Monday, March 30, 2009

TAK BOLEH TIDOQ LENA

TAK BOLEH TIDOR LENA


Kerana dah lama tidoq dan jaga dalam negeri yang bertuah ni,aku rasa tak selesa dengan berbagai kerenah yang dibuat oleh orang2 baru.Aku dah rasai iklim nya sejak 40an lagi.Dengan penjajahnya,dengan sistem pendidikan dulu ,dengan sambutan kemerdekaannya,dengan zaman pembangunannya,dengan 13 Meinya,dengan umnonya dan parti2 politik lainnya.Dengan perpaduan kami semasa di sekolah inggeris.Dengan guru2 dari Kirkby,Brindsford,MTC,DTC,TEVS,TUOS,SITC,MWTC dan pelbagai lagi yang rata bertarafkan senior Cambridge,yang dedicated dan menjuruskan negara ke alaf politik merdeka.Guru2 berpolitik dan memertabatkan Bahasa Melayu dalam agenda utamanya.Sekaligus guru2lah yang mencelik masyarakat dengan Bulan Bahasanya,dengan kegiatan dan pamiran pertanian,dengan segala tunjuk ajar dari sekolah dewasanya dan pertunjukan filem2 Malayan Filem Unit.Tak pernah lesu di bawa kepada masyarakat sehingga ke daerah2 terpencil.Gurulah JKKKnya,penghulunya,dan sebagai agen rakyat gurulah adalah petition writer dan serba makneneknya.


Dari mundur menjadi maju.Dari desa menjadi kota.Dari hamba menjadi tuan.Dengan sekelip mata rakyat jadi senang ( tapi masih ada yang merempat , kebuluran , yang tertinggal tanpa disentuh oleh sedikit kemakmuran).Ranjau Sepanjang Jalan adalah buktinya.Mesej yang hendak disampaikan Shahnon Ahmad ialah rakyat cukup kaya dengan kemiskinan.Usman Awang pula dalam sajak2nya tak sanggup menyuap sesuap nasi,kerana yang disuapnya bukan nasi ,tapi peloh pak tani.Mereka sayang dan cinta pada masyarakat.Hulurlah pada mereka.Apa komisyen yang orang sekarang dapat jangan nak penuhkan poket sendiri.Hulurkan pada yang benar2 memerlukannya bantuan.Jangan cuba membina bangalo2 besar,punyai kereta2 besar dan mewah,berpakaian yang berjenama mewah yang menelan harga yang tak pernah dicapai dalam hitongan rakyat.Mungkin kini kita boleh bermegah dan boleh tidoq lena di bangalo besar di atas tilam yang cukup empok.Tapi bagaimana tidoq kita di liang lahat nanti?.Kita boleh makan sedap sehingga boroi perut,tapi bagaimana kalau makanan kita nanti nanah , danor dan kayu zakom?Cuba buat check and balance.


Dengan berbagai kemelut yang aku nampak didepan mataku kini , dengan penghakisan demokrasi , dengan rasuah yang dipandang remeh, dengan kesombongan,kebohongan dan sebagainya membuat aku tidoq tak lena……astagfirullah.

Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR 2009

EARTH HOUR 2009


Semua orang boleh merasai kepanasan dunia.Global warming yang disebabkan oleh tangan2 manusia , kini kembali kepada manusia.You take what you give.Bila panas aku tergedik2 lari ke sana sini.Kipas angin tak dapat membantu.Cuma yang dapat membantu ialah bedak sejuk.


Semalam satu dunia mengambil bahagian Earth Hour 2009.Mulai dari 8.30-9.30 p.m.Program ini kalau boleh dikatakan program dimulai sejak 2007 oleh World Wildlfe Fund di Sydney.Last year 5 juta mengambil bahagian.Tahun ni kami di Srengenge ke seluruhan penduduknya mengambil bahagian.100 persen participation.Malah kami bergelap sejak 7 malam sehingga ke 5 pagi hari ahad.Bukan satu jam tapi 10 jam.Kampong2 yang menghimpit Srengenge terang benderang,walhal kami dalam gelap gulita.We are born to be famous.Dulu Srengenge was made famous by our local Shahnon Ahmad melalui nobel2nya.Ranjau Sepanjang Jalan dikenali seluruh dunia.Diterjemahkan dalam tujuh bahasa.Difilemkan , dan aku pun tak pernah melihatnya , walaupun aku jadi penasihat lokasi , yang semua tau di buat 70 % shootingnya di Banggol Derdap.Banggol derdap itulah srengenge.Bukit Srengenge itulah Banggol Derdap.Kan bukit dan banggol itu sama saja.


Bercakap pasai filem RSJ , dulu aku banyak buat bantahan pada arwah Yusof bekas suami Puan Sarimah.Salah satu yang aku bantah ialah Sarimah tak layak memikul watak Jeha bini Lahuma.Sebabnya kerana dia cantik.Jeha tak secantik Sarimah.Dia anak kampong,hidungnya kembang,bibirnya tebal.Jeha tak dak masa nak uruskan dirinya.Dia orang kampong original.Tapi depa perlu heroin yang cantik sebagaimana niat mereka ialah meraih untung melalui popularity Sarimah.Nasihat ku tak menjadi dan aku lari dari mereka sedikit2,sehingga noktah.Kemudian datang pula satu badan perfileman nak buat pula filem dari nobel Rentong juga karangan Shahnon.Aku menolak dan tak memberi kerjasama.Malah Banggol Derdap tak mau membenarkan lagi menjadi lokasi shootingnya.Masa tu aku ada kuasa.Aku Pengerusi JKKK.Lani aku dah tak minat lagi politik.Dah 20 tahun lebih aku tak bayar yuran ahli.Aku suka membangkang.Kerana menjadi pembangkang membuat kita cerdik.Bukan senang nak membangkang.Orang bodoh tak boleh membangkang.Orang bodoh mudah jadi pak turut.


Saturday, March 28, 2009

BERTUAHNYA JADI TUA




Ke mana saja aku pergi aku di panggil Pak Cha ataupun Tok wan,Tok ki dan sebagainya yang melambangkan hayat dah di penghujungnya.Aku sedar itu semua and I am glad to be what I want to be.I have aged dan sebagai orang tua aku kurang mengkritik diri.Aku menjadi kawan untuk diriku.Kawan sejati ku ialah aku.I enjoyed everything : aku rasa gembira dengan makanan,dengan ketiduran ku,dengan nostalgiaku,dengan gembira aku bersama kesunyian.Aku gembira menanti hari maut dan gembira sekali bertemu dengan Allah dan segala perkara2 samiiyat.Aku gembira dengan awan dan angin.Malah semuanya menggembirakan.Tak ubah macam kegembiraan ku terhadap srengenge.


Banyak kekawan ku dah meninggal.Mereka tinggalkan dunia terlalu awal.They left this world too soon.Mereka tinggal segala2nya,kecuali iman dan amal.They didn’t have time to enjoy the freedom of life and to be at old age.Gembira tua dengan gembira masa muda is absolutely different.Ada juga tua penuh dengan duka.They don’t have that magic torch.Paling mudah ialah istigfar.Kan Nabi saw pun banyak beristigfar ?


Aku dalam business ku menulis blog.Kekadangnya memikirkan apa yang perlu aku tulis sepanjang malam.Aku pohon Allah mentadbirkan keseleruhan hidup ku,kerana mungkin aku akan lupa tentang sesuatu.Mendekati Allah setiap detik.Untuk menghiburkan nafsu,kerana nafsu pun kita kena layan dia, aku dengari lagu2 nostalgik tahun 50an dan 60 an.Children love singing.So are the children today.When old they will be happy to hear songs they sung.


Forgetful ? I don’t forget the past.But I get forgetful of new things.Benda2 baru cepat melupakan.Nak membeli barang2an pun kena buat check-list.Itulah istemewanya orang tua : ingat yang lama ,lupa yang baru.


I seldom get broken-hearted.Aku cukup kecewa dengan kebodohan,mungkin kerana sebagai bekas guru tak ingin sekali melihat murid2ku jadi bodoh.Kebodohan berpolitik dan kebodohan ahli2 politik cukup mengecewakan.Dengan rasuah and what not.Dengan bohongan and what not.Cukup kecewakan.Cukup terharu sekali.Haru-biru jadinya.They make the whole population stupid.


Rasa terharu ku sebenarnya memberikan aku banyak semangat dan kepahaman tentang hidup dan mati.Politikus2 berasuah dan berbohong memusnahkan diri mereka dan negara..Mereka cuma nak berkuasa bukan nak ‘berkalifah’.They are sterile and imperfect.


Rambutku dah memutih,dan dah putih kapas.And I can laugh at myself.If so I had died earlier tidak ada peluang untuk ku melihat apa itu erti tua beruban.Ketuaan ku memberi peluang pada ku untuk lebih positif.Boleh membetulkan kesalahan.Aku bebas dan aku cinta pada ketuaan ku.Aku tau aku tak boleh hidup selama2nya.Tak ada setitik habok nak menguasai dunia,macam impian2 orang politik.Setiap inci dunia nak mereka jajahi.Mereka itu mungkin ingin hidup selama2nya.Rasa berat nak bersara.Biar terus berpolitaik.Kejarlah politik bersih,jangan cemarkan dengan taik dan najis.


Hari berhari.Masa berlalu.Detik mendetik.Berlumba terus hingga ke penghujungnya.Manusia tak serik2 bergelumang dengan taik dan busuk nanah.Bila tiba masanya mereka akan berak dan berak.Mereka kencing di mana saja,walaupun di atas kepala kawan.Jauhi dari mereka ,jangan dekati mereka.Jangan kejar permata tiruan.Harganya mungkin jutaan,tapi nilainya kosong.


Kepada Ihsan,sambutlah hari lahirmu 27.3.09.Ibu mu 29.3.09.Hari lahir ayah lambat lagi,tak perlu ayah sambutnya,kerana dah lama berlalu.

Wednesday, March 25, 2009

MANUSIA DULU,KINI & SELAMANYA

MANUSIA DULU,KINI DAN SELAMANYA



Dari segi ‘inti’nya manusia adalah sama.Dulu ,kini dan selamanya.Tak dak bezanya.Manusia berbeza dari komponen tanah yang diwarisinya.Bahan tanah yang dimakannya.Jagalah makanan kerana ia akan mempengaruhi diri manusia.Manusia akan celaka kerana makanan yang di makannya.Manusia tetap manusia,celaka tetap celaka juga.


Dulu ada manusia baik,sekarang pun ada. Dulu ada manusia jahat,sekarang pun ada.Dulu ada manusia menjadi syaitan,sekarang pun ada.Malah lagi banyak dari dulu.Dan selama2nya akan begitulah jadinya.Dan pabila sampai ke akhirnya manusia akan jadi lebih dahsyat dari binatang.Manusia berperibadikan binatang..Sebelum the big bang pengundi dunia ini adalah sedarjat binatang.Yang beragama dah lebih dulu ditiup oleh angin lembut dan mematikan keseluruhannya.Yang tinggal adalah berakhlak haprak.Memuaskan hawa nafsu sewenang2nya.


Yang jahat daging mukanya tebal.Tak ambik hairan.Tak tau malu.Katakan apa saja depa tak kisah.Haram dan halal depa sapu.Macam binatang juga, mak sendiri pun depa ‘sapu’.Biar pun dok kendong berbagai2 kerja jahat,depa jenis ini tak rasa bersalah.Sebab daging muka tebai.Tak terasa sikit pun.Nak malu jauh sekali.Bahkan megah pula tu .Bukan saja yang muda2,yang tua2 dah nak masok kubur pun sama.Masing2 pula nak jadi yang ternama.Nak jadi penyelamat masyarakat konon.Dahsyat sungguh manusia.Yang baik dan bersih tersisih di dunia ini.Mereka dapat ganjaran di akhirat.Surga mereka lebih luas dari alam dan seisinya.Senang lenanglah mereka di sana abadan-abada.Pengundi neraka terpaksa berhimpit2 dan bergelut dengan pelbagai azab yang pedih.Dulu mereka tamak dengan dunia yang sedikit dan sementara.Dulu mereka menguasai dunia sewenang2nya.Bila sampai ke sini baru nampak perbezaan manusia.Manusia dah tak sama lagi.Ada manusia beruntung.Ada manusia yang rugi.

Sunday, March 22, 2009

SELAMAT BERSUA KEMBALI

Assalamualaikom.


17 hari aku hidup tanpa komputer.17 hari aku lari ke sana ke sini.17 hari aku hidup tanpa jadual.Aku buat apa yang terlintas.Aku rancang apa yang tercatat di kepala.Aku buat berbagai2.Aku bercerai dengan komputer.Aku lari2.Aku jalan2.Aku dapat betemu ribu2 manusia.Aku tak tau apa yang ku ucapkan dengan manusia yang ribu2 itu.

Kini aku kembali.Kembali dengam lemah longlai.Letih lesu membuat aku tak bermaya.Kekuatan muda dengan kekuatan tua jauh berbeza.Kerancakan muda dan kerancakan tua juga tak serupa.Tak cukup dengan suapan tonik intra,aku baham pula maajum berbutir2.Lesu itu ialah tua.Tua itu akan menghimpit manusia.

Di sini aku muatkan satu cerita dari seorang doktor tua.97 tahun umurnya....and this is what he has to say.







At the age of 97 years and 4 months, Shigeaki Hinohara is one of the world's longest-serving physicians and educators. Hinohara's magic touch is legendary: Since 1941 he has been healing patients at St. Luke's International Hospital in Tokyo and teaching at St. Luke's College of Nursing. After World War II, he envisioned a world-class hospital and college springing from the ruins of Tokyo; thanks to his pioneering spirit and business savvy, the doctor turned these institutions into the nation's top medical facility and nursing school. Today he serves as chairman of the board of trustees at both organizations. Always willing to try new things, he has published around 150 books since his 75th birthday, including one "Living Long, Living Good" that has sold more than 1.2 million copies. As the founder of the New Elderly Movement, Hinohara encourages others to live a long and happy life, a quest in which no role model is better than the doctor himself.


Doctor Shigeaki Hinohara

JUDIT KAWAGUCHIPHOTO ( writer)

Energy comes from feeling good, not from eating well or sleeping a lot. We all remember how as children, when we were having fun, we often forgot to eat or sleep. I believe that we can keep that attitude as adults, too. It's best not to tire the body with too many rules such as lunchtime and bedtime. All people who live long regardless of nationality, race or gender share one thing in common:None are overweight... For breakfast I drink coffee, a glass of milk and some orange juice with a tablespoon of olive oil in it. Olive oil is great for the arteries and keeps my skin healthy. Lunch is milk and a few cookies, or nothing when I am too busy to eat. I never get hungry because I focus on my work.. Dinner is veggies, a bit of fish and rice, and, twice a week, 100 grams of lean meat.. Always plan ahead. My schedule book is already full until 2014, with lectures and my usual hospital work. In 2016 I'll have some fun, though: I plan to attend the Tokyo Olympics! There is no need to ever retire, but if one must, it should be a lot later than 65. The current retirement age was set at 65 half a century ago, when the average life-expectancy in Japan was 68 years and only 125 Japanese were over 100 years old. Today, Japanese women live to be around 86 and men 80, and we have 36,000 centenarians in our country. In 20 years we will have about 50,000 people over the age of 100... Share what you know. I give 150 lectures a year, some for 100 elementary-school children, others for 4,500 business people. I usually speak for 60 to 90 minutes, standing, to stay strong. When a doctor recommends you take a test or have some surgery, ask whether the doctor would suggest that his or her spouse or children go through such a procedure. Contrary to popular belief, doctors can't cure everyone. So why cause unnecessary pain with surgery I think music and animal therapy can help more than most doctors imagine. To stay healthy, always take the stairs and carry your own stuff. I take two stairs at a time, to get my muscles moving.. My inspiration is Robert Browning's poem "Abt Vogler." My father used to read it to me. It encourages us to make big art, not small scribbles. It says to try to draw a circle so huge that there is no way we can finish it while we are alive. All we see is an arch; the rest is beyond our vision but it is there in the distance. Pain is mysterious, and having fun is the best way to forget it. If a child has a toothache, and you start playing a game together, he or she immediately forgets the pain. Hospitals must cater to the basic need of patients: We all want to have fun. At St. Luke's we have music and animal therapies, and art classes. Don't be crazy about amassing material things. Remember: You don't know when your number is up, and you can't take it with you to the next place. Hospitals must be designed and prepared for major disasters, and they must accept every patient who appears at their doors. We designed St.... Luke's so we can operate anywhere: in the basement, in the corridors, in the chapel. Most people thought I was crazy to prepare for a catastrophe, but on March 20, 1995, I was unfortunately proven right when members of the Aum Shinrikyu religious cult launched a terrorist attack in the Tokyo subway. We accepted 740 victims and in two hours figured out that it was sarin gas that had hit them. Sadly we lost one person, but we saved 739 lives. Science alone can't cure or help people. Science lumps us all together, but illness is individual. Each person is unique, and diseases are connected to their hearts. To know the illness and help people, we need liberal and visual arts, not just medical ones. Life is filled with incidents. On March 31, 1970, when I was 59 years old, I boarded the Yodogo, a flight from Tokyo to Fukuoka. It was a beautiful sunny morning, and as Mount Fuji came into sight, the plane was hijacked by the Japanese Communist League-Red Army Faction. I spent the next four days handcuffed to my seat in 40-degree heat. As a doctor, I looked at it all as an experiment and was amazed at how the body slowed down in a crisis. Find a role model and aim to achieve even more than they could ever do. My father went to the United States in 1900 to study at DukeUniversity in North Carolina. He was a pioneer and one of my heroes. Later I found a few more life guides, and when I am stuck, I ask myself how they would deal with the problem. It's wonderful to live long. Until one is 60 years old, it is easy to work for one's family and to achieve one's goals. But in our later years, we should strive to contribute to society. Since the age of 65, I have worked as a volunteer. I still put in 18 hours seven days a week and love every minute of it.

Friday, March 6, 2009

ON LEAVE

MY DEAR READERS,

I FEEL SORRY........I'M ON LEAVE FOR A FEW DAYS.
I 'LL BE GLAD TO MEET YOU SOON.

REGARDS FROM PAK CHA ....SRENGENGE.

Wednesday, March 4, 2009

EPISOD RAJA PASOLA OF PASIR BERDENGUNG

EPISOD RAJA PASSOLA PASIR BERDENGUNG


Politik pesisiran menggamit nostalgia.Kalau guna undi sms dah tentu raja passola akan dapat undi terbanyak dalam heboh2 politik terkini.Masing2 nak cakap pasai topic tu.Raja Pasola dari Pasir Berdengung masih boleh kekal di pentas sehingga PR 13 nanti.Dan P.Ramlee dapat melihat zaman kini di zamannya.


Dengar rioh2 politik,bukit srengnenge juga heboh.Aku malu nak masok ke bukit srengenge hari ini dan beberapa hari lagi.Kalau aku masok binatang di dalamnya akan tertawakan aku.Tersengeh2 dibuatnya.Kera,berok,monyet akan meloncat2 dari dahan ke dahan memeperlikan aku.Beburung yang asyik menyanyi tak lagi menyanyi.Mereka juga asyik berforum tentang tajuk raja pasola.Di selang seli dengan butiran berita dari pasir berdengung.Tupai meloncat2 geli-hati melihat para pengawal memblok kemasukan ke dalam istana pasir dua butir.Masing2 melihat kebodohan raja pasola dan rakyat2 pasir berdengung.Dah lama mereka berdengung kerana mereka diperbodohkan dalam hidup di dunia sementara ini.Biawak2 berkejaran kerana itulah caranya mereka berpesta bila ada satu perkara yang lucu.Babi berkubang riang dalam selut di paya srengenge kerana mereka paham bahawa rakyat raja pasola sibok dengan politik pasir berdengung.Mereka tak makan babi lagi,kerana dah banyak benda haram yang mereka boleh dapati.

DARI RAKYAT , OLEH RAKYAT , UNTUK RAKYAT

DARI RAKYAT,OLEH RAKYAT,UNTUK RAKYAT


Bahang meluat rakyat meningkat.Meluat pada sapa ? Pada sapa saja yang ada otoroti.Dulu pemimpin masyarakat kita berada dalam kelas ketiga ,tapi minda mereka adalah ditahap kelas pertama.Kini bila dah banyak professor ,dah banyak lulus universiti,dah banyak Phd,dah banyak segala2nya,minda menurun kelas ketiga.Perkara berlaku di Perak dah mengheret sebulan.Mengapa dok membiarkan dia jadi bangkai.Baunya menerjah masuk kedalam setiap lubang hidung.


Mengapa biar dia sebegini? Ada bloggers merenung balik kisah2 P.Ramlee dengan negeri2 Pasir Berdengung dan Pasir Dua Butir.Kucar-kacir,bercelaru dan haru biru.Ngapa tak mau bubarkan ADUN ? Kalau itulah solusi yang terbaik.Biar rakyat tentukan.Bukankah dok laung2kan : dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat.


Jangan biar bau bangkai menerjah lubang hidong. Jangan biar lubang telinga berdengung sepanjang musim.


Wahai yang bijak2 bistari jauhilah ketololan dari menguasai diri.

Monday, March 2, 2009

APA ITU 'PELACUR' ?

JANGAN BAWA KE TAHAP ‘PELACUR’



Pelacur ialah profession tertua di dunia.Di dunia,diserata dunia ada2 saja orang menggiatkan kerja terkutuk ini.Hilang maruah diri,hilang martabat kemanusiaan.Pelanggan dan penjual tubuh sama2 masok dalam katergori pelacur.Gegolo( bunyinya begitulah) pun juga pelacur.Setengahnya sebut pelacur kehormat….mana ada ! …..puuuiiihh.Ketuloi2 negara jarang nak cakap pasai ni.Tak masuk agenda mereka.Padahai depa cukup tau benda ni ujud.Ketuloi tak pandai cari pahala.Depa bijak cari duit.Berbagai cara cari duit.Akhir2 ni si’katak’ pula bijak cari duit.Dunia la ni dunia duit.Di dunia boleh tunjuk berani.Jangan cuba duga akhirat.Balik kat citer pelacur.Kegiatan ni hidup kerana manusia cuma tau nak puaskan nafsu.Proses kawin susah dan rumit.Last,last sekali terjebak dengan pelacuran.Terjerumus dengan maksiat.


Dalam Al-quran ditegaskan bahawa paling utama diturunkan bala di negeri2 penuh dengan maksiat.Apa makna penuh dengan maksiat ? Ulamak jelaskan selang sebuah kedai arak ada sebuah kedai arak.Selang sebuah kedai loteri ada sebuah kedai loteri.Selang sebuah rumah urut ada sebuah rumah urut.Selang seorang bertudung ada sepuluh orang tak bertudung.Begitulah seterusnya.Berpolitik secara baik pun ada,tapi depa kaitkan dengan maksiat.Bala turun dalam 4 sumber : tanah,air,api dan angin. Cuba tafsirkan.Tanah runtuh,air banjir,kebakaran dan ribut taufan adalah antaranya.Kuman virus masok dalam kategori angin.Pikirkan semua ada.Kemerosotan ekonomi adalah bala.Yang disebut bencana alam tu semuanya bala.


Akhir2 ini politik kita pun dah nampak semakin kotor. Ia juga bala.Kalau dibiarkan ia akan tergolong dalam kategori pelacur.Hilang maruah.Hilang etika diri.Main kotor.Ada unsur2 samseng.Ada kerja2 keji.Ada kelentong.Ada gelembong.Ada kezaliman,dan banyak yang aib2.Career Politicians harus sedar semua perkara itu.Jangan main politik kotor.Nanti lepas seorang,seorang pula bermain kotor.Nanti habeh semua polikus terpalit.Gejala kearah ‘pelacur’ nampak cukup mudah kalau tak di kawal.Kita ada 9 orang raja menjaga agama.Bilangannya cukup kuat.Insyaallah selamat dunia,selamat akhirat.

Sunday, March 1, 2009

SERONOK TAK SAMA GEMBIRA

SERONOK TAK SAMA GEMBIRA




Dalam dunia kini mencari cinta cukup mudah.Dalam longkang pun banyak.Boleh bercinta dengan bermacam2.Berbagai2.Ambil satu lepaskan satu.Lepaskan satu ambil dua.Sampaikan kebila pun tak habeh.Nafsu menggila.Paling sukar ialah nak cintakan Al-quran dan cinta pada zuhud.Tak banyak pula yang mencarinya. Itu saja.

Di bawah ialah sebuah kisah yang memberi teladan. Aku petikan cerita ni dalam website yang aku pun dah lupa namanya.Tapi itu tak penting.Yang penting ceritanya.Anda baca dan tafsir sendiri.



WHO ARE YOU & WHO ARE THEY



One day a florist goes to a barber for a haircut. After the cut he asked about his bill and the barber replies, "I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The florist was pleased and left the shop.When the barber goes to open his shop the next morning there is a 'thank you' card and a dozen roses waiting for him at his door.
Later, a policeman comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replies, "I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The cop is happy and leaves the shop.The next morning when the barber goes to open up there is a 'thank you' card and a dozen donuts waiting for him at his door.
Later that day, a college professor comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replies, "I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The professor is very happy and leaves the shop.The next morning when the barber opens his shop, there is a 'thank you' card and a dozen different books, such as 'How to Improve Your Business' and 'Becoming More Successful.'
Then, a Member of Parliament comes in for a haircut, and when he goes to pay his bill the barber again replies, "I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The Member of Parliament is very happy and leaves the shop.The next morning when the barber goes to open up, there are a dozen Members of Parliament all lined up waiting for a free haircut!