Thursday, October 4, 2012

THE ROAD TO NOWHERE





Flashback 'RANJAU SEPANJANG JALAN'..............Novel yang tak perlu diperkenalkan.........menjadi teks m/pelajaran sastera di Tingkatan 6 sekolah2 menengah di Malaysia............dan teks untuk mahasiswa di beberapa universiti dalam dan luarnegara..........diterjemahkan dalam 6 bahasa ...........NO HARVEST BUT THORNS dalam bahasa inggerisnya...............srengenge buta-huruf dalam lain2 bahasa terjemahannya

Pegawai2 besar negara berjumlah +- 90 % semestinya telah menghayati isi kandongnya RSJ...........dan memahami susahpayah dan segala bengit2nya masyarakat Melayu di tahap kemiskinan yang kronik.........ternyata masyarakat Melayu cukup kaya dengan kemiskinan..........mereka miskin segala2nya : buah pikiran , kesihatan , pemakanan , perubahan , pelajaran dan sebagainya dan sebagainya dan macam2 yang berbagai............sebutkan bagainya di situ ada Melayunya.



Inilah rumah Jeha dan Lahuma dibangunkan semula di Banggol Derdap untuk filem yang diarahkan oleh Pak Jamel bin Sulong..............nyaman untuk ditiduri siang hari  yang panas........atap rumbia memberi kesejukan macam rumah2 banglo VVIP...........dinding buluh di anyam mengeluarkan udara dalaman dan memasukkan udara luar dari bukit srengenge,serupa dengan istana2 besar pemimpin negara sekarang ini difungsikan dengan alat2 penghawa dingin..............itulah kekayaan milik Jeha dan Lahuma


 

Inilah kawasan bendang milik Jeha dan Lahuma terbentang luas , tapi sering dicerobohi oleh musuh padi seperti tiak,ketam dan serba makneneknya...............sepertimana sekarang ni Banggol Derdap dicerobohi oleh berok,kera dan babi...............merosakkan segala tanaman ,sehingga susah bercucuk tanam dan ini semua membuat Banggul Derdap didiami oleh orang2 kaya seperti di Damansara Heights dan lain2 tempat ternama.......................Banggol Derdap Heights menjadi tempat penghirup udara anak cucu Jeha dan Lahuma

Selepas 55 tahun merdeka dan arwah2 Jeha dan Lahuma dah pulang lebih lama dari itu...............dan bagaimana dengan politik baru ni.........adakah demokrasi kita masih menuju ke road to nowhere ?
Tak usahlah berbangga dengan pembangunan yang hebat2 bertaraf dunia selagi kencing dan berak kita masih tak selesa.................Pendidikan politik kita dah songsang........memburu harta bukan memburu pahala...........nak berpolitik , tapi tak tau haramjadah apa itu politik..............bila tak kenai maka tak cinta...............kalau isteri yang kita punyai tidak ada perasaan cinta .............dakap pun tak syok,pelok pun tak karan.............segala kerja buat menjadi haramjadah...............NAUZUBILLAH

Rataapan srengenge tak akan tamat di sini..................senantiasa memusing terpiong-piong di daerah sendiri










No comments: