Friday, April 20, 2018

NGOMONG2 PRU 14 MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU NO.6


Dengan nama Allah,99 semuanya, aku mulai
Hudud dah tak terdengar lagi orang berbincang........RUU pun nampaknya dah disapu bawah tikar......sepisesepinya.........
Kemudian dari mulut presideng terbit slogan Block Breaker.......menjadi kekuatan menentang sapa-sapa nak menghalang umno dari berkuasa dalam PRU nanti........selepas tu terbit pula slogan King Kreator ,selepas diupacara merasmikan titi rakyat di Pulau Pinang........membantu umno mendapat kuasa nanti..........betulkah berkuasa menabalkan seseorang menjadi king ?
Tak guna bertanding kalau nak beri orang lain menang........permainan slogan ni bermula sejak dulu lagi........slogan 'takkan melayu hilang di dunia' di tiup kerana dah hilang segala keupayaan meminpin........slogan sebenarnya tipuan semata............jenis kata2 muslihat seperti dalam iklan2 barangan yang kualitinya masih tak terjamin.
Kalaulah benar memblock breaker dan king kreator , parti presideng boleh hilang banyak kerusi dan mungkin banyak kerusinya hilang deposit........
Parti presideng katanya mempunyai ahli berjumlah 1 juta.......duit parti semua ada dalam poket ahli parti........kalau seorang berderma RM 35 ,mereka boleh kutip RM 35 juta........tak perlu mintak kat umno dan tak perlu lagi royalti minyak 5 %...........ahli parti jenoh gerabe pokok getah untuk memenuhi tabung PRU nanti.
Kita tunggu sapa akan menangi PRU 14 nanti...........kalau parti presideng gagal,ke depan nanti sukar baginya untuk hidup kembali , walaupun masih belum diusung ke pusara.
Kezaliman mudah ditentang , tapi payah nak sepakat
Ku sambung lagi,insyaallah

NGOMONG2 PRU 14 MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU NO.5


NO.5
Dengan nama Allah , 99 semuanya,aku mulai
Anwar Ibrahim di satu ketika merupakan satu magnet yang cukup tinggi kuasanya.......dapat menarik orang Melayu bersama berpakat...........kelebihannya cara berpidato menjadi ikutan .......caranya berpakaian juga dicopy and paste.......
Tetapi semangat orang muda tanpa pengalaman mewujudkan musuh2 yang tak rela di disamping orang2 yang dah lama berkepentingan.............musuh ada di mana2 ,lebih2 lagi dalam mengejar keduniaan..........kemungkinannya berada di mana2,setiap ketika.
Apabila beliau dipecat dari umno dan sekaligus dituduh meliwat untuk terus membunuh karier politiknya ,umat melayu mejadi lebih parah dalam perpaduan..........retak lama yang seribu dan jadi jutawan..........Anwar dua kali dicharge berliwat.........astagfirullah , jijiknya orang Melayu dipandang ketika itu.........berlendir dengan nanah ,busuknya meliputi seluruh dunia..........cerita2 sastera seperti cerpen dan novel ditulis menukilkan kebusukan "kemaluan" .Jutaan novel SHIT di cetak dan diedar percuma..............tapi banyak pembaca tak paham menelaah novel satire tersebut...............
Pak Lah menyelamatkan Anwar di era beliau menjadi PM.........tapi selepas itu diheret semula oleh pemimpin baru ke Sungai Buluh..........dicharge kerana lubang juboq Saiful diganggu-gugat,dan disitu Anwar hidup hingga kini.........
Kita orang Melayu masih berada di zaman 'Singapura di Langgar Todak' , orang cerdik-pandai mesti di 'bungkus hidup2'......
Aku sambung lagi,insyaallah

NGOMONG2 PRU 14 MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU NO.4


NO.4
Dengan nama Allah ,99 semuanya,aku mulai……..Demi hari Melayu bertambah layu…….tak boleh sepakat……99% pemimpin bukan bekerja nak untuk perpaduan , tapi untuk berpecah belah……….lebih2 lagi kalau tidak dalam satu parti , lebih2 lagi bila ada pilihanraya , berkecai pecah hancur lebur…………mulut pemimpin ,mulut berbisa………lidah bercabang tak nampak dimata kerana tersorot dalam mulut……….yang berjubah berserban sama sama saja , kalau campur dengan politik.
Yahudi cerdik membikin politik ,membikin democracy…..depa adik dari setan……suka manusia menjadi musuh Allah ……..dalam politik disuruh berparti2 ,supaya mudah di laga2kan…………kita ikut kehendak yahudi sampai ke lubang biawak………..kitalah jadi sebodoh-bodohnya………..
Zaman ABIM kuat dulu nampak sebagai satu kejayaan akan muncul………Melayu dan agama berjuang seiring……….anak2 muda berlumba2 menuntut ilmu melalui Yayasan Anda dan usrah mingguan di tiap negeri dan daerah……..zaman itu Anwar ,Ust fadzil dan Sanusi dalam satu geng………..akhir geng 3 insan ini berpecah kerana politik………..lebih2 lagi bila Anwar masok Umno untuk mencuci najis dalam umno………..Ust Fadzil mengherdik,bagaimana boleh mencuci najis dalam tong taik……….. semua boleh ingat lagi tak.
Selepas itu ahli2 ABIM berpecah ,memihak kepada pikrah peminpin2 mereka tersendiri……….ada peminpin ditangkap dan dikenakan ISA dan sebagainya…………dan anak2 muda diluar persatuan ABIM tidak gemar lagi bersatu dalam ABIM………mereka membentuk halakah tersendiri2……….begitulah kegagalan Melayu nak bersatu.
Susah nak bersatu , lebih senang nak berpecah…….kerana perpecahan ialah resepi ciptaan setan.
Aku akan sambung lagi ,insyaallah.

NGOMONG2 PRU 14 (3) MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU




submitted by nginapsrengenge
Dengan nama Allah , 99 semuanya, aku mulai
Melayu tak cemuih2 memusuhi sesama sendiri…….mungkin terlalui banyak makan benda makruh seperti belacan dan budu……tiba2 PAS bergabong dalam BN…….matahari semakin cerah dan cahaya bulan terhindar……..banyak ahli2nya tak gemar bermain dibawah panas matahari………maka terbinalah payung2 berjasa , islah dan beberapa nama lagi yang aku pun sudah lupa…………akhirnya , PAS disingkir keluar dari BN….diberi talak tiga konon………..tidur sekelambu terasa begitu pahit dan mursidul am PAS tuan guru Nik Aziz memberi peringatan kepada semua ahlinya ,jangan lagi berbaik dengan BN @ umno……….jangan dipatuk dilubang yang sama.
Ada lagi cita2 PAS nak berbaik dengan umno , beberapa kali dibawa sireh-pinang melamar…..tapi Nik Aziz mengherdik dan bisa ulamaknya tak terkabul oleh pemimpinnya dimasa itu……..
Selepas PRU 13 ada lagi hasrat nak bersatu dalam kerajaan negeri Selangor bersama umno , tapi tak sapa berani melangkah pesanan Nik Aziz ……..sebaliknya bergabung dalam kerajaan-campuran dengan PKR……………
Sejak kembalinya Nik Aziz keRahmatullah , pemimpin pas sendiri dah berani merintih jalan baru……..mengdekati umno,kerana umno dah tak kafir lagi………banyak ahli mula gundah-gulana………….banyak melompat keluar dalam pelukan parti Amanah…………banyak pemimpin pas menganggapkan haram keluar pas……….tapi pas bukanlah agama….ia sebuah pertubuhan politik,yang perlu mendapat kelulusan pihak ROS (Registrar of Societies) untuk bergerak sebagai parti politik………akhirnya banyak cerdik-pandai dalam pas keluar dan belayar dalam bahtera Amanah………..
Melayu gagal lagi bersama di bawah satu bumbung……….
Akan bersambung lagi ,insyaallah.

NGOMONG2 PRU 14 (2) MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU




submitted by nginapsrengenge
Dengan nama Allah , 99 semuanya , ku mulai
Ajenda orang Melayu menempah kegagalan berterusan…….oleh kerana kepolitikan kita tidak mempunyai silibusnya tersendiri ,pembawaannya songsang sana-songsang sini………ketokohan kita juga cuma ada ilmu tersendiri………..mereka memanipulasikan kepada penduduk untuk kepentingan diri………..
Susah Melayu bersatu,kerana Melayu terdiri dari bebagai etnik…….banjar,aceh,bugis ,jawa ,pattani , mamak,kemboja,thai,dan satu hari nanti bangla pun mengaku sebagai Melayu,dan lain2 lagi ,cuba namainya.
Sentimen agama mudah memecah-belahkan ikatan……..dalam kemelut Team A,Team B dan Team C……isu isteri memisahkan ahli2 dalam satu ikatan……..kononnya salah seorang tokoh tidak beristerikan Melayu dan seorang lagi belum lagi beristeri………..berkecai perpapaduan dalam parti………terjadilah serpihan lagi………ikatan semakin mengecut………akhirnya parti ulung Melayu diharamkan.
Bangsa yang terbina dalam satu wadah ,pecah retak seribu dan tak indah lagi dipandang mata.
Tunggu bersambung lagi,insyaallah

NGOMONG2 PRU 14 (1) MERUNGKAI KEGAGALAN POLITIK MELAYU


Dengan nama Allah ,99 semuanya , ku mulai
Politik Melayu gagal sejak bermulanya dari Melaka lagi…….tapi aku tak mau pergi ke sana,kerana terlalu jauh masa berlalu……..dan banyak dah orang mengetahui segala2nya.
Aku mulakan secara ringkas , bermula dari Amanat Haji Hadi,kerana ia lebih dekat dengan kita.
Amanat Haji Hadi (AHH) mencetuskan perpecahan Melayu yang nyata………seagama ( UMNO) dikafir membuatkan suami/isteri bercerai-berai kerana idiologi yang berlainan…..keluarga pun bersengketa……sembahyang 2 imam…….makan kenduri UMNO haram dan…dan…dan
AHH membuatkan orang melayu ( bukan semua ) jadi fanatik dengan fatwanya………akhirnya tercetuslah Peristiwa Memali……..dalam pahaman pengikutnya dengan semangat boleh menggulingkan sebuah kerajaan dengan bersenjatakan parang kontot dan buluh runcing……..akibahnya menyedihkan dan memilukan………..semua rakyat dah tau semuanya.
Bukan salah sesiapa tercetusnya Memali , cuma kerana AHH
Politik kita bukan politik mendakwah ,tapi politik kecintaan dunia dan merebut kuasa…..bukan merebut keredoan Allah .
Aku akan sambung menulis dalam siri ke 2……..aku akan tulis pendek2 dan hurai secara mudah dipaham.