Dengan nama Allah ,99 semuanya,ku mulai.
Pengundi kita terlalu taksub dengan parti ..........zaman mula2 dulu ,bubuh tongkai kayu sebagai calonnya pun boleh menang..........tu yang payah nak tukarkan kerajaan...........seperti yang aku tau negara2 Eropah ahli partinya tak ramai...........dan pengundi yang kita panggil atas pagar ini akan menentukan kemenangan sesebuah parti.
Aku juga tak berparti........dah nak masuk 12 kali mengundi pada PRU 14 ni..............aku akan undi parti2 yang lemah..........matlamat ku nak bagi semua parti kuat.........baru ada tandingan...........macam bola juga.......kedua2 team kuat....baru syok tengok...........macam lani Tun M versus Najib..........biar pas bersendirian dulu...........
11 kali dok ngundi dulu tak pernah yang ku pangkah menang.........semua kecundang , tapi ia menjadi semakin kuat ,semakin hari............kalau ada calon bebas pun aku pangkah supaya dia tak hilang wang deposit..........sebegini buatkan diriku tak tension ..........sesetengah orang tensionnya melangit.
Sekali ni mission aku berbeza.....kerana mungkin kali terakhir bagi ku , bila tiba PRU 15 nanti aku akan mengjangkau 80 +........atau boleh jadi aku mati dulu.............aku nak merestui doa arwah Ustaz Fadzil supaya Tun M kembali berkuasa dan membaiki semua kesalahannya dan kesalahan Najib...........memansuhkan GST........dan memperkayakan negara supaya rakyat hidup selesa.......amiinn
Bersambung insyaallah