Dengan nama Allah, 99 semuanya.........tetiba saja keinginan menulis mencuit di hati.........jejari terasa gatal2 nak mengetik di deskboard , rasa macam bermacam2 ide2 baru muncul.........tapi tak dapat ku dengan sekelip mata mencoretkan segalanya,kerana minda tua segalanya akan pergi/datang menjengok di pintu hati dan lepas itu akan pergi dan melupai semuanya..........tapi hasrat menukil tetap ada,lebih2 lagi 2 minggu lepas aku dihubungi oleh bekas pelajar Sulaiman Hamzah dari Government English School 1965 memaklumkan Majlis Makan Malam Alumni yang akan diadakan di Dewan Gemilang,Rawang pada 4hb Nobember,2017 nanti................Terimakasih,moga semuanya sukses.
Aku akan mulakan coretannya dalam segmen :
AKU SEORANG PESARA.............
5.THE GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL,RAWANG
AKU SEORANG PESARA.............
5.THE GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL,RAWANG
1965 ,52 tahun dulu Rawang jauh berbeza dari sekarang........aku lebih tertarik dengan kehijauannya,sama dengan tempat asalku Kampong Banggol Derdap...........aku suka pada hutan,hutan ada di sana...........aku suka pada beburung,lain2 hidupan liar,dan bebagainya lebih2 lagi aku dapat mengutip sayur2an yang liar tumbuh di sana-sini........ada pucuk paku ,ada pucuk midin yang sedap dimasak dalam asam-pedas,ada siput sedut ( keco ) dan bebagainya seperti aku sebutkan........tapi aku tak dapat menikmati sepenuhnya bergelumang dengan yang semua ada,kerana tugas guru tak memberi masa untuk ku.........cuma bila ada masa sedikit terluang dapat aku bermesra-cinta dengan loving-care.Tersemat di jiwa untuk membuat tempat tinggal ku kelak di Rawang.
Jarak Rawang dengan Kuala Lumpur di waktu ialah 17 batu saja...........tapi kemodenan Kuala Lumpur tak mempengaruhi Rawang........Ia merupakan bandar kecil.........ada hubungan cuma dengan Foh Hup Omnibus ,tambangnya cuma 70 sen.....tapi jalannya liku2 dan sempit sebelum masok ke gerabang Kuala Lumpur..........kiri kanan hutan tebal........pernah ada lintasan binatang2 ganas ........waktu malam ,kalau bermotor tak sapa pun berani balik ke Rawang..........tumpang saja tidor di rumah kekawan yang tinggal di Kampong Baru.......ni terjadi bila ada late-nite show di Panggong Copital atau Cathay ( promosi gambar terbaru ).
Keretapi tak memberi kemudahan berulang alik ke Kuala Lumpur,kerana jadualnya cuma banyak untuk bandar besar , Tg Malim Kuala Kubu stesyen,Ipoh,Taiping dan seterusnya.Local train untuk bandar kecil berkongsi dengan train barangan cuma sesekali-dua saja ada.
Keretapi tak memberi kemudahan berulang alik ke Kuala Lumpur,kerana jadualnya cuma banyak untuk bandar besar , Tg Malim Kuala Kubu stesyen,Ipoh,Taiping dan seterusnya.Local train untuk bandar kecil berkongsi dengan train barangan cuma sesekali-dua saja ada.
Rawang cuma popular dengan Templar Park,tempat berpiknik dan mandi manda di air terjunnya.............airnya masih bersih di waktu itu...............tiada ada penjual makanan dan minuman ........bawa sendirilah sardin dan roti......buatlah sendiri sandwich........bawalah bersama minuman botol di waktu itu Fraser and Neave..........rendamkan di celah2 batu untuk menyejukkannya.
Sekali-sekala pergi ke Portland Club,kepunyaan Malayan Cement untuk bermain indoor games bersama2 kakitangan Club.Makan bihun goreng dan roti bakar.Staf sekolah dan staf Malayan Cement cukup mesra...........dengan sapa lagi kami nak berkawan