Tuesday, April 28, 2009

MAINAN SLOGAN DAH BERLALU

MAINAN SLOGAN DAH BERLALU


Melebihi 2 minggu aku tak update blog aku.Allah telah menarik segala tenaga ku bukan saja untuk menulis tapi segalanya.Aku selama 3 hari sebagai sebiji timun.Tak boleh bergolek.Tenaga pada semua sendi hilang lenyap.Aku kelengohan.Itulah hebatnya tentera Allah bila menyerang manusia.Itulah yang di katakana chikunchunya.Tak merasa tak tau hebatnya. Virus ini.Alhamdulillah aku dah 80% semboh.Dan dah mula ketagih nak buat kerja dan meneruskan beribadat seperti biasanya.Hari ini dah boleh sembahyang seperti biasa.Sebelum ini sembahyang pun kena duduk.Ingatan ku tak sepenuhnya sebelum ini.Aku lupa nak baca wirid2 dalam sembahayang,terpaksa tunggu lama nak ingatan bacaan yang perlu.Ku ucapkan terima kasih pada ahli keluarga yang menjaga aku,juga kapada Dr.Elias Mat Isa yang merawatku. 10 hari aku berjalan macam Charlie Chaplin.


Hari2 bala datang mengjengok kita.Terkini pula ialah selsema babi.Dulu JE babi.Yang aku cukup meluat ialah cubaan nak masokkan babi dalam berbagai makanan.Dalam serondeng di pasaran juga katanya ada campuran daging babi.Jangan cuba menggamit bala.Bila bala datang dia tak pilih manusia.


Tok sah dok main dengan slogan.Bala tak kenal slogan.Slogan malaria dah hancor,tapi penyakitnya masih hidup.Slogan dengue dah tak dapat basmi dengue.Begitu juga dalam pemerintahan,tak perlu pada slogan.Malaysia boleh,apa yang kita boleh.Gemilang dan terbilang,apa yang gemilangnya.Begitu juga dengan satu Malaysia.Nanti tak dak apa apa satu pun yang dicapai.Yang pastinya,ikuitilah perentah Allah.Jauhilah laranganNya.

4 comments:

Leenoh said...

Salam.
Alhamdulillah saudara dah sembuh, sekali sekala minum 100plus.
Ya betul slogan hanya alat untuk menutup kelemahan sahaja.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr. leenoh,

thank you kerana nasihat....aku banyak minum air barli,direbus bersama halia dan kulit kayu manis.camporkan sedikit garam dan gula.

Di sik dah jadi wabak,cuma tak diistiharkan.kerajaan kena ingat pada bala Allah.kita perlukan kerajaan yang bertakwa.

Unknown said...

Memang Allah sayang benar pada Pak Cha...

Selamat meyambung tugas semula.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr. jalaluddin,

bila sakit Allah akan buangkan dosa dalam diri.syarat kita kena redho.umur tua cukup mederita sekali bila sakit.antibody dah tak hebat lagi.

Firaun tak pernah sakit,kerana dia dilaknat Allah.Alhamdulillah kita dapat merasai sakit.