Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR 2009

EARTH HOUR 2009


Semua orang boleh merasai kepanasan dunia.Global warming yang disebabkan oleh tangan2 manusia , kini kembali kepada manusia.You take what you give.Bila panas aku tergedik2 lari ke sana sini.Kipas angin tak dapat membantu.Cuma yang dapat membantu ialah bedak sejuk.


Semalam satu dunia mengambil bahagian Earth Hour 2009.Mulai dari 8.30-9.30 p.m.Program ini kalau boleh dikatakan program dimulai sejak 2007 oleh World Wildlfe Fund di Sydney.Last year 5 juta mengambil bahagian.Tahun ni kami di Srengenge ke seluruhan penduduknya mengambil bahagian.100 persen participation.Malah kami bergelap sejak 7 malam sehingga ke 5 pagi hari ahad.Bukan satu jam tapi 10 jam.Kampong2 yang menghimpit Srengenge terang benderang,walhal kami dalam gelap gulita.We are born to be famous.Dulu Srengenge was made famous by our local Shahnon Ahmad melalui nobel2nya.Ranjau Sepanjang Jalan dikenali seluruh dunia.Diterjemahkan dalam tujuh bahasa.Difilemkan , dan aku pun tak pernah melihatnya , walaupun aku jadi penasihat lokasi , yang semua tau di buat 70 % shootingnya di Banggol Derdap.Banggol derdap itulah srengenge.Bukit Srengenge itulah Banggol Derdap.Kan bukit dan banggol itu sama saja.


Bercakap pasai filem RSJ , dulu aku banyak buat bantahan pada arwah Yusof bekas suami Puan Sarimah.Salah satu yang aku bantah ialah Sarimah tak layak memikul watak Jeha bini Lahuma.Sebabnya kerana dia cantik.Jeha tak secantik Sarimah.Dia anak kampong,hidungnya kembang,bibirnya tebal.Jeha tak dak masa nak uruskan dirinya.Dia orang kampong original.Tapi depa perlu heroin yang cantik sebagaimana niat mereka ialah meraih untung melalui popularity Sarimah.Nasihat ku tak menjadi dan aku lari dari mereka sedikit2,sehingga noktah.Kemudian datang pula satu badan perfileman nak buat pula filem dari nobel Rentong juga karangan Shahnon.Aku menolak dan tak memberi kerjasama.Malah Banggol Derdap tak mau membenarkan lagi menjadi lokasi shootingnya.Masa tu aku ada kuasa.Aku Pengerusi JKKK.Lani aku dah tak minat lagi politik.Dah 20 tahun lebih aku tak bayar yuran ahli.Aku suka membangkang.Kerana menjadi pembangkang membuat kita cerdik.Bukan senang nak membangkang.Orang bodoh tak boleh membangkang.Orang bodoh mudah jadi pak turut.


3 comments:

Leenoh said...

Salam. Pak Cha.
Bila Pak Cha sebut saja pasal Nobel RSJ dan Nobel Rentong, Saya terkenang kembali masa lampau. Nobel-nobel inilah membantu saya kenal sastera Melayu yang sekarang tidak berapa dipedulikan lagi.
Saya masih terasa terima kasih kepada cikgu Jihati Abadi yang menjadi guru saya , manakala Cikgu Shahnon pengarang buku yang kami gunakan.
Terima kasih cikgu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr. leenoh,

Sastera dah dipinggirkan.Walhal sasteralah yang mendidik umat mengenal dan memahami erti manusia.

azizul said...

salam pak cik,
ni azizul toyota SP.sajer je singgah sini