Saturday, October 27, 2012

BANTAH KEBIADABAN SOI LEK








KUALA LUMPUR:
 Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

MUHASABAH ,BERDOA, TINGKAT IBADAH PADA HARI ARAFAH








Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadah haji. Ketika wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT serta meraih keredaannya.
Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.
Malaikat turun
Ada riwayat menyatakan, kehadiran malaikat dan Allah Taala turun ke langit serendah-rendahnya menyaksikan jemaah yang wukuf di Arafah.
Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji adalah satu jihad. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.”
Doa termakbul
Di Padang Arafah, doa kita. Kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)
Hari wukuf
Amalan yang digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.
Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)
Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”
Mohon keampunan
Bertaubat, meninggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, mengharap keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih)

MUNAJAT HARI WUKUF ARAFAH







Hari Wukuf Bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah


Hari Wukuf Arafah di Madrasah Ar Rahmaniah

Hari Sejarah buat Madrasah Ar Rahmaniah , Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa kerana dapat anjurkan majlis munajat semperna wukuf arafah . Walaupun malam raya masing- masing ada tugasan tersendiri namun hampir 2000 orang hadir untuk imarahkan hari wukuf di Arafah . Majlis  bermula sdari jam 6.30 petang hingga 10 .30 malam penuh dengan pengisian ibadah dan penghayatan hari wukuf . Alhamdulillah , Insyallah program ini akan dijadikan program tahunan Madrasah . Hadir sama seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Sik dan murid Tn Guru Hj Salleh dari serata tempat termasuk Perak , Melaka dan lain-lain.

MUNAJAT PIMPINAN TN GURU HJ SALLEH MUSA MUDIR MADRASAH AR RAHMANIAH SIK KEDAH



BACAAN YASSIN 



TN GURU HJ SALLEH MUSA BAGI TAZKIRAH
SYEIKH MUSLIM , PENGERUSI MADRASAH BAGI TAZKIRAH

PERASMIAN BLOG RASMI MADRASAH
PERASMIAN PEJABAT PENTADBIRAN AHLI MAJLIS MESYUARAT PENTADBIRAN  MADRASAH AR RAHMANIAH
SALAM MAHABBAH
BUKA PUASA BERJEMAAH

Thursday, October 25, 2012

LEMBU KORBAN





JAZAKALLAH KHAIRON KHATHIRA...............Petang tadi dapat 2 ekor sumbangan korban untuk Rumah Gemilang..........insyaallah akan dapat lagi , supaya supply untuk setahun mengcukupi.







Thursday, October 18, 2012

HASSAN DAN NASHARUDDIN YANG BERUBAH





Citarasa berubah
Impian berubah
Hassan & Nasharuddin pun berubah

Wednesday, October 17, 2012

DATO' DR.ABDULLAH HASBI HAJI HASSAN








Dato' Dr.Abdullah Hasbi bin Hj.Hassan 

........srengenge's classmate , hostelmate dan dalam satu pasukan hoki ISSP........sama sehari masok ISSP dan on the same date left ISSP after cambridge Exam...........kami mempunyai tarikh lahir yang sama.......sama2 school prefect dan hostel prefect .......tapi dia lebih bijak dari srengenge...........best student di ISSP 1961........dapat peluang melanjut pelajaran di Mineralogical College ,England.......kali kedua dapat best student di sana.........kemudian Ke Massachuset Institute of Technology,Amerika........dapat best PhD graduate di sana..........

Amerika nak beli dia,tapi dia balik bertugas di Mineral Department,Ipoh.............terakhir Dato' Dr.Abdullah Hasbi menjadi Director of SEATRADC..........baru meninggal semasa IOBA bermesyuarat AGM pada 21hb,Ogos,2012.........Al-fatihah

Sepatutnya beliau boleh pergi lebih jauh , he had a low profile.......kerana dia cuma gigih dalam kerjayanya saja , tak minat berpolitik..........semasa TanSri Sanusi Junid jadi MB Kedah , beliau telah dicalonkan sebagai Naib-Cansellor,University of Tomorrow,di Langkawi........dan universiti itu pun hingga kini tak ujud.

Sunday, October 14, 2012

DEKAT PILIHANRAYA , MACAM2 PROJEK




Dalam sesebuah negara demokrasi ,sangat2lah perlu rakyatnya cerdik.........kalau rata2 tak cerdik , kekayaan negara akan dibolot oleh satu pihak dan kroni2nya saja............rakyat mudah di tipu dengan pelbagai helah dan kerenah pemimpin.............rakyat cuma boleh makan kuah yang tiris saja...........bila dekat dengan pilihanraya diujudkan berbagai projek dan dihulurkan bermacam bantuan.........mereka akan sorok apa yang perlu untuk kepentingan diri/parti dan kerajaan.



Sepatutnya dibuat pemantauan selepas pilihanraya...........baik-pulih dan projek2 baru............jangan tunggu  bila dekat dengan pilihanraya...............buat dulu dan umumkan apa yang telah dibuat apabila sampai genap 5 tahun pemerintahannya.............jalan dah ada ,nak pelebarkan lagi pun tunggu dekat pilihanraya.............gunakan dulu , perbuatkan dulu yang belum ada jalan





Jangan tunggu sampai rosak baru nak dibaiki............apa kerja JKKK ?  sepatutnya di maklumkan pada YB sebelum sesuatu dah cukup terok.............

Jangan dok syok2 sendiri..............kalau rakyat tak cerdik sesebuah kerajaan boleh maintain pemerintahan sebegitu lama...............bien dah maintain 55 tahun ,adakah kita cerdik ?

Saturday, October 13, 2012

DENGAN USTAZ HAJI AHMAD DAN USTAZ HJ ABDUL GHANI





                                                     KAMI BERTIGA DAH JADI YB


                                GAMBAR KENANG2AN DI MASJID AR-RAHMANIAH SIK

CUCUNDA KAK LONG DI IJAB-KABUL











Friday, October 12, 2012

KUBU JEPUN JADI TEMPAT KAMI BERMAIN




       AHLI2 IOBA MENGIMBAU SEJENAK KENANGAN TEMPAT DIKUASAI JEPUN





KUBU-KUBU ZAMAN JEPUN BERSELERAK DI SEKELILING KAWASAN SEKOLAH

Main Building ISSP dijadikan markas tentera jepun.......sayogialah mesti dipertahankan.....kubu sentri jepun ada di sekeliling........sepanjang jalan k/api,kampung benggali,kawasan Taman Bunga Raya sekarang dan komplek rumah guru...........kubu di sepanjang jalan k/api menjadi milik kami budak hostel bermain pedang.........bila bertarong kumpulan mana ( antara ZORRO dan ROBIN HOOD ) dapat menawan kubu2 menjadi juara dalam pertarongan..............kumpulan yang menang akan di raikan oleh yang kalah apabila keretapi penumpang lalu setiap hari pada pukul 6.15 petang.............sesapa yang pernah memandu k/api waktu itu turut memberi tahniah dengan membunyikan sirennya untuk kami........kami bersorak rioh rendah..........very coperative punya pemandu..........thank you dari srengenge

Gambar di bawah srengenge bersama arwah2 Shuib Omar dan Zainol Abidin mengimbau kenangan di atas salah sebuah kubu Jepun.......ada tengkorak2 mangsa peperangan jepun kami simpan di sudut kubu............sayonara nippon

ZAMAN HOSTEL KAMI KENA TSUNAMI




              INI GAMBAR HIASAN SEMASA BERLAKU 'TSUNAMI" DI MINA H 1431



ZAMAN HOSTEL KENA 'TSUNAMI'

Ribut kencang meranapkan hostel kayu tempat kami menginap..........1954 kami dilandakan tsunami........nasib baik tiada kemalangan jiwa........kami semua ada di sekolah waktu itu.........harta-benda kami tak rosak,memang pun kerana kami tiada ada harta....yang adapun pakaian sekolah,kain selimut,tilam dan bantal

Pak Chye headmaster membenarkan kami berteduh buat sementara di main building bahagian atas...........berbulan kami di situ sebelum hostel baru nak siap........kami berhimpit macam sardin ,kerana kiri-kanan ada kelas........tengok gambar di bawah tau lah ceritanya..........nostalgia membawa bahagia........

PANGGILLAH APA SAJA....AKU TAK KISAH







Nama gelaran lebih popular setiap masa dari dulu sampai sekarang

Srengenge cuma boleh cerita zaman srengenge bersekolah di ISSP............Majoriti ada nick-name.....dulu srengenge di gelar Pak Hitam.......Pak Tin dan Pak Chye ( Kedua2 mereka bekas Pengetua ) pun panggil dengan gelaran itu.......ada kawan2 di gelar : man bangau , leh sepat kering , mi suses , hashim pendek,pak sharp , mat jambu , ubi kayu , kayap, dan berpuluh2 lagi....tak bisa nak sebut terlalu banyak.

Pak Hitam dapat gelaran seterusnya sebagai Pak Cha, dan akhir ni dengan nama Pak Srengenge.............