Sunday, March 23, 2008

ISLAM HADHARI TAK BOLEH SELAMATKAN KEMELUT UMNO ?

Malam isnin 23 Mac rakyat Kedah dah boleh rasa nikmat kerajaan PAS , kerana dah dapat tonton bola Liga Super secara PERCUMA . Terengganu masih bergolak dan MB yang baru dilantik dah pula dipecat dari UMNO . Yang letak jawatan oleh beberapa veteran UMNO dalam parti dan BN juga bermula . Ku Li pula akan bertanding merebut Presiden parti .Tapi depa tak berani nak ambil tindakan kat Mukhriz kerana menyuarakan secara bertulis supaya pak Lah letak jawatan. Tun M pula memberi green-light kat Ku Li . Dulu pun Tun M beri laluan Ku Li lawan dengan dia ...........macam-macam ada....tak larat nak tuleh.
Tapi yang ku hairan 10 prinsip Islam Hadhari UMNO tu tak boleh tolong selamatkan kemelut dalam UMNO ni ? Kalau prinsip2nya tak boleh , maka akan berkuburlah Islam Hadhari Pak Lah & Mid Man ...........hai tak mintak tolong syeikh2 dari Azhar ke ? Bawa mai depa lagi sekali .
Apa nak jadi ? Apa nak jadi ? Jom kita mengundi sekali lagi .
Kalau nak tau inilah halobakan dunia dan pangkat.

Thursday, March 20, 2008

TANDA2 SEBELUM MATI......HUBAYA2

SEMPENA HARI MAULUDIRASUL MARILAH KITA INGAT HARI MATI

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-NYA dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-NYA. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti Kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri ! Dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah MATI.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan MUSIBAH KESAKITAN di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita Iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah BIJAK!!! Sabda Rasulullah s.a.w. : "Orang yang paling bijak di kalangan umatku adalah yang sentiasa mengingati MATI".

LAGU BOLLYWOOD PILIHANRAYA KE 12

You have 6 hits ,click and listen http://comedycourt.com.my/latesthits_05.html

Wednesday, March 19, 2008

MAULIDUL-RASUL

Sebuah petikan untuk renungan bersama :



YA RASULULLAH....SUNGGUH BESAR JASAMU

Rasulullah SAW pencetus Masyarakat Madani....Segala puja dan puji dipanjatkan kepada Tuhan seru sekalian alam yang mengasihi hambahamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, nabi yang sangat banyak berkorban demi keselamatan umatnya.Pada hari ini, 12 Rabiul Awal 1427H kita menyambut hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW. Hari tersebut adalah amat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia amnya Kelahiran seorang rasul, utusan Tuhan untuk manusia sungguh besar ertinya. la bererti lahirnya seorang penyelamat, pemimpin, pembela, penunjuk jalan yang lurus, penghubung antara manusia dengan Tuhannya dan bagaimana berhubung sesama manusia.Beliaulah sumber ilmu, sumber kebahagiaan, sumber kasih sayang, sumber ketenangan, sumber perpaduan, menyempurnakan kehidupan manusia dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya dan negara yang jauh, yang kekal abadi yakni Akhirat. Begitu penting kehadiran seorang rasul di mana kedatangan nya membawa rahmat bukan sahaja kepada manusia bahkan seluruh alam dapat merasa rahmatnya dan nikmatnya.Kedatangan Rasul ke dunia membawa ajaran yang dapat memenuhi keperluan manusia dan menghindari daripada perkara-perkara yang tidak diingini oleh manusia sejagat. Datangnya Rasulullah SAW membawa keadilan, mengembalikan kasih sayang yang telah hilang, menghilangkan ketakutan, kegelapan dan kezaliman sesuai dengan keperluan semua manusia. Kerana itulah kedatangannya dikatakan membawa rahmat ke seluruh alam. Begitulah besarnya erti seorang rasul kepada umat manusia.Sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana Rasulullah telah berjaya memimpin dan mendidik kaum Arab Badwi yang tidak tahu membaca dan menulis, hanya dalam masa 23 tahun telah terbina satu empayar Islam yang hebat dan agung. Sejarah gemilang lagi cemerlang ini memperlihatkan kepada kita kejayaan Rasulullah dan para Sahabat mencetus sebuah masyarakat madani, hingga berjaya menawan Rom dan Farsi, lalu tertegaklah di tangan mereka tamadun roh dan material.Apakah rahsia kejayaan mereka? Apakah faktor yang menyebabkan mereka mendapat bantuan-bantuan luar biasa dari Tuhan? Rasulullah menumpukan 13 tahun yang pertama dengan memperkenalkan Tuhan. Walaupun Tuhan yang hendak diperkenalkan itu adalah satu, manakala syariat Tuhan adalah beribu, tapi tumpuan utama Rasulullah adalah memperkenalkan dan memperjuangkan Tuhan hingga manusia cinta dan takut padanya . Apabila dua rasa ini telah disemai maka barulah syariat Tuhan diperkenalkan.Hasil daripada dua rasa inilah yang menjadi pemangkin utama serta rahsia kejayaan mereka. Rasulullah telah memperkenalkan bahawa dengan kasih sayang Tuhan, umat Islam telah dihadiahkan Tuhan satu jalan rahsia untuk memperolehi kejayaan yang mana jalan ini tidak akan dapat ditempuh oleh orang-orang kafir. Itulah dia jalan taqwa.Mengusahakan kekuatan roh melalui jalan taqwa ini menjanjikan kekuatan 90 peratus kali Banda daripada jalan usaha lahir. Seorang bagaikan 10 orang, sehari bersamaan 10 hari dan seringgit menyamai 10 ringgit. Kejayaan secara taqwa ini tidak boleh dikongsi oleh orang kafir. Ia bermula dengan menanamkan cinta dan takutkan Tuhan, merintih terhadap dosa, usaha menebus setiap dosa, bermunajat di malam hari, bersedekah di siangnya, menjalin ukhwah sesama sendiri adalah antara syarat-syarat yang perlu ditempuhi untuk melayakkan seseorang itu dibantu di atas jalan ini.Tetapi hari ini jalan ini sudah dilupakan. Kita masih cenderung untuk menempuh hanya jalan biasa dengan mengusahakan quwwah, sedangkan jika ada kejayaan pun yang diperolehi melalui jalan ini, ia hanyalah 10 peratus dan terpaksa pula berkongsi dengan orang kafir.Untuk para pejuang hari ini, Rasulullah telah meninggalkan pusaka yang cukup mahal kepada kita iaitu iman dan taqwa serta jalan untuk memperolehinya, bagi melayakkan untuk mendapat bantuan dari Tuhan. Orang-orang yang memperjuangkan kebenaran layak mendapat bantuan yang merupakan kekuatan dari Tuhan. Bertepatan dengan firman Tuhan yang bermaksud: "Di atas Kami (Tuhan) untuk membantu orang Mukmin."Menegakkan kebenaran itu sendiri adalah satu kekuatan apabila berjaya memperolehi bantuan Tuhan. Kita berdoa moga-moga dunia sedang menuju ke arah itu di bawah pimpinan wakil Tuhan yang dijanjikan, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Ya Allah, rahmat-Mu dan nikmat-Mu yang kami harap! Kami setia menunggu kerana janji Tuhan itu pasti!

Sunday, March 9, 2008

TAHNIAH PADA CIKGU UDA & CIKGU YA

Tahniah di atas kemenangan Cikgu Uda (Parlimen Sik) dan Cikgu Ya (DUN Jeneri).
Selamat bertugas sebagai YB .

Thursday, March 6, 2008

ASTAGFIRULLAH X 3

Cukup banyak kalau nak tulis tentang pilihahanraya ke-12 ni . But let me make simple and concise .
Dalam politik ni seorang sahabat tak kekal,satu hari akan bermusuh.Begitu juga seorang musuh (musuh politik) ia akan menjadi kamceng dalam sekelip mata. Politik tak kotor , tapi budaya berpolitik sudah cukup tenat dan KOTOR .

Bila terlampau asyik berpolitik , syaitan akan mula memainkan peranannya. Manusia jadi tak sedar,lupa dan mabuk dalam suasana yang tak menentu. Hanyut di ayun gelombang mazmudah . Sedar2 sudah di alam barzah , dah tak sempat bertaubat .

JANGAN SUKA BERMAIN "API" .

ASTAGFIRULLAH