Friday, March 9, 2018

MEMOIR SEORANG PESARA..NO. 103 ARWAH TAN SRI SANUSI JUNID





Semoga arwah dalam penuh kasih-sayang Allah , dan memberi sepenuh kecintaanNya............arwah TS Sanusi Junid , anak Kampong Aceh ,Yan,Kedah hari ini dijemput Allah ........di pagi yang mulia waktu subuh........ketika berumur 75 tahun.
Aku mengenali arwah kerana sama2 masuk ke kelas Special Malay di Ibrahim School,Sungai Petani.........kami bersama 3 tahun , kemudian selepas Standard Six arwah ditawarkan ke Malay College.Kuala Kangsar , kerana mendapat keputusan cemerlang dalam Standard Six Assessment Examination.
Kami tetap berhubung .........kirim salam selalu sampai........kemudian arwah ke Australia ,mengaji Accountancy...........balik bertugas sebagai pegawai bank.........arwah bergabong dengan Ust Fadzil dan Anwar Ibrahim dalam penubuhan ABIM.........aku ikut menyertai ABIM...........kemudian arwah menubuhkan Shamelin...........aku pun ikut sama jadi ahli........aku tak ikut menjadi ahli UMNO , bila beliau masok UMNO.........dan jadi menteri persekutuan sejak berumur 38 tahun..............kami tetap berkawan .
Aku ucapkan banyak berterimakasih pada arwah kerana memilih tapak tanah kepunyaan Ayah ku di Banggol Derdap untuk membina Sebuah Rumah Anak Yatim yang sekarang di kenali sebagai Rumah Gemilang Adik...........syukran , doakan ganjaran berganda untuk arwah............selain itu arwah membina lagi 5 buah rumah anak2 yatim di seluruh Kedah semasa arwah menjawat Menteri Besar Kedah....
Last aku bertemu arwah semasa beliau merasmikan Maktab Mahmud Cawangan Yan,di Kampong Aceh,Yan ,Kedah..........salah satu lagi usaha arwah dalam pendidikan , setiap daerah di kedah diujudkan cawangan2 Maktab Mahmud..........
Moga kembalinya ke alam baka membawa jasa2 mulia yang diujudkan arwah............pohon berikan pahala yang setimpal dan Allah tak pernah memungkiri janji2Nya.

No comments: