Dok lalu kat Titi Gajah tu sejak muda2 dulu hingga sekarang , tapi tak pernah aku berhenti menjejakkan kaki ku . Tiada ada kenalan ku kat situ . Tapi pada hari sabtu 3 november aku mendapat kesempatan ke mahligai Pak Non & Mak Wan bersama kekawan Azmi dan Mahadzir . Pak Non & Mak Wan dah kenal dengan Azmi , tapi belum lagi dengan Mahadzir . Ku ajak Mahadzir bersama , dia muda setahun dari ku , tapi yang peliknya semasa ku di Form 5 dia masih lagi kat Form one . Ibunya bekas ADUN Sik banyak menolong ku sejak kecil2 lagi . Aku mendapat Federal Minor scholarship di atas pertolongan ibu Mahadzir. Kalau tidak mungkin ku tak dapat meneruskan pengajian ku . Lepas tu ibunya juga menolong meminang isteriku sekarang ini dan membuat segala persiapan perkahwinan .
Pak Non & Mak Wan menyambut kami penuh mesra . Dengan kuih raya , ketupat dan serondeng . Ku cukup tertarik dengan rumah Pak Non & Mak Wan ; ada urban dan ada traditionalnya . Mahligainya mengandungi banyak bahan2 sejarah Kedah , dan ku harapkan simpanan rekod2 lama maupun dalam bentuk tulisan dan alatan2nya boleh membantu pihak2 para sejarawan dan muzium menambahkan lagi penemuan2 yang baru .
Di belakang mahligai Pak Non , ku tertarik dengan sungai , rumpun bambu , pokok2 keladi dan berbagai lagi . Semasa kecil dulu suasana begitulah yang menjadi lokasi permainan dengan kawan2 . Sambil bermandi-manda dapat pula memancing ikan di air . Boleh menahan kail taut , menahan bubu dan menjala . Tapi sungai2 di mana pun sekarang ini tidak lagi memberi manfaat kepada manusia . Airnya dah mengalir lesu , tercemar dan tidak sejernih dulu lagi . Ikan pun tak sejenoh dulu lagi . Nak mandi pun kena pikiaq dua kali , kerana kualiti airnya dah tenat . Rumpun buluh duri di belakang mahligai Pak Non membawa ku jauh ke masa dulu . Itulah bahan yang ku guna membuat meriam buluh . Meriam buluh berdentum di sekitar Bukit Srengenge di musim menyambut hari raya . Kami tak pernah mendapat kecederaan bila bermain meriam buluh , mungkin kami dulu terdiri dari golongan pakar-pakar .
Perahu Pak Non memikat hatiku , dulu ku buatkan rakit dari batang buluh untuk bermain bersama kekawan di sungai . Berdayung ke hulu dan ke hilir . ....alahai seronoknya dunia kanak-kanak dulu .
There are many interesting features around your mansion Pak Non . Thank you to both of you and Mak Wan for a very kind hospitality .
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA .