Sunday, November 4, 2007

TITI GAJAH AS I SEE IT

Dok lalu kat Titi Gajah tu sejak muda2 dulu hingga sekarang , tapi tak pernah aku berhenti menjejakkan kaki ku . Tiada ada kenalan ku kat situ . Tapi pada hari sabtu 3 november aku mendapat kesempatan ke mahligai Pak Non & Mak Wan bersama kekawan Azmi dan Mahadzir . Pak Non & Mak Wan dah kenal dengan Azmi , tapi belum lagi dengan Mahadzir . Ku ajak Mahadzir bersama , dia muda setahun dari ku , tapi yang peliknya semasa ku di Form 5 dia masih lagi kat Form one . Ibunya bekas ADUN Sik banyak menolong ku sejak kecil2 lagi . Aku mendapat Federal Minor scholarship di atas pertolongan ibu Mahadzir. Kalau tidak mungkin ku tak dapat meneruskan pengajian ku . Lepas tu ibunya juga menolong meminang isteriku sekarang ini dan membuat segala persiapan perkahwinan .
Pak Non & Mak Wan menyambut kami penuh mesra . Dengan kuih raya , ketupat dan serondeng . Ku cukup tertarik dengan rumah Pak Non & Mak Wan ; ada urban dan ada traditionalnya . Mahligainya mengandungi banyak bahan2 sejarah Kedah , dan ku harapkan simpanan rekod2 lama maupun dalam bentuk tulisan dan alatan2nya boleh membantu pihak2 para sejarawan dan muzium menambahkan lagi penemuan2 yang baru .
Di belakang mahligai Pak Non , ku tertarik dengan sungai , rumpun bambu , pokok2 keladi dan berbagai lagi . Semasa kecil dulu suasana begitulah yang menjadi lokasi permainan dengan kawan2 . Sambil bermandi-manda dapat pula memancing ikan di air . Boleh menahan kail taut , menahan bubu dan menjala . Tapi sungai2 di mana pun sekarang ini tidak lagi memberi manfaat kepada manusia . Airnya dah mengalir lesu , tercemar dan tidak sejernih dulu lagi . Ikan pun tak sejenoh dulu lagi . Nak mandi pun kena pikiaq dua kali , kerana kualiti airnya dah tenat . Rumpun buluh duri di belakang mahligai Pak Non membawa ku jauh ke masa dulu . Itulah bahan yang ku guna membuat meriam buluh . Meriam buluh berdentum di sekitar Bukit Srengenge di musim menyambut hari raya . Kami tak pernah mendapat kecederaan bila bermain meriam buluh , mungkin kami dulu terdiri dari golongan pakar-pakar .
Perahu Pak Non memikat hatiku , dulu ku buatkan rakit dari batang buluh untuk bermain bersama kekawan di sungai . Berdayung ke hulu dan ke hilir . ....alahai seronoknya dunia kanak-kanak dulu .
There are many interesting features around your mansion Pak Non . Thank you to both of you and Mak Wan for a very kind hospitality .
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA .

12 comments:

KotaStar said...

Pak Mat Isa,
Thank you for the observation.Orang seni dan sejarahan begitulah biasanya. Nampak semua walaupun orang biasa tidak terlintas merakam sesuatu pun. Saya kini diBongor Baling dan dapat baca email/blog kerana 'toy' yg dimiliki sungguh canggih boleh diguna mana-mana sahaja. Takpayah lagi cari telefon outlet. Thank you for yr visit .We are happy that all of you could make the trip.
Hopefully we will meet again. This time kena makan nasi di pondok tepi sungai.Kita guna daun pisang.
Salam to all.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha & Pak Non

Saya pun nak join sama makan nasi di pondok tepi sungai & guna daun pisang!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Menemui Pak Non & Sdr.Azizi ,

Bila Pak Non sebut makan nasi guna daun pisang teringat pada keluarga saya di dangau membuat huma dulu-dulu. Kami guna pelepah daun pinang sebagai pinggan , dan pelepahnya juga boleh di buat timba , kampit dan kereta mainan seperti budak2 dalam tv .

God willing we will meet again .

Bagaimana sungai di belakang rumah cikgu Termizi di Perak ?

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Sungai dekat rumah kampung Apak saya di Layang Kiri ialah Sungai Perak. Ianya masih ok lagi. Sungai di kampung sebelah Mak saya (Kampung Kepayang, Ipoh)ialah Sg Kinta. Yang ini dah teruk tercemar. Dahulu semasa saya kecil kami boleh mandi dan kutip siput. La ni nak tengok pun tak sanggup.

KotaStar said...

Seronok betul berbicara seperti ini. Tak kata banyak tapi semua maksudnya difahami.

Tau dak pagi tadi lari sebentar ke Kepala Batas ( S.Perai) tapi tak pi rumah Pak Lah).Kelmarin semasa di Baling hujan lebat, Ada tempat banjir. Bagaimana di Sik? Singgah hendak jumpa Che Gu Rashid .Dah lama tak jumpa dia. Orang rumahnya kata dia ke Holland dah 4 bulan mungkin balik bulan ni.Kuat betul dan bersemangat pula orang tua( muda) tu.

Petang ni cross the strait to Langkawi pula. Ada site meeting esok. Hari Khamis nampaknya ta ada rumah terbuka. Samy Valoo hendak mogok/ kecil hati. Apa pasai pula. Orang Ipoh kena pi pujuk.
We will arrange to meet at TT Gajah satu hari. Insya Allah.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

Pujuk Samy Vellu? Orang Ipoh tak sanggup nak buat, nanti tak pasai kena maki dek Samy - dia tengah hot tu. Biar saja orang Sg Siput yang pi pujuk. After all dia kan ahli parlimen for Sg Siput!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non & Sdr.Azizi ,

Pak Rashid ni Globe-trekker .Dulu cikgu2 di Baling angkat dia jadi ADUN Baling .Menang sebagai wakil bebas . He is always on the move , umurnya dah melebihi 90 tahun . Orang kuat Tabligh . Pi dakwah satu dunia . Keluar dakwah 4 bulan tu dah biasa bagi Pak Rashid.

Saya pikiaq kita kena tulis biografi Pak Rashid.Dia kurang terkenal di dunia tapi pada saya Pak Rashid cukup terkenal dengan 'orang2 di langit'.Seorang dari cucunya ada di Sik .Bila dia mai umah saya tengok VW dia teringat kereta Tok Wan dia.Saya bagi tau dia,kereta Tok Wan bukan VW tapi Morris Minor .Kereta tu dia pakai semasa jadi cikgu dulu dan sebagai wakil rakyat Morris Minor tu jugalah yang dia pakai.

Kalau dengar bayan Pak Rashid , sesapa saja boleh menangis . Saya pun dah lama tak menangis .

Wassalam.

KotaStar said...

Bagus tu. Mai kita pi jumpa dia bila dia balik nanti. Saya pun dahulu rapat juga dengan dia. Asalkan ada biografinya, itu pun dah baik. Kalau tidak sp kata saudara no one will know or remember him. Bila saya ke Baling nanti I will let you know.
Terima kasih. Azizi mailah ke Sik dan Baling! Dok buat apa di Putrajaya tu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non,

Sejak Pejabat Pelajaran pindah ke kompleks baru , dah pasti fail Pak Rashid boleh terpinggir begitu saja.Kalau tidak boleh kita minta kerjasama pegawai2 di sana . Mungkin dengan kedudukan Pak Non , Pak Non boleh bermula di situ . Kalau rezeki kita ada , kita boleh buat beberapa cabutan dari fail itu.
Dulu tak dak komputer dah pasti tak di'save'kan.

Kalau boleh dapat fail2 Pak Radzi , pak Zen dan lain2nya tentu kita boleh buat satu profil guru2 pra kemerdekaan .

Aduh cantiknya kalau impian ini tercapai.
Ya Allah dariMu lah segala2nya.

KotaStar said...

Tu dia. baru tahu pentingnya faildiri. Saya memilikinya kerana dah sangka itu semua penting satu hari. had it photostat before. Dalamnya kisah kita bekerja at least 35 yrs. Banyak orang fikiar pasai bonus dan habuan bersara lupa pasai tu.What about you sempat fotostat? Tapi susahlah kalau tak kerja dijabatan. Saya akan tanya di jabatan kalau fail2 lama masih ada. TQ

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non & azizi,

In buat peringatan buat sdr.Azizi .Saya tak buat tu semua , kerana syok nak pencen.But I still remember my file-number , 6141 PPK .

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha & Pak Non

Saya tak pernah pulak terpikir nak photostat fail peribadi saya. Terima kasihla untuk peringatan ini. Will do it insyaAllah.

For now I don't even remember my file number...malu saya kat Pak Cha!