Alhamdulillah,
sambutan mawlid semakin meriah walaupun tidak disenangi oleh puak
tertentu. Namun perlu diperhatikan juga bahawa tujuan mengadakan majlis
mawlid adalah untuk melembutkan hati sanubari kita agar mau mengenali
Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mencintai Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mengikut segala sunnah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, menurut segala ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang akan menghasilkan keredhaan Allahta`ala dan Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallamserta
memperolehi ni'mat, rahmat dan syafaat di dunia dan di akhirat nanti.
Jadikanlah acara mawlid sebagai permulaan dan tapak latihan bagi kita
belajar agar sentiasa ingatkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Moga dengannya kita bisa memperingati Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallamdengan
menghidupkan sunnah dan ajaran baginda dalam segala aspek kehidupan
kita sehingga kita kembali mengadap Ilahi. Bukannya hanya memperingati
baginda dalam mawlid, tetapi dalam aspek-aspek lain ingatkan hok lain,
ingatkan Soqrat, ingatkan Aflatun, ingatkan Niccolo Michiavelli,
ingatkan Darwin, dan dan dan seumpamanya.........., sehingga melupakan
Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, lupakan baginda
dengan melupakan ajaran, pesanan dan tunjuk ajar baginda ... Allahu ..
Allah. Marilah kita hidupkan ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam semua aspek kehidupan kita. Walaupun Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam telah
wafat meninggalkan kehidupan duniawi ini dan hidup dengan kehidupan
barzakh yang sempurna, namun dalam kehidupan duniawi juga, selain adanya
ikatan dan pertautan rohaniah, Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam juga
sentiasa hidup segar dalam ingatan dan jiwa sekalian umat baginda,
makanya para ulama tiada seorang pun menganjurkan acara haulnya
Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam, bahkan sebaliknya yang diraikan adalah mawlid baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam.....
Allahu ... Allah, moga ingatan kepada baginda sentiasa hidup subur
dalam jiwa kita sehingga bisa mewarnai kehidupan kita agar lebih hijau
dan nyaman buat dunia dan akhirat.
****************************
Sedutan Nasihat Syeikh Nuruddin
No comments:
Post a Comment