Sunday, April 12, 2009

AKU TAK GHAIRAH

AKU TAK GHAIRAH


Apa sangat nak dikalutkan.Apa sangat nak dibanggakan.Apa sangat nak dihebohkan.Tak dak apa-apa pun.Sokmonya macam tu lah.Perkara di dunia ni tak habis2 macam tu.Yang tu,yang tu juga.Pimai-pimai,tang tu juga.Tok sah dok syok2 sendiri.


Aku tak ghairah nak berbicara tentang kerajaan baru.Aku tak nampak apa-apa dalam cabinet baru.Aku tak nampak apa-apa pada piem baru.Yang berlaku dulu-dulu pun sama saja.Kalau elok dulu pun ,selepas tu nampak hudoh.Kalau cantik dulu pun ,selepas tu tak comel.Tak payah nak dicanang dan dicanai berhari2 dimuka suratkhabar.Tak payah diiklan berhari dan berminggu di kaca tv.Tak payah.Sudahlah.Kalau baik,baiklah sudahnya.Kalau benda tu tak baik,lambat-laun terdedahlah sudah busuknya.Bukan senang nak tutup bangkai.


Pasai pemimpin2 dunia akhir2 ni kurang menerima kepercayaan ku.Kadang2 lagak macam firaun pun ada.Abu Jahal pun terjelma lama2 sekali.Kadang2nya busuk2 yang lama tu kembali tersengat di lubang hidung.Macam nak termuntah bukan sesekala,tetapi memuntah sokmo2.Payah nak cari pemimpin yang sekaligus terkenal di dunia dan di langit.Di aminkan oleh para malaikat.Biasanya langsung tak terhidu oleh makhluk di langit , walaupun begitu popularnya di dunia.Dengan berbagai slogan yang bohongan dan tipuan.Sudah la.Yang kami tau,mungkin kamu tak tau.
Pasai raja katak nak lompat pun aku tak ghairah.Dia dah banyak bersandiwara.Bila hujan nak turun maka berkwek-kwek lah dia.Dia dah bercina-buta.Bolehlah umno pinang dia semula.Jangan dok biar gila talak.Tak payah dah.Menggila saja.

2 comments:

Khazanah Hikmah said...

Assalamu'alaikum. Syabas Pak Long kerana sentiasa menulis.
musnad313.blogspot.com

Unknown said...

Betul tu pak cha, buat apa la nak kalut2. Yang masuk kabinet tu pun puak2 umno jugak. sama ja macam yang lepas2.