wei memenangi emas di Olimpik,mungkin suasana reda sikit,kerana masing2 bermegah dengan emas itu.Nak cakap pasai emas dan badminton saja.Kurang la sikit berhaprak.Tapi dia kecundang.Dan kita juga akan kecundang .


Untuk jadi hebat kita kena letak kehebatan Allah dalam diri.Baru kita tau makam diri sendiri.Ni kita tak langsung menghargai Allah,tak peduli kehendak Allah.Jadi Allah juga tak pedulikan kita.Dia berikan kita istidrat.Kita berpura2 dengan Allah.Kita lupai kembalikan segala nikmat kepada Allah.Kita anggap semua dalam dunia ni kita punya.Walhal diri kita adalah kepunyaan Allah.Jangan banggakan diri,kerana semuanya dari Allah.

Dalam dunia,semuanya Allah beri,walaupun kita derhaka kepadaNya.Tapi tidak sekali di akhirat.No way.Lebih2 lagi orang cinta pada kuasa,tamak pada harta.Kalau 5 kali diberi can hidup harta yang ada tak habis,tu pun dok nak lagi.Kita nak dipuji dan ada yang nak memuji saja.Masing2 goblok.


Tempatkan segala kehendak Allah sewajarnya,pastikan kita berpedulikan segala suruhan Allah,semolek2nya segala perintahNya dituruti…….insyaallah kita mendapat keredhoanNya..

Monday, August 18, 2008

SAPA NAK JADI KERA @ BEROK ?

BOH JERAT DI TENGKOK,NAIK POKOK NYIOK

Tajuknya menggamit sesapa saja cuba nak jadi sekor kera atau berok.Kera dan berok pandai panjat pokok nyiok.Zaman nabi Musa as dulu ada satu puak disumpah jadi kera.Dari peristiwa itulah Darwin ketengahkan teorinya,teori Darwin.Manusia berasal dari kera.Dia buta sejarah manusia,dan orang yang tak buta juga percaya dengan kelentong Darwin tersebut.Sampai di universiti teorinya di ajar . Professor2 pun boleh dikelentong oleh Darwin.

Dalam Al-quran peristiwa kera ni cukup jelas.Cuma manusia tak mau percaya.Orang yang beriman pun mudah jadi fasik.Berapa banyak sekarang orang yang beriman ,tapi tergelingcir menjadi fasik kerana ingkar dengan sesetengah perintah Allah.Sebut saja nama Allah,mereka semua mengakuiNya.Sebut saja hukum2 Allah,berapa banyak kata tak sesuai.Tak perlu menutup aurat,biar telanjang terus tak per.Sehingga satu ketika dulu para pemimpin berkata hukum Islam akan mencetus huru-hara.Sehingga Al-quran pun nak ditafsirkan semula.Malah pernah mempersoalkan janggut nabi…….masyaallah.

Orang itu masih hidup hingga kini,dan kini merana kerana tidak dihormati lagi oleh orang2 yang pernah ‘menyembah’nya dulu.Kita tak tau bagaimana seksaan batinnya.Sampai bila akan berterusan.Dia dapat melihat sendiri kesan dari kerja-buatnya semasa berkuasa dulu.Aku masih ingat Mullah Ustaz Fadzil berdoa supaya dia boleh hidup lama,supaya dapat melihat kesan2 dari kekuasaannya dulu, dan aku turut mengaminkan doanya.

Hari ini dah banyak lagi cuba nak jadi berok dan kera.Kera dan berok berberanak dengan ramainya.Berjumlah lebih dari kera dan berok di hutan.Rioh-rendah macam kera dan berok di zoo.Lompat sana,lompat sini.Dari pagi ke malam diberi makan percuma.Ada yang disogok dengan wang berjuta.
Zaman aku mengaji di Sekolah Melayu dulu ada sebuah cerita tentang hakim berok.Dia cuba selesaikan masaalah sebiji pisang.Pendakwa dan yang didakwa sama2 binatang.Jadi sama2 binatang la mereka.Akhirnya sebiji pisang itu masok dalam perut hakim berok.Itu sama2 binatang yang kurang akalnya.Bagaimana manusia yang berakal ? Aku jadi bingung.Sebab tu Allah akan adili semula segala masalaah manusia di akhirat.Bila2 pun kita manusia tak boleh adil.Allah lebih mengetahuinya. Ngapa berani boh jerat ditengkok ? Nak naik pokok nyiok ? Ingatlah buah nyiok akan gugur juga ke bumi.
Dalam nyiok ada santannya.Dalam santan ada minyaknya.Dalam minyak ada taiknya.Taik minyak ada sedapnya.Taik manusia,masyaalah busuknya.Aku suka baca buku SHIT karangan SN Shahnon Ahmad.Ikut Shahnon kepala taik cukup keras.Sekeras2 kepala taik.

Sunday, August 17, 2008

TERHUYUNG-HAYANG

TERHUYUNG-HAYANG

Suasana di sekeliling cukup kalut . Kalut tak tentu pasai.Masing2 tak cukup dengan 24 jam sehari yang diperuntukan Allah.Sibok tak tentu hala-tuju.Macam orang kena hysteria.Kena rasuk dek hantu.Manusia dalam keadaan kemabukan.Buat serba tak kena.Nak ke kanan,terpelanting ke kiri.Macam dah hilang pedoman.Masih mencari2 Al-Ghazali,Al-Shafie.Belum juga terjumpa.Masa kan nak jumpa,kerana lalui denai yang salah.Sampai bila pun tak jumpa.Padahal dekat dengan batang hidung . Bukan tak tau,tapi buat tak indah.Kerana kepentingan dunia lebih menarik.Dalam kes Mikraj ,Nabi sudah diberi peringatan supaya jangan layan ‘pompuan tua ‘ itu. Ia adalah dunia.Dunia yang tak akan memberi manfaat pada akhirat.

Cukup cantik lah kalau kita exploit minda rakyat dengan adegan2 agama . Habis2an kita hiasi dan persolekan .Alangkah moleknya,comelnya.Cukup indah dan menarik.Kerinduan pada hidup sejati di akhirat terserlah.Tak lah terhuyung-hayang ke kiri-kanan.Tak lah hilang diri.Terpelihara harga diri.Tersekatlah segala projek syaitan laknatullah.

Tapi sekonyong-konyong dalam 3 bulan teristemiwa (Rejab,Syaaban dan Ramadhan yang masih ada 2 minggu lagi ) manusia telah disogokkan dengan berbagai kejijikan yang bosan aku nak menyebutnya.Sepatutnya dalam Rejab , peristiwa Mikraj patut di highlightkan.Sepatutnya dalam Syaaban , malam Nisfu Syaaban patut di tonjolkan.Sepatutnya di utamakan persiapan berpuasa dalam Ramadhan nanti.Tapi yang tak septutnya mengambil alih yang sepatutnya.Itulah pentingnya PEMIMPIN .Pemimpin kita tak pandai memimpin.Kerana kita takdak pemimpin sejati.Pemimpin banyaknya berhati serigala.Ada dalam hadis Nabi saw bermaksud hati2 pemimpin berhati serigala ini.Mereka menunggu masa untuk membaham saja.Mereka membuat isu2 untuk kepentingan diri masing2.

Hubaya2,Jangan terlalai.Demi kepentingan rakyat,ketenteraman rakyat,betulnya akidah rakyat adalah mercu utama slogan kita.Harta dan pangkat tak akan memberi manfaat di akhirat,kalau tidak dinawaitukan dan di praktikkan dengan betul.Kreditkanlah duit berbillion2 tu dalam bank akhirat . Nak makan di dunia dah tak habis.Pandai2lah mentakbirkan diri dan harta.Kalau tidak mampuih tak memberi makna.Hanya manusia dan jin yang terhumban ke neraka.Babi dan anjing tak masok neraka.Pikiaqlah.

Saturday, August 16, 2008

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

Aku memang tak berasa nak tulis , tapi hati kecilku mendesak2 supaya aku terus menulis.Biar pun pahit.Bair pun menjadam terasa penuh mulutku.Tak tertelan oleh kerongkongku.Kerana pahitnya amat sangat.Bermuntah berbuih hijau kalau tak tertahan.Nak ku luahkan apakah mungkin aku terselamat dari disoalkan Allah.Jadi biarlah aku nak tuleh juga…..baletegi ( ini loghat daerah ku ).

Trend membantah hukum2 Allah cukup menjadi2 sekarang.Macam tak terasa saja.Aku cukup terasa.Macam mana orang2 lain ? Sana sini ada saja yang tak kena.Sejarah para Nabi yang tersebut dalam Al-quran tak jadi pedoman .Tak dak sapa nak pergerunkan umat terkini.Lepas seorang nabi demi seorang nabi diturunkan Allah.Dan lepas satu kaum dan satu kaum di geledah oleh malaikat kerana membelakangkan suruhan nabi.Di tiarap bumi oleh Jibrail ,dijergah Jibrail , dan berbagai lagi cara yang boleh merindukan kita terhadap peliharaan Allah.Tentera Allah cukup segera melaksanakan tugasnya.

Keaiban orang tak perlu dihebohkan.Kalau boleh tutup terus aib seseorang itu.Itu ajaran agama kita.Jangan ghairah nak tonjolkan,lebih2 lagi melalui media,mulut pun kena tutup.Ini orang agama lain pula boleh pertontonkan gelagat huduh yang dilakukan orang Islam.Diperbesarkan melalui tv dsbnya.Rasa macam Islam ini terhina.Bodoh betul orang cerdek pandai kita dalam agama.Walaupun depa belajar agama.Aku bodoh dalam agama,tapi aku tak rela Islam diperhuduhkan sebegitu rupa.Islam ada caranya.Nasihat menasihati adalah terbaik.Ini tidak ,dibatu-apikan pulak…haprak betul. Biar aku terus-terang saja.Nak bersumpah tu sumpah la , tapi tak kan nak mintak laknat keseluruhan keluarga…..berdiri bulu roma aku.Ingat laknat Allah tu macam main guli saja.Bagaimanalah pula orang2 dibelakang takbir isu itu….hanya Allah saja yang tau.Aku nampak macam AL-Quran dan rumah Allah macam dipermainkan oleh orang2 tertentu.Biarlah dulu tilam menjadi mangsa , kini bersumpah dengan Al-quran di dalam rumah Allah di hari penghulu hari ,disiarkan melalui media berkali2……masyaallah.Aku tak mau panjangkan,nanti huduh pula tulisan ku ini.

Janganlah ikut jejak2 syaitan,mereka adalah musuh yang nyata.

Thursday, August 14, 2008

IT'S OUR DAILY ROUTINE

Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word 'ALLAH' clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.
Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word 'ALLAH' affects healing of psychological diseases.
He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word 'ALLAH' which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat.
What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the HolYQuran Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their ownselves, until it becomes manifest to (remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength.' This is a simple test.
If you love Allah and you are not ashamed of all the great things that he has done for you, send this to everyone you know, May Allah help u to succeed...Ameen During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally it is only 1 minute) All you have to do is the following: You simply say 'A prayer' for the person that sent you this message. Allah said, 'If you are ashamed of me, I will be ashamed of you.' If you are not ashamed, send this message...only if you believe. 'Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Jazaaqul Allah.

Sunday, August 10, 2008

FIRAUN LAKNATULLAH

FIRAUN LAKNATULLAH

Orang besar tak dipandang Allah , kecuali ia beriman . Apa nak dipandangkan besarnya , besar kelentong , besar menipu , besar mengikut nafsu , besar-besar saja. Mungkin juga ia besar kerana bakanya bermula besar . Baka Firaun cukup besar , pernah jadi raja besar,kuasa besar,Negara pun besar. Baka Darwin juga cukup besar,kerana dia mengaku dari keturunan kera.Kera tiada istimewanya ,kecuali sang hanuman dalam epik hindu.Qarun besar kerana kekayaannya,dan dia juga tiada istemiwanya kerana setiap hari ditelan oleh bumi .Kuasa2 besar dulu pun habis musnah,kerana tanpa iman catatan sejarah mereka cukup sedih.Kuasa2 Namrud,Samud,Rom,dan tak terhitong banyaknya di telan zaman.Tak banyak manfaat yang diambil pedoman oleh orang terkemudiannya.

Tak dak manusia pun teringin nak namakan anak2 sendiri dengan nama Firaun , Qarun, Namrud atau Samud dan sekategori dengannya. Bukan saja orang Islam , malah orang bukan Islam pun tak sudi nama yang berkenaan. Lebih baik beri nama Tiger Woods, Carpenter, Green , Rose , dan lain2nya . Nama cucur cekodok adalah lebih glamour dari nama2 yang telah dilaknatkan Allah.

Manusia kini terkhekeng , lalai dan maknga kerana berpenyakit jiwa . Penyakit jiwa tak boleh diubati oleh otak manusia.Otak hanya boleh mengubati penyakit tubuh-badan manusia. Allah turunkan Para Nabi untuk memberi penawar pada jiwa manusia.Melalui ajaran dan petua2 dari para Nabi umat dapat keuntungan dan kejayaan dunia dan akhirat.Jiwa yang tenang mudah menjawab soalan Rabb tentang nikmat umur,sihat , ilmu dan harta.Kalau tidak manusia akan jadi macam ikan dalam belat , mudah ditangkap dimasukkan dalam belanga.Walaupun digerpak dan di pujuk,mereka dah berada dalam belat.

Serabut berpikiaq manusia akhir zaman.