Monday, February 25, 2008

INILAH KONGSI RAYA YANG SEBENAR

Dulu dok canang kongsi raya-kongsi raya .......itu tipu.
Sekarang baru kita boleh kongsi raya. Lima tahun sekali kita kongsi. Raya kali ke 12 ini nampak para pengundi macam tak ghairah macam yang lepas2. Banyak cawangan kosong tak bersolek macam dulu . Masing2 frust calon depa tak terpilih. Dok berebut nak jadi YB . Masing2 mula berani cerita yang pelik2 berlaku . Aku tak mau cerita kerana masing2 dah tahu . Nantilah kita sama2 tunggu 8 Mac nanti. Harap tiada ada penipuan , kalau ada padahlah negara kita nanti.
Selamat mengundi.......teringat aku pada lagu mengundi Zainol Alam tahun 1957. Lupa pula aku serikatanya.

Saturday, February 23, 2008

JANGAN DOK SYOK NAK JADI PEMIMPIN


24hb Febuari ialah hari penamaan calon . Jangan ghairah sangat nak pakai YB. Kalau tak ikut lunas2 yang diredhoi Allah , jadi lingkop segala . Kalau ada penipuan,haramlah elaun kita . Haramlah pendapatan .Haramlah harta kita hasil dari duit yang kita kumpulkan. Haramlah makan-minum yang kita berikan pada anak-isteri . Pastikan ambil tahu halal dan haram. Ingat senang nak jadi pemimpin ?
Dalam Islam, tanggungjawab seorang pemimpin memanglah berat. Bahkan ciri-ciri untuk menjadi pemimpin itu juga perlulah ada terlebih dahulu dan bertepatan dengan kehendak Islam. Dalam Islam, menjadi pemimpin itu bererti bukan sekadar menjadi ketua tetapi menjadi seperti seorang ayah, ibu, guru dan lain-lain. Tanggungjawabnya berat dan akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak.Menjadi pemimpin bukanlah peluang untuk mencari harta dengan sebanyak-banyaknya malah ia merupakan satu amanah yang tidak boleh disia-siakan. Oleh sebab itu, seorang pemimpin yang tidak bertaqwa akan mudah terperangkap dengan tipuan dunia dan hasutan syaitan serta nafsu dalam mengejar jawatan, kuasa dan harta.Rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang kuat perlu ada di dalam diri pemimpin agar jawatan, kuasa dan amanah yang diberikan kepadanya itu digunakan untuk mencari redha Tuhan dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada manusia.
Aku taubat tak mau .