Sunday, November 15, 2009

HISTORY REPEATS ITSELF





INI GAMBAR LEMBU DIKORBAN

(GAMBAR HIASAN )










Sejarah kerap menduakalikan.Guru sejarahku kerap mengingati pelajarnya supaya belajar dari peristiwa sejarah.History repeats itself.Kalau di teliti memang benar kata2 itu.Dengan sejarah Nabi saw,kita rasa cukup sayang dengan Islam.Berbagai2 kita dapat rasai dengan peristiwa2 yang Baginda saw pernah alami .


Tadi selepas membelek2 almari tua ku,aku jumpa buku pasai sejarah Negeri Pattani.Sebenarnya Pattani ialah negeri kerajaan Melayu.Bahasa Melayu juga ialah lingua-franca di timur.Kita hilang satu lepas satu.Betawi masyhur,Melaka masyhur,Langkasuka masyhur,Temasik turut masyhur.Eropah gerun dengan kerajaan Melayu. Itulah sejarah lama.Dan sejarah kini pun ikut plan dulu.History repeats itself.


Sejarah Pattani tidak pernah berada dalam keadaan aman.Kestabilannya diganggu-gugat oleh kerjaan Siam dan juga kerajaan asing.Depa masing2 mempunyai kepentingan tersendiri.Kemerdekaan Pattani tidak pernah mendapat pembelaan antarabangsa.Dari dulu hingga kini nasibnya tetap sama : bersedirian.Kalau dibiarkan , selama2nya mereka akan terpinggir.


Kita heran melihat manusia kini.Dengan tercanggihnya teknologi,manusia celik-huruf dan celik IT.Mereka pintar dalam pelbagai bidang.Beribu pakar2nya.Tapi masyaallah tiada ada kemanusiaan dalam diri.Sudah hilang tamaddun,hilang jati-insan,roh agama diabaikan.Kasih-sayang sesama insan terhakis.Masing2 mementingkan diri.


Diantara orang2 yang paling malang di dunia ialah orang Pattani.Pada realitinya mereka telah hilang negeri.Dan perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan telah tidak mendapat simpati masyarakat antarabangsa dan tidak dibela oleh undang2 antarabangsa.Dari aspek kemanusiaan di manakah keadilannya.Kejujuran sudah tidak bersayap lagi.Yang terserlah cuma kepalsuan hidup.Penipuan dan kezaliman menimpa diri anak2 cucu mereka sejak berzaman.Agaknya, SAMPAI BILA ?

UBI KAYU








UBI KAYU


Ubi kayu senang tumbuh,senang hidup,senang berisi,senang makan.Mudah memasak berbagai jenis masakan.Boleh dicampur dengan berbagai bahan masakan.Dia bukan kayu sebarang kayu.Bukan ubi sebarang ubi.Dialah ubi kayu.


Ubi kayu ni cukup sinonim dengan orang keturunan jawa.Pelbagai masakan yang depa boleh hidangkan.Daripada pucuk mudanya boleh buat gado-gado , buat teman dengan nasi.Cukup menggodakan selera bila dimakan dengan nasi panas , di waktu hujan turun.Suasana makan kena ada.Kena ada envoirenmentnya.Kawan2ku pun begitu juga.Bila depa mai ke rumah , waktu makan depa mau makan di luar rumah .Atas pelantar.Pelantar ni saja ku buat untuk sembang2 dengan kawan sekampong waktu petang.Tapi tempat ni lah depa suka nak makan.Walaupun secawan teh O.Jadi aku pun kadang2,bubuh nasi “ taroh atas “ ( ni istilah orang kedah ) pi makan di luar.Bila makan boleh buat berbagai posisi.Tupai dan burung geli hati tengok manusia dok makan di luar.Aksinya menjolok mata .Depa berbisik2 dalam bahasa masing2.Dan kekadang aku pun boleh paham.Sikit2 boleh lah paham.


Sambong balik pasai ubi kayu.Tadi sepupu ku beri 4 ketoi ubi kayu.Baru saja di cabut.Masih fresh dan tak lagi masok angin.Aku terus koyak kulitnya,basuh dan rebus sampai empok.Sekali sekala tolong bini kan bagus ! Mak Wan pula koyak nyiok.Katanya nak kukur (parut) buat mencicah ubi rebus.Bila ubi dah masak,aku syorkan supaya di makan saja dengan serunding ayam berkuah .Serunding ayam berkuah likat.Seperiok kecil diberi oleh kawanku.Belum pernah aku mencuba makan sebegini.Rupa2nya cukup mengancam.Sedapnya………eeemmmpphhh ,sehingga menjilat jari.Nyiok parut aku suruh Mak Wan simpan. Besok buat bengkang ubi kayu,kerana masih ada lagi 2 ketoi.Ataupun buat lepat ubi kayu.Tapi kelmarin baru saja makan lepat pisang.Jadi baik juga buat bengkang . Tentu sedap punya.Lepas balik dari Tanah Suci ni kira makan saja.Yang rebus tu belum lagi habis ,aku bubuhkan ragi .Aku peram untuk dijadikan tapai.Cukup 24 jam masaklah tapai tu.Sila jemputkan makan.

Saturday, November 14, 2009

NASI AYAM MANDHI.....hhheeeemph

Ni dia nasi ayam mandhi.Baunya cukup menyelerakan.2 ekor ayam utk 4 orang makan.Orang malaysia boleh makan 10 orang.Sambil bilis tu masakan anaknda Azli.Dia pedas2 sikit.Menitik ayiak lioq.







Tu dia depa dah nak makan.Yang di depan berjanggut tu Abang samad, supervisor Safwah Hotel.Gambar ehsan dari anaknda Azli,manager HK Safwah Hotel.



Aku dah bosan nak tuleh pasai politik.Depa ni tak habeh2 memporak-perandakan minda rakyat.Rasuah sana sini.Tipu sana sini.Kelentong sini dan sana.Sekali-sekala tengok macam perangai budak2.Depa semua tu orang pandai.Mengaji sampai universiti.Kalau yang tak masok universiti pun ,tuleh dalam biodata pernah menuntut di salah sebuah universiti di mana2 dalam dunia yang sempit ni.Tak pa lah tu.Tapi tak kan depa tak tau yang mana satu dosa dan yang mana satu pahalanya.Kekadang debat ala parlimen di sekolah2 menengah tu lebih hebat dan tertib lagi.Ada kualiti.rasa nak dengar juga.La ni lintas langsung pun orang juih mulut.Tak rasa nak tengok .kalau ada berita pun tak rasa nak baca.Yang dok baca tu Cuma ahli tegar mereka saja.Kalau Tanya depa pasai apa sokong ? depa jawab nak cari makan.Anjing babi pun cari makan.Tapi tak lah makan serba mak nenek.Kita ni tak pilih langsung.Ikut terlintas saja……..nauzubillah.


Post2 aku yang baru berlalu tu sedikit sebanyak meredakan perasaan meluat ku terhadap orang politik.Orang yang tak pandai berpolitik tu yang aku benci.Politik , aku tak benci.Pasai tu aku masok dapor.Perut kenyang ,hati pun rasa puas.Kenyang makan mee rebus,lepat pisang dan ubi keledek.Hari ni dok pikiaq2 nak masak apa pula.Apa kata masak nasi ayam mandhi yang Azli sokmo dok sebut2 dalam blognya.Aku dah rasa masakan di Makkah.Masakan Malaysia depa kata tak lah sehebat masakan arab.Semasa di Masjidil Haram bulan puasa dulu aku dijamu oleh anak2 muda arab.Memang best.Had chef Di hotel Safwah pun cukup hebat.Terpelahap ku dan isteri makan.Azli yang belanja.Syok sungguh berpuasa di sana.Allah hulur berbagai nikmat dan kelazatan.Pohon Allah jemput pi sana setiap tahun.

Friday, November 13, 2009

MEE REBUS.......ssssrrrruuppppp





Gambar aku ambik kat blog mamasya.Aku tak dak studio photo.Main pinjam2 kat kekawan saja.
Aku memang gemar mee rebus.Sekali hadap boleh perabeh 2 pinggan.Kalau kuahnya guna ubi keledek memang manis.Tak payah guna ajinomoto ataupun gula.Dia saja manis yang istemewa.Lebih2 lagi ada kuah tulang lembu dimasukkan ubi keledek yang dah diblender.Nak bagi sedap lagi kuah tu campor dengan udang kering dan sotong kering.Dok tuleh ni pun ayiak lioq dok menitik.Hias bagi elok dengan asam limau,daging,teloq rebus,daun2 sayur,bawang goreng,dan...dan....
Nak bagi sedap lagi jangan guna mee biasa.Banyak ayiak kapor.Aku suka guna spaghetti.Aku beli banyak kat Makkah baru ni.Aku beli cap Buitoni di supermarket Bin Dawood.Guna spaghetti dia punya standad boleh upgrade 3 kali ganda.Bestnya mee ni melawaskan perut.Mudah tunai hajat.Bubuh banyak sikit sayurnya supaya bersirat.Jangan entertain dengan munuman bila makan mee.Memada dengan kuahnya saya.Bubuh banyak kuahnya.Hirup kuahnya sssssrrrrrruppppp.Lazatnya tak terkira.Selamat menjamu selera.

LEPAT PISANG & CERITA LONG TIME AGO



Ini gambar lepat pisang aku ambik di blog anaknda Zura sekarang berada di Yanbu,Madinah.

Memang petang tadi aku makan lepat pisang.Cukup sedap.Istimewanya Mak Wan guna pisang emas.Makan panas2 kali ni dengan minuman teh O.Teh arab ku beli di Makkah.Kopi O dah kehabisan , lagi pun aku dinasihat doktor supaya tinggalkan saja kopi.Pasai kesihatan kita tak boleh bantah doktor.Bukan takut kat mati.Tapi biarlah mati tak menyusahkan anak2 dan bini.Susahnya depa nak bela kita bila sakit.Dok mintak biar mati dalam sembahyang,dalam iman.

Sambil dok makan lepat tadi aku sekaligus membaca post aku yang ditulis dalam tahun 2007 dulu.Hati berasa seronok mengingati cerita2 aku zaman dulu.dan aku harap pembaca2ku boleh share cerita lama aku dulu.Jadi aku paste semula untuk sama suka2.

A LONG TIME AGO

LONG , LONG TIME AGO
Tahun ni aku tunaikan puasa cara mudah,sesuai dengan aku sebagai orang ulu .Masakan ulu memang aku minat.Cucur dan kuih-muih tak menggamit selera ku . Makan nasi bersambal belacan ,ulam dan ikan kering lebih mengiorkan.


Mengingati sejarah hidup ku dulu ,aku tak sangka aku boleh jadi begini .Masa kecil ku dulu sebagai anak luar-bandar dari keluarga miskin ,merayau-rayau dalam 'bandaraya' hutan-belantara menjadi mainan harian . Alam hidup ku bagaikan hidup anak Afrika 'kunta-kinte' . Memerangkap burung dan pelandok aku cukup pakar. Lintah dan pacat aku tak hirau . Sekenit dan tungau hinggap di badan setiap hari , dan aku tak risau walaupun kadang-kadang dia ketik di telor dan kote ku . Bila rasa gatal aku garu dan tak pernah aku manja pada emak atau ayah ku. Masok hutan berkaki ayam , dan kalau pakai kasut pun pada musim raya , itupun sekejap saja.Bila tumit ku rasa sakit , aku galas kasut untuk kemana2 , dan aku tak berasa pelik .Orang yang tengok pula yang rasa pelik.


Masa mengaji dulu pun aku tak kisah , cuma aku pi setiap hari ke sekolah . Apa aku nak baca , buku pun tak ada .Maklumlah mengaji zaman tu cuma pakai papan batu dan kalam pun juga batu . Bila pecah beli yang baru . Harganya aku tak ingat .Kadang2 cikgu beri percuma .


Di kampong ku tidak ada kemudahan asas. Jalan pun tak ada , yang ada cuma denai . Letrik dan air paip jauh sekali dan tak pernah aku terlintas di kepala bahawa benda2 itu ada .Aku sedar benda itu ada bila aku di hantar oleh gurubesarku ke sekolah inggeris di Sungai Petani. Aku pun tak tau bagaimana aku terpilih .Aku pun tak tau adakah aku cerdik atau bodoh .Tiga orang kawan ku yang terpilih ialah 2 orang anak guru dan seorang anak pegawai daerah.Sekarang baru aku sedar bahawa aku ni cerdik. Kalau tidak masa kan aku terpilih.


Bila melangkah kaki ke sekolah inggeris, sepatah perkataan inggeris pun aku tak tau. I knew nothing .Nak berak di jamban pun aku tak tau .Ada flush-water system pula. Mula aku takut bila ditarik tali ,air akan mencurah turun. Seminggu aku tak berak.Busuknya kentut habis cerita.Tapi sapa yang tau aku yang kentut.Aku cerdik , aku pandai kawal diri. Kekawan yang lain pula yang kena ejek. Menangis budak tu . Di hostel aku kena makan guna garpu dan camca .Ini kerja yang paling lece bagi ku . Kekadang tersilap pacak camca , habis nasi terpelanting keluar . Semua kekawan ketawa , aku pun ketawa juga . Dengan sebab cerdik ku itu ,aku tak dimarah oleh prefect . Aku jadi idola mereka . Sekejap saja aku jadi terkenal . Mawi kena bertarung hampir 3 bulan baru terkenal , tapi aku belom pun sebulan di hostel dah terkenal . Semua panggil aku Pak Hitam . Cikgu pun panggil aku Pak Hitam. Sampailah aku keluar sekolah selepas mengambil peperiksaan senior cambridge , aku dikenali sebagai Pak Hitam. Hingga hari ni kekawan lama dulu memanggil ku begitu .


Akhir2 ini bila usia meningkat tua depa panggil aku Pak Cha pula . Aku tak kisah , kalau panggil Pak Hitam pun tak mengapa , sebab hitam itu manis . Macam kopi-kaw .


Dekat sekolah ku ada hutan,disitulah tempat aku bermain . Aku berkawan baik dengan Mat Tongkoi. Dia pun jenis budak 'kunta-kinte' macam aku juga . Kami tangkap burung , biawak pasir dan kami bela di belakang asrama . Macam satu zoo pula . Guru asrama pun suka datang melihat binatang2 itu . Mat Tongkoi jadi kawan ku sampai la ni . Dan dia baru meninggal dunia . Ceritanya cukup sedih . Dia jatuh pokok . Pokoknya besar 5 pemelok . Semasa dia sedang mengambil manisan lebah. Dia mati di situ juga ....Al-Fatihah.


Aku minat nak jadi askar , sebab boleh tinggal dalam hutan. Aku pohon bila aku lulus senior cambridge . Aku berjaya di panggil temuduga sebagai pegawai kadet . Aku terima waren tiket keretapi tanah melayu kelas dua. Emak aku tak restu kerana masa tu banyak komunis . Dia takut aku kena tembak komunis . Aku ikut kata ibu . Aku jumpa Syed Abu Bakar,gurubesar Sekolah Inggeris Sik untuk memohon jawatan guru sementara. Permohonan ku di terima . Dan dari sinilah aku mula berminat jadi cikgu . Lebih2 lagi Syed Bakar yang banyak mencurah ilmu perguruan pada ku . Syed Bakar juga adalah kawan cikgu2 aku semasa di Sungai Petani dulu .Depa geng guru2 dari Kirkby. Dan aku sekarang dah masuk geng depa . Kerap menulis di Kirkbyites.net. Dapat banyak kawan baru yang terdiri dari guru2 pencen.

UBI KELEDEK





UBI KELEDEK


Dalam masyarakat Melayu,inilah ubi resminya.Zaman dulu setiap keluarga ada saja di tanam di belakang rumah.Ia makanan resmi.Boleh direbus,digoreng,dimasak sayur,dimasak sebagai gulai,di buat bubur.Sekarang pun peminat2nya banyak.Cukup enak di buat resepi sebagai kuah mee.Lagi sedap di buat kuih che mek molek.Isi karipap pun kekadang dimasokkan ubi keledek.
Dari segi perubatan pula ia cukup mujarab menangkis lemak dalam badan.Ia mempunyai serat yang tinggi.Lemak sukar menyerap dan mudah terperangkap.Tapi pengguna kena pandai memakannya.Jangan kupaskan kulitnya.Rebuskan dulu ubinya,bila masak baru disiangkan kulitnya.Bahagian isi yang rapat dengan kulit mempunyai lebih 90% vitamin.Bila dikupas habislah 90% vitamin.Yang lain tu cuma hampas.
Pucuk mudanya pula boleh mengubati penyakit semelit dan berak berdarah.Rebus saja dibuat ulam.Cukup enak di makan bersama sambal.Rebus biar kehijauannya tak hilang.Lebih baik dicelor saja.
Masa pi Makkah baru ni aku dapati banyak terdapat di pasar2 dekat Misfalah.Di Bin Dawood pun aku dapati ada dijual.Direbus makan sebagai sarapan pagi,dan dicicah dengan isi nyior parut
digauli sedikit gula dan garam adalah kegemaran ku.Lepas tu hirup pula kopi O panas.Serbok kopi pula buatan orang kampong.Tak di mesin,tapi ditumbok dengan lesong kayu.Wah-wah, mai Pak Non , mai Azli ,cikgu mas dan sesapa saja yang membaca blog aku....boleh tambah secawan lagi.

Wednesday, November 11, 2009

NAK BERKUASA KENALAH BIJAK



Kuasa volkswagen ini cukup tinggi dan life-long.
Masih banyak on the road.

( GAMBAR HIASAN )



NAK BERKUASA KENALAH BIJAK


Setiap orang bercita2 nak kebesaran.Kalau cikgu nak jadi cikgu besar.Kalau kerani nak jadi kerani besar.Menteri nak jadi menteri besar.Nak jadi big boss.Orang besar ialah orang berkuasa.Ada kuasa.Nak kuasa tenteranya kena banyak.Sekeliling pinggang.Semua tu kena bela.Kalau tak bela habeh lari.Selain habuan dicurah kepada haprak2nya,yang berkuasa juga kena bijak.Bukan saja bijak pengawasannya,tapi dalam dunia moden ni,mereka juga bijak berbohong/menipu.Lebih2 lagi bila berpolitik.Yang aku cukup kenal,orang politik lah yang cekap berbohong.Nak tau bila tiba pilihanraya.Tengoklah , lepas tu tau lah awak.


Kita tak boleh bijak sendiri2.Diri sendiri tak bijak.Dia kena ada pedoman.Bukan sebarang pedoman.Pedoman dari Illahi.Al-quran.Pedoman dari Nabi saw.Al-hadiths.Al-quran dan Al-hadiths saja yang bijak.Wal-quran nil hakim.Allah sebut Al-quran itu bijak.Sapa nak pertikai lagi.Allah yang berfirman begitu.Tapi manusia yang dok berkuasa ni degil.Haprak sungguh la jadinya.Depa tak mau guna Al-quran.Setengahnya menolak terus…….nauzubillah.

Monday, November 9, 2009

BILA 'A CHILD IS BORN' SIAPAKAH RAJANYA



GAMBAR HIASAN

Pakaian Tradisi Rajastahani :
Golongan Raja


BILA ‘ A CHILD IS BORN ‘ SIAPAKAH RAJANYA


Sapa raja kita ? Di Malaysia ada banyak rajanya.Kekawan kita juga banyak yang bernama raja.Kekadang kita gelarkan seseorang sebagai raja.Raja bola.Raja penipu.Raja mengorat.Dan sebarang mak-nenek rajanya.Di koloni orang2 India juga ada banyak raja.Ada Rajagopal.Ada Rajaratnam.Ada Rajamani.Juga ada Rajaratnam.Dan 1001 rajanya.Jadi yang mana satu kita nak pilih sebagai raja.Satu raja saja.Banyak rajanya membawa padah.Masing2 nak berkuasa.


Hidup mesti beraja.Kalau tak beraja,hidup jadi songsang.Hidup tak berikan matlamat.Apa matlamat hidup ? Hidup di dunia ibarat sebagai sebiji benih. Hidup yang sebenarnya ialah hidup yang Abadan-abada.Hidup selama2nya baru dikatakan hidup. Jadi benih hidup mesti dibela.Di jagai.Supaya sempurna hidupnya buat selama2nya.Jadi kita perlukan raja menjagainya.Jangan beraja pada nafsu.Berajalah pada hati.Hatilah raja kita.Kalau baiknya hati,baiklah raja kita.Kalu tidak, hapraklah raja.Kalau rajanya haprak , hapraklah juga rakyatnya.Ia cuma seketol daging.Baiknya daging itu,baiklah rakyatnya.

Sunday, November 8, 2009

PEREKA PINTU KAABAH MENINGGAL






Kaaba gold door maker passes away...Anwar Al-Syed I ....From the Arab News

MAKKAH: Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, the chief artist who recast the golden door of the Kaaba, has died at the age of 89 in Makkah on Friday. The Grand Mosque held funeral prayers at dawn on Saturday.

Ahmad made the Kaaba’s door using 300 kg of pure gold at the orders of King Khaled in October 1979. The work was carried out at a workshop prepared exclusively for the project. He also refurbished the meezab (the spout at the top of Kaaba) and the Black Stone’s silver frame. He learned his art from his father Sheikh Ibrahim Badr who originally designed and built the door when King Abdul Aziz ordered him to in 1942.

Ibrahim and two relatives, Mahmoud and Ibrahim Badr, cast the door in pure gold, taking a full year to complete the work. The interior pillars and the meezab, made with 25 kg of 24-carat gold, were also completed during that time. The prayer “Ya Hayy Ya Qayyum” (Oh the Living Oh the Lasting), verses of the Holy Qur’an and the words “Allah” and “Muhammad” were inscribed on the door. Their work also included a silver frame for the Black Stone.

Ahmad was born at his ancestral home in the Qashashiya quarter of Makkah in 1920. After studying at the local Falah school he joined his father at his gold and silver workshop at the age of 15. Ahmad had been working at his father’s shop “Sheikh Ibrahim Badr” in the Goldsmiths’ street all his life. He belonged to a family of artists known for exquisite gold works.
DARI ALLAH DIA DATANG , KEPADA ALLAH DIA KEMBALI

WAHABI , WAHABI , WAHABI



Inilah tentera merah yang akan mengerjakan korban di musim haji ini di Mina.Bukan 4 orang ini saja,banyak lagi.

( gambar hiasan )

WAHABI,WAHABI,WAHABI


Orang Melayu ni sangat sensitif dengan perkara2 yang kecik.Orang Melayu suka juga membesar perkara2 yang kecik.Orang Melayu ni cepat melatah.Perkara2 yang remeh di besarkan.Yang besar di remehkan.Kebudayaan sebegini ialah turun temurun.Sejak aku kecil di takutkan dengan hantu.Kini dah tua merempat pun masih ada orang menakutkan anak2 dengan hantu.Padahal hantu tu ,syaitan.Kerana takut kat syaitan,semua jadi syaitan.Padahal ‘lakom aduwun mubin’.Jangan takut,kena berperang dengan syaitan.Ia musuh yang nyata.


Minggu ni setiap hari orang bercakap pasai wahabi.Tuduh menuduh ni ,macam biasalah kerja orang Melayu.Orang yang menuduh pun tah paham apa itu wahabi.Orang yang kena tuduh pun tak perasan pun yang dia tu wahabi.Macam cerita hantu tadi juga.Tak dak sapa pun yang kenai hantu.Akhirnya menjadi lah satu fitnah.Padahal Islam melarang fitnah.Fitnah lebih besar dosa dari membunuh . Begitulah selalunya ,bila habis perkakas hujjah,mereka gunakan perkakas fitnah…..nauzubillah.


Sejarah agama ni selalu membawa movement.Movement ni memantapkan kepahaman keagamaan penganut2nya.Kita tak boleh maju kalau tak bawa movement.Movement mensesuaikan masa dengan agama.Masa berubah,agama tak berubah.ABIM satu movement.Tabligh juga sama.Dulu Arqam juga membawa movement.Dah diharamkan kerana menyeleweng dalam Aurad Muhammadiahnya.Politik secular juga satu movement.Patut juga diharamkan kerana membawa banyak masalah dalam masyarakat.Islam Hadhari juga satu movement , satu movement yang mengarut.Mempolitikkan movement.Bukan meng-agamakan politik.Nasib baik dah lenyap dengan tersungkurnya Pak Lah.


Kini wahabi pula jadi hingar-bingar.Wahabi juga satu movement.Dia tak tolak pendapat imam2.Dia tak tolak mazhab2 yang 4.Dia bermazhab Hambali.Berbagai pertikaian ada terhadap mereka.Tapi tak pernah diselesaikan.Yang ada tuduhan2 dan kekadang menjadi fitnah.Dia Cuma membawa pembaharuan..Membawa movement..Yang lazimnya orang pertikai pasai qunut.Berapa banyak orang kita pi Mekah dan Madinah sembahyang subuh tak berqunut.Apakah mereka semua jadi wahabi ?Apakah qunut itu wajib ? Boleh rosakkah aqidah kalau tak baca qunut ? Berapa banyak pula yang mati di Mekah dan Madinah tak bertalqin.Apakah almarhum semua jadi wahabi ?


Hari2 mendabik dada ,.kita ahli sunnah waljamah.Kekadang satu sunnah pun tak ada pada diri.Sunnah syaitan banyak yang ikut.Apa dia ? Hisab rokok.Para2 mufti dah fatwa haram , tapi yang berserban dan berjubah masih dok syok sendiri2.Itulah orang kita yang dinamai Melayu.Layu minda,layu ilmu,sebab otak dah layu.Apa tak layunya,hari2 main api dan main asap.Isu nak berpikiaq sangat lemah…….selalu misinterprate.

Waspadalah……….Berapa jauhkah kita dengan Allah……………Berapa dekatnya kita bersama Allah……….Lihatlah dunia hari ini , bencana2 yang tak bisa langsai …… Selagi jantung berdegup dan nadi berdenyut manusia terus digoda oleh syaitan.

Supaya sama2 paham :

''''''''''''tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
''''''''''''menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
''''''''''''membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
''''''''''''tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.

Saturday, November 7, 2009

SMILE (PART 2)



MAI BUKA PUASA DI MASJID NABAWI.....bolehlah senyum,cuma buah2an termasok korma dan air zamzam.

( gambar hiasan )





SMILE ( PART TWO )


Semua kita memiliki senyum.Jadi senyum itu milik kesemua.Ia bukan hak individu.Ia bukan hak sekelompok.Bukan juga hak sebangsa,seketurunan,sekurun,seabad.Tidak sapa boleh berpunya.Tiada orang boleh monopoli berpunya.Bukan untuk khusus orang tertentu.Ia bukan keistemewaan orang berpangkat.Bukan keistemewaan untuk raja2,menteri2,wakil rakyat ,atau sapa saja.Siapa pun boleh tersenyum.Bukan senyum untuk saja2 nak senyum.Peristiwanya kena ada.Hasratnya kena ada.Kalau lucu,kelucuannya kena ada.Kalau gembira,kegembiraan kita kena ujud.Sekurang2nya senyum untuk mentertawakan diri sendiri . Susah nak senyum di atas kebodohan diri sendiri.Kerana orang bodoh tak tau menilai kesenyuman.Orang bodoh hanya memiliki kebodohannya sendiri.Dia sendiri pun tak tau dia tu bodoh.Jadi kalau kita cerdik janganlah senyum sendirian , kerana senyum sendirian dikira kurang waras.Kerana ketika tersenyum sendiri ,anda mungkin disangka bahlul.


Senyum juga tanda sihat.Senyum boleh menolong menurunkan ketegangan sarang otak.Senyum sekaligus memperlihatkan wajah ramah mesra.Ia merupakan respons dari sesuatu kejadian.Ia memberikan jawapan yang konkrit.Orang atasan berlagak dan jarang senyum kepada orang bawahannya.Ia sombong dan angkoh.Sekaligus ada kebodohan dalam dirinya.Sebab itu dia akan senyum sendirian di dalam kantornya.Bila mabok dengan kuasa dan pangkat,begitulah jadinya.

So why not give a smile to anybody,especially those who knows you.Senyum itu satu sedekah.Itu pesanan Nabi saw.Bila berpikiran lemah,senyum tak menjadi.Jadi anyamkan minda dengan kelarai2 ketauhidan.Minda mesti mantap.Lakarkan berbagai hidup positif.Jauhi fenomena2 negatif.Bisa saja bibir menarik nafas lega untuk mengukirkan senyuman.Biar senyum menghiasi muka dan di hari mati senyum tetap menetap di wajah muka.

Friday, November 6, 2009

SMILE ( PART ONE )

SMILE (PART ONE)

Tahun 50an dulu.Ini cerita lama.The Platters satu grup penyanyi kulit hitam pernah mendendangkan lagu SMILE.Liriknya juga aku dah lupa.Tapi membawa makna yang seingat2 ku cukup indah.Tapi apakan daya aku dah lupa.Kalau tidak bolehlah aku tafsirkan untuk tatapan semua.Sebenarnya kita boleh menafaatkan apa2 saja.Justeru manusia ni suka membuat benda2 yang tak bermanfaat.Motor di rempit.Aurat dibuka.Cinta digoda.Cakap dinista.Seks di niaga.Sebutlah apa saja.Habeh diporak-peranda.


TS Nayar guru bahasa inggerisku di tahun awal 50an .Ini pun cerita lama.Di kala itu aku di Primary 6.Guru ku ini symbol heroin Hindustan.Orang nya manis dan mempunyai sifat2 keibuan.We loved her .Much more she loved us too.Through the school alumni her son now staying in US,contacted me.I was his mothers pet.Teachers’ pet.TS Nayar memulakan setiap lessonnya dengan senyuman (SMILE).Semua muridnya mesti senyum dulu sebelum belajar.Itulah keistemewaannya.Tidak sesapa boleh menerima pelajaran dalam keadaan gundah-gulana.Etika ini tak hidup di sekolah2 kita.Sebab tu banyak sangat masaalah di sekolah.Dari murid hingga guru2nya.Dari guru hingga ke pihak yang mentadbir.Dari pentadbir hingga ke menterinya.Dari menteri hingga ke warisnya.Dari waris ke masyarakatnya.Bila bermasaalah kita tak boleh selesaikan masaalah.Hanya senyuman saja boleh menyelesaikan masaalah.Orang terima @ tidak aku tak kisah.Orang tak terima tu mesti ada kisahnya tersendiri.


Banyak yang aku nak tuleh pasai senyuman ni.Tapi biarlah aku sambung di Part Two,insyaalah.

DOWN MEMORY LANE





DOWN MEMORY LANE

Kelmarim,semalam hingga ke pagi ini hujan mencurah2 tanpa hentinya.Merupakan satu medley ala marathon.Aku bangun awal untuk solat subuh.Sejuknya menggetarkan dagu.Bayu pagi yang menghembus nipis menikam hingga ke tulang som-som.Beburung tidak bersiul pagi ini.Ayam jantan sekali sekala berderai2 kokoknya walaupun ekornya bergelumang taik.Kucing jantan menggalak memanggil betina.Musim menambah zuriatnya,musim sejok.Beberapa pelepah nyiok kering gugur ke bumi.Sebelumnya singgah di bumbung rumah.Berdentum bunyi macam gugurnya bom atom di Hiroshima.


Biji2 manik hujan menitis entah berapa billion trillion jumlahnya.Segala lopak dipenuhi air.Di sungai dan lain2 laluan , air melimpahi tebing.Haruan dan keli mudik mencari perlindongan.Dulu aku lah hero menangkap ikan2 ini.Emak dan ayahku cukup gembira,aku pandai menjinakkan alam.Bukan saja aku pandai di air , aku juga pintar di hutan.Binatang liar dapat aku jinakkan.Binatang pelandok sepintar2 nya dapat aku eksploit.Aku tangkap guna ‘ciding’.Orang sekarang dah tak kenal ‘ciding’.Ia satu cara menjerat binating liar.Menangkap burung di udara aku boleh lakukan saja dengan mudah.Lastik ku cukup mengena.Sebutir peluru , seekor mangsanya.Pelurunya mahal.Diproses dari tanah liat.Digelintir dengan dua tapak tangan menjadi bulat .kemudian dijemor hingga kering.Kerasnya boleh tahan.Macam juga dengan kayu ‘taklamu di bukit’.


Hujan masih menitis terjun ke bumi.Gara nak rentinya belum pasti.Dia akan turun lagi dan lagi.Hingga Kelantan dan Terangganu digenangi air.Hingga rumah di masuki air.Hingga mangsanya dikumpulkan di dewan sekolah.Mereka semua dijamu nasi kawah.Nasi dan gulai ikan kering di campor terong.Sedapnya menjilat jejari.Moga tahun depan hujan datang lagi.Boleh makan nasi free.Di masa lain janganlah harap.Duit royalty minyak dua negeri ini pun depa bawa lari.

Thursday, November 5, 2009

KITA PELAKON DAN KITA BERSANDIWARA





KITA PELAKON DAN KITA BERSANDIWARA


Sekaligus kita juga seorang sutradara.Kita juga pengarahnya.Hero atau heroin,kita juga pilih.Kita hiaskan pentas,kita lakarkan envoirenmentnya.Aksi dan dialog justera kita jugalah ator tatacaranya.Karya kita menjadi begitu banyak.Sebab kita terlalu gigih menulis skripnya.Saban hari di saban waktu kita tak leka.Kita manfaatkan sepenuhnya berkarya.Koleksi karya drama2 kita dibukukan dan akan dipertotonkan di pentas akhirat nanti.

Apakah buku cerita kita itu bagus untuk insparasi indah bagi para waris kita dan pembaca2 lainnya ? Segala bebanan yang dihiasi rupa2nya ialah topeng2 dunia yang ditinggalkan.Satu bagasi yang besar dan berat.Ia mesti dipikul di akhirat.Bagasi dunia yang lakonkan dulu.Ia dinilai.Dan anugerahnya tetap ada.Mesti terima anugerahnya : Yang baik atau yang buruk

Kena yakinkan diri berkarya yang memberi nilai positif.Pikiran kita mengundang segala yang ujud dalam karya.Kalau pikir sihat,sihatlah karya kita. Pikir sakit,sakitlah karya kita.Pikir gagal,gagallah karya kita.Jadilah diri kita diri sendiri.Setiap kita ada keistemewaan sendiri.Canailah keistemewaan itu.Lakonkannya .Dah tentu sekali memberi satu output yang cukup hebat dan mengkagumkan.Kitalah penulis ceritanya,kitalah pelakonnya.Kitalah seorang sutradara yang berjaya.

So goes the saying THE WORLD IS JUST A STAGE.

Tuesday, November 3, 2009

THE GALACTIC SUITE SPACE RESORT



Nanti bukan lagi satu impian.Anything can happen.Orang miskin macam kita tok sah dok mimpi.Masih banyak lagi kerja2 yang bermanfaat untuk manusia dan makhlok2 lainnya.
Pada 2012 dijangkakan sebuah hotel di angkasa akan terbina.Hotel ini akan mengelilingi dunia dalam masa 80 minutes.No more round the world in 80 days.Jadi dalam sehari dapat melihat matahari naik 15 kali.
Ia terletak 280 batu dari bumi.dan boleh bergerak 30,000 km sejam.43 orang dah pun membuat reseveation.Dan 200 orang dah pun berminat.Bukan sikit2 belanjanya.Untuk 3 hari/malam sewanya $ 4.4 million dollar.Inilah gara2 hidup of the rich.

PERSEPSI DAN NILAI BERUBAH

PERSEPSI DAN NILAI BERUBAH


Cepatnya masa berlalu.Dalam pengajian agama , kita telah pun dimaklum bahawa sampai satu ketika masa bergerak rasa2nya terlalu pantas.Walaupun sehari tetap 24 jam.Sebulan di rasa seminggu.Seminggu rasanya sehari.Dan sebulan rasanya , walaupun setahun telah berlalu.Dan inilah yang kita rasai.Dan inilah yang kita alami.Sehingga tiada masa yang terluang.Untuk membereskan kerja look impossible.

Yang dibangun,tetap membangun.Yang diruntuh tetap ranap tersungkur ke bumi.Ilmu bertambah ke pelbagaiannya.Yang dulu tak ada,sekarang menjadi ada.Yang lambat menjadi cepat.Yang laju menjadi deras.Yang jauh menjadi dekat.Yang dulu impossible sekarang jadi possible.

Dari itu semua membawa dunia turut dengan kelambabutnya.Di bandar2 besar it’s a rat race.Sibok kiri kanan depan belakang.Berlari kekanan ,tercicir di kiri.Terdongak ke belakang,tersepak di depan.Tergelincir di kiri , tersungkur di kanan.Manusia kekadangnya dilihat sebagai robot.Manusia kekadangnya ternampak sebagai tiada naluri lagi.Buat apa yang suka,ikut apa nak jadi.Tidak ada nilainya lagi.Tiada ada persepsi yang jati.Semua berubah dan berubah entah kemana yang ditujui.Melalui semak-samun yang berduri ,melalui cerok-denai yang tidak diketahui.Tanpa pedoman,tanpa petunjuk dan tanpa juru kemudi.

Seperti pernah saya ibaratkan.Penjelajahan kita cukup absurd.Dan dah tak stabil; menjunam,mendatar,menyanggah ke atas.Impiannya banyak dalam igauan.Hendak everything.Kemarok terbenam di sanubari.

Monday, November 2, 2009

KENAPA BIARKAN PERUT MEMBUNCIT

KENAPA BIARKAN PERUT MEMBUNCIT


Majoritinya membelakangkan akhirat.Kejar dunia lintang-pukang.Siang dan malam.Dalam dairi dan dictionary tak dak haram dan halal.Habis semuanya dikebas.Sehabok taik kuku pun tak rasa takut.Tak rasa gerun . Dunia dibolot dan digomoi tanpa ragu2.Kiri-kanan,depan-belakang ,ke lapan penjuru mataangin semuanya selesa selalu.

Dunia jadi tak selamat.Manusia tak selamat.Air tak selamat.Udara tak selamat.Gunung-ganang tak selamat.Tak selamatlah juga bukit-bukau.Tak selamatlah juga lembu-kerbau.Yang dok gomoi membabi-buta,dalam cerah dan dalam gelap,membikin perut tu boroi macam tong drum.Yang merana dan melarat ,dibiar begitu saja,tanpa di jaga.Rakyat miskin hidup melarat

Yang buncit simpan duit juta2 dalam bank untuk dilihat.Biarkan kosong kazanah diri di akhirat.Bagaikan nak buahnya saja.Perdunya ditebang.Bunganya dicium mesra,pokoknya dipijak derhaka.Air dihirup selazat rasa,sungai di cemar rosaklah segala.Tak usahlah berslogan,kerana slogan tak membudayakan fitrah.Slogan tak mengheningkan udara,menjernihkan air.Slogan Cuma untuk propaganda..Slogan ialah tipu-daya yang nyata.Sia-sia belaka.

Sunday, November 1, 2009

THE NEW GOD OF POLITICAL PARTIES



Pekerja2 Bin Ladin di Masjidil Haram sedang berehat.

THE NEW GOD OF POLITICAL PARTIES


Nak kata aku ni panas baran,tentunya tidak sekali.Payah juga aku nak jadi bengis tak tentu pasal.Masa muda dulu adalah sikit2,tapi kini dah tua kesabaran tu lebih banyak mengkontrol perasaan.Kalau yakin dengan tauhid,tak ada apa benda pun yang boleh menaikkan darah dan pongoih tak menentu.Pongoih ni semata2 ikut perasaan.Tak guna kepala hotak.Senang cakapnya ialah tak kenal Allah.Tak kenai Allah,binasalah orang itu.Binasalah apa saja kerja buatnya.Binasalah saf pimpinannya.Dan binasa diri sendiri………nauzubillah.

Pagi ni aku baca blog Pak Kadir lagi.Memang blognya ada dalam blog list aku.Bukan aku terima pendapat2nya.Ada yang aku tak terima.Payah aku nak turut orang.Orang lain pun payah nak turut aku.Itu tak kisah,kerana memang Allah pendorong kita.Allah selalu membolak-balikkan hati kita.Dalam blognya Pak Kadir menulis tentang pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat.Dalam semua parti2 politik Malaysia la ni ada pergeseran.UMNO ada.MCA ada.MIC ada.PAS pun ada.Bahkan Berahim Ali yang bebas pun bergeser bersama dalaman dirinya.Dok tukcah2 nak lompat lagi ke tidak.Orang politik jiwa mereka tak tenang.Jiwa penulis blog lebih tenangnya….itu kata aku.Orang lain biaq pi kat depa la.Setiap ketika aku nak dampingkan diriku dengan Allah.

Dalam komen aku di blog Pak Kadir , aku kata selagi pemimpin2 tak kenal ilmu tauhid,sampai bila pun tak akan berjaya.Buatlah apa saja,lingkop semuanya.Tok Guru aku yang pakar ilmu tauhid , tepat membuat penilaian dalam kuliah jumaat lepas.Dia kata dimanakah Bersih Cekap dan Amanah ?Dimanakah penerapan nilai2 Islam ? Dimanakah Islam Hadari ? Di manakah….? Dimanakah..? La ni tengok pula SatuMalaysia.Kemana dia nak terhandas ? Selagi bertuhankan selain Allah,tunggulah kebinasaannya……..nauzubillah. Kalau tak bertauhid habeh mampuih tumpas lampus.Berkecai-berai,bersepah-sepah macam sampah.Bila sampah bersepah,busuklah kesudahannya.Benar kata Nabi saw : Dunia ini seperti bangkai.

Di bawah ni komen aku dalam blog Pak kadir :

NGINAP SRENGENGE said...
Dato',

Pemimpin kalau tak dak pengetahuan tauhid akan mampuih terbenam.Parti apa pun sama.Kalau buat bumi ni depa punya,habeh lingkoplah semuanya.Allah tak akan redho mereka.Semua akan di hisab.Celakalah mereka2 yang haprak....nauzubillah.

Pengikut2 pun sama akan terjun dengan labu2nya.Ikut buta-tuli.Mana perginya Bersih Cekap dan Amanah,Penerapan Nilai2 islam,Islam Hadhari,dllnya.Habeh mampuih.Dan 1 Malaysia pun akan turut mampuih bila Najib tersungkur nanti.Itulah pentingnya kepahaman tauhid.Tok sah buat apa,semua akan lingkop kalau berteraskan kepala hotak yang tak berotak.

Maaf cakap,kasar sikit.Tapi itulah hakikatnya.Wassalam.
8:38 AM

Saturday, October 31, 2009

POPULAR DENGAN MAKHLUK2 DI LANGIT




Semua orang nak jadi terkenai.Popular.Berebut2 di dunia membuat sesuatu.Tak kira apa bahagian.Apa bahagian pun.Walaupun menari.Walaupun menyanyi.Ataupun bergaya dengan fesyen.Ataupun bermain dengan binatang berbisa.Ataupun dengan singa dan harimau sekalipun.Sebutkan lah apa saja.Semuanya di bikin.Di lakukan.Lebih2 lagi sekarang ni lebih cepat popular dan cepat menjadi kaya ialah lapangan sukan.Nak jadi kaya macam Tiger Woods pun boleh.Macam Bechkam pun boleh.Ronaldo pun boleh.Popular macam pemain tennis Nadal pun boleh.Umur 22 tahun dah jadi billionaire.Seronoknya hati.Girangnya perasaan.Semua boleh dapat.Sebutkan saja.Duit banyak.Peminat pun banyak.Yang dengki pun sama banyaknya.


Itu popular di dunia.Jarang2 orang berlumba supaya terkenai di langit.Cuma wali2 Allah yang kita tau terkenai di langit.Ma'laikat2 di langit sentiasa menyanjung mereka.Terkenai mereka sambung menyambung hingga ke akhirat.Posisi mereka di sisi Allah cukup tinggi.Martabat mereka tiada tandingnya dengan bintang2 popular di dunia.Jauh subhanaallah.


Ya Allah,ampunilah dosa2 kami.Biarlah kami tak terkenal di dunia dan kami pun tak mau.Biarlah kami jadi terkenal dengan sekelian makkorobin dan makhluk2 Mu di langit.....amin.

Friday, October 30, 2009

MENCINTAI MAKKAH / MADINAH


Assalamualaikom pembaca setia,

Mesti pandai pilih yang mana intan yang mana batu.Mesti pandai pilih yang mana ori yang mana palsu.Yang mana baik yang mana buruk.Yang mana sejahtera yang mana terok.Yang mana wangi yang mana busuk.Hindar yang tercorot.Jauhi yang karut.Dekati yang nyata.Sebutkan apa saja,gitulah caranya.Kaedahnya.


Tidak ada satu inci pun tanah di bumi ini yang sama berkat dan rahmat selain dari bumi Makkah dan Madinah.Segala bukit bukau dibumi ini,taklah setanding dengan Makkah dan Madinah.Begitu juga segala sungai,lautan,air hujan dan rezeki yang lainnya.Segala emas,perak.Segala petrol.Hanya Makkah dan Madinah saja membawa berkat dan rahmat.Apa ada di sana ? Cuma batu dan pasir.Tiada ada tarikan lain,selain Zamzam,Kaabah,Raudah dan Makam Rasullulah saw.

Di bumi Makkah dan Madinah boleh memperkecaikan kesyirikan ummah.Boleh menghancor luluhkan segala dosa.Mempertingkatkan pahala ke maksimanya.Bumi bertuah,berkat dan membawa banyak rahmat.Jiwa akan tergoncang,memilukan dosa yang dulu,mengghairahkan cita2 murni dan melazatkan iman.

Kalau dibumi ini pun manusia tak boleh insafkan diri,bagaimana pula di bumi selain Makkah dan Madinah ? Manusia sejati diuji di sini sebelum mati.Siapa tak sayang kan Makkah dan Madinah ? Sapa tak rindukan Makkah dan Madinah ? Kalau masih ada yang tak sayang...........silakan check diri,hisab rohani dan hitong2lah selagi sisa umur masih ada,sebelom berhijrah ke lubang kubur.

Thursday, October 29, 2009

HONEYMOON




Ini satu tajuk yang aku sendiri tak tau apa nak ditulis.Ini tajuk untuk orang muda2.Jejari ku kaku tak pandai nak menari2 di keyboard.Masih dok pikiaq apa bendanya aku nak tulis.Tajuk ni tak sepadan dengan orang tua seperti aku.Nanti anak2 ku bila membaca,nanti pikiaq apa orang tua ku sudah berubah perangainya.
Ia bermula begini : Kerana masih terngiang2 di telinga dan juga masih membeliak2 di mata tentang kesyahduan Makkah/Madinah,aku cuba surf blog Hotel Safwah tempat anaknda Azli bekerja di Makkah.Rupa2nya hotel ini ada menawarkan satu pakej untuk sesapa nak berbulan madu di Makkah.Tak pernah aku dengar orang berbulan madu di Makkah.Biasanya depa pi tempat lain.Jadi aku cukup tertarik dengan pakej ini.Dan aku pun ingat lebih baik berhoneymoom di Makkah dari pergi ketempat2 lain.Boleh beribadat dan berdoa di Kaabah,memohon kepada Allah.Memohon kebahagiaan rumahtangga dsbnya.
Gambar2 di atas adalah bilik khas untuk para pengantin.Jadi kalau anak2 kita ada hajat nak berhoneymoom di Makkah,bolehlah contact anaknda Azli.......mungkin boleh dapat diskaun.So orang muda2 its worth a try.Di Makkah dan Madinah ada berbagai : dunia dan akhirat.Allah kurniakan,only if you ask for it.

Wednesday, October 28, 2009

WAR CONFERENCE





'WAR CONFERENCE' ,katakalah apa saja.Persidangan Penjenanyah Perang , sebutlah kalau suka.


Sebenarnya aku bukan minat sangat nak tuleh pasai ni , jiwa-raga ku masih terikat kat Makkah,dan Kaabah tetap menggamit aku.


Hari ini semasa membaca blog Pak Kadir Jassin,aku jadi bengis tak tentu hala.Aku rasa geli hati dengan PPP tersebut.Che Det yang anjurnya.


Ikut Dato' Kadir,ramai yang menitis airmata,kerana Bush dan Blair cukup ganas sebagai 'dogs of war'.Bush dan Blair disytiharkan 'persona non grata' di Malaysia.


Berkatalah satu komennya : sungguh ironis,bukankah che det sudah bersetuju dengan permintaan Bush Senior untuk menyerang Iraq.


Itulah kita ni nampak kuman di seberang lautan,tapi buta melihat gajah di depan hidong.Kalau checkkan diri,kita pun sama dengan dogs of war.Dan kalau melihat peristiwa di DUN Perak hari ini pun,perangai anjing masih terbawa2 dalam diri.

Monday, October 26, 2009

MUSIM HAJI DAH TIBA





Ini gambar anaknda2 dan cucunda2 dari Yanbu,Madinah sedang berbuka puasa di Masjidil Haram ,Ramadhan 1430.


Tahun ni depa akan tunaikan haji.Sudah pastinya haji tamatuk,kerana dah berumrah selepas eid mubarak yang baru lalu.Damnya seekor kambing.Pahala membayar dam pun depa dapat.Tidak satu benda pun rugi bila menunaikan haji.Sepanjang masa mendapat rahmat dan berkat.Yang penting check niat , jangan lari dari niat utamanya......insyaAllah...mabrur.



Sebutlah , apa saja.Lihatlah ,apa saja.Di situ,pasti ada kebesaran Allah.Semua yang di lihat adalah dari pandangan Allah.Setiap yang dipandang dan lihat maupun melalui mimpi,igauan,impian,cita-rasa,budi,kekawan,musuh,celaka dan segala haramjadahnya,renunglah dengan pandangan Allah.Boleh mengintai dari berbagai sudut,tapi janganlah dari pandangan nafsu,lebih2 lagi melalui pandangan syaitan.Biar kita sama2 gomoi dunia dan akhirat dan singkirkan segala debu yang masih melekat.

Absurd sekali penjelajahan ini.Tatkala menjunam,seketika mendatar dan kekadang mengcanggah ke atas.Pastinya dunia tidak selalunya damai.Dan senangnya hanya seketika saja.Sedetik cuma.

Allah,Ya Rabb.

Saturday, October 24, 2009

ON TOP OF THE WORLD




He is on top of the world.
Babu operator sebuah kren (crane) di Burj Dubai,adalah di posisi tertinggi di dunia...819 meter.
Berasal dari India.
Kren itulah rumahnya.Dah berada diatas dah setahun.
Dibayar gaji 30 ribu dirham sebulan.

I dare not.
What about you? Surely you want to say something.

Friday, October 23, 2009

TENGOK TENUNG DAN TILIK



Aku selitkan gambar ni untuk nak refreshkan memoriku semasa buat umrah tempoh hari.Aku ingat sampai mati kerana terpaksa di tolak dalam wheelchair semasa membuat sa'ie.Isteriku tak tau,kerana kami pergi berumrah sendiri2.Aku pergi sendiri ke Tana'im,begitu juga isteriku.
Semasa tawaf aku masih boleh bergagah mengantor langkah,sakit lutut entah menjadi2.Aku menangis sambil berdoa.Aku beristigfar memohon ampun kurnia dari Illahi.Aku boleh complete 7 pusingan,tapi dalam masa yang sikit lama.Lepas sembahyang di belakang Makam Ibrahim,aku henjut2 ke Safa.Mendaki ke Safa dengan segala paksaan.Sakit dah tak tertahan.Beberapa petugas datang menawarkan wheelchair.Aku masih menolak.Memulakan sa'ie tapi kederitaan sakit tak dapat memaksa.Air mata berlinang bertakong di kelopak mata.Petugas diSafa faham rasa sakitnya.Seorang dari mereka menghampiri aku dan hanya meminta SR 40 rial untuk membantuku.Cukup murah harganya.Aku setuju.
Aku rasa reda dari sakit sikit apabila melintasi pusingan 1,2,3,4,5,6 dan bila complete sakit ku seolah2 di kute (ini pelat orang Kedah) buang.Hanya sengal2 sikit2 yang ada.Aku berhenti minum air zamzam (puasa belum lagi bermula) dan membasuh lututku sambil berdoa.Aku selepasnya berjaya balik ke hotel.............begitulah kasihnya Allah pada kita.Tengoklah,tenunglah dan tiliklah......subhanAllah.

Thursday, October 22, 2009

SELURUH URAT NADIKU BERDENYUT






Dua gambaq ni menunjukkan kerja kerja pembersihan di kawasan Masjidil Haram.Di kawasan inilah aku tinggal semasa haji 20 tahun dulu.Cuba nak cari kesan2 lama,tapi dah habeh lintang-pukang.
Mula2 sampai Ramadhan lepas kesini lah aku pergi tengok.9 pagi tapi dah cukup panasnya.Niat hati nak ku panjat ke bukit itu.Ada para jemaah yang pi panjat,dan mungkin depa juga dok nostalgik macam aku.Niat ku tak kesampaian kerana lutut ku masih sengal2,hanya semalam aku berkereta roda semasa sa'ie.Di dataran mesjid aku berdiri merenung lama2 membawa pikiran ku menoleh kebelakang.Terkenang ke masa dulu,hatiku merasa rindu.Tercegak aku di situ entah berapa lama dan aku tak bisa beritau berapa ketikanya.Dari jauh dapat kelihatan Maulid Nabi.Masih kekal tegak di situ.Aku beredar dari satu sudut ke sudut yang lain.Debu2 dari kerja robohan dibawa angin menuju ke kawasan Masjid Kucing dan Mesjid Jin.Aku perasan ada orang memerhatikan aku,ataupun mereka juga menyaksi apa yang ku lihat.Bila lutut terasa lengoh,aku duduk mencangkong dan akhirnya duduk bersila di situ.Aku melihat,aku memandang dan apa yang aku tengok hanya aku sendiri yang boleh mentafsirkannya.Aku pendamkan dalam diri.Aku sematkan dalam sanubari.Meniti dalam setiap uratnadi bersama darah dari hujung kepala ke hujung kaki.Berdenyut2 tanpa henti.

Wednesday, October 21, 2009

KEMUDAHAN MONORAIL D MAKKAH


Lebih dari 5000 pekerja dari China termasok jurutera dan teknician bekerja round the clock menyiapkan Makkah Monorail yang menelan belanja SR 6.5 billion.Dijangka boleh digunakan sepenohnya dalam jangka masa 2 tahun lagi.
Jaraknya 18.1 km dipercayai boleh mengangkut 72,000 jemaah haji dalam sejam di antara Makkah,Mina,Arafah dan Muzdalifah.Terminalnya ialah di Makkah-Taif Road berdekatan dengan Umm Al-Qura universiti.
Jadi sesapa nak tunaikan haji 2 tahun lagi bolehlah merasai kemudahan ini....insyaAllah.

MAULID NABI.....MASJIDIL HARAM AKAN DAPAT IMEJ BARU.










Bangunan Maulid Nabi saw membawa memorinya yang tersendiri.20 tahun dulu aku kerap berada dipersekitaran ini.Tempat tinggalku masa berumrah di musim dingin,tidak jauh dari Maulid Nabi saw.Dan di belakang MN ialah rumah sewa sahabatku Haji Abdul Wahab.Kini aku pun tak tau beliau di mana.Rumah2 disekeliling MN telah diroboh bersih untuk pembinaan baru.Alhamdulillah MN masih tertegak dan memberi rasa lega pada kita semua.


Seingat2 ku di sebelah kiri MN ada 3 batang pokok , cukup memberi perlindongan dari panas mentari.Di bawahnya ada beberapa pangkin untuk tetamu berhenti lelah setelah membuat lawatan MN.Kini semua itu dah tiada.Ku menjejaki laluan ku dulu.Tempat aku enak2 berehat dan tidor juga pada ketika2nya sudah tiada lagi.Aku masih ingat , masa tidor ku itu biarlah Nabi saw hadzir di samping ku.Aku cukup rindu bertemu dengan Nabi saw.Malahan masa Ramadhan yang baru berlalu aku memohon juga impianku.


Kini aku lihat jemaah tak begitu ghairah nak menjejaki kaki ke MN.Tak apa lah,kini MN dapat dilihat dari jauh.Tapi bila bangunan baru terdiri nanti MN akan terlindong dari penglihatan mata.Di masa itu kenalah melangkah semula ke MN.
Gambar di kiri ialah imej Masjidil Haram bila siap.Payung2 akan menutupi Kaabah bila panas,sepertimana kita boleh lihat di Madinah Munawaroh.
wassalam.

RAMADHAN BARU BERLALU



Manik2 iman seperti juga manik2 embun menghiasi cantik setiap bunga dan dedaun di waktu pagi.Jagailah supaya tak hilang lenyap dikerkah kepanasan mentari.Jagailah iman supaya tak dinodai oleh kejurnadaan yang menghimpit hidup.Kemungkinannya tak menentu.Kemungkinan berada di mana2 saja.Jangan mencari kebahagian di atas susah-payah orang lain.Carilah kebahagian dari kesusahan diri sendiri.
Ramadhan baru berlalu,dan haji akan bermula.Satu lagi agenda hidup kita.Jiwa kita tak kan mati.Cita2 kita tak kan gersang.Manik2 luhur mencucuri di Tanah Barakah.LABAIKALAH HUM MALABAIK.

Monday, October 19, 2009

BONDA PUN ADA PUTERI2NYA DI KSA



Ini gambar bonda dan puteri2nya di KSA.Di sebelah kiri Zura ( Ummi Wafa ) dan Jamilah (Kanan).Yang kecil tu Mia.Wafa aktif sikit,lompat sana lari sini tak ada dalam gambar.Dari jendela bilik ini di tingkat 22 boleh tonton jemaah bertawaf di Kaabah.Inilah satu keistemewaan yang Azli hadiahkan untuk kami di malam eid mubarak.Thank you tidak terhingga.Di malam yang penuh syahdu inilah Allah pertemukan kami tanpa dirancang.Rupanya rancangan Allah dah ada ditanganNya.Dah ditentukan masa dan waktunya dan tempatnya.
Dalam sekelip masa mereka terpisah dari ayah,bonda dan Azli.Tapi meninggalkan 1001 kenangan.Kami bertiga terpinga2 kerana belum puas bermesra.Kami bertiga diam membisu di bilik lama Azli 728.Bonda menolong membasoh cawan2 minum sambil memerhati ketupat yang Azli sedang rebus.Itulah juadah yang Azli sediakan untuk ayah bonda untuk hari raya esok....menitis airmata mengingatinya.Ayah ajak Azli makan di luar , dan niat ayah pun Dsaji di tingkat bawah.Azli menolak dengan hormat kerana dia dah order 'chicken mandi'.Ayah malu nak menangis kerana dah tua.Tahan juga supaya suasana nak raya esok tak tercemar.Tak mau rasa sedih.Kan dekat dengan rumah Allah.Ayah,bonda dan Azli perlu gembira kerana saat sebegini dah tak mungkin ujud lagi.Lain kali caranya pun lain pula.Lebih2 lagi Azli sangat memerlukan kasih sayang ayah dan bonda.Dah 17 tahun tak beraya dengan ayah dan ibunya.Allah jemputkan kami berdua memenuhi impiannya.
Biarlah masa berlalu,biarlah impian memenuhi rasa,biarlah segala kisah riwayatkan detik2nya,tapi jangan biarkan iman tergadai dan jangan biarkan amal terbengkalai.
Kita akan melangkah setapak demi setapak menuju Illahi.Redhoi lah kami semua Ya Allah.Kami kerdil,kami lemah.Bimbinglah kami.Payonglah kami dengan kasih sayang Mu,Ya Allah.

HAJJAH WAFA & HAJJAH MIA



Cucunda Hajjah Mia (kiri) dan Hajjah Wafa (kanan) rasa kering tekak,nak minum air zamzam.Ibu Zura dan mama Milah sedang tawaf,depa tunggu kat sini.Kat Makkah depa dah biasa datang berkali2.Dah biasa dengan jemaah yang ramai.Sering mendengari laungan azan.Sering ikuti bersama jutaan jemaah bersolat.Depa tak gugup lagi.Tiada ada culture shock pada diri mereka.Bila di asuh dari kecil,minda mereka akan mantap.Nanti boleh bertutur arab dan inggeris pula.
Bila ibu dan mama selesai tawaf,wah boleh naik belakang abah mereka buat tawaf sunat.Tapi ingat pakai tudung,tutup aurat.OK, silalah minum.Airnya free.Air terbaik dalam dunia.Tok ki dan tok dah bawa balik airnya.
Malam 1 Syawal dulu kamu berdua berlari2 di korridor Sofwah.Abah kamu kata 'pijak rata-rata bukan senang nak berada di hotel mahal ni.' Gembira kami oldtimer melihat kamu berdua.Mia lepas tu nak pula ke tandas.Nak rasa juga tandas hotel mahal.Aduuuh,Wafa pula tertinggal kasut kat tingkat 22.Tergesa2 uncle Azli naik lift memungut kasutnya.
Dalam sekejap masanya kami terpaksa berpisah.Ikut hati nak semalaman bersama mereka.Kita sama2 takbir raya.Besok sama2 kita pi sembahyang eid mubarak ( kat mesia kita panggil aidilfitri) di Masjidil Haram.Kita bangun awal pukul 3 pagi,kalau lambat tak dapat masok masjid.Tunggu sampai subuh pukul 5 pagi.Tunggu lagi sampai sembahyang raya pukul 7.15 pagi.Kena bersedia lebih 4 jam untuk sembahyang raya.Kena bawa sebotol air,kot-kot hilang wudud.Nak masok mesjid pun susah,nak keluar mesjid pun payah.Jutaan manusia.Mesjid penoh,dataran mesjid penoh.Jalanraya dan lorong penoh dengan manusia.Tak tau di mana sutnya jamaah beratur.
Aku sudah tua.Adakah ini kali terakhir aku dapat panggilanAllah.Ya Rabbi ,Kau lebih memahami segala2nya.

INGIN ABADIKAN 3 JEJAKA



Ingin abadikan dalam post aku kali ni bersama 3 jejaka di Kingdom of Saudi Arabia.

Lihat mereka handsome,kacak dan mempunyai berbagai potentials.Dari kiri sekali anaknda Zikhan ( Abg.Zack yang gambarnya belum lagi termuat dalam post aku),bonda ,ayah,anaknda Mazlie (pembaca blognya cuma sebut CL) dan terkanan sekali ialah anaknda Nizam ( banyak senyum dan pendiam orangnya).

Nizam,Zikhan bersama keluarga tinggal di Yanbu,Madinah.4 orang bloggers bertemu dalam satu sessi yang sebenarnya di atur oleh Allah di Sofwah Royale Orchid Hotel,Makkah.Kami semua ialah pembaca dan pekomen blog tercinta kami PDKM kepunyaan CL ( Manzlie berpejabat di Sofwah Towers).

Isteri Nizam UW (Zura) dan anak Wafa ,isteri Zikhan Jamilah dan anak Mia tiada dalam gambar ini.Giliran mereka pula jadi photographer.Jarang2 mereka boleh bertemu dengan oldtimer yang masih bergedik2 dan menari2 jari-jemarinya di keyboard.
Pertemuan kami cuma sekejap,tapi keakraban kami ialah buat selama2nya.Pohon mereka rajin2 hantar berita kerana ayah/bonda masih bermimpi yang tak habis2 tentang kedua2 Haramain.
Wassalam.Doa berada dalam kesenangan dan keselamatan pada anaknda2 dan juga semua pembaca di blog nginapsrengenge.

Sunday, October 18, 2009

TO BE OR NOT TO BE..........comfortability

Assalamualaikom,

Sehari dua ni jari-jemari ku rasa lesu dan malas nak mengetik2 dan menari2 di keyboard.Dan bila dah balik ke tanah air ku rasa dunia terlalu pantas cuba nak mempengaruhi ku , cemburunya ia kerana di Tanah Suci tak sebiji habok pun nak ku pikiaq2 yang bukan2 selain Allah dan rasulNya.Di Rumah Allah dengan bimbinganNya Jemaah2 terpelihara dari juzuk2 dunia yang boleh mengalpakan kita.Kita tak tolak dunia,tapi dunialah juga kita gomoikan untuk kepentingan akhirat.Tanpa dunia,tiada akhirat.Proses dunia dan akhirat harus di harungi oleh setiap insan.Di dunia kita tak akan mendapat comfort zone.Tidak ada yang boleh memuaskan kita,lepas satu,satu pula di uji.Hingga mati tak dak manusia yang rasa comfort dan puas.Nak lagi dan lagi.Pahamlah bahawa di jannah Allah saja yang memastikan kepuasan kita dan comfortable kita.
Wallahuaklam.

Friday, October 16, 2009

MAKA DUNIA PUN BERHUJJAHLAH.

Dunia sekarang dunia berhujjah.Masing2 nak berhujjah nak menegakan kebenaran.Nak juga menegakkan kemungkaran tu bukan kemungkaran.Nak menegakkan kebatilan itu juga kebenaran.Nak menegakkan benang yang basah.Tak mau mengaku salah.Kalau pun begitu berhujjahlah dengan al-quran dan hadis.Tapi sebaliknya guna akal manusia yang tak sudah2 mengundang malang.Pikiran manusia terbatas.Pikiran manusia perlu dibimbing oleh ilmu Allah.Sumbernya Al-quran.Akal intellektual terbatas,biarpun PhD nya berjela2 dari universiti yang berjela2.
Kekadangnya al-quran ada di dada orang zalim.Dia boleh menyesat banyak orang.Dia berhujjah cuma mencari habuan dunia.Dia berhujjahkan al-quran supaya orang menghormatinya.Dia berhujjah supaya orang2 bodoh mudah mengikutnya.Tidak ada ikhlas dalam dirinya.Dia memiliki ilmu bukan untuk beramal.Dia sanggup dengan kebolehan berhujjah dengan orang yang benar2 alim.Supaya orang kata dia lebih alimnya.
Oleh itu perhati2lah,jangan biar agama kita diniagai.Agama kita bukan barangan.

LATIHAN BUDI

Jangan pandang kebaikan yang kita buat.Terserah saja pada Allah.Kerana nikmat yang Allah berikan pada kita adalah lebih dari itu.Jauh subhanallah dari kebaikan yang kita buat.Tengoklah dosa yang kita buat ,banyaklah menangisnya dari ketawa.Jangan menangis kerana dunia,menangislah kerana Allah.
Agama menambahkan nilai pada sesuatu.Tanpa agama punah segalanya.Tercemar habeh komponen2 kemanusiaan.Tersadai habeh unsur2 kesejahteraan.Kegemilangannya luntur.Terbilangnya kering kontang.
Jangan pandang rendah pada dosa.Anggapnya seperti gunung besar akan menimpa diri.Jangan anggap seperti lalat hinggap di batang hidung.Taroh bimbang dalam diri.Yang boleh menangkis maksiat hanya taubat.
Astagfirullah,Astagfirullah,Astagfirullah.

Wednesday, October 14, 2009

TERSELAMATLAH DARI DAJJAL KALAU........................



Gambar pusat pentadbiran Persekutuan Bandar Muazzam Shah.......dulu dikenali sebagai Anak Bukit.Dulunya di sini ialah tapak kilang beras.Kedah pun turut membangun.Kita kejar kedua2nya sekali : syurga dan dunia.Kita belajar supaya jangan menjadi orang sesat.Hindarkan diri dari menjadi bodoh.Jauh dari ingati akhirat hati menjadi gelap , bila dekat dengan akhirat badan hangus terbakar.......nauzubillah.
Makkah masih terngiang2 di telinga,bersinar2 di depan mata.Dalam diri ku episodnya masih panas2 .Kekawan yang datang ziarah aku pun tak tanya lain : Makkah dan Madinah.Dua Tanah Suci....albaladil amin,negeri aman damai dan penuh kesejahteraan.Bila dajjal turun nanti Makkah dan Madinah tak dapat dimasukinya.Nak selamat dari fitnah dajjal,silalah bermastautin di Makkah ataupun Madinah.........selamatlah anakanda Azli......amin.
Wallahuaklam.

NOSTALGIA LAGI...D SATU SYAWAL D ROOM 728

Ini ketika di lobby hotel.Azli ada tugas,dia bergegas meninggalkan kami sebentar.Aku berkata sesuatu pada Jamilah .Dia orang Muar. Muar aku cukup kenal.Masyhur dengan mee bandungnya.Mungkin itu ku perkatakan pada Jamilah.Memerhati ialah bonda,Zura dan Nizam......Zikhan masih menjadi photographer.


Seperti kata anaknda Umi Wafa ( Zura )......ingatan tak boleh lari sebelum 2 bulan.







Inilah gambar kami di malam satu Syawal di Room 728 anaknda Azli di Sofwah Royale Orchid Hotel.Pertemuan kami diator Allah.Anak2 muda Malaysia yang bertugas di Yanbu,Madinah adalah peminat setia blog PDKM.Termasok aku ( depa semua panggil ayah) dan bonda.Semua ini ialah kenangan untuk ku.Tiada kenangan yang di bawa lari.Blogger Zikhan kata susah nak cari oldtimer giler blog....eh.eh.eh.....aku pun terasa lucu. Gembira menyentuh hati ku.






Aku sudi perkenalkan mereka : dari kiri anaknda2 Nizam,Azli,ayahnda,bonda,Ummi wafa(zura),cucunda Wafa,Jamilah dan cucunda Mia........Zikhan (photographer...tak da dalam gambar).

Malam penuh syahdu,tak ada kata2 expressi yang tepat nak ku tuliskan.
Semoga berjumpa lagi.Pohon Allah restui kehendak kami semua.Azli,terimakasih kerana memberikan tempat di r00m 728.Dan sekarang dah pindah ke bilik yang lebih besar.Itu juga kurniaan Allah.

Wassalam.








Tuesday, October 13, 2009

MATI ITU LEBIH MENARIKNYA



GAMBAR BINAAN ASAS TIANG KAABAH

(GAMBAR HIASAN)

Setiap insan harus (wajib) mengenal erti hidup dan mati.Belum ada lagi korikulum di sekolah yang khas mengajar tentang ilmu ini.Yang ada cuma belajar sembahyang jenazah dan pengurusan mayat.Mati,tidak orang mau mati.Sakit sikit saja dah mula cari ubat.

Nak cakap pasai mati pun takut.Ke kubur pun takut.Waktu malam tak berani nak hampiri kubur.Menggali kubur pun dikhas pada orang2 yang tak ternama dalam masyarakat.Biasanya bodoh2 sikit.Ampu dia lintang pukang supaya dia suka kerja itu.Diberi upah lumayan.Diberi pula rokok berkotak2.....subhanallah.

Sekarang ada pula pakej sembahyang mayat.Ambil upah sembahyang,ambil duit kereta.Ni tok2 lebai punya kerja....subhanallah....kalau mereka erti mati kerja ni tak hidup dalam masyarakat.Bila ada mati tentu semua nak menolong,bukan nak mengikis.Makan free lagi pula.7 malam buat tahlil......kalau orang kaya buatlah,ada baiknya.Ni orang yang miskin pun terikut2 budaya ni.Mana ada ustad nak tegor,mana ada tok lebai nak tegor,mana ada JKKK nak tergor.Tak sapa nak tegor....fulus punya fasal....subhanallah.Di majlis kematian,semua buat2 muram.Sedih kononnya.

Sebenarnya mati itu ada lebih menariknya.Hamba mendapat peluang bertemu kekasihnya.Bukankah Allah kekasih sejati kita ? Allah memanggil kita bertemu denganNya,seperti juga kita dijemput ke Baitullah.Kalau Allah tak jemput,mampuih kita tak dapat pergi.Bila kita dijemput ,kita menjadi tetamuNya di dunia ini.Gitu juga dengan mati......same-same.

Wallahuaklam

BETWEEN LIFE AND DEATH


Gambar Mimbar Khutbah yang di pinda sejak tahun 1240 hijrah di Masjidil Haram.
Lebih dari sebulan dalam setiap hari pada selepas tiap waktu sembahyang fardu dan juga di antara teraweh,sembahyang jenazah di lakukan di Masjidil Haram. Tak pernah miss ,adalah saja kematian.Rutin sebegini memberi pengajaran kepada semua jemaah yang hadzir mengenal apa itu erti hidup dan ertinya mati.
Beruntunglah semua si mati disembahayang kan depan Kaabah dalam Masjid yang teragong di dunia.Semoga roh2 mereka mendapat perlindongan dari api neraka.....subhanallah.
Kita manusia ialah makhluk yang paling rumit.Dan juga paling menarik hati.Pusingan hidup memang sama saja dengan makhluk lain.Dari tidak ada menjadi ada.Dari ada dia menjadi pula tiadanya.Manusia hidup dan matinya mengisi peristiwa2 rohani dan sosialnya.Berbeza benar dengan tanaman dan hewan.Keujudan mereka hanya semata2 dengan peristiwa organik atau biologinya saja.Kenalilah hidup ini,maka insyaallah kita boleh mengenal mati.Mati itu pasti.Nobody can run away.It is a must for all of us.So let us be prepared,death is around the corner.
WALLAHUAKLAM

Monday, October 12, 2009

NOSTALGIA ORANG TUA


INI GAMBAR AKU DAN ISTERI DI TINGKAT 22 HOTEL SOFWAH.
Melihat dari jendela ternampak Masjidil Haram dan Kaabah.
Rioh-rendah dalam Haram masih terngiang2 di telinga.Laungan azan dan bacaan Imam masih mendayu2 kedengaran.Aku merasa terlalu dekat dan sanggup menghayun kaki ku yang sakit melangkah masok ke masjid.Setiap hari setiap ketika laman web PDKM anakanda azli ku tonton tanpa jemu2.Hati cukup dekat walaupun jauh beribu batu.Terima kasih banyak anakanda Azli di atas segala pengorbanan mu.Jazakallah Khairon Kathiro.
Telah genap 2 bulan sejak aku bertolak ke Tanah Suci dan kini sampai di Banggol Derdap.Aku rasa seperti semalam.Syukur pada Allah kerana berikan taufik pada ku dan isteri beriktikaf sepanjang Ramadhan.Banyak kekawan dari luar negara aku berhubung.Negeria,algeria,Sudan,Bangledesh,India,Pakistan,Myammer,United Kingdom,Germany,dan lain2nya.Anak2 muda dari Saudi yang berkampong bersama ku cukup perihatin.Memberi ku berbagai roti dan judah,juga berbagai jus minuman.Syukran.Kami semua berikrar berjumpa lagi , dan semestinya di Jannah Allah.Subhanallah.
Para bloggers di Yanbu, Madinah apa khabar ? Hantarlah berita gembira pada ayah dan bonda.
Ya Allah ampunilah dosa2 kami semua.

PENYAKIT SASAU DAN DUNIA KU






INI GAMBAR HIASAN
Bidai kaabah yang dulu






PENYAKIT SASAU


Penyakit sasau akan melanda sesapa saja.Kebiasaan hidup dah lari dari rel nya.Semua jadi luar biasa.tak menepati kehendak naluri manusia.Di masa itu Allah dah tak kira pahala dan dosa lagi.Manusia kembali kepada taraf budak2.Kerana perangainya jadi kembali menjadi budak.Ada orang kata penyakit nyanyok.Tak sapa nak jadi nyanyok.Menyusahkan ahli keluarga dan anak-pinak.Al-quran ialah ubat penyakit tersebut.Jangan lalai,selalulah membacanya.


Dunia juga akan jadi nyanyok dan sasau.Akhir2 ni jelas nampak kesasauan dan kenyanyokan dunia.Berbagai bala menimpanya.Penyakit ni makin terok dan padahnya kita semua yang akan terima.Kerana kita ialah kalifah di bumi Allah.Semuanya terjadi kerana hukum2 Allah di abaikan.Ada yang meminggirkan terus hukum2 ini.Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah.


Kejadian gempa di Sumatera dan Jambi menepati 3 masa. Jam 17.16.Jam 17.58.Jam 8.52.Ketiga masa tersebut menepati janji-janji Allah.Sila rujuk Al-quran pada Surah 17 ayat 16 , Surah 17 ayat 58 , dan surah 8 ayat 52.

3 masa kejadian sama dengan 3 ayat janji Allah.

Wallahuaklam.

Saturday, October 10, 2009

HAJI LALAT


Kita boleh lakukan tamatuk,ifrad dan kiran bila berhaji.Masing2 ada keistemewaannya dan caranya.Disamping itu kita kena belajar lagi ada berbagai2 martabatnya pula bila berhaji ni,yang jarang2 orang belajar.Ada martabat haji jahiliah,haji solihin,haji para ambia,haji martabat rasulullah dan ada juga martabat haji lalat.


Aku cuma nak ceritakan jenis haji lalat.Martabat ni yang perlu kita singkirkan dalam diri.Aku mendapat didikan ni semasa aku dalam Raudoh di Madinah 20 tahun dulu semasa aku mengerjakan haji.Seorang alim mendekati ku dan mengajar ku.Singkatkan cerita , dia kata bila pulang nanti jangan jadi Haji Lalat.Maksudnya jangan menceritakan benda2 yang tak elok yang Allah paparkan pada kita semasa di Makkah dan Madina.Segala keburukan,peristiwa2nya,manusianya,makan-minum kedudukan rumah2 dan serba mak-nenek.Jangan ceritakan benda2 busuk ni.Lebih2 lagi kata Arab ni terok dan sepertinya.


Ceritakan benda2 yang enak dan senantiasa memuji kedua tanah suci.Yang tak baik yang Allah paparkan itu adalah untuk kita memperbaiki diri dan bukan untuk di umumkan.Dia jelmakan benda2 yang tak elok cuma untuk menginsafkan kita,mengambil iktibar darinya.Ini juga satu kaedah pendidikan Allah pada sesapa saja.


Wallahuaklam.
Gambar di atas ialah timba untuk mengambil air zamzam........ini cerita dulu2

Friday, October 9, 2009

WALI-WALI ALLAH


Apabila Allah menjemput kita ke rumahNya,tidak ada sesapa yang boleh menghalang.Yang miskin dapat pergi tanpa diduga.Yang kaya duit melimpah tak kuasa nak pergi.Di antara hamba2Nya yang mendapat jemputan termasoklah para2 wali.Tak sapa mengenali mereka dan kekadangnya mereka tak tau pun mereka itu terdiri dari para wali.


Aku bercita2 sangat nak bertemu dengan para2 wali.Tapi apa yang aku tau ,kenal pun tidak.Aku memohonNya.Ada orang yang alim pernah bertemu dengan nabi Khidir as.Nasihat guru ku: jangan memandang rendah kepada semua jemaah yang ada di Makkah.Kerana antara mereka adalah para wali.Jangan buat sesuatu yang mengaibkan kepada mana2 jemaah,kerana takut orang kita aibkan itu adalah seorang wali Allah.Selalunya para wali ni kita tak dapat melihat kehebatannya.Padahal dia cukup istemewa di sisi Allah.


Di hari akhirku nak membuat tawaf widak,satu keganjilan yang aku dapat rasai.Sebelum subuh lagi aku duduk berhampiran dengan seorang yang cukup tua,di dataran atas depan Kaabah.Dia sembahyang dan berwirid hampir 2 jam sebelum masoknya subuh.Selepas subuh dia menyambong berzikir.Aku terlalu ngantuk waktu itu,terlena berhampirannya.Lebih sejam aku terjaga.Dia masih duduk berwirid.Kemudian dia mengeluarkan makannannya dari beg plastik.Merupakan roti bercampur kuahnya.Dia menjemput aku makan.Aku tak menolak ,tapi cuma kata syukran.Untuk membalas budinya aku pergi ambil air zamzam dua cawan untuknya.Dia berterima kasih,dan mengangkat tangannya berdoa sesuatu sambil makan.Aku beralih kekanan seketika dan kemudian aku toleh kekiri.Dalam sekejip mata si dia sudah tiada.Cawan2 air zamzam pun hilang bersamanya.Kemudian baru aku sedar dia bukan sebarang insan...insan luar biasa.Tapi syukur aku kerana dapat juga berjasa padanya mengambil air zamzam............ingatlah kekawan bila di sana kita tak akan kenal seseorang , dan akan hanya sedar selepas peristiwa berlaku..........wallahuaklam.

Thursday, October 8, 2009

DI SATU JUMAAT,DI BULAN RAMADHAN DI MASJIDIL HARAM

Jumaat pertama di bulan Ramadhan: Malamnya berikhtikaf di masjid.Tempat parking ku di basement masjid.Di sini keistemewaannya ialah ada bahagian aircon dan bahagian panas.Aku sering berpindah : bila panas aku duduk bahagian sejok.Bila terlalu sejok aku membawa diri ke bahagian panas.Masuk minggu kedua tiada can lagi nak berpindah2.Penuh sesak ,ketat macam sardin.Taufik yang Allah berikan tak membuat aku gelabah.Terpaksa kurungkan diri sepanjang hari.Nak keluar susah,nak masok pun payah.Ketandas pun sekali sehari.Aku cuba enakkan diri seperti ikan di dalam air.Tiada seperti burung dalam sangkar.Ikan tak lari keluar dari air.Burung meronta2 nak keluar dari sangkar.Itu falsafah aku bawa .

Jumaat pertama puasa aku nak balik ke hotel.Kekawan ku dari Algeria pesan supaya datang awal utk Jumaat.Kalau tidak susah nak masok masjid.Aku nak balik mandi sunat jumaat dan bertukar pakaian baru.Sudah mandi aku menghempaskan diri sebentar di atas katil.Terlena aku ,jaga2 sudah pukul 11 pagi.Jumaat 12.15 thari.Tergesa aku berlari ke masjid.Lautan manusia memenuhi jalanraya,dataran masjid.Aku terus hayun kaki ku.Di semua pintu masuk telah di halang oleh polis.Panas terik dah melebihi 40 darjah,dan akan bertambah bila sampai thari.Aku lari naik jambatan ke sebelah masjid kucing.Semua sudah di sekat: tingkat atas pun penoh.Isyarat dari jemaah semua penoh.tak boleh ke mana lagi.Aku cuba menyelit diri dan dapat duduk dibayang dinding masjid.Aku tak tau laluan matahari.Rupa2nya panas jugalah aku.khutbah pula panjang.Sejadahku di jadikan payung.Selepas jumaat aku dah mula kering tekak dan badan dah tak stabil lagi.Kepanasan hari itu di catat 47 degree calcius.Setengah jam lebih baru aku boleh masuk ke masjid untuk berlindong panas.Aduh panas di dunia pun aku tak boleh tahan .Sanggupkah aku nak berdepan dengan api neraka.Astagfirullah.Airmata meleleh keluar tak sedar membasahi pipi.Ya Allah ampuni dosa2 ku dan semua muslimin dan muslimat .Ya Allah kami tak sanggup menghadapi api neraaka.Ampunilah kami Ya Allah.

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah.