Sunday, April 19, 2020

BAYAN STAYATHOME

BAYAN STAYATHOME

2020/04/18
BAYAN STAYATHOME……17.4.20 (6 ptg )
Dengan nama Allah 99 semuanya
Assalamualaikom……..Moga kita semua sihat dan semua yang di kuarantin positif convid-19 juga turut sihat…….dengan harapan PKP berjaya menyekat merebaknya virus.Juga rakyat dapat mematuhi undang2 dan menjadi rakyat yang peka tentang wabak yang melanda seluruh dunia sekarang ini………..mengcegah adalah yang terbaik.
Suruhan dan larangan Allah wajib kita laksanakan ….
Kekadang undang2 negara dan raja juga kita wajib patuh,seperti PKP ini………..PKP adalah untuk menjaga nyawa…….dan kita wajib menjaga nyawa……..membunuh diri adalah haram,termasok dalam dosa2 besar.
Kita wajib berwudhu’ bila nak sembahyang……..jadi wajiblah juga kita menggali telaga untuk mendapatkan air………
Kita wajib menutup aurat,jadi wajiblah juga kita membeli pakaian yang boleh menutup aurat kita….
Kita wajib mengerjakan Haji ,jadi kita juga wajib bekerja mencari wang untuk ke Makkah .
Begitulah umpama2 yang boleh kita berfikir bagaimana kita wajib mematuhi undang2 PKP, kerana wajibnya kita menjaga nyawa diri sendiri dan nyawa masyarakat…..mengekat merebak atau sekatan penularan virus yang merbahaya……….kalau tidak disekat,ribuan penduduk akan mati ,seperti yang berlaku di negara2 eropah sekarang ini……….mayat bergelimpangan seperti ayam terkena penyakit hawar yang pernah kita tengok………wallahuaklam.
Ya Allah kami pohon supaya wabak convid-19 di hapuskan dengan segera….insyaallah
Tak ada taskil berkuruj di zaman PKP ini.

No comments: