Wednesday, April 29, 2009

NGENDAP SRENGENGE

NGENDAP SRENGENGE


Hampir 20 hari berkurung dalam rumah.Cukup menjemukan.Hari ini aku cuba melangkahkan segala pantang tok nenek.Walaupun lutut masih tak kuat,aku memaksa diri hendap2 di srengenge..Kebetulan pula ada banyak pekerja2 IADP membaiki jalan merentas srengenge dari barat ke timor.Kekuatan anak2 muda bekerja memberikan aku kekuatan secara tak langsung.Aku menghayunkan kaki ku yang lemah.Aku tak mau ganggu mereka yang dok pimai dengan 4X4 mereka.Aku tak terima pelawaan mereka.Biar aku hayun kaki ku.Dari dulu dah beribu kali aku hayun dengan kaki ni juga.Dari kanak2 kecil,remaja dan dewasa srengenge nilah yang cukup akrap dengan ku.


Kesan dan denai2 babi masih banyak.Sekarang musim selsema babi.Aku cukup bimbang,kerana aku baru saja diserang chukinkunya.Padahnya cukup terasa.Luluh,lusuh,tumpas,lampus seluruh anggota.Pohon Allah lindongi dari flu babi ni.Kalau boleh dengan sekali tengking boleh aku bunuh segala babi2 yang ada.Boleh membasmikan flu berbisa babi ni.


Hayun dan hentak kakiku tak dapat membawa aku terus kekemuncak srengenge.Aku kena gostan.Aku rasa masih lagi lemah.Kalau dulu bila badan lemah orang2 tua tak benarkan ke srengenge.Kerana hantu dan syaitan banyak di bukit.Lemah longlai aku hayun turun bukit srengenge.Aku cukup rasa ketuaan ku.Tak gagah macam muda2 dulu.Sudah pasti tak berapa lama lagi aku boleh menumpang hidup.Maut makin dekat.
Qulul nafsin za ikatul maut.

Tuesday, April 28, 2009

MAINAN SLOGAN DAH BERLALU

MAINAN SLOGAN DAH BERLALU


Melebihi 2 minggu aku tak update blog aku.Allah telah menarik segala tenaga ku bukan saja untuk menulis tapi segalanya.Aku selama 3 hari sebagai sebiji timun.Tak boleh bergolek.Tenaga pada semua sendi hilang lenyap.Aku kelengohan.Itulah hebatnya tentera Allah bila menyerang manusia.Itulah yang di katakana chikunchunya.Tak merasa tak tau hebatnya. Virus ini.Alhamdulillah aku dah 80% semboh.Dan dah mula ketagih nak buat kerja dan meneruskan beribadat seperti biasanya.Hari ini dah boleh sembahyang seperti biasa.Sebelum ini sembahyang pun kena duduk.Ingatan ku tak sepenuhnya sebelum ini.Aku lupa nak baca wirid2 dalam sembahayang,terpaksa tunggu lama nak ingatan bacaan yang perlu.Ku ucapkan terima kasih pada ahli keluarga yang menjaga aku,juga kapada Dr.Elias Mat Isa yang merawatku. 10 hari aku berjalan macam Charlie Chaplin.


Hari2 bala datang mengjengok kita.Terkini pula ialah selsema babi.Dulu JE babi.Yang aku cukup meluat ialah cubaan nak masokkan babi dalam berbagai makanan.Dalam serondeng di pasaran juga katanya ada campuran daging babi.Jangan cuba menggamit bala.Bila bala datang dia tak pilih manusia.


Tok sah dok main dengan slogan.Bala tak kenal slogan.Slogan malaria dah hancor,tapi penyakitnya masih hidup.Slogan dengue dah tak dapat basmi dengue.Begitu juga dalam pemerintahan,tak perlu pada slogan.Malaysia boleh,apa yang kita boleh.Gemilang dan terbilang,apa yang gemilangnya.Begitu juga dengan satu Malaysia.Nanti tak dak apa apa satu pun yang dicapai.Yang pastinya,ikuitilah perentah Allah.Jauhilah laranganNya.

Sunday, April 12, 2009

AKU TAK GHAIRAH

AKU TAK GHAIRAH


Apa sangat nak dikalutkan.Apa sangat nak dibanggakan.Apa sangat nak dihebohkan.Tak dak apa-apa pun.Sokmonya macam tu lah.Perkara di dunia ni tak habis2 macam tu.Yang tu,yang tu juga.Pimai-pimai,tang tu juga.Tok sah dok syok2 sendiri.


Aku tak ghairah nak berbicara tentang kerajaan baru.Aku tak nampak apa-apa dalam cabinet baru.Aku tak nampak apa-apa pada piem baru.Yang berlaku dulu-dulu pun sama saja.Kalau elok dulu pun ,selepas tu nampak hudoh.Kalau cantik dulu pun ,selepas tu tak comel.Tak payah nak dicanang dan dicanai berhari2 dimuka suratkhabar.Tak payah diiklan berhari dan berminggu di kaca tv.Tak payah.Sudahlah.Kalau baik,baiklah sudahnya.Kalau benda tu tak baik,lambat-laun terdedahlah sudah busuknya.Bukan senang nak tutup bangkai.


Pasai pemimpin2 dunia akhir2 ni kurang menerima kepercayaan ku.Kadang2 lagak macam firaun pun ada.Abu Jahal pun terjelma lama2 sekali.Kadang2nya busuk2 yang lama tu kembali tersengat di lubang hidung.Macam nak termuntah bukan sesekala,tetapi memuntah sokmo2.Payah nak cari pemimpin yang sekaligus terkenal di dunia dan di langit.Di aminkan oleh para malaikat.Biasanya langsung tak terhidu oleh makhluk di langit , walaupun begitu popularnya di dunia.Dengan berbagai slogan yang bohongan dan tipuan.Sudah la.Yang kami tau,mungkin kamu tak tau.
Pasai raja katak nak lompat pun aku tak ghairah.Dia dah banyak bersandiwara.Bila hujan nak turun maka berkwek-kwek lah dia.Dia dah bercina-buta.Bolehlah umno pinang dia semula.Jangan dok biar gila talak.Tak payah dah.Menggila saja.

Friday, April 10, 2009

BILA DAH TUA

BILA DAH TUA


Kalau hidup lama,pasti jadi tua.Proses masa menyebabkan apa saja jadi tua.Masa berjalan tak henti2.Cukup unik.Ia akan terhenti apabila kiamat.Kemudian dalam alam baru,masa juga baru.Masa di akhirat abadan abada.No ending.Tiada ketuaan.Elemen di sana berbeza.Allah dah beritau.Percayalah saja.Semua itu tak pelek.Allah maha bijaksana.Di surga sana kita tak akan jadi tua,malah yang tua pun jadi muda kembali.


Di dunia masa hanya sekejap,sebab tu kita jadi cepat tua.Anggota kita cepat reput,kerana suasana tak menjamin kesegaran.Elemen2nya berbeza dengan elemen2 di akhirat.Di akhirat kesegarannya,menyegarkan segala2nya.Bau surga saja dapat dicium dalam jarak masa akhirat beribu2 tahun.Di dunia kita didedahkan dengan ‘light years’.Itu pun otak kita tak boleh paham setakat mana pun.Pergerakan cahaya pun kita tak paham setakat mana.Cuma main angan-angan.Angan-angan kita pun main berangan juga.Kepastiannya tak begitu jelas.Dalam banyak hal kita ‘kalau’ mengkalaukan.If so and so.What about this and that.Otak kita cetek.Tapi manusia begitu bangga dengan kecetekan otaknya.Sebab tu manusia mudah jadi haprak.


Setiap manusia menanti detik dia menjadi tua.Bila tua semua kembali ke asalnya.Makan balik asal.Kecik2 makan bubur,tua pun makan bubur.Kerana gigi dah habis.Gusinya balik asal,tanpa gigi.Semasa kecik kita dimandikan,begitu juga bila tua.Masa kecil dipakaikan cawat.Masa tua dipakai pampers.Bila tua semua tak paham macam budak2 juga.Orang cakap pun kita tak paham.Kita si tua bercakap pun orang tak paham.Kita dipakaikan baju,kain dan dibedakkan macam budak2 dulu juga.Si tua itu juga diletakkan atas katil.Usia membuat sesapa saja menjadi ‘reput’.Bila mati dimasukkan dalam lubang,sepertimana kita datang dulu pun melalui lubang.


Wallahuaklam.

Thursday, April 9, 2009

RAKYAT AKAN TUNGGU DAN LIHAT

KABINET BARU....masih bersih.

Khairy,JJ,Mike Tysen,Hamid Albar,Azlina tak terpilih seperti yang diramalkan.
Mukhriz dan Razali Ibrahim timbalan menteri.


Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II: DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan: 1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan: Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan: 1. Datuk Dr Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili Timbalan: Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan: 1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha Timbalan: Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan: 1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan: Datuk M.Saravanan

ADAKAH KITA RAKYAT BERETIKA ?

ADAKAH KITA RAKYAT BERETIKA ?


“Peperangan” rakyat melalui pilihanraya kecil 7 april baru tamat.Semua orang tau beberapa insiden kecil berlaku di sana sini.Orang atas pun tau,orang besar pun tau,orang bawah pun tau,orang kecil pun tau.Semuanya ada punca.Tapi selepas pilihanraya masing buat tak endah.Masing2 buat tak berperasaan.Walhal itulah benih2 negatif yang kalau dibiarkan ia akan menjadi barah yang parah.Ia berleluasa berlaku juga dalam pilihanraya2 yang dulu2,beberapa kali dulu,beberapa ketika dulu.Dan tak tertinggal akan berlaku juga di masa2 akan datang.


Aku mempunyai pendapat yang berbeza dari orang lain.Dengan ghairah demokrasi yang kita laung2kan.Dengan ghairah rakyat berpolitik sebagai loyalist atau fanatic.Dengan semangat yang tak tau dimana batasan2 halal dan haram.Dengan berbagai2 propaganda yang juga belum tentu halal haramnya.Dengan projek2 ‘mee segera’ di musim pilihanraya yang menunjukan ketidak iklasan pemimpin.Dengan poster2 yang membazirkan wang.Dengan tidak tidoq lenanya rakyat.Dengan ramainya hilang kekosyokkan bersembahyang.Dengan banyaknya bercakap,yang sudah tentu banyak cakap banyak salahnya.Banyak salahnya adalah banyak dosanya.Dan banyak dosa,banyak dosa banyaklah azabnya…..dan dengan….dan dengan……..Dengan banyaknya duit yang bocor.Banyaknya masok ke poket2 yang dibikin khas masa pilihanraya.Dan yang sedih lagi menggunakan budak2 nakal memainkan peranan2 tertentu.Dan mereka mula berlagak sebagai samseng2 segera.


Jadi adakah kita kini rakyat beretika.Adakah kita menjadi pemimpin2 beretika ?

Friday, April 3, 2009

KUTBAH JUMAAT DI BUKIT GANTANG

DIPETK DARI KERABUBERSUARA.BLOGSPOT.COM





Muka depan.
Khutbah Jumaat.Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang. Kesetiaan kepada raja dan negara.7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Muka 1.

Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.


Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman


Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

kata tak boleh berpolitik dalam mesjid?....apa dah jadi ?



Wednesday, April 1, 2009

SEKETOL TAHI KUCING KERING

SEKETOL TAHI KUCING KERING

Setakat ini kasih sayang berbelah bagi.Setakat ini kecintaan telah terosak.Setakat ini tiada lagi udara nyaman yang menikam lapisan kulit daging.Setakat ini siulan beburung tidak lagi menggamit nostalgia.Setakat ini mengapa membiarkan mereka berkata what they want.But we know the truth.Tergolek2 di depan mata bagaikan seketol tahi kucing kering.Biar rakyat selongkaq dalam segala tema ‘wayang kulit’.Biar rakyat selongkaq di bawah ‘rain tree’.


Begitu complicated sekali segala agenda yang terpapar . Begitu rumit nak ditafsir satu persatu.Nampak macam kepala dah kosong.Nampak dah hilang segala hotak.Nampak macam tangan dah kudong.Nampak macam mata dah buta.Nampak macam lelaki yang impotent.Lelaki mati pucuk.Sterile.Langkah2nya dah keharuan.Dah zugzwang seperti dalam istilah permainan chess.Satu posisi atau langkah yang sipemain buat move,that will worsen his position.Checkmate dan begitulah permainan tammat.Tinggallah seketul tahi kucing kering.Insyaallah Allah tak mau lengah2 lagi tahi kucing kering biar ia dipijak,dipijak dan jadi debu berterbangan dibawa oleh angin.Berterbangan masok dalam setiap lubang hidung.Kesudahannya jadi pula tahi hidong.Masanya hampir tiba.


Biarkan tahi kucing kering itu rapoh di baham panas matahari.Jom kita pi pijak,biar jadi debu.Jom pi panggil angin tiupkan debu2 tahi kucing kering.Biar dia terjah ke parlimen,ke putrajaya.