Sunday, March 23, 2008

ISLAM HADHARI TAK BOLEH SELAMATKAN KEMELUT UMNO ?

Malam isnin 23 Mac rakyat Kedah dah boleh rasa nikmat kerajaan PAS , kerana dah dapat tonton bola Liga Super secara PERCUMA . Terengganu masih bergolak dan MB yang baru dilantik dah pula dipecat dari UMNO . Yang letak jawatan oleh beberapa veteran UMNO dalam parti dan BN juga bermula . Ku Li pula akan bertanding merebut Presiden parti .Tapi depa tak berani nak ambil tindakan kat Mukhriz kerana menyuarakan secara bertulis supaya pak Lah letak jawatan. Tun M pula memberi green-light kat Ku Li . Dulu pun Tun M beri laluan Ku Li lawan dengan dia ...........macam-macam ada....tak larat nak tuleh.
Tapi yang ku hairan 10 prinsip Islam Hadhari UMNO tu tak boleh tolong selamatkan kemelut dalam UMNO ni ? Kalau prinsip2nya tak boleh , maka akan berkuburlah Islam Hadhari Pak Lah & Mid Man ...........hai tak mintak tolong syeikh2 dari Azhar ke ? Bawa mai depa lagi sekali .
Apa nak jadi ? Apa nak jadi ? Jom kita mengundi sekali lagi .
Kalau nak tau inilah halobakan dunia dan pangkat.

3 comments:

KotaStar said...

Dalam keadaan sekarang, yang tak menentu, kalaulah musim durian sekarang lebih baik duduk saja di dangau tunggu durian runtuh. Orang Kedah terima habuan kelmarin. Katanya 50,000 pi ke stadium. harap harap banyak akan berubah - matrempit disappear; temasya yg berluasa pun akan kurang.Kita semua buat kerja, dapat layanan dengan lebih teratur.Lebih lebih lagi anak cucu kita terselamat menjelang 2012/ 2020. Terimakasih atas beberpa ingatan yang PakCha hebahkan.
Salam dari kami dengan harapan semua di Banggol Derdap khusus anak-anak yatim selamat sejahtera.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Salam Pak Cha dan Pak Non

Nampaknya kesan tsunami politik 8 Mac masih belum reda. Kesan-kesannya boleh dilihat di sana-sini. Beberapa kejutan masih terjadi sehingga kini. Dan pakchik-pakchik di warung kopi masih menggunakannya sebagai modal berborak. Isn't it exciting, or what?

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de LCD, I hope you enjoy. The address is http://tv-lcd.blogspot.com. A hug.