Friday, October 23, 2020

IBRAHIM HUSSEIN

 IBRAHIM HUSSEIN MELETAKKAN NAMA IBRAHIM SCHOOL DI MATA ANTARABANGSA:

Selepas lulus Cambridge School Certificate 1955 ,Ibrahim terus menari dengan jejarinya sehingga diiktirafkan sebagai pelukis tersohor di dunia...........
Bekas pelajar Ibrahim School 1955,sekelas dengan Musa Jaffar
Tangan Berdarah Ibrahim Terus Berkarya
Allayarham Datuk Ibrahim Hussein
KEISTIMEWAAN pelukis tersohor Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein bukan sahaja terletak pada lukisan bahkan tulisan seni khat Cina dan jawi pada kanvas. Sentuhan seninya amat menakjubkan, halus lagi kreatif. Setiap abjad atau karakter dilakar secara seragam dan teratur menggunakan tangannya.
Hasil kreativitinya yang asli menceritakan isu-isu sosial secara kiasan dan memperlihatkan banyak ciri keabstrakan yang tinggi antaranya, 13 Mei, Tsunami dan Myanmar.
Allahyarham dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada tahun 1936 dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara pelukis Malaysia yang ulung dan memiliki auranya tersendiri.
Beliau telah banyak menyumbang kepada kegiatan seni di dalam dan luar negara selain mengasaskan Muzium dan Yayasan Budaya Ibrahim Hussein di Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Teluk Datai, Langkawi.
📷
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Suka
Komen
Kongsi

No comments: