Sunday, February 26, 2012

VETERAN HAJI PUTIH BIN HAJI SALLEH


 DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Hari ni orang yang paling veteran di Sik datang ke istana srengenge...................lebih popular dari mana2 orang ternama di daerah kami.............dan yang tak tercalar namanya.............kekal dengan jenama seorang cikgu yang mula bertugas dengan gaji cuma 12 ringgit sebulan................alhamdulillah masih sihat dan datang memandu kereta sendirian...............hidup sihat penoh berkat.



 Mula bertugas sebagai cikgu pada tahun 1937 dengan gaji permulaan 12 ringgit sebulan , dan harga kambing  50 sen seekor..................setiap bulan dibeli seekor kerana minat........kerjanya jual beli,jual beli.............berpencen lebih lama dari bertugas.................berhenti kerja semasa perang Jepun........kemudian sambong semula bertugas pada tahun 1943 di Sekolah Melayu Sik..............kini umurnya 90++++ tahun , mungkin lebih lama lagi,kerana masa dulu tak tentu hala rekodnya



 Cikgu dijamu dengan ketupat dan gulai ayam kampong...................dan roti piring.............sebenarnya ni juga dicadangkan untuk menjamu Sam Ratulinggi dan keluarga,tapi dia muncul lebih awai........kalau Sam dapat bertemu dengan cikgu Putih ceritanya akan jadi lebih gamat.............kerana Sam pandai korek sana,korek sini................insyaallah nanti srengenge akan pertemukan dengan anakanda Ra'ai Osman


                             Itulah orang tua.........makan tak banyak mana....lambat besar cikgu

Doakan moga terkenal di dunia dan lebih terkenal lagi di akhirat nanti

SALAM MELEBAR SENYUM

1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

inilah berkat seorang guru...doa drp anak murid membawa kesihatan yg baik