TAK BOLEH TIDOR LENA
Kerana dah lama tidoq dan jaga dalam negeri yang bertuah ni,aku rasa tak selesa dengan berbagai kerenah yang dibuat oleh orang2 baru.Aku dah rasai iklim nya sejak 40an lagi.Dengan penjajahnya,dengan sistem pendidikan dulu ,dengan sambutan kemerdekaannya,dengan zaman pembangunannya,dengan 13 Meinya,dengan umnonya dan parti2 politik lainnya.Dengan perpaduan kami semasa di sekolah inggeris.Dengan guru2 dari Kirkby,Brindsford,MTC,DTC,TEVS,TUOS,SITC,MWTC dan pelbagai lagi yang rata bertarafkan senior Cambridge,yang dedicated dan menjuruskan negara ke alaf politik merdeka.Guru2 berpolitik dan memertabatkan Bahasa Melayu dalam agenda utamanya.Sekaligus guru2lah yang mencelik masyarakat dengan Bulan Bahasanya,dengan kegiatan dan pamiran pertanian,dengan segala tunjuk ajar dari sekolah dewasanya dan pertunjukan filem2 Malayan Filem Unit.Tak pernah lesu di bawa kepada masyarakat sehingga ke daerah2 terpencil.Gurulah JKKKnya,penghulunya,dan sebagai agen rakyat gurulah adalah petition writer dan serba makneneknya.
Dari mundur menjadi maju.Dari desa menjadi kota.Dari hamba menjadi tuan.Dengan sekelip mata rakyat jadi senang ( tapi masih ada yang merempat , kebuluran , yang tertinggal tanpa disentuh oleh sedikit kemakmuran).Ranjau Sepanjang Jalan adalah buktinya.Mesej yang hendak disampaikan Shahnon Ahmad ialah rakyat cukup kaya dengan kemiskinan.Usman Awang pula dalam sajak2nya tak sanggup menyuap sesuap nasi,kerana yang disuapnya bukan nasi ,tapi peloh pak tani.Mereka sayang dan cinta pada masyarakat.Hulurlah pada mereka.Apa komisyen yang orang sekarang dapat jangan nak penuhkan poket sendiri.Hulurkan pada yang benar2 memerlukannya bantuan.Jangan cuba membina bangalo2 besar,punyai kereta2 besar dan mewah,berpakaian yang berjenama mewah yang menelan harga yang tak pernah dicapai dalam hitongan rakyat.Mungkin kini kita boleh bermegah dan boleh tidoq lena di bangalo besar di atas tilam yang cukup empok.Tapi bagaimana tidoq kita di liang lahat nanti?.Kita boleh makan sedap sehingga boroi perut,tapi bagaimana kalau makanan kita nanti nanah , danor dan kayu zakom?Cuba buat check and balance.
Dengan berbagai kemelut yang aku nampak didepan mataku kini , dengan penghakisan demokrasi , dengan rasuah yang dipandang remeh, dengan kesombongan,kebohongan dan sebagainya membuat aku tidoq tak lena……astagfirullah.

No comments:
Post a Comment