PASTE DARI BLOG PONDOK TAUHID
Tan Sri Harussani Zakaria diharap jangan hentam PAS bela UMNO
berikut laporan Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/politik/mufti-hadi-harus-tarik-balik-amanat-1981-1.113302
Bagi pandangan saya
saya amat menghormati keilmuan Tan Sri dalam bidang agama tetapi saya amat kesal bila Tan Sri Harussani hanya hentam PAS tidak pula pada UMNO . Tindakkan sebagai tokoh mufti mesti adil , Tan Sri Harussani perlu menunjuk sikap keadilan dan amanah dengan ilmu beliau . Sebagai seorang mufti beliau perlu tegur yang salah tak kira dari PAS atau UMNO .
Kebelakangan ini Tan Sri Harussani seperti mufti kepada UMNO. Banyak kemungkaran pimpinan UMNO buat tidak pun disentuh oleh Tan Sri Harussani .Tiba-tiba Tan Sri Harussani muncul sebagai Tokoh Perkasa mendapat Anugerah Bintang Pahlawan Peribumi Perkasa .
Perkasa ini pertubuhan Asabiyah perkauman pelampau yang diharamkan agama , bagaimana Tan Seri seorang ulama boleh restuai Perkasa sedangkan mejoriti ulama menolak Perkasa ? Hairan saya .
Saya sangat tegas dengan Perkasa ,Perkasa adalah petubuhan haram , dosa jika kita sertai .
Begitu juga jika kita nak nilai siapa Ibrahim Ali ? Tak tahu agama , bab aqidah pun tak faham bagai mana seorang tokoh mufti boleh iktiraf Perkasa ?
Lebih -lebih lagi dalam perhimpunan itu ada baiah menangkan BN (seperti laporan http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/12/ahli-perkasa-bersumpah-baiah-menangkan.html)
Bagi saya , sebagai sorang mufti Tan Sri Harussani menjadi orang tengah menyatukan ummah bukan memihak kepada BN , jika ini jalan Tan Sri ambil lagi pecah belah ummah jadinya .
Peringatan umum !:
Rasulullah S.A.W Bersabda:
Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
(Hadis diriwayat Al-Hakimi)
Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)
4 comments:
Bila dah mabuk pangkat gelaran, nama dan sanjungan satu2 puak, sanggup mencampakkan agama ke belakang. Dia arif hukum hakam agama tapi tertipu dgn kilauan dunia. Kesian, dah tak nampak jalan ke syurga Allah.
Assalamualaikum Ayahanda
lebih berilmu...
lebih besar pangkat syaitan yg memperdaya mereka
salam,
bacalah blog ust amin kita lebih peka dan berbaik sesama sendiri..syurga dan neraka bukan kita yang tentukan...
Salam, sungguh sukar berbaik sangka dan berlapang dada dengan orang lain...lebih molek andainya kita kurangkan bercakap yang buruk-buruk tentang saudara seakidah sedangkan musuh yang sudah jelas dan nyata dibela habis-habisan...doakan kebaikan sesama kita kerana barang kali orang yang dihina dan dituduh dengan pelbagai macam itu sebenarnya lebih mulia di sisi Allah berbanding kita...hanya kita yang tidak tahu beza mana intan dan mana kaca...Wallahu'alam...ampun maaf...
Post a Comment