IGAUAN (1)....YANG KU INGAT
Hari tu hari jumaat...pagi2 lagi pak senik bangunkan Jeha.
waktu subuh belum masuk lagi.Pak senik sedikit keletihan kerana semalam ada satu pertarungan yang cukup sengit,selepas mendapat akar kayu dari pak wahab.....cukup mujarab,pak senik seorang diri memberi pengiktirafan akar kayu pak wahab...pak senik akan jumpa Tok Wan Dho,supaya Tok Wan Dho juga mencubanya.
PakSenik cukup berbangga dengan keturunannya dari Wan Ibrahim Mekong.Bukan sebarang keturunan...asal dari Pattani...dikejar oleh kerajaan Siam......semua anak2 Wan ibrahim membawa diri ke kedah.Malam sebelum melarikan diri mereka secara diam2 pergi ke kubur Panglima Wan Ibrahim....mereka sama2 berdoa untuk arwah sepuas2nya.Mereka yakin tak dapat pulang kembali kerana politik masa itu tak menentu.
Subuh2 lagi mereka menjelajah melalui hutan belantara,membawa bersama apa yang patut.Malahan lembu,kerbau dan gajah yang mereka punyai turut ikut menyelamatkan diri.Semasa tu pak senik masih lagi kecil,tapi peristiwa itu masih terbayang dalam pikirannya.Dan dari penghijrahan itulah sekarang ini berselerak cucu-cicit Wan Ibrahim di Kedah dan di negeri Perak.
Pagi itu entah bagaimana,tiba2 berasa nak makan kecor.Pak Senik suruh Jeha pegi kutip kecor sebelum matahari tinggi menggalah.Bila matahari dah tinggi kecor akan menghilangkan diri.
Pada pagi jumaat lah kecor2 akan keluar beramai2........itulah pesanan dari tok nenek paksenik dan juga Jeha.
-pak mu saja lah gi kutip-kata jeha.
-mu lah gi kutip,aku rasa sakit pinggang- jawab paksenik.
-tu lah pulon sangat,macam tak pernah jumpa-
- bukan tak pernah jumpa,tapi sedap Jeha oo- pak senik mencelah.
No comments:
Post a Comment