ADA SINONIM : HOSTEL BOYS / GURKHA BOYS ?
Di Sungai Petani kedua grup budak2 ni mendapat perhatian umum.The Gurkha boys diasuh oleh kerajaan British untuk hidup dalam dunia kemilitarian.Jumlah mereka lebih besar dari Hostel boys..........Ratusan bilangannya.Di latih macam di RMC,Sungai Besi.Hidup harian mereka terikat dengan undang2 military.
Hostel boys di Ibrahim School lebih di jagai oleh Ah Tat,makan minum di biayai oleh kerajaan juga (Brititsh juga),tapi yang lainnya di biayai oleh biasiswa PAMA ( Pak dan Mak ).Pengasuhnya cuma pengawas di lantik dari kalangan mereka.Cuma warden saja ialah guru sekolah.Tiada ada Jeneral,major ,capt. , sarjan dan lain2 pangkat seperti yang mentadbir Gurkha boys.Jumlah hostel-boys cuma 60 orang atau lebih sikit . Terdiri dari bebagai bangsa : ada melayu,cina india,eurasian.......tiada ada gurkha.
Kalau nak kira nakal ,hostel boys lebih nakal........undang2 hidup harian mereka tidaklah seketat undang2 askar.Disiplin hidup pun ala-kadar hidup anak2 Melayu yang dipilih untuk mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris hingga ke tahap Cambridge School Certificate.Lebih diasuh untuk hidup berdikari.......terikat dengan undang2 sekolah..........boleh bertumbuk , dan boleh berholigan sikit sebanyak.......dan tindakan tidaklah seterok military law.........jarang ada yang kena buang sekolah........kerana mereka budak cerdik (pilihan Pejabat Pelajaran Kedah ).
The Gurkha Boys were no way......patuh kepada undang2 tentera.
Bila bunyi bugle 10 malam...semua masuk tidor...........berlainan dengan hostel-boys.............mereka juga menunggu bunyi bugel Pak Gurkha.Irama dan lagu semuanya di kepala hotak mereka.......mereka masing2 membunyi ikut nada bugel Pak Gurkha...bising tu adat biasa di asrama.Bila habis bunyi bunyi bugel , pengawas bertugas akan jerit kuat ,"SHUT-UP , OFF ALL-LIGHTS".Kemudian masok kelambu.....masing buat lena secara otomatik,bunyi zzzzzzzzzzzzz macam P Ramlee buat.
Selepas itu hostelboys ada agenda tersendiri , selalunya curi keluar malam ke Pekan Sungai Petani........anak orang kaya sikit,nak pi makan kueh-teow dan air halia........masing2 ada pengalaman ni......masing2 kahak......cuma ada sebilangan yang jenis baik,berjiwa lembut.
So how ? Are you in that group ?
No comments:
Post a Comment