Saturday, April 10, 2010

IGAUANKU......PART TWO


IGAUAN………PART TWO

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Adakalanya mengigau itu benar
Ku mulai dengan senyum dan tawa

Berjalan lompat2 kera semasa balik dari kebun Haji Hammad terus mengelamun dalam kepala otaknya berbagai peristiwa yang menyentuh peribadi kekawannya . Celoteh yang bermakna bersama Aziz semasa bersama di 'Universiti Rimba Terbuka' di bukit Srengenge cukup memberi kesan dalam beberapa idea mempermerdekakan negara dan kaitan dengan gelagat beberapa kekawan yang membuta-tuli dengan penuh semangat dan emosi yang melulu yang tak membawa ke mana2 dan tak keluar jauh dari kelompok tempurong Banggol Derdap.Kelak akan mensia2kan masa dan harapan untuk membentok sebuah masyarakat bangsa yang terus maju dan bertaraf .


Pemimpin2 politik juga membawa approach yang tak sihat terhadap pembangunan bangsa , kelak dengan mengapi2kan penduduk yang tak tahu apakah benda politik dan kemerdekaan akan membawa berbagai konsep merdeka dan politik dan akan terus menghantui mereka dan keturunan dalam masa yang lama membendungkan citarasa yang bercelaru nanti.Bergelumang dengan berbagai kebusukan dan najis dan akan menghantui kemajuan negara dan mempersorokan kegemilangan,kecermelangan dan terbilangan beratus dan ribunya harapan selok-belok agama dan bangsa.

Ego akan menjelma di mana2 saja dan ini akan memparahkan lagi segala barah dan kuman2nya yang telah lama menanti ketika dan masa untuk menjelma kembali selepas beberapa bangsa dan tamadun yang dikagumi terbengkalai dan meranap kemusnahan di muka bumi ini.Hancur luluh di makan bumi yang dicipta Allah untuk makluk yang dicintaiNya yang dinamakan manusia.Bumi untuk manusia dan manusia dengan segala kegilaan yang dijanjikan Iblis untuk kerosakan manusia itu sendiri.Punah-luluh dan tumpas-lampus segalanya.


TAMMAT……………..wallahuaklamubissawab.

Yang pening tu aku
Yang lena tu mata
Yang rasa tu lidah
Yang sakit tu hati
Yang menyesal tu tak kesudahan

Friday, April 9, 2010

IGAUAN KU........ PART ONE.....


IGAUAN KU………..PART ONE

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ada kalanya mengigau itu benar
Ku mulai dengan senyum dan tawa


( aku tulis igauan ini dalam 'tidur'....satu eksperimen DI ‘TEATER SRENGENGE’)


Asap putih menjulang tinggi mencecah setinggi pokok durian,pokok rambutan ,nangka dan cempedak . Malah turut juga mencecah pokok kelapa . Segala dedaunan yang kering di musim kemarau ini dikumpul bersama reranting kering mudah dibakar . Dan dah menjadi kelaziman penduduk setempat Banggol Derdap membuat kerja ini semenjak datuk-nenek lagi. Membersihkan kawasan , membunuh segala serangga2 yang berbisa dan lipan dan ular yang suka berselindong di sebalik semak-samun ini. Berkepul-kepul asap menujahkan diri di celah2 dedaunan dan reranting dan dapat dilihat sejauh kampung2 Namek, Sadu dan juga Banggol Kiat. Bau aroma dedaunan kering ini dapat dirasai oleh hidong2 yang sensitif. Ada rasa masam ,tengik yang boleh memberikan rasa loya kepada perempuan2 yang mengandung. Terdengar aku teranan tekak meluah kan muntah . Perempuan di kala ini mudah mengandung kerana musim kemarau rasa cukup sejuk di waktu malam.Anak2 kecil pula tidor awal kerana penat bermain bola dan sebagainya di waktu siang.Itu semua memudahkan orang jantan membuat operasi.


Asap tebal berselimut di segenap penjuru alam Banggol Derdap.Sekejap lagi apabila angin timur musim kemarau bertiup ia berlari berpintal2 menuju ke sana-sini , terlihat sebagai naga berekor panjang berkejar-kejaran , memintasi satu sama lain. Nyamuk2 membawa diri menyusup di mana-mana saja yang dapat dan ada kalanya tewas dan terkulai jatuh ke tanah kerana lemas , dan mengakhirnya hayat mereka di situ.


Haji Hammad memandang kejadian itu semua dari jauh di Bukit Srengenge.Bersamanya ialah Abdul Aziz yang baru pulang dari England.Dia asyik mendengar cerita2 kemajuan di negeri orang putih itu. Aziz juga memberitau Haji Hammad supaya jangan mudah tertipu oleh kemerdekaan.Kemerdekaan yang tidak di isi dengan ilmu tidak akan mendatangkan manfaat kepada bangsa.Bangsa akhirnya akan rugi.Bangsa tak dapat terbela., dan bangsa yang cerdik akan membunuh bangsa yang lalai dengan khayalan dan semangat membuta-tuli.

Merdeka perlu di isi sebaik2nya supaya dalam tempoh yang terdekat bangsa akan maju , jangan lagi lama merdeka lagi mudarat membaluti bangsa sendiri. Lebih2 lagi apabila masing2 membawa akhlak politik yang tidak baik.Politik bukan kotor , tapi akhlak politik yang dibawa oleh penganut2nya yang akan mengkotori politik itu. Ia seperti makanan yang tercemar , kalau dimakan ia akan menmudaratkan diri orang yang memakannya. Di masa inilah musuh2 akan mengambil peluang yang ada kerana kita sakit. Orang sakit tidak akan berupaya melakukan kerja dengan sempurna. Lama juga Haji Hammad berbincang dengan A.Aziz di kebunnya. Tak lama lagi Aziz akan ke Singapura kerana ada jawatan yang ditawarkan kepadanya.Dia adalah antara hasil pertama yang dipelopori oleh Pak Nor dengan menghantar anak2 muridnya ke sekolah Inggeris.


Akan bersambung in part two.

Thursday, April 8, 2010

WANITA ITU CANTIK


WANITA ITU CANTIK

( saya pun tak ingat dari mana saya dapat kisah ini)

Dengan nama Allah , 99 semuanya

1. Ketika wanita diciptakan,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan ke anyamanan.


2. Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak2nya.


3. Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang2 lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.


4. Diberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak2nya bersikap sangat menyakiti hatinya.


5. Diberinya kekuatan untuk mendukung(membantu) suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.


6. Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.


7. Dan akhirnya diberinya airmata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilamana ia perlukan.


8. Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dipakainya , bukan dari susuk yang ia tampilkan , atau bagaimana ia fesyenkan rambutnya . Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya , kerana itulah pintu hatinya ,tempat dimana cinta itu ada.
Dari mata cinta jatuh ke hati………………………………Wallahuaklam.

Wednesday, April 7, 2010

PEMULIHARAAN MANUSIA


Dengan nama Allah,99 semuanya


LOVING SHARING AND CARING


Apa ke he semua itu.Dengan ghairah demokrasi yang kita laung2kan.Dengan ghairah rakyat berpolitik sebagai loyalist atau fanatic.Dengan semangat yang tak tau dimana batasan2 halal dan haram.Dengan berbagai2 propaganda yang juga belum tentu halal haramnya.Dengan projek2 ‘mee segera’ di musim pilihanraya yang menunjukan ketidak iklasan pemimpin.Dengan poster2 yang membazirkan wang.Dengan tidak tidoq lenanya rakyat.Dengan ramainya hilang kekosyokkan bersembahyang.Dengan asyik berbincang tanpa amal .Dengan banyaknya bercakap,yang sudah tentu banyak cakap banyak salahnya.Banyak salahnya adalah banyak dosanya.Dan banyak dosa, banyaklah azabnya…..dan dengan….dan dengan……..Dengan banyaknya duit yang bocor.Banyaknya masok ke poket2 yang dibikin khas masa pilihanraya.Perhatikan dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.


Dunia semakin mati.
Dunia merasai malas2nya.

May we always have love to share,
Health to spare,and
Friends that care.

Tuesday, April 6, 2010

MENGAPA AKU PENCEN AWAL


MENGAPA AKU PENCEN AWAL

Dengan nama Allah,99 semuanya

Kalau paksa bekerja , mudah dapat tension . Pasai tu kena pilih kerja yang kita minat . Kita seronok bekerja atau membuat sesuatu yang kita minat . Kita tak rasa penat dan jiwa mendapat kepuasan . Yang dah tersilap pilih kerja ,ini saja caranya : Goodbye tension , hello pension.



Aku dulu tension juga . Aku tension kerana di masa tu aku meluat dengan gara-gara bekerja di bawah skim SSB . Skim Saraan Baru . Aku melihat skim tu langsung tak sesuai dengan tugas pendidik . Bila skim tu berjalan macam-macam kerenah baru tercetus . Budaya mengampu mula timbul . Ampu tu tak apa , tapi ampu jijak kepala kawan . Kerana nak dapat tanggagaji 'menegak' dan 'melintang' masing2 cuba mengampu boss . Ada yang cuba jijak kepala kawan . Aku rasa cukup jijik macam taik . Boss pun mula kembang pungkur bila hari2 kena kipas. Dia tak tau akibat yang akan menimpa .


Tak sampai setahun aku ambil tindakan buat option . Umur ku masa tu baru 51 tahun . Dah boleh buat option . Mula2 susah ku dibuatnya . Boss tak mau rekomen . Dua kali aku buat permohonan . Lepas tu aku sendiri paksa boss aku , dan aku hantar sendiri permohonan ku ,kerana bimbang tak sampai . Kemudian aku hubungi kawanku di kementerian supaya dia tengok permohonan ku . Permohonan ku memang dapat perhatian pegawai2 di sana . Pasainya aku kondem SSB .Seolah2 aku kondem depa yang dok di atas. Aku terus membuat rayuan pada Illahi , dan akhirnya aku dapat kelulusan bersara . ..............SSB ( Susah-Susah , Bersara ) .



Tak berapa lama SSB pun diganti dengan skim lain, kerana memang tak sesuai .........tak sampai 10 tahun dilaksanakan.........aku gembira kerana ku percayai pendapat aku di ambil kira oleh orang2 atasan. …alhamdulillah

DAH LAMA KITA MERDEKA


DAH LAMA KITA MERDEKA

Dengan nama Allah,99 semuanya



Umur menunjukkan kedewasaan negara kita . Bila dah dewasa itu maknanya kita dah matang . Matang dari segala segi . Pembangunannya , ekonominyanya , sosialnya , pendidikannya , bahasanya & sasteranya , muda-mudinya , ....nya ,.....nya , dan sebagainya , termasuk juga bolasepaknya . Tapi nampaknya kita masih meraba-raba dalam bentuk pelaksanaan kepelbagaiannya . Nampak macam dah jadi bercelaruan di sana-sini .


Kerosakan moral muda-mudi cukup parah kerana kita ketepikan ajaran agama . Rakyat pula rasa macam terpinga2 dengan unsur2 semarak,hadhari,1Malaysia,rakyat diutamakan yang kita tonjolkan . Dulu tak dak pun penasihat agama , dan bila ada penasihat agama kita bertambah celaru . Macam2 mazhab tercetus , dan ajaran salah tumbuh sana-sini . Dan 'ayah pin' pun dah hilang begitu saja dalam kekejaran kita.Timbul pula ajaran wahabi . Nampak macam tak dak tindakan dan tak dak pemulihan . Sekolah agama pun dah banyak gulung tikar kerana tarikan bantuan . Sapa yang bertanggung-jawab ? Kita tak akan terlepas dari habuan di akhirat nanti . Sebelum tu akhbar tulisan jawi pernah gulung tikar . Banyak yang buta jawi . Bila buta jawi ,butalah Al-quran jawabnya .



Kita hilang lepas satu , satu . Bahasa Melayu juga dah jadi macam anak-tiri . Bila kita dah nampak banyak anak2 Melayu berjaya menjadi doktor ( anak blogger kita Rozali atuk pun pi belajar medic kat indon guna bahasa melayu) dan jurutera melalui pendidikan bahasa Melayu , kita alih haluan belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris . Kalau nak mantapkan bahasa Inggeris , tambahkan saja masa pengajaran bahasa Inggeris . Tak perlu ubah sukatan matematik dan sains . Awat , China ,Korea , Jepun , Russia , Sepanyol , Perancis dan yang negara2 maju yang lain semuanya guna bahasa Inggeris ?


Cara kita semua bercelaru kerana otak kita bercelaru . Sentimen dan ego kita memusnahkan segala . Kita terlampau nak short-cut dalam semua hal . Aku cukup terharu apabila Tan Sri Dr. M berkata dia kecewa tak dapat mengubah pemikiran orang Melayu , walaupun memimpin selama 22 tahun . Itu adalah kegagalannya , bukan kegagalan orang Melayu . 22 tahun adalah masa yang lama untuk dia buat . Aku nampak itulah kegagalannya . Di masanya juga Ghaffar Baba,Tengku Li,Musa Hitam dan Anwar Ibrahim tersungkur lepas sorang,sorang.Pak Lah terselamat,tapi bagaikan telor di hujung tandok.

Monday, April 5, 2010

KUCH KUCH HOTA HAI



KUCH KUCH HOTA HAI


Hari ni aku memang tak dak mood nak menulis dan membaca . Sepagi dan sepetang aku tak tempuh komputer ku . Langsung aku tak pegang . Sepagi sepetang aku asyik berasmara dengan alam.Aku jadi begitu mesra dengan alam . Aku merenung awan ,aku merenung jauh-jauh ke bukit srengenge . Aku melihat memutih guni-guni baja di pasang keliling anak-anak getah . Berbagai kaedah di reka oleh kontrektor untuk menakutkan babi yang cuba memusnahkan anak2 getah . Guni putih nampak dari jauh patuh bersenteri .



Sekarang dah hampir petang hari isnin .Biasanya aku akan buat satu nap ( tidoq sekejap). Dan mataku tak mau lelap . Aku paksakan diri online komputer ku . Ku layar web anak murid kawan ku . Melalui laman webnya aku dapat pasang banyak lagu2 nostalgik tahun 50 an. Pilih lepas satu , satu . Tak terpikat oleh hati . Ku cuba pilihlagu hindustan . Sebenarnya aku bukan berminat dengan lagu hindustan . Kalau dengar pun tak paham maknanya. Ku paksakan menilai seni rentaknya , seni muziknya dan seni suara penyanyinya. Berkali-kali aku dengar lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Akhirnya aku dapat menikmati lagu itu dengan penuh syahdu .


Memang suara2 Alka Yagnik dan Udit Narayan cukup merdu . Aku pasang lagu non-stop . Dan sekarang ni aku sedang menulis di depan PC aku di temani oleh lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Dan sekarang mood ku sudah kembali . Aku dapat bergedikkan kaki ku sambil menulis . Sebenarnya jiwa dan hati kita perlu diberi peransang untuk membuat sesuatu . Dan hari ini aku belajar satu cara mendidik diri . Bukan senang nak didik walaupun diri sendiri . Aku rasa terhibur bagaikan satu temasya . Rupanya jiwa inginkan hiburan . Bila hati terhibur terasa nak membuat kerja2 yang dirasai malas akan hilang . Dan akan ku kuch kuch hota hai ,bila rasa malas .
Cubalah sekali sekala ber kuch kuch hota hai , bila rasa tak dak mood .

Tum pas ke ai ye , kuch kuch hota hai .

TO BE COMFORTABLE,BE ALERT


TO BE COMFORTABLE,BE ALERT

Sebenarnya hidup ini dipenuhi oleh bala . Kaya pun bala , miskin pun bala. Ya , itulah hakikatnya pada orang2 yang mengerti . Cuma kita harus sedar bahawa kedua2 keadaan susah dan senang perlu ditakbir dengan hati2 . Dengan akal yang diberiNya kita kena pandai 'manage' hidup ini ke arah yang lurus , ke arah 'siratulmustakim' . Bila dah pandai menguruskan hidup , tidak ada lagi keluh-kesah dalam hidup ini . Kita mudah bersyukur . Kita mudah menjadi 'contented' . What more , everything is the gift of Allah . Nobody is in the comfort zone . Hang kaya kah ,hang susah kah , hang segak kah , hang hudoh kah , dan hang tu apa saja lah , semuanya di dalam larian menuju ke penamatnya . If you manage it in the proper way ,success is ahead of you . If you mismanage it , what an unlucky citizen you are .



Allah Maha Adil . So don't be smart . Kita dah dengar cerita2 dari Rasullah saw , bagaimana membuang duri di jalan saja dapat memasuki surga Allah. Bagaimana seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing dahaga juga sebegitu . Banyak lagi contoh2 dalam didikan agama kita yang menyusun dan mengatur supaya kita pandai me'manage'kan hidup ini . Kalau kita jutawan , manage it the best way . Begitu juga kalau kita miskin dan papa kedana , kalau pandai managementnya boleh dapat ganjaran yang lebih lumayan dari si kaya . We are given equal time . Kita diberi masa yang sama , semua mendapat sehari 24 jam , not more not less. Sesaat kita berpikiaq adalah lebih lebih baik dari dunia dan isi2nya sekali .
So , let us kejar that comfort zone that lies ahead...hereafter .

Just look around us...........tak banyak yang sedar , masih banyak ruang yang perlu diisi dalam hakikat pengejaran kita ke arah comfort zone .
To be comfortable , be alert .
Wassalam

Sunday, April 4, 2010

TIADA APA YANG KAMI ADA


KAMI DULU2 TAK DAK APA

Aku ialah hasil dari sekolah atap , berlantai tanah . Tiada ada buku tulis , Cuma yang ku ada ialah sekeping papan batu dan sebatang kalam.Sebuah buku teks tulisan jawi.Itu saja.Lain tiada.Ku isikan semua itu dalam beg buatan mengkuang.Hari2 itulah yang ku bawa bila ke sekolah.

Aku tak pernah pakai neck-tie ,aku ke sekolah berkaki ayam .Aku berjalan merentas belukar.Kalau hujan aku gunakan pelepah pisang sebagai payung.Kadang2 guna daun keladi kemahang,ia lebih lebar dari daun pisang.


Setiap hari aku berbekalkan ubi rebus .Sekali-sekali aku bawa nasi sejuk berlauk haruan bakar dan sedikit garam. Nasi emak ku bungkus dengan upeh pinang . Masa tu tak dak apa .Kalau ada Tupperware , itu satu benda yang ajaib. Tak pernah dengar nama Tupperware . Tak pernah terlintas di kepala aku .Hidup ku laksana KUNTA_KINTE .

Cikgu cedok air telaga untuk murid2 minum.Minum dalam gelok .Kami cerdik , kami bergabong menuntut kemerdekaan . Kami tak berpecah-belah . Pemimpin kami tak tamak-haloba , tak himpun harta bertimbun . Tak pernah dengar duit berjuta-juta . Kalau ada pun habis dinafkah untuk rakyat . Sahabat2 Nabi saw lebih hebat lagi.Saidina Bakar korban semua harta untuk agama . CT Khatijah pun sama . Tak berbangga dengan dunia kerana akhirat Abadan-abada .

SIAPA KITA SEBENARNYA ?


SIAPA KITA SEBENARNYA ?
Dengan nama Allah,99 semuanya



Dari segi ‘inti’nya manusia adalah sama.Dulu ,kini dan selamanya.Tak dak bezanya.Manusia berbeza dari komponen tanah yang diwarisinya.Bahan tanah yang dimakannya.Jagalah makanan kerana ia akan mempengaruhi diri manusia.Manusia akan celaka kerana makanan yang di makannya.Manusia tetap manusia,tapi manusia yang celaka tetap celaka juga.

Dulu ada manusia baik,sekarang pun ada. Dulu ada manusia jahat,sekarang pun ada.Dulu ada manusia menjadi syaitan,sekarang pun ada.Malah lagi banyak dari dulu.Dan selama2nya akan begitulah jadinya.Dan pabila sampai ke akhirnya manusia akan jadi lebih dahsyat dari binatang.Manusia berperibadikan binatang..Sebelum the big bang pengundi dunia ini adalah sedarjat binatang.Yang beragama dah lebih dulu ditiup oleh angin lembut dan mematikan keseluruhannya.Yang tinggal adalah berakhlak haprak.Memuaskan hawa nafsu sewenang2nya.

Yang jahat daging mukanya tebal.Tak ambik hairan.Tak tau malu.Katakan apa saja depa tak kisah.Haram dan halal depa sapu.Macam binatang juga.Biar pun dok kendong berbagai2 kerja jahat,depa jenis ini tak rasa bersalah.Sebab daging muka tebai.Tak terasa sikit pun.Nak malu jauh sekali.Bahkan megah pula tu .Bukan saja yang muda2,yang tua2 dah nak masok kubur pun sama.Masing2 pula nak jadi yang ternama.Nak jadi penyelamat masyarakat konon.



Dahsyat sungguh manusia.Yang baik dan bersih tersisih di dunia ini.Mereka dapat ganjaran di akhirat.Surga mereka lebih luas dari alam dan seisinya.Senang lenanglah mereka di sana abadan-abada.Pengundi neraka terpaksa berhimpit2 dan bergelut dengan pelbagai azab yang pedih.Dulu mereka tamak dengan dunia yang sedikit dan sementara.Dulu mereka menguasai dunia sewenang2nya.Bila sampai ke sini baru nampak perbezaan manusia.Manusia dah tak sama lagi.Ada manusia beruntung.Ada manusia yang rugi.

Saturday, April 3, 2010

PERASAAN TAK MENENTU DI HARI TUA


AKU UPGRADE PERASAAN KU
I seldom get broken-hearted.Aku cukup kecewa dengan kebodohan,mungkin kerana sebagai bekas guru tak ingin sekali melihat murid2ku jadi bodoh.Kebodohan berpolitik dan kebodohan ahli2 politik cukup mengecewakan.Dengan rasuah and what not.Dengan bohongan and what not.Cukup kecewakan.Cukup terharu sekali.Haru-biru jadinya.They make the whole population stupid.
Rasa terharu ku sebenarnya memberikan aku banyak semangat dan kepahaman tentang hidup dan mati.Politikus2 berasuah dan berbohong memusnahkan diri mereka dan negara..Mereka cuma nak berkuasa bukan nak ‘berkalifah’.
Rambutku dah memutih,dan dah putih kapas.And I can laugh at myself.If so I had died earlier tidak ada peluang untuk ku melihat apa itu erti tua beruban.Ketuaan ku memberi peluang pada ku untuk lebih positif.Boleh membetulkan kesalahan.Aku bebas dan aku cinta pada ketuaan ku.Aku tau aku tak boleh hidup selama2nya.Tak ada setitik habok nak menguasai dunia,macam impian2 orang politik.Setiap inci dunia nak mereka jajahi.Mereka itu mungkin ingin hidup selama2nya.Rasa berat nak bersara.Biar terus berpolitaik.Kejarlah politik bersih,jangan cemarkan dengan taik dan najis.
Hari berhari,dan terus berlari.Masa berlalu.Detik mendetik.Berlumba terus hingga ke penghujungnya.Manusia tak serik2 bergelumang dengan taik dan busuk nanah.Bila tiba masanya mereka akan berak dan berak.Mereka kencing di mana saja,walaupun di atas kepala kawan.Jauhi dari mereka ,jangan dekati mereka.Jangan kejar permata tiruan.Harganya mungkin jutaan,tapi nilainya kosong.

Friday, April 2, 2010

BERAPA USIA MU ?,,,KU RE-NEW N3 KU


Berapa usia mu ?.......ku re-new N3 ku
Dengan nama Allah,99 semuanya


Usia ku dah mencecah 70 tahun ikut calendar hijrah , sudah pasti kalau anda terdiri kelompok aku , maknanya kita sudah cukup tua . Kita dipenghujung hayat , bila2 masa saja maut akan tiba . Tapi Alhamdulillah kita masih ada kesempatan membuat persediaan untuk mati . Walaupun kesempatan itu hanya sedikit untuk menyadari kita tentang maut dan apa yang terjadi sesudahnya , untuk melakukan kebaikan di bahagian hujung penghidupan kita . Kita ambil kesempatan itu sebelum ia menjelang tiba . Jadi sebelum ia datang masih tersedia kita luruskan yang mana bengkok dan yang salah . Kalau kita sudah membuat kesilapan , bahkan ada membuat jahat , kita perbaikinya . Apakala tidak juga mungkin , kita minta maaf saja kiranya sesama manusia dan kita bertaubat kepada Allah.


Manakala kita kurang beribadat kepada Allah , wah masih ada lagi masa sedikit untuk berbuat begitu . Lipatkan ganda usaha kita . Bukankah dalam permainan pun di saat2 terakhir bisa saja dong menjaring gol kemenangan .
Mengikut kaedah di saat ini maut akan datang dengan tiba2 . Kekadang datang tanpa diduga . Jadi sebelum itu kita masih dapat memberi sedikt makna pada penghidupan yang sependek ini.


BERAPAKAH USIA SAUDARA PULA ?

Wah , baru masih dalam lingkongan 40 tahun . Saudara masih termasuk dalam kawasan mujur . Berada di tingkat kematangan hidup . Pada usia inilah Nabi saw dilantik Allah sebagai Rasul . Selama 23 tahun Nabi saw menterjemahkan realisasi hidup dan mati . Oleh itu bangunlah untuk mengisikan pembangunan untuk kehidupan dan kematian . Beruntunglah saudara kerana tenaga masih ada . Binalah kehidupan yang salam . Kerana dengan salam didunia , saudara dapat mengharapkan salam di akhirat .Tapi perlu juga ingat bahawa maut juga masih dekat dengan saudara . Buah durian juga luruh masa berputik lagi .


BERAPAKAH USIA SAUDARI ?

Aduuuh , cantiknya saudari , masih dalam umur 20an . Kalau begitu saudari berada di dalam usia kecermelangan . Para lelaki sudah tentu mudah tertarik pada saudari , seperti semut tertarik pada gula . Banyak saja pemuda mengerlingkan saudari bila berselisih jalan . Keayuan saudari adalah modal besar , ia dapat memberi untung yang besar dan juga boleh memberi kecelakaan yang besar pada saudari . Saudari akan merasa bangga dengan buah dada yang lebar dan punggung yang mengiorkan . Setiap lelaki akan terpesona .Satu masa nanti saudari akan berkawin , dan tak lama slepas itu akan beranak dan beranak . Kecantikan akan melangkah surut dan surut dan surut hingga memusnahkan kecantikan . Buah dada tak mengior lagi . Goyangan punggong tak berselera lagi .Bibir tak sedelima merkah lagi .Saudari tak dapat mempertahankannya lagi , walaupun habis wang diguna membeli ubat, saudari tak mengiorkan lagi . Mungkin suami pun sudah mula miang dengan gadis muda yang lain .Ciri2 tua sudah mula menghampiri saudari . Akhirnya saudari kalah dan maut memusnahkan keseluruhan tubuh badan yang dipuja dan dipuji .
Bila mati , tidak ada mayat yang molek . oleh itu dengan segera kaum kerabat akan uruskan pengkebumian .Selepas itu seluruh jasad yang dulu cantik dan seksi di makan oleh ulat dan cacing.


BERAPAKAH USIA KITA ? HISAB BAIK2 & BUATLAH PERSEDIAAN

Thursday, April 1, 2010

ORANG DI MANUSIAKAN,MANUSIA DI UPGRADEKAN


ORANG DI MANUSIAKAN,MANUSIA DI UPGRADEKAN

Dengan nama Allah,99 semuanya

Hari ini iklim negara ku dah jadi tak menentu.Kekadang aku naik bengong dan membuat aku menyumpah2 tak tentu pasal.Sebenarnya di umur tua ku,aku nak hidup bersenang linang memikirkan kebesaran Allah,beribadat dalam baki sisa hidup ku . Tetapi kerana episod2 yang cukup jijik berlaku ,aku tak dapat berdiam diri dan membiarkan begitu saja berlalu.


Untuk menjaga iman ku supaya tak tergugat,aku perlu menunjukkan rasa benci ku terhadap apa yang berlaku kini. Aku menyumpah2 bukan kepada angin dan awan .Bukan kepada lembu dan kerbau.Bukan kepada cacing dan cicak.Bukan kepada taik dan kencing . Aku sumpah kepada orang yang bukan manusia.Orang yang dah hilang kemanusiaannya.Orang yang mempunyai nilai kehaiwanan.Nilai kebinatangan.Nilai yang binatang sendiri tak mau kannya , kalau dia diberi kepala otak macam orang.


Dunia didiami oleh banyak orang,tapi telah kurang manusianya.Nilai orang kini dah setaraf lembu kerbau di padang.Sedikit sangat yang bernama manusia.Sedikit sangat mempunyai budi-luhur.Sedikit sangat mempunyai rasa simpati dan kasih-sayang.Banyak sangat yang haprak.Banyak sangat yang tamak.Banyak sangat yang haloba,gila kuasa ,pembohong ,zalim,tak kenal Allah,tak kenal Nabi.Banyak tak belajar dari Al-quran.Banyak tak kenal hadis. Banyak tak hormat ulamak.Banyak yang ego tinggi melangit..Mungkin pun dah sampai ke kubur menunggu tuannya di tanam bila dah mampuih. Tunggulah wahai ego , tuan mu rasa tak akan mampuih. Dia masih bermaharajalela di bumi ini,berkeliaran seperti langsuyar,menghisap darah di mana saja dan di mana juga pada ketika mana yang memberi ruang kepadanya merobek dan merogol siapa saja mangsanya.


BUATLAH SESUKA HATI MU WAHAI ORANG , CUMA DI DUNIA INI SAJA YANG KAU BOLEH MEMBUAT DOSA . LAZATNYA DOSA DI DUNIA , TAPI PEDIHNYA TAK TERKIRA DI AKHIRAT NANTI.......jadilah manusia supaya diri tak tersia-sia.

WALLAHUAKLAM

APRIL FOOL


APRIL FOOL

Who are fools ?Aku terima satu emel berkenaan dengannya.Hari ni hari fools come running in.Harap boleh syer untuk dipahami bila perayaan fools in timbul dalam masyarakat barat.

TRUTH WE REALLY DON’T KNOW

Truth is we really don't know where the tradition of playing pranks on people came from.

There are a few theories floating around though.

· When the western world used the Julian calendar, the year began on March 25th because they celebrated the start of a new year with the start of spring. However since that fell in the Holy Week, the celebrated it on the first of April. However when we switched to the Gregorian calendar in the 1500s, we moved the New Year to the first of January. According to the most widely told story, those who still celebrated the New Year on April 1st were called April fools.

· The Encyclopedia of Religion and the Encyclopedia Britannica thinks that the timing of April Fool's Day is directly related to the arrival of Spring, when nature 'fools' humans with erratic weather.

· The Country Diary of Garden Lore has a theory that April Fools Day commemorates "the fruitless mission of the rook (the European crow) who was sent out in search of land from Noah's flood-surrounded ark."

So, on April 1st are you going to be the tricked or the trickster?

Wednesday, March 31, 2010

OBESITY,BABI DAN LIDAH


OBESITY,BABI DAN LIDAH



Obesity ialah penyakit rakyat Malaysia.Majoriti boroi2 belaka.Sejak kecil dah ada yang boroi.Katanya itulah kemewahan.Kemewahan membawa padah. Peratusan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi cukup tinggi.Kalau dihimpun dah sampai mengjangkau terkeluar orbit.Perut semua terik2 belaka , buncit macam tempayan budu.Buncit terik mengening,Kalau di jentik bunyi macam A minor : teng,teng,teng.Negara kita mewah.Ada banyak makanan.Nak makan apa saja , macam2 ada.


Babi cukup banyak.Tiap2 malam aku terpaksa hambat babi.Babi dah mula masok kampong.Orang bukan Islam pun dah kurang makan babi.Pasai tu depa tak mai pasang perangkap.Kami panggil chiding.Aku perhatikan babi pun buncit2 perutnya.Kalau jentik mungkin bunyi b flat.Perut sarat mengening.Ibu babi boleh mengandung berbelas ekor anak.Babi makan apa saja.Lagi busuk cukup berselera dia.Terlampau nak marah kat babi.Senang saja,Cuma maki babi.Kawan ku seorang berbangsa Cina , tak marah kalau aku sebutkan dia gemok macam babi.Tapi orang Melayu jangan.Dia akan belasah kita.Orang Melayu cukup pantang dengan babi.Tapi ada juga orang Melayu mengidap penyakit gila babi.Gila babi bukan saja ditujukan pada penyakit , tapi juga pada keadaan2 tertentu , suasana tertentu ,pada isu2 yang tak senonoh. Kita sebutkan juga gila babi.Waktu harga minyak naik dulu ,aku dapati ada orang sebutkan ‘minyak naik,gila babi sungguh’. Lain2 ungkapan ,’gila babi punya kerja’ , ‘ musim gila babi’ , ‘harga naik bergila babi’ dan lain2 yang lebih kotor dan tak perlu aku sebutkan.Kita harus kurang bercakap sekarang , kerana dengan banyak bercakap kita akan membabi bahasa kita . Nak kena memartabatkan bahasa supaya bahasa di lihat indah. Biar merah macam buah saga.
Kita boleh berbahasa dengan adanya lidah. Dan lidahlah yang membuat banyak dosa.Kena kawal lidah kerana ia cukup berbisa . Ia lembek dan tidak bertulang . Dalam dewan ,dalam parlimen , lidah cukup ganas dan bermaharajalela.Semua itu akan tercatat dalam buku amalan kita . Rugilah mereka2 yang segala ucapan tergelincir dari lunas2 kemanusiaan. Sekarang depa bangga,tapi nanti mereka akan melihat kerugian yang nyata. Kerana banyak bercakap,banyaklah salahnya. Banyak salah , banyaklah dosanya. Banyak dosa , nerakalah tempatnya……nauzubillah.

Tuesday, March 30, 2010

KOMEN KAWAN AYAH PASAI PUTERI DI ALAM RIMBA


Di bawah ialah komen kawan ayah ( Anonymous).Ayah punya silent reader.An oldtimer and insyaalah dia akan buka blog sendiri.A know him from head to feet.He has many interesting articles.Pak Lah dan ayah ialah addict sastera muda2 dulu.Ada sebuah buku" CERITA TUKANG KAYU' ,sama2 kami enjoy membacanya.Kat tangan sapa dia berada sekarang,my friend Pak Lah ?
Inilah komen Pak Lah pasai terjahan Hanis dan Artikah dalam N3 ayah "PUTERI DI ALAM RIMBA..ada 3 episod.
Anonymous said...
Salam tuan,Seperti kata tuan,saya tabik spring kepada pelakon2 Puteri Di Alam Rimba diatas keberanian dan kegigihan mereka meredah hutan kerana semalam saya dan anak2 berkesmpatan ke Sik melalui Kulim,Baling,Memali,Tanjung Pari.Kg Melaka,Gulau.Nami ,Lubuk Merbau.Beris,Kg Chong Paya terendam dan Sik.Walaupun perjalanan disiang hari dan menggunakankenderaan 4wd,saya akui ia satu perjalanan yang mendebarkan.Di Sik sempat membeli 4 bungkus ikan pekasam di Kedai Rokiah (depan Klinik) untuk anak bawa balik ka Kajang. Maaf tak sempat ke Banggol Derdap.Sehingga bertemu lagi..
March 30, 2010 10:14 AM
Tu dia,hebatnya dua dara ni.
wassalam.

KOPI O,PULUT KUKUIH,IKAN TAMBAN KERING plus IKAN PEKASAM


Ni pulut harumanis orang Perlis.Abang Megat memang ariff,dia tinggal dekat sempadan Perlis.



Ni ikan pekasam aku beli dekat Jeniang,di Sungai Perahu.Mak Nah memang pakar buat ikan pekasam.Atikah dan Hanis dah rasanya.


Ni pula nyiok kukur.Peruoi saja atas nasik.


KOPI O,NASIK PULUT KUKUIH & IKAN TAMBAN KERING plus ikan pekasam


Sejak kecil2 dulu sarapan pagi aku sekeluarga ialah kopi O minum bersama dengan nasi pulut di tabur dengan nyior ( di kukur) dan ikan tamban masin di goreng. Dulu kami banyak tanam padi pulut . Beras pulut padi huma lagi sedap . Dulu padi diketam ,dihirek,dijemor dan kemudian baru ditumbuk dengan mengguna lesong kaki. Aroma nasi pulut dulu dan tamban goreng dulu dah lama hilang . Mustahil nak dapat rasa kembali......Aku suruh Mak wan aku cuba sediakan resepi tersebut pada satu pagi ( hari2 terakhir ni) . Kebetulan di pagi itu 2 orang anak muda mai ke rumah aku. Depa dapat merasa kopi O tumbuk,aku jamu pulut susu dan ikan tamban masin bersisek digoreng.Ada lauk tambahan,iaitu ikan pekasam ( ini aku beli semasa Atikah dan Hanis mai hari tu) .Aku kukur nyior separoh tua..........kami berempat orang balon habis licin.........budak2 tu kata sedap makan makanan orang zaman dulu ..........aku bagi tau depa bahawa zaman dulu sedap semuanya....tak macam la ni .......la ni zaman fasik........zaman kecoh.....depa akui cukup kecoh ( depa beri tau kekecohan politik sekarang ........depa cerita bekas menteri raba pungkur dan sebagainya)......aku dengar saja supaya mereka cerita banyak lagi kerana mereka tak pandai menulis dalam blog....aku rasa puas melayan mereka,kerana mereka perihatin terhadap isu-isu semasa.........
Rasa balik modal jamu depa pulut nyior kukur dengan ikan pekasam dan ikan tamban masin bersama kopi O.
Tak rasa terlior ke ?

Monday, March 29, 2010

PUTERI D ALAM RIMBA......EPISODE KE-3


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Ketiga


Dengan nama Allah,99 semuanya



Selepas weng mereka miss lagi simpang ke destinasi.Dah tiga kali depa ni miss jalan.Nasib baik depa tak ambil simpang ke Ulu Legong.Ulu Legong ialah pinggiran Thailand.Boleh dengar ayam berkokok di sempadan negeri Thai. Dulu seram juga di sini.Ada dewan Parlimen hantu raya dan pari2.Juga medan pertarungan binatang2 liar. Sekarang tempat bersantai mandi air-panas.Mereka tuju jalan betul.Tapi mereka terus ke Tanjung Pari.Goncang bahu kiri kanan,jalannya kerikil batu2 kecil.


Tanjung Pari,namanya juga seram bulu roma.Pari2 ialah makhluk halus yang boleh menjelma bila2 masa.Hampir maghrib mereka berada di situ.Terlajak hampir 15 kilometer.Mungkin mereka dapat pertolongan dari ‘pari2 ‘ di situ,supaya gostan balik.Ambil jalan Bukit Sebelah .Itu jalan betul . Tapi Jalan itu tak ada manusia .Tiada ada rumah orang.Tiada orang yang lalu lalang waktu malam.Yang ada rimba,kebun2 getah.Jalannya juga macam ular kena bedal.Bengkang-bengkok.Ada juga cerita2 ngeri berlaku di situ.Pelbagai penjelemaan.Ada orang bertemu gerai2 makan di tepi jalan pada waktu malam.Sebenarnya tiada pun gerai2 kat situ.Cuma hutan tebal dan kebun getah.Paling bimbang takut hujan dan ribut.Pokok balak boleh tumbang merintangi jalan.Semalaman lah di situ.Malam menjamu nyamok dan pacat.Boleh juga berjumpa langsuyar.Nenek kebayan pun pernah cerita ditemui orang .Malam hingga ke pagi kabus cukup tebal.Penglihatan terhindar dalam jarak yang dekat.Kalau berlaku,malamnya akan bertambah malam.Dan masa akan terasa lambat bergerak.Jenoh tunggu nak sampai ke siangnya.Kalau nangis sapa nak dengar.Kalau apa pun , sapa boleh tolong.Cuma panjatkan permohonan pada Allah.Masa beginilah baru nampak kehebatan Allah.Kalau ingat Allah.Allah ingat pada kita.


Akhirnya mereka sampai di sebuah pekan yang mereka pun tak tau.Sebelum tu melalui Bendang Man,Chepir,Kampong Dusun.Itulah pekan Sik.Baru dengar deringan telepon.Aku datang menjemput mereka jam 8 malam di depan kedai Farmasi Utara.Gedebuk-gedebak dalam jantung makin ringan denyutannya.Melihat mereka ceria membuat rasa hening,tapi sayu mendendam rasa.Dan pilu mendendam jiwa.Bukan kerana apa,tapi kerana mereka pompuan.Kerana dunia mempunyai banyak kerenahnya.Dunia yang dah hilang martabatnya,darjatnya dan kewibawaannya.Kepalsuannya berada disetiap detik dan ketika.Dunia di saat penghujungnya.Dunia itu fana.


Mereka boleh bernafas lega selepas membaca coretan ini…..alhamdulillah


Begitulah sepintas pandang.Begitulah sepercik kegelisahan.Begitulah .Semua kejadian ada di tangan Nya.

TAMMAT


P/S

1.Kalau berjalan dalam grup,pastikan ada 3 orang paling minima.
2.Grup pompuan kena ada juga orang jenis Adam.
3.Pahami route yang di tuju.
4.Kalau ragu2,berhenti tanya orang.sebaiknya orang berada di masjid .
5.Sparekan sebuah torchlight dalam kereta.Dalam kereta Hanis saya dapati tiada.

Ya Allah berilah kami KESELAMATAN & KESENANGAN di dunia dan di akhirat.


PUTERI D ALAM RIMBA...EPISODE KE-2


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Kedua


Dengan nama Allah,99 semuanya


Dulu Baling sunyi sesunyinya.Tiada letrik,gelap gelita.Bila2 masa boleh bersua dengan Chin Peng.Di sini juga Chin Peng keluar bersemuka dengan YM Tengku Abd.Rahman.Di persekitaran inilah pengganas merampas dan membunuh.Berapa banyak bas dan lori di bakar.Baling boleh menggegar bila2 masa.1974 puluhan ribuan penduduknya tunjuk perasaan kerana lapar.Harga getah turun bawah 20 sen.Musa Hitam mantan TPM di ejek dengan biadap bila turun dari heli di Baling.Mereka turunkan bendera dan naikkan ubi gadung sebesar bakul,untuk menunjukkan itulah makanan rakyat.Kalau Hanis dan Atikah berada di situ ,mereka akan pucat-lesi.Bila sampai di Baling mereka miss lagi jalan mudah melalui Parit Panjang,tapi terus mengambil jalan Tanjung Pari.Mereka akan bersua dengan Memali dan juga Weng.Dan sebelumnya ialah Bongor dan Siong.Pokok bongor menyetus seseraman.Ada kisahnya tersendiri.Siong ialah tempat Raja Bersiong mencabut siongnya.Ngeri juga peristiwanya.Cuba baca legenda Raja Bersiong.



Jalan itu dulu di kawasan hitam sehitamnya.Pukul 5 tak sapa berani melintasinya.Waktu malam orang kampong lari masok belukar.Kerana takut pada penyamun2 yang mengganas.Dalam tahun 1986/7 beribu2 askar dan polis ada di sepanjang jalan.Mereka memburu Al-syahid Ibrahim Libya.Al-syahid ,anak tempatan,pernah bertugas di jabatan perdana menteri.Tembak menembak berlaku.14 orang kumpulan Ibrahim Libya mati di bunuh….Al-fatihah.Bertahun2 Memali bergolak dan sampai hari ni kes Memali belum lagi selesai.Yang terlibat dengan kes itu pun banyak dah mati.Anak2 kecil arwah pun semua dah dewasa.Janda2 muda pun dah jadi tua kerepot.Memali dilupai begitu saja.Semacam juga kes2 orang di Pattani. Semacam juga kes2 di Palestin. Kes2 ini akan bangkit semula di akhirat.Di sana baru boleh tengok keadilan.Dunia tak boleh berikan keadilan,kerana kedurjanaan manusia.Manusia lemah,manusia kurang martabatnya,kecuali para2 nabi dan kekasih2 Allah.Akhir2 ini manusia lebih hapraknya.Siasatlah apa saja,haprak tetap unggul.Sikit saja tinggal manusia tulin.


Weng dekat dengan sempadan Thailand.Dulu tempat persembunyian komunis.Hari2 bom di lempar oleh kapalterbang.Rakyat hidup cukup susah,cukup sengsara.Bukit2 di banjaran Gunung Bintang ni penuh dengan ahli bintang-tiga.Sekarang jalan baru dibuat untuk sambung ke Durian Burung ke Thailand.Jalan panjang berkerikil batu.Jalan inilah menggoncang bahu2 Hanis dan Atikah.Alhamdulillah kereta Hanis juga lasak macam dirinya.Line telepon tak ada.Payah lah nak berhubung melalui alam maya.Alhamdulillah mereka boleh melepasi tahap keduanya.


Bersambung,ikutilah seterusnya.

PUTERI D ALAM RIMBA


PUTERI DI ALAM RIMBA
Di tulis dalam 3 episode….……..Cerita jenis gedebuk-gedebak,seram dan penuh suspense.Pelbagai peristiwa sejarah di hidupkan semula…..( macam iklan pewagam zaman dulu).


Dah lama ku tuleh coretan ini.Tapi tak boleh publish dalam blog , kerana masih something wrong with the pot.Teknician dah mula mencuba baikan pada 28 Mac.tapi masih gagal.Nampaknya aku kena pi lagi ke TMnet ,Sungai Petani.

PELAKON : Ridwah Hanis dan Atikahnr
LOKASI : Pengkalan Hulu,Baling,Bongor,Siong,Memali ,Weng,Tanjung Pari,Bukit Sebelah,Chepir ,Kampong Dusun,Sik

Mobil WLF 8151 bergerak kekadangnya laju menuju diatas jalan bengkang-bengkok di banjaran Gunung Bintang.Rendah dari banjaran Titiwangsa.Pemandunya penuh senyuman harapan kerana ada seindah warna pelangi mengiringinya,selagi 4 tayar bergerak di aspal selagi itulah misi dan visi dipenuhi.

EPISODE AWAL


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Demi masa membawa larinya sesuatu dengan paling pantas.
Dedulunya @ kekininya,sama saja.
Esok dan lusa sekata.
Dah lebih 11 hari barulah seram ngeri dalam diri merudum.Sebelumnya ,bila mengingati peristiwa dua dara menjelajahi tempoh hari cukup menggerunkan.Mereka mengambil lekoh yang jarang2 dilalui oleh orang belum tahu sejarah pahit.Belum mengenali peristiwa2 pahit yang terpahat dalam sejarah.


Hanis dan Atikah miss lebuhraya Gerik-Kulim-Butterworth.Ini laluan mudah untuk mereka sampai ke destinasi mereka.Hanya sejam lebih sikit mereka boleh sampai.Bila di Gerik nostalgia macam pernah ke Eropah.Negara orang Greek ialah Greece.Mungkin banyak orang keturunan Greek di sini..Kalau nak tengok orang Greek datanglah ke Gerik,Perak.Negeri Perak ni aneh.Dulu Ghee Hin dan Hai San bergadoh,akhirnya British ambil alih kuasa.Peristiwa yang lebih kurang sama berlaku sekarang ni.Kita tak pernah ambil pedoman dari sejarah.Pedoman Al-quran langsung tak kisah…astaqfirullah.


Hanis/Atikah ambik jalan Pengkalan Hulu/Baling.Dulu dari Gerik ke Keroh ( Pengkalan Hulu) dan terus ke Baling,jalan bukit berliku2 penuh dengan pengganas komunis.Kalau dulu mereka boleh di serang hendap oleh Chin Peng.Di kidnap dan di paksa berjuang bersama bintang-tiga.Kalau kehabisan minyak,atau tayar bocor,tiada siapa yang dapat menolong.Perut akan lapar,dan pada malamnya harimau dan gajah menjadi teman.Kalau hujan kabusnya tebal,harimau di depan hidong pun tak perasan.Alamak peritnya rasa.Alhamdulillah,mereka selamat.Mereka teruskan cergahan .Terlalu petang mereka tiba kat Baling.Assalnya perkataan siam, ban-ling.Sawakdikap.
Pai-nai-mairopang,
Tak kenai,tak leh tumpang.


Bersambung,ikuti seterusnya.

Sunday, March 28, 2010

KU UPDATE RENUNGAN DULU2

KU UPDATE RENUNGAN YANG DULU2

Tinggal di kampong mendapat kesempatan berpikiaq banyak tentang masaalah orang Melayu luarbandar. 90% adalah terdiri dari penduduk miskin. Mereka kekurangan segala2nya . Di musim sekolah dibuka mereka memerlukan banyak wang . Bukan macam aku mengaji dulu , aku rasa cukup selesa masa aku bersekolah dulu . Tak payah pakai kasut,cuma yang ku perlu ialah sebuah 'laptop' dan sebatang kalam . La ni berbagaian yang perlu dibeli. Nasib mereka baik kalau hujan tak turun , bolehlah mereka pergi menuris getah . Kalau setakat sekilo masih lagi ditahap RM 3.50 , boleh mereka bernafas lega . Mereka terpaksa mengikat perut . Di musim raya korban mereka dah boleh menjamah daging , selepas ini ikan asin tergeliatlah perlu dibeli .

Akhir2 ni tak dak sapa yang nak bercakap bagi pihak orang2 miskin ni . Mereka seolah rakyat terbiar . Projek2 pun dicanang tapi apakan daya tangan tak sampai. Tenaga mereka lemah kerana makanan yang mereka makan tak berkhasiat . Ada saja penyakit yang rela hinggap di tubuh lesu itu .Jadi mereka tak boleh meningkatkan aktiviti mereka . Kekadang aku memohon Allah nak jadi jutawan yang banyak wang , supaya aku boleh bantu mereka sepenuhnya . Setakat menerima 25 ringgit wang kebajikan masyarakat sebulan apa mereka boleh buat . Mereka perlu di overhaul seluruh hidup mereka .

Aku pun kurang arif nak pikiaq yang bukan2 . Nak harap orang politik , depa pula sibok dengan politik masing2. Depa pun nak cari lagi banyak duit . Politik depa berupaya mencari kesalahan orang . Budaya berpolitik dah jadi kotor . Tiada ada batas halal dan haram . Jarang sekali mereka bercakap ini haram dan ini halal . Kalau pandai menipu , dia dianggap bijak. Yang ada asas agama sedikit sangat . ......nanti sedar2 kita sudah berada dihujung jalan .

SIK ENGLISH SCHOOL


Inilah wajah2 kekawan ku yang mengajar di SES diakhir tahun 50an.Aku mula mengajar di sini pada tahun 1962/63.Gurubesarnya masih Tuan Syed Abu Bakar,No.3 dari kiri.Duduk di kanan sekali ialah sahabat sekuliah Drs.Jihaty Abadi.Tugas akhirnya mengajar di Universiti Malaya.
Miss Sopiah sekarang menjadi warga British,menetap di London.Yang lain2nya entah di mana,tak dapat ku cari.Kecuali Syed Bakar,ustaz Zainol ( duduk no.2 dari kanan) dan ustaz Abd.Ghani ( berdiri no.2 dari kanan),mereka bertiga dah meninggal...al-fatihah.
maaf para pembaca blog aku.aku masih lagi ada masaalah internet.sejak 23 mac hingga kini.

Tuesday, March 23, 2010

KLASIK PAK PANDIR


PAK PANDIR DAN PEGAWAI POLIS


Tetiba saja aku teringat satu cerita.
Aku pun tak tau dari mana aku dapat cerita itu.
Mungkin bukan dalam bakul sampah.
Tapi cerita itu banyak memberi pengajaran pada sesapa yang berpikiaq.
Yang tak mau pikiaq bolehlah senyum2 kambing.


Ceritanya begini.Mudah dipahami biarkan mereka berdialoq saja.


Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Monday, March 22, 2010

SEBUAH SAJAK DARI MEMOIR KU


ADA ORANG DOT DOT DOT
ADA ORANG DOT DOT DOT (Di tuju khas utk manusia....ku tulisnya pada 21 Julai 2007.Masih tersimpan dalam memoir ku )--
Ada orang hidup ,
Tapi sudah mati
Ada orang mati ,
Tapi masih hidup.
Kita masih hidup dan belum mati,
Memangnya mati ada di sisi.
Ada orang bila sudah mati
Hidup kembali,
Memang prosedurnya begitu.
Ada orang di masa hidup,
Sudah pun tidak bernyawa lagi.
Ada orang dalam hidup menunggu mati.
Dan ada orang langsung tak mau mati.
Dan ada yang tak sedar diri.
Ada orang pompuan jadi lelaki,
Yang lelaki nampak lebih seksi.
Maka si laki benci pada bini ,
Utk mengejar sesama lelaki.
Ada orang cinta berahi,
Ada orang miang macam keladi,
Mereka ditipu syaitan di sana-sini.
Dimanakah dan kemanakah orang itu ?
Di sini ,Di situ ?
Di mana ?
Di mana-mana .

Sunday, March 21, 2010

SENGETNYA LEMBAGA BUDI


DAH HILANG BERKATNYA


Kuca-kacir ada di seluruh dunia sekarang.Alam sendiri memberontak bertalu-talu tanpa henti.Cuaca memberontak.Angin memberontak.Air memberontak.Gempa di sana,banjir di sana,taufan di sana,sejuk di sana,panas di sana dan dimana2 pun ada kepelbagaiannya.Di negara kita pun serupa.Malah kekecohan politik melanda kita tanpa disedari.Umno kecoh,mca kecoh,pkr kecoh,mic dah tak kedengaran nafasnya berdenyut atau tidak.Dunia politik dah jadi medan membuat dosa.Keji-mengkeji,fitnah –memfitnah,di hamun dimaki dan dikerkah.Sepak terajang jadi mainan semata.Lumat jadinya dimedia-massa.Hancur habis cuping2 telinga di terjah oleh kata2 nista.Berdebu taik telinga di buatnya.Macam manalah nak satukan 1malaysia.Buat penat wassaja.Habis duit berkempen wassaja.Wajarlah aku pernah kata ‘kita kekeringan pemimpin’.Di mana ada pemimpin? Puas aku cari dalam library.Puas aku hendap di celah almari.Tak aku jumpai.Kuantitinya ada,kualitinya tiada.Berkat negara yang kaya-raya dah habeh.Tak kenal syukur,malah tak kenal tauhid.Jujohnya perangai haprak.Lelaki botak,dikatakan penuh beruban.Boleh cayakah ?


TGNA kata :………..


Harakahdaily
KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.
Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Benar-benar kata2 mu itu Tuan Guru…….srengenge pun berpikiaq gitu.

Saturday, March 20, 2010

Gambar2 terkini ayahanda

Ayah sedang masak kueh "cara"





Tu dia dah masak dan boleh makan.


Boleh rasanya,tentu sedapppp


Bersama Ihsan dan menantu Sakinah di ladang mempelam


Emak pun pi sama,tadi mak tiada dalam gambar kerana jadi photowoman


Ni dia ladang mempelam kawan ayah cikgu Man, terletak di kaki Gunung Jerai


Cantik ladangnya.penjagaan pun rapi.


Tu dia buahnya cantik.Buat membuka selera ibu2 mengandung


Tu dia mak,sakinah dan ayah


Panas terik hari tu,berlindong di bayangan pokok


Kekawan jauh ayah datang,mereka sedang menjamu selera


Dari kiri : Hafiz ( dan dia memang hafaz Al-quran), Ustaz Abd.Manan,Syekh Mukbil ibnu Yahya ( dari Yemen),dan Muhammad ibnu Ahmad juga dari Yemen (San'aa).
Bersama Syeikh Mukbil ibnu Yahya dan Muhammad ibnu Ahmad.Di tengah ialah Syeikh Srengenge
Hari ni jamu Syeikh Mukbil Speghetti goreng dan kueh 'cara'

Helo , "thoam Syeikh".

BANGSA KU LAGI


BANGSA KU DALAM GELABAH


Walaupun baru ni panas menggigit rasa,tapi tak lah aku mudah bengis.Tak ada tension menggugat selesaan.Tapi sehari dua ni aku tak tahan lagi , membengis setiap ketika.Rasa nak marah2 seolah aku ni ada menopause.Walhal aku bukannya berjantina hawa.Aku jenis Adam yang asal kejadian dari tongkol tanah……..Isu2 politik membuat kepala ku pusing2.Semuanya kerana politik.


Dah lama aku tak ikuti blog2 politik dan blog2 berpartian.Surat khabar pun aku malu nak baca.Tapi bila aku kerumuni mereka:Meluat ku tak terkira.Mereka tak kenal bangsa sendiri.Menghina dan mengkeji sesama sendiri.Membelasah lintang–pukang.Agama kita tak ajar sebegitu.Tak seperti bangsa lain.Mereka hormat sesama sendiri.Kita dah hilang maruah.Dari atas turun ke bawah.Semuanya kerana kuasa,pangkat dan harta.Parlimen pun dah jadi sarkas.Pada hal penoh dengan YB2.


Aku tak mau tulis panjang2.Kerana banyak buruk dari baiknya.Moga pembaca mudah pahami,dan boleh memperbaiki diri sendiri.Bini2 sendiri.Suami2 sendiri.Anak2 sendiri.Kawan2 sendiri.Dan sesapa saja yang menyendiri.Jangan biar nasi jadi bubur.Jangan biar bubur jadi basi.

Friday, March 19, 2010

OH BANGSA KU (aku update)


OH BANGSA KU ( aku update memoirku ini)

Hang Tuah kata bangsaku tak kan hilang di dunia . Apa maksud sebenarnya kita tak tahu dan aku pun tak tahu . Belum ada cerdik-pandai kupasnya dari berbagai sudut . Yang pandai pun cakap2 begitu saja , tak lah macam mana sangat . Maklumlah orang pandai boleh kata apa saja . Orang yang tak pandai menerimanya saja . Jarang2 boleh mencetuskan minda . Dok di takok lama .Hang Tuah yang bercakap itu pun hilang entah kemana . Katanya di ulu sungai perak . Tak tau di mana matinya , tak tau dimana kuburnya . Periginya ada di Melaka . Diri Hang Tuah pun kita tak tau asal-usulnya . Melayu manakah dia ? Melayu Pattani ke , Melayu Jawa ke , Melayu Bugis ke , Melayu Minang ke , Melayu Peranakan ke , Melayu Aceh ke , atau bermacam2 lagi jenis Melayunya . Melayu Campa ke , Melayu Celup ke , ataupun Melayu perasan saja ke ? Terlalu banyak Melayunya . Tapi masing2 bangga bila di sebut Melayu . Jadi Melayu menjadi wadah yang cukup istemewa .

Bukan senang nak cantumkan berbagai etnik dalam satu acuan yang dinamai Melayu . Bukankah ia satu anugerah yang cukup istemewa dari Allah , pencipta sekalian alam . Semua di panggil Melayu . Orang barat pun tak seperti kita . Orang inggeris dengan inggerisnya , orang perancis dengan perancisnya , jerman dengan jermannya , portugis dengan portugisnya , ireland dengan irelandnya . Terpisah2 jadinya . Mungkin kerana mereka mempunyai negeri tersendiri. Tidak ada pada kita . Kita jadikan Malaysia negeri kita . Dan kita satukan dalam satu bangsa , bangsa Melayu , walaupun kita sedar dari berbagai rumpun .

BERSATU TEGUH , BERCERAI ROBOH

Tuesday, March 16, 2010

"SEMUA" dan "BARU"




“SEMUA “ dan “BARU”


Semasa dalam kereta aku ,ayah Lah dan Shafie berbual panjang tentang hidup dan mati.Tentang dunia dan akhirat.Tentang dosa dan pahala.Banyaklah ceritanya sebelum kami sampai ke Aloq Staq.Dari mulut ayah lah aku dapat satu cerita baru,yang belum pernah lagi aku mendengarnya.Ingin benar berkongsi dengan pembaca blog aku.


Seorang sahabat yang sedang menghadapi maut menyebut kata2 SEMUA dan sekali-sekala menyebut pula kata2 BARU.Sahabat2 yang ada terpinga2 tak memahami kata2 tersebut.


Ringkaskan cerita: akhirnya mereka mendapat penjelasan dari Nabi saw.Sahabat itu sebelum mautnya telah dipamerkan Allah tentang pahala2 kebajikannya.Dia pernah mensedekahkan sedikit hartanya fi sabilillah dan sehelai jubah lama untuk sahabatnya.

Bila melihat pahalanya dia sebutkan SEMUA ( maksudnya mengapakah aku tidak mensedekahkan semua hartanya.).Dan bila melihat pahala jubah lamanya itu dia sebutkan BARU ( maksudnya mengapa tidak aku sedekahkan jubah yang baru).
Moga semua pahami maksudnya.


Wallahuaklam.

Sunday, March 14, 2010

JOM P KEDAH




JOM P KEDAH


Anaknda2 Hanis dan Atikahnr akhirnya selamat sampai ke desa srengenge.Jeha dan Lahuma menunggu mereka sejak 4 petang, kerana mengikut perkiraan masa paling lewat 5 petang pasti sampai.Pukul enam hati kami cukup cemas,mereka belum sampai.Kalau dari Gerik,Perak dalam masa sejam boleh sampai ke srengenge.Panggilan telepon pun gagal.Wah , mereka pompuan dan itulah yang kami bimbang.Juga mereka belum tahu selok-belok jalan ke srengenge.


7.40 deringan telepon menggembirakan kami.

Ayah , kami dah sampai ke Sik.
Dok mana?
Dekat pasar malam.Nak pi kot mana ayah.Ada trafik light kat sini.
Dekat kedai Shahdani kan ?.Dekat dengan kedai farmasi utara.
Ya depan kedai Shahdani.
OK tunggu,ayah pi jemput kat situ.

Depa ni terror .Depa mai ikut laluan lama.Ke Pengkalan Hulu,Baling, Memali dan weng.Jalannya dalam pembinaan.Penuh kerikil2 batu berpanjangan.Berbelas batu jauhnya.Sudah tentu bahu2 mereka tergoncang kerana batu dan lubang jalanan.Binaan baru untuk ke Thailand.Mereka miss junction untuk masuk kelebuhraya Butterworth dan terus ke Sik.Nasib baik depa tak miss junction ke Sik dari Weng.Tidak , lagi lebih 30 kilometer berkerikil dan goncanglah bahu2 mereka…..Dari Weng Ke Sik juga melalui jalan bukit tidak berpenguni.Kalau malam kat situ,susah juga nak memulas steering kereta..Restu dengan doa mereka selamat…alhamdulillah.Cemas aku dengar cerita mereka.Aku tabek spring kat depa.


Kami bercerita panjang.Pukoi 1 pagi baru depa pi nginap bermimpi indah.

Saturday, March 13, 2010

ASSETS DAN LAIBILITIES




ASSETS DAN LAIBILITIES


Perkiraan untung rugi meniti di setiap bibir manusia.Lebih2 lagi dunia perniagaan , kiraannya di utamakan.Kita pun diajarkan muhasabahkan diri.Seeloknya sebelum tidoq.Apa assetnya ,apa laibilitynya.Boleh lepas tu memperbaikinya.Esoknya tidak lagi berulang kecerewetannya,cuba tambahkan kemanufaatannya.


Yang paling utamanya biarlah anak2 kita menjadi asset kepada kita.Nanti dalam kubur pahala sedia datang.Jangan jadikan mereka liability.Dosa akan mengganas,kubur menghimpit kita.Anak yang soleh membawa nikmat kepada si mati.Anak durhaka memusnahkan hidup di akhirat.Si bapa dan si ibu menanggung segala bebanan , terluka yang membawa hidup akhirat lara.Kita yang masih hidup patut memberi asset kepada ibu-bapa kita yang sudah mati.Lepas itu giliran anak2 kita pabila kita mati nanti.Biar berpanjangan turun temurun.Satu saham yang cukup bermakna.Idamkan hidup bermakna di dunia dan diakhirat……Amiiinnn.


Aku dah memahami ikatan salitulrahim membawa banyak berkat.Dan aku dapat merasainya sejak akhir2 ni.Dan aku sayugianya mengsyukuri bimbingan Allah di hari2 akhir hidup ku….alhamdulillah.


Pada petangnya dan semalamannya hujan mula turun.Memberi erti yang cukup bermakna,kerana akhir ni panasnya cukup membara.Pagi ni ku dapati kuntum2 durian dah ada yang mengembang dan ada reranting stigmanya menyembah kebumi kerana syukur.Bolehlah Hanis,Atikah,KakS,Abang Megat berasa lega sikit berada di srengenge.Itulah juga keberekatan yang boleh kita perhitongkan.Sayangnya ijoismart tak dapat mai.Tapi beliau juga ada jalinan salitulrahim dengan keluarga sebelah isterinya.Moga ijoi juga mendapat keberekatan Allah.



SONATA ANAK KANCIL

Didoakan semoga anaknda sonata yang dah berjaya menjalani laser operation cepat semboh.


Sama2lah kita kejar duniawi untuk akhirat.